LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 November 2011

Sharing is caring

Assalamualaikum..

Dah 2 hari mama bekerja selepas balik dari induksi. Malasnya Allah saja yang tahu. Tiba-tiba pulak semalam mama selsema. Habis satu rumah kena selsema. Hari ni pun masih selsema lagi. Mama nak share pasal kelebihan solat berjemaah yang mama jumpa masa blogwalking. Tuan tanah, feryco.com tumpang copy paste ye..


Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains



Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaahyang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

MasyaAllah.

Wednesday 23 November 2011

Before Tomorrow

Assalamualaikum..
lamaaaaaaaaaaa sgt tak menulis kan? Memang, buzy sangat. Hari ni dah free sebab kena prepare untuk exam esok. Yela, study la. Soalan spot dah ada. Mama study yang spot jelah kot. Semalam mama tidur lewat tahap tertinggi sebab kalut siapkan assignment. Ni pun kepala dah weng dah rasa. Harus tidur sekejap, kan? :D

Oklah.Nota dah memanggil-manggil. Daaaa~

Tuesday 15 November 2011

Modul Umum

Assalamualaikum..

Hari ni hari pertama untuk modul umum kursus induksi. Pagi-pagi tadi (walaupun takdela pagi sangat...matahari dah terik dah suluh muka) ada sesifotografi. Lepas dah snap-snap gambar, sambung pulak dengan LDK. LDK ni pada mama menarik. Adalah juga mama ambil 3,4 keping gambar tapi due to picture transfering problem, makanya next time la baru mama share gambar-gambar tu ek. :3

Ni sebenarnya mama nak story-mori..


Nampak tak tu? Tu lah EBM untuk adik. Walaupun mama tak segigih ibu-ibu lain kat luar sana yang pam 3,4 jam sekali tapi mama still komited untuk pam susu kat adik. Yang kat gambar ni adalah hasil untuk 1 session masa first day mama sampai kat Kampung Gajah ni. Up till now, mama kira ada lebih kurang 20 pack EBM atau plus minus 120 oz. Banyakkan?

Ok. Pumping session.

Monday 14 November 2011

Halfway

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah sampai separuh jalan berinduksi. Hari ni dengan jayanya dah habis kursus induksi modul khusus. Modul khusus adalah mengenai jabatan, since mama kerja dengan UiTM makanya jabatannya ialah UiTM lah. Sepanjang 2 hari ni, baaaaanyak sangat info yang mama dapat, antaranya:

1. CUTI

Kalau sebelum ni, mama hanya tahu ada cuti tahunan, cuti sakit (MC), cuti tanpa gaji dan cuti belajar. Rupa-rupanya ada lagi cuti-cuti lain, selain daripada yang diatas. Nak senaraikan memang banyak sangat. Yang paling tak sangka ada ialah cuti tibi, kusta dan barah, cuti latihan pasukan sukarela, cuti mengambil  bahagian dalam lawatan kebudayaan dan pertandingan bulan bahasa kebangsaan, dan macam-macam lagilah. Bunyi macam nonsense, tapi percayalah, memang ada.

2. GAJI

Melalui kursus induksi ni, mama dah tahulah apa itu anjakan dan peringkat gaji. Sekurang-kurangnya tak adalah menganga dan menggaru-garu kepala saja kalau orang sebut, kan.

3. ELAUN

Ha..ni lagi satu mende yang full of suprise. Mana tak suprisenya, bayangkanlah segala jenis elaun ada. Kalau ada tugas rasmi, dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh claim. Elaun yang macam tak logik je pun ada. Serius. Contohnya elaun gangguan, elaun tanggungjawab tambahan,  elaun pindah rumah, elaun pakaian panas dan banyak lagi lah. Senang cerita, yang tak ada cuma elaun seluar dalam je. Hahahaha... ;D

Petang ni pula ada sesi taklimat mengenai MITASA dan zakat. MITASA ni sebenarnya ialah kesatuan sekerja yang special untuk pensyarah sahaja. Pensyarah yang nak jadi ahli ni pun ada syaratnya juga. Syaratnya ahli mestilah penolong pensyarah dari gred DM29, pensyarah muda gred DM41 dan pensyarah dari gred DM45 hingga DM52. Bagi pensyarah berstatus Proff yang bergred DM53 dan ke atas, dia dah kesatuan lain pula, entah apa namanya. Yang paling menarik petang ni adalah pasal zakat. Apa yang menariknya ialah tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz dari Shah Alam, memang best! Selamba tapi penuh pengajaran. So sempatlah juga mama mendaftar untuk membayar zakat melalui potongan gaji. Tak kisahlah kan, dah sethun lebih mama kerja, tak pernah pun bayar zakat pendapatan lagi. Emm..banyak juga la yang back-dated ni. Siapa-siapa yang belum lagi membayar zakat pendapatn ni, sila-sila lah berbuat demikian ye. Bukan apa, zakat ni kan menyucikan harta. By the time kita nak pergi haji nanti, pendapatan kita tu dah 'bersih'.  

Oh ye..nak share sikit apa yang mama baru tahu.
1. Kalau gred jawatan kita ialah nombor ganjil, contoh: DM45, maknanya gred tu adalah gred lantikan. Tapi kalau jawatan kita tu grednya ialah nombor genap, contoh DM52, maknanya gred kita tu ialah gred kenaikan pangkat.
2. Pensyarah-pensyarah DM45 adalah layak untuk memohon untuk kenaikan pangkat ke gred DM52 selepas 5 tahun perkhidmatan, dengan syarat telah sah jawatan.
3. DU45 ialah pensyarah doktor (Doktor yang menjadi pensyarah), DUG45 ialah pensyarah doktor gigi ( Doktor gigi yang menjadi pensyarah) and mama sangat kagum dengan our penolong pendaftar bahagian saraan dan perkhidmatan sebab cakap gred je dia dah tahu dah jawatan apa. Dah memng kerja dia kot. Hehehehe...


Oklah. Cukuplah kekaguman untuk ari ni. Nanti  bila-bila sambung lagi.  

Saturday 12 November 2011

And the induksi begun...

Assalamualaikum...

The induction begun officially at 8 today. Really, really tired after a looooong day of ceramahs. Another 8 and half hours ceramahs still await tomorrow. Sabaq jela..

Jangan harapla awak dapat nak rehat-rehat, cuti-cuti Malaysia bila datang for induksi. Memang tak dapat la. Weekend pun macam weekdays. Sehari, dua mungkin akan ada kelas malam jugak. Rasa macam back to school pun ada.. Hehehe... Oh, lupa nak cakap. Kat sini, mama makan 6x sehari tau. And food dia memang all were tasty. Betul, memang betul sedap.


Tak mau dah cakap banyak-banyak. Tatapla gambar-gambar bilik yang best ni sebagai halwa mata.. :3

Ada macam hotel tak? Berbaloi-baloi datang awal. 
Pagi-pagi ada makcik datang kemas. 


psss..
Pa, nanti kita pi holiday mana-mana. Rasa macam nak pi T'ganu kite jek la.

Thursday 10 November 2011

A day before Induksi

Assalamualaikum..

A day before induksi, and still lots are waiting. Emm...semalam memang sungguh-sungguh plan nak pi bilik ISO nak siapkan teaching file. Jadual tak dapat pun lagi, dengar kata ada perubahan. So memang tak boleh nak bajet sem depan akan ajar or tak MAT133 Pre Calculus ni. Hopefully, kalau dapat ajar pun, janganlah kelas awal-awal pagi hari Isnin. Yela, masaklah kalau Isnin 830 dah kelas. Mana nak cekau scheme of work nak bagi kat student? Haduiii...memang garu kepala.

Susu adik rasa-rasanya adalah kot dalam plus minus 100auns. Nampak macam banyak, tapi kalau sehari minum 5-6 botol (x5 auns), berapa hari jek boleh tahan? Mama dah belikan adik fm. Kesian pulak kat papa and mak nak bangun tengah-tengah malam nak cairkan EBM. Adik pun dah 9 bulan, takpe dah kalau campur pun. Abang dulu, umur 7 bulan dah campur. Bukan sebab mama dah takde susu, tapi sebab mama sibuk nak belajar. Masa tu, mana ada kesedaran lagi nak perah and simpan susu ni. Rezeki anak-anak mama, susu mama mencurah-curah. Alhamdulillah.

Mau solat, then mau balik.

Wednesday 9 November 2011

Been Busy

Assalamualaikum..
Hai, hai ols...i've been very2 busy today as i have lots of thing to accomplish before i leave for kursus induksi.
Yes, i'm attending kursus induksi which will be held for 2 weeks at Kanpung Gajah. Please read, 2 weeks.
Right now, at the moment, i'm printing all the notes that will be used over the induksi. Kenapa lah kena print2 sendiri pulak ni kan? Aiyyoooo...

Alhamdulillah, apa yang diplankan untuk hari ni semua dah settle. Yes, settle semua. Walaupun notes untuk induksi ni still ada banyak lagi nak diprintkan. Siapa kata kerja kerajaan senang? Cakap memang la senang, kan...

Ok, ok... Tengok pulak apa mama plankan untuk esok..
Pagi: Meeting (Post-mortem Kolokium) 10am, Bilik Mesyuarat ILQAM
Tengahari: Buat Teaching File untuk MAT133 (Pre-Calculus), Unit Quality.
Petang: Tak tau lagi apa nak buat, berkemungkinan sebesarnya balik rumah and packing.

As a friend's advise, i won't worry about the kumbang-kumbang at home, since i believe they will survive walaupun mama sangat-sangatlah confident adik akan mengamuk sakan for the first few days. Dah biasa malam-malam tidur berkepit dengan mama, tiba-tiba mama dah tak kepit.

Tak boleh cerita panjang-panjang. Notes are waiting!!

Tuesday 1 November 2011

Chenta hati

Assalamualaikum..

Taman mama takde bunga. ada kumbang jek 2 ekor. Jom layan gambar kumbang-kumbang comel mama!

caption:
Adam dan Papa. Masa ni Adam baru 2tahun ++. 



caption:
Adik few hours after birth.

caption:
Booooolat sangat.


caption:
Bestest friend..Abang dan Adik.

caption:
Semoga Abang jadi anak yang soleh.



Bengkel Penasihat Akademik FSKM

Assalamulaikum..
Hai, hai, hai...Harap baik-baik aje ye. Hari nih dah setel lagi satu perkara. Perkaranya itulah, Bemgkel Penasihat Akademik.

Bengkel ni sebenarnya nak ajar lecturers yang bakal jadi penasihat akademik kepada students FSKM nanti tentang cara nak guna sistem lah. Students ni pandai-pandai pun, kalau datang yang sengal tu, sengal jugak. Nanti adalah tak boleh nak register subject lah, dah register salah pulak. Ah, macam-macam hal lagi lah kalau nak highlightkan pun. So, nanti PA lah yang akan betulkan salah-salah students yang bersalah ni. Ringanlah sikit kerja orang HEP, kan. Orang yang 2,3 kerat nak jaga students beratus-ratus, susah jugak.

Emm..mama masa belajar dulu pun, jumpa PA sebab nak dia sainkan borang insert-delete jek. Kalau tak, hai-hai bye-bye jek la. Sampai PA pun tak kenal student dia. Kehkehkehkeh...

Kesimpulannya untuk hari ni, mama tak jadi PA. So, tunggu jelah sem akan datang. Yeayyy...rehat dulu. :D