LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 29 February 2012

Drinking Water

Assalamualaikum...

Again, an interesting thing to share about. Hope to benefit everybody.

Kerana Bondamu Seorang Wanita

Assalamualaikum...

Hari ni sambil mama bermalas-malasan menghadap FB, mama tertarik-menarik dengan satu status yang dipost oleh sorang kawan FB mama. So, mama nak share dengan you all pulak.

Seorang anak bertanya kepada Allah, "Ya Allah, kenapa bondaku suka menagis?" Lalu Allah menjawab, "Kerana bondamu seorang wanita. AKU ciptakan dia sebagai makhluk yang sangat istemewa. AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat orang lain menyerah. AKU beri dia rasa kasih untuk menyintai anak-anaknya dalam keadaan apa pun. AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walaupun hatinya disakiti oleh suami atau anak-anaknya. AKU beri dia kekuatan untuk mendorong anak-anaknya belajar mengenal dan menuju jalan redhaKu. AKU beri dia keindahan lahir dan kesabaran batin. Bondamu adalah makhluk yang sangat kuat. Disaat kau melihatnya menangis, itu adalah kerana AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batinnya dan seterusnya memberinya kekuatan baru.  
This is sooo true.

Thank you Allah.

Monday 27 February 2012

Office Baru

Assalamualaikum...

Hari ni mama bersiaran dari office baru. Yeayyyy...

Semalam mama datang dengan papa angkut semua barang-barang mama kat bilik lama. Bilik mama sebelum ni kalau you all tengok macam bilik guru kat sekolah-sekolah jek. Entah pasal apa, tempat tu dipanggil Anjung. Semua lecture nak dipudatkan kat situ, nak-nak lecturer baru. Selagi boleh. Tapi, bilik tu temporary jek. Since bangunan baru dah siap, and ramai jugak yang dah bertukar base ke KBM, makanya banyaklah bilik kosong. Dah nak masuk 2 tahun mama kat UiTM ni, baru 2 bulan ni dapat bilik. Lambat, kan?

For the moment, i miss the kepenuhan and the keriuhan kat Anjung. Kat Anjung pun sekarang ni dah kosong, kalau bukan sebab berhenti/sambung belajar, mesti dah pindah ke bilik masing-masing. Dah sunyi and tak berseri-seri dah Anjung tu.

Wednesday 22 February 2012

Tanda-tanda Disayangi Anak

Assalamualaikum...

Sayang ibu atau ayah kepada anak-anak memang tak boleh dipertikaikan atau disangkal lagi. Tapi macam mana kita nak tahu anak kecil kita pun sayangkan kita?

Hari ni mama nak share 7 tanda seorang ibu atau ayah itu disayangi oleh anak kecilnya.

1Your newborn stares into your eyes.
He's actually working hard to memorize your face. He doesn't understand anything else about the world, but he knows you're important.

2Your baby thinks about you even when you're not around.
Between 8 and 12 months old, she'll start to scrunch her face and look around when you leave the room — and she'll smile when you return.
3Your toddler throws wicked tantrums.
Nope, those screaming fits don't mean he's stopped loving you. He wouldn't be so hurt and angry if he didn't trust you so deeply.
4Your toddler runs to you for comfort when she falls down or feels sad.
Kids this age may not truly understand the meaning of "I love you," but their actions speak louder than words.
5Your preschooler gives you a gift.
A flower picked from a garden, a finger-painted heart, a sparkly rock, or another small token is his way of saying you're special.
6Your preschooler wants your approval.
She'll start to be more cooperative around the house, and she'll look for chances to impress. "Look at me!" will become a catchphrase.
7Your grade-schooler trusts you with secrets, like his first crush or his most embarrassing moment.


I love you both too!
Muahmuah :D




Tuesday 21 February 2012

Kata- kata Yang Membuatkan Ramai Sebak

Assalamualaikum...

Masa mama tengah update email, mama terjumpa pula email ni yang datangnya daripada VC UiTM, Dato' Sahol Hamid.

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

Bila mak kata dia teringat, kita kata kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita kata nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita kata nantilah kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita kata kerja kita tak sudah-sudah.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".

TAPI...

Bila hati mak kita guris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita hiris,ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagaikan tiada kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gaal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah tetap teguh mengatakan bangga.


Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan dan 
segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan, 
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya 
kerana 
keredhan Alllah terletak pada keredhaan ibubapa. 


Buat Abah yang sentisa dirindu,
Hanya rindu dan doa buat mu agar syurga menjadi milikmu. Semoga abah tenang dan bahagia.  

Buat Mak yang setia disisi,
Ampuni dan redhailah kak.

Ayah & Mak,
Banyak budi yang dihutangi. Kalian tempat menumpang kasih. Terima kasih atas segalanya.
Ampunilah segala kekurangan diri.



Menangis.

Tuesday 14 February 2012

Tak Perlu Kata Apa-apa

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak share 2 al-kisah yang pada mama agak kelakar, tapi tak perlu gelak kuat-kuat. Cukup sekadar senyum, tak perlu kata apa-apa.

:D

Al- Kisah Satu

Al- kisah berlaku kira-kira minggu lepas masa mama nak pergi bank. Disebabkan parking ciput depan bank dah penuh and sebab takut kena saman and kereta kecil tu kena cium, maka mama pun parking dekat satu parking lot persendirian yang berpenjaga.

Mama              : Berapa ringgit pakcik?
Pakcik penjaga: Dua ringgit. (Sambil mencatat nombor plat kereta).
Pakcik penjaga: Ekau orang Kedah ko? (Tengok muka mama sekejap and teruskan menulis)
Mama              : Aah, orang Kedah.
Pakcik penjaga: Bolajar mano? UiTM ko?
Mama              : Aah. Hehehehe... (Iyekan aje..)
Pakcik penjaga: Ekau bolajar botul-botul, ingat omak nun ha. Ekau ni jauh datang, omak siap bagi keto.
Mama              : Hehehehe...iye pakcik.

Senyum paling manis mama bagi kat pakcik penjaga tu. Oh pakcik! Kalaulah pakcik tahu, saya ni dah kerja.

Al-kisah  Dua
Al-kisah diriwayatkan oleh papa kepada mama dua, tiga minggu lepas. Kisahnya adalah perbualan manja antara papa and bujang besarnya.

Adam: Papa, papa.. aeroplane. (Ada kapal terbang lalu agaknya)
Papa  :Huiyyo...aeroplane.
Adam: Adam nak naik aeroplane.
Papa : Yelah, nanti Adam dah besar, Adam naiklah aeroplane. Adam nak bawak aeroplane pun boleh.
Adam: Tak nak, Adam tak nak bawak aeroplane. Adam nak bawak lori.
Papa :?@#$%^&?

Bila anak terlalu obses dengan segala macam lori, hanya lori dihatinya. Oh, anak! Only if u know, bawak aeroplane tu lagi masyuk dari bawak lori. Hehehehe...

Monday 13 February 2012

Selesai 2 Perkara

Assalamualaikum..

Pagi-pagi hari Sabtu lepas (tak adalah pagi bebeno.. hehehehe) mama and papa pergi tadika Adam. Adik pun harus diangkut sekali. Tadika Adam ada buat colouring contest, sampingan kepada ceramah kesihatan dan keselamatan. Mama tak dengar satu pun ceramah-ceramah tu. Hehehehe...


Adik paling sebok.

Ramainya kanak-kanak.

Peace, yo.

Pendengar ceramah

Anak-anak tekun mengcolour.
Tak sempat habis ceramah and demonstrasi bagai ni lagi, mama dah beransur ke pasar berhampiran sebab nak membeli kerang dan segala macam sayuran yang tak dibeli semalamnya. 

See... betapa menyeboknya budak kecik tu.
Harus tidak dibawa ke pasar.
Balik je dari pasar, mama, MIL, lil SIL, and seluruh isi rumah pun mula menyebukkan diri masing-masing. Menu yang mama plan and approved by papa were:

Cake that turned out very sememeh with a cannot resist taste. Hehehe
Specially prepared by mama and decorated by Mak Usu, lil SIL.

Other food prepared were mee kari and rojak buah.


This was our (mama and papa) first ever birthday celebration. Sebelum-sebelum ni, we all cuma seronok makan kat luar je, or else, beli kek, tapau kfc, then makan beramai-ramai adik-beradik, kaum kerabat. Tiba-tiba, time birthday adik ni, mama terasa macam nak celebrate sikit-sikit. Yang dijemput pun cuma jiran sebelah MIL sefamily and 'kawan minum di surau' FIL. Hehehehe... 

Walaupun celebrate kecil-kecilan je, tapi seronok jugak. Hehehehe...


Adik dan kawan-kawan

FIL dan kawan-kawan.

Tak sah lah birthday kalau tak potong kek, kan?

Tetamu

MIL dan kawan. Hehehe...
Terasa macam nak buat lagi. Who's next?

Thursday 9 February 2012

Special Day


Assalamualaikum..

Sweet smile of a sweetheart. 
Hari ni, 9 Februaari 2012, adalah hari ulangtahun kelahiran adik yang pertama-tamanya. Yeayyy... anak mama dah besar!

Sekejap je ye. Mama rasa macam baru je mama tinggalkan wad bersalin. Terbayang-bayang lagi suasana kat wad kanak-kanak yang mama duduk temankan adik 4 hari 4 malam tu sebab G6PD deficiency adik.

Paling mama ingat masa adik kena tahan kat Hospital Melaka sebab prolong jaundice. Teresak-esak mama menangis masa nak tinggalkan adik kat wad. Hahahaha... Mama tunduk jek masa berjalan nak ke kereta tu.  Malu pulak nak mengadap jelingan orang. Hahahaha... Mama tak boleh stay sebab katil yang ada limited and time tu, semua dah penuh. Kalau nak, kena letak nama kat waiting list. Mama sedih sangat bila kena tinggalkan buah hati kesayangan mama ni. Tup-tup, esoknya dah boleh balik.

Adik masuk wad lagi, masa umur adik 7 bulan. Adik demam panas and masa kat rumah atok, adik kena sawan (fit). Temperature badan adik tinggi sangat, 39C-40C. Malam  tu, masa mama temankan adik dekat wad, sekali lagi adik kena attack. Mama takut sangat. Masa tu mama asyik berdoa semoga Allah panjangkan umur adik. Alhamdulillah, itu lah last adik kena. Syukur sangat-sangat bila nurse kata result darah adik ok, which means adik fit sebab temperature badan tinggi sangat. Alhamdulillah.

Sampai situ saja episod susah hati mama kat adik. Moga-moga tak ada  lagi lah lepas ni, ye! Mama sentiasa mengharapkan and mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak mama, baik abang mahu pun adik. Dua- dua mama sayang.


My dear little precious, 
MUHAMMAD AFIF HAKIMI

Wishing you love, sunshine and laughter,
Not only for today, but the day after.

You are my rainbow,
That will always glow.

HAPPY BIRTHDAY, SAYANG.

Wednesday 8 February 2012

Rasa Perasaan

Assalamualaikum...

Blogwalking memang mengasyikkan. Macam yang pernah mama cakaplah sebelum ni, dudukdepan pc, jalan blog orang sana-sini, sehari suntuk pun tak apa. Kalau tak ada kerja, memang tak apa. Kalau kerja menimbun-nimbun, tapi dok buat macam tak ada tu yang parah.

Apa-apa pun, jalan-jalan ke blog orang lain memang sangat menggeramkan. Geram tengok segala gambar yang ditayang. Sangat santeeek. Time-time tu jugak mama rasa nak pi beli DSLR. Hahahaha. Tapi tu lah, camera besaq gedabak macam tu, untuk mama, macam kurang praktikal. Mama nak dukung anak lagi, kang nak kena kejar anak lari sana, lari sini pulak. Memang sungguh tak praktikal. Mama ada berkenan kat satu camera ni, pakai lense macam DSLR jugak. Kecik (tapi besar disebabkan lense). Tapi sebab mahal ( RM2+++), mama boleh tengok jelah. Hehehehe... Tak kuasa i, you!

Mostly, blog yang mama selalu singgah ni adalah blog masak-masak. Mama suka tengok pinggan-pinggan yang depa ni guna. Tengok pinggan lebih dari tengok apa yang dimasak. Hover sangat, kan.

:D

Esok mama ingat nak ajak kawan mama pi jalan-jalan. Boleh beli pinggan cantik-cantik. Hehehehehe..


Entah kat mana la nak letak kalau dah beli banyak-banyak.

Tuesday 7 February 2012

Emosi Terganggu ==> Cerai ??

Assalamualaikum...

Mama nak share satu artikel kat Utusan Malaysia Ahad lepas. Sharing is caring, mama tahu. Semoga kita semua dijauhi daripada benda-benda macam ni.

Plan

Assalamualaikum...

Walaupun cuti dah panjang, (panjang lah kan, selalu dua hari aje..hehehehe), hari ni tetap masuk kerja dengan separa lemau. Hahaha... Lemau sebab malas.

Hari ni, 830 pagi baru Adam pi sekolah. Tu pun lepas dah nangis sakan dan kena ugut nak kena rotan dengan pakcik. Mama pun dah sogok dia yang pakcik akan jemput dia naik motor nanti. Hehehe...Ah, entah ye, entah tidak. Pakcik dah nak balik.

Mama masih menimbang tara sama ada nak beli or buat sendiri kek birthday adik nanti. Oh ye. Adik akan genap setahun lusa, 9 Februari. Sekejap bebenor rasanya. Macam terngiang-ngiang lagi PM Wan mengomel tentang betapa cepatnya masa berlalu masa mama jumpa dia hari tu.

Sebut pasal kek, mama dengan rajinnya hari Ahad hari tu telah berjaya mengukus sebiji kek coklat. Kagum mama dengan diri sendiri. Hahahahaha....

Berasap sakan. Kembang semangkuk, i tell u!

Hasil yang tak sia-sia.
Sebenarnya, mama guna ready mix je. Beli dah lama, cuma baru ter-rajin. Hehehe... Really senang. Balik, godak-godak telur, air and susu, then masukkan cake mix tu, restkan dia 5-10 min, terus kukus 45 min - 1 jam. So, sape-sape yang baru kahwin tu (ehem..ehem), rasa nak mengkagumkan husband anda, sila lah cuba try test. Mesti senyum sampai ke telinga, you. Walau pun papa tak puji, mama tetap nak senyum sampai telinga.

o________o

Kagum dengan diri sendiri. Hehehehe... ( Tak habis-habis..)

Untuk birthday Adik esok, lusa ni mama verangan tak ingat nak buat kek ni..

Rainbow Cake Martha Stewart

Gambar: Uncle Google
Mungkin mama akan guna resipi yang sama macam chocolate cake mama, tapi dicolourkan macam ni. Ok tak? Hahahaha...




Monday 6 February 2012

Kerastangan

Assalamualaikum...

Mama pernah tulis pasal coming big event sebelah family papa nanti. Insyaallah, kemungkinan besar double wedding. Perancangan tak rasmi, BIL akan nikah hujung tahun ni, Disember maybe. Followed by SIL, Mac 2013 maybe.

Sebelum ni, we all dah mensiap-siapkan kain untuk langsir. Kain dah dibeli and selamat disimpan diatas almari. Mungkin akan dijahit sendiri oleh MIL.

Kakngah and family balik. Cuti lama, kan. Tapi hari ni they all dah selamat dah ke Kuantan, ada wedding kengkawan katanya. Tak kisahlah tu. Semalam, mama and Kakngah, papa as the driver, sempat keluar ke Super Cowboy untuk survey-survey barang. Kakngah kata nak tengok bunga. Jalan punya jalan, 3,4 kali pusing kat tempat bunga akhirnya we all berjaya balik tangan tak kosong, hati riang ria.

Cuba try test. Lebih kurang macam ni lah bilik pengantin will be nanti.

Deko edisi bajet ciput. Idea was Kakngah. Pelaksanaan also Kakngah, with  help from mama.

Coba-coba. Kena tanya tuan punya badan dulu. If ok, baru boleh pi borong lagi kat Cowboy.
Idea was mama, pelaksanaan also by mama with main help from Kakngah and also papa. 

Version without the satin lining. 

Wall deko for bilik pengantin. Idea was Kakngah, pelaksanaan mama, with help of Kakngah. 
MIL agak bising sebab katanya lama lagi (plus minus setahun) we all berdua (mama and Kakngah) dah pulun membeli and cuba try test macam-macam. Pada pendapat MIL, baiklah dah around the corner nanti, dia bagi duit, barulah we all ni pi lah membeli segala bagai yang nak dibeli untuk majlis tu. Pada pendapat we all pulak, baiklah buat sikit-sikit. Nanti nak buat benda lain pulak. Apa pendapat you all?

Mama pernahlah  cakap kat papa, nanti mama nak sponsor baju untuk family kita ni. Biar boria satu family. Tapi tu lah, MIL sure object punya. Yang pasti, mama nak buatkan anak sedara mama yang perempuan dua orang tu dress. Konon-konon macam dress flower girl lah.

Harus practice jahit dress dari sekarang.

Ceritera Sabtu Mama

Pengantin di Shah Alam. 
Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul semua. Tahun ni mama tak tersenarai (again) untuk perarakan maulidur rasul. Tak dapat pun, tak apa lah.

Apa-apa pun, mama nak share sikit aktiviti mama and the boys Sabtu lepas.

Last week, tadika Adam ada bagi surat jemputan ke mesyuarat penyelaras tadika perpaduan, a.k.a mesyuarat PIBG. Out of 34 parents yang patut hadir, cuma separuh jek yang show up. Secara automatiknya, semualah yang datang dilantik jadi AJK. Kelakar pun ada. Hahahaha...

Habis meeting, mama, papa and anak-anak terus shoot ke Shah Alam, sebab ada wedding classmate mama masa kat maktab dulu. Classmate mama a.k.a junior papa. Yes, mama was papa's junior at school. Terus terang cakap, mama memang jaaaaarang sangat join reunion atau attend mana-mana wedding kawan-kawan mama. Sekali sekala jek tiba-tiba timbul. Harap maklum saja lah. Kalau mama pergi, nak kena bawak semua.  Anak pulak lasak yang amat. Malas mama. Baiklah duduk rumah and layan geram tengok gambar diorang kat FB saja.
With Ayan.
We were classmates.
Tott (dukung Adik), Duduk dari kiri: Ayan, Amoi Wani and Zawan.

Percaya tak kalau mama kata yang mama dah 8 tahun tak jumpa si Amoi and Zawan? Last we all jumpa masa tu lepas result SPM keluar. 
Peramai majlis.


Star of the day. Kalah pengantin, you!

Selamat berbahagia Yon and isteri. Semoga kekal hingga ke syurga. Amin.