LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 30 March 2012

Pesanan Seorang Ayah

Assalamualaikum...

Menjadi ibu (atau ayah) kepada anak-anak bukanlah satu kerja senang, sebab ianya menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Mama mengaku, nak bersabar sangat susah. Seharian bergelumang dengan kerja (walaupun kat ofis duduk mengadap pc jek, tapi penat weh...), balik rumah badan dah letih (kalaulah mama ni ultraman, lampu kat badan tu dah blink dah...tunggu nak padam jek ) anak pulak mengaruk satu macam, memang boleh hilang sabar. Kalau tak sabar, mau makan pelempang se- das dua.

Hehehe...

Series ni, masa Adam setahun lebih ke dua tahun, mama sangat tidak sabar orangnya. Selamba je lempang anak, walhal budak tu kecik lagi, bukan tau apa pun. Bila diingat-ingat balik, memang menyesal.

Pesanan seorang ayah yang kehilangan anak tersayang, yang mama jumpa masa mama BW.

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak ....



Menusuk ke kalbu.

Thursday 29 March 2012

Sujud Dalam Solat

Assalamualaikum...

Sumber: Harian Metro Online 


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1.     Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.     Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.     Melegakan sakit hernia.
4.     Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.     Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6.     Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7.     Meringankan bahagian pelvis.
8.     Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9.     Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10.  Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11.  Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12.  Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13.  Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14.  Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15.  Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. 


Wallahu a’lam



Tuesday 27 March 2012

Burnt Biscuits

Assalamualaikum...

Mama nak share emel yang mama dapat daripada NC UiTM, Dato' Prof. Dr. Ir Sahol Hamid.

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his Biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school.
I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."
Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your momma put in a long hard day at work today and she's real tired. And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"
You know, life is full of imperfect things... and imperfect people.. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship. 
Kita semua manusia biasa, bukannya malaikat and manusia biasa takkan dapat lari daripada melakukan kesilapan. Adatlah kalau ada salah sana-sini, sikit-sikit tu. (Kalau asyik repeat the same kesalahan over and over again, macam mana tu? Huhuhuh... :( ). 


Please learn to appreciate others, or others might not appreciate you (as well). 


"Life is too short to wake up with regrets... Love the  people who treat you right and forget about the ones who don't. ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE "  
                                                                                     -Dato' Prof. Dr. Ir Sahol Hamid.

Well said, Dato'.

Al-Kisah Lagi

Assalamualaikum...

Mama curi masa sikit, hilangkan stress tengok numbers yang ditulis oleh students bertuah (... Nangis)

AL-kisah berlaku 4,5 hari lepas. Bila dah penat kerja, balik rumah, anak pulak mensepahkan lagi rumah yang baru 5 minit dikemas memang sangat menghanginkan mama.

Mama: Bla..(membebel)... bla..bla..Adam jangan sampai mama naik hantu.
Adam: Apa? Mama naik apa?

Hangin satu badan terus hilang entah ke mana. Macam api yang meluap-luap kena simbah dengan paip bomba.

Alahai sayang... Naik hantu tu tak sama macam Adam naik car mama atau naik motor Atuk.

Moral of the story, jangan menggunakan peribahasa bila bercakap dengan anak yang baru pandai bercakap.

**Sigh. Lap peluh.

Monday 26 March 2012

Work Mama

Assalamualaikum...

Setiap hari, bila mama ajak Adam balik ( dari rumah nenek), Adam akan tanya "Mama nak work?" "Adam nak ikut". Bila dah ditanya macam tu, mama iyekan je. Padahal mama nak terus balik rumah, bukannya nak pergi kerja semula. Kalau tak, tak nak balik pulak dia kang. Satu hal pulak nak datang balik-balik jemput dia.







Tunggang langgang ofis mama dikerjakan diorang berdua. Nasib baiklah barang-barang yang boleh diusik dan diubah-ubah sikit jek. Kalau tak, tak tahulah. That was adik first visit to ofis mama. Tu yang macam tak tentu arah semua benda nak try tu. Adam pulak, disebabkan dah selalu sangat ( 2,3 kali) datang, dah buat macam rumah dia. Suka hati dia nak buat apa.




Hai lah, anak-anak.

63 years old FIL

Assalamualaikum...

MIL and FIL 



Happy Birthday Ayah.
Kami sayang Atuk Dollah.

Semoga Allah Panjangkan Umur Ayah.
There are thousands things to share with.

Friday 23 March 2012

Semiggu Dua

Assalamualaikum...

Realitinya, seminggu dua ni mama akan buzy lebih sikit daripada biasa. Mama ada masa (plus minus) 3 hari, termasuk hari ni, untuk settlekan marking paper QMT181. By hook or by crook, kena habiskan by 25th, sebab nya 25th tu nanti masuk lagi paper.






Thursday 22 March 2012

Marking

Assalamualaikum...

Mama baru balik ofis daripada meeting pasal marking. Pengsan!

Sangat memeningkan rupanya nak bagikan markah masa marking ni. Series, pening gila! Banyak sangat if nya. Tau-tau saja lah, Maths ni kan berkait-kait. Soalan b guna values dari soalan a. Kalau soalan a salah, soalan b tak semestinya salah. Macam-macam hal nak kena consider. Sebelum ni, dah nearly 4 semesters dah, tak pernah pulak meeting bagai bincang pembahagian markah. Mama rasa ni mesti due to the previous failure rate. Bila pembahagian markah ni tak standardise, kelas yang lecturernya sangat generous dengan markah ni, student yang fail adalah sikit ( entah-entah tak ada langsung), kena kelas yang lecturer strict, bagi markah ikut skema, berduyun-duyun yang fail, timbullah pulak ketidakpuasan hati apsal kelas aku banyak yang fail pulak ni. That why kena standardise kan.

Penyelaras subjek dah pening!

Ini series..Hehehe

See... banyak betul if.

Fill in the blanks.


Pengsan!

Tuesday 20 March 2012

Bangga sekejap

Assalamualaikum...

Petang semalam, masa tengah baring-baring tengok tv lepas balik kerja, tiba-tiba adik mama call. Adik mama ni (family panggil dia Kakngah) tengah study kat Dublin. Selalunya weekend baru dia call. Bila dia call weekdays ni, memang hairan bin ajaiblah mama ni. Tak pergi kelas ke budak ni? Rupa-rupanya semalam kat Dublin cuti, National Day ke, apa entah.

Rupa-rupanya Kakngah call sebab nak tanya pasal sate. Hehehehe... Students Malaysia kat sana nak buat event hujung bulan ni, yang mana depa kena jual Malaysian foods. Kakngah kata, mula-mula dia ingat nak buat laksa, tapi masa discuss kawan dia kata dah ada orang lain yang nak jual laksa, makanya plan bertukar. Jual sate lah pulak.

Bangga sekejap mama bila ada jugak orang nak jadikan mama rujukan. Hehehehe... (Mama ni bukanlah pandai pun. Sebab tu agaknya nan ado orang yang sudi nak merujuk dengan mama ni). Kakngah tanya macam mana nak cucuk daging sate tu nanti kat skewers. Dia tanya mama sebab dia ingat mama ni terrer gila cucuk sate. Masa tunggu result SPM dulu, mama pernahlah tolong Mak Jang mama cucuk sate ni. Masa tu dia ambil upah dari jiran dia yang jual sate. Dah lama gila dah kisahnya.

Dari hal sate, bercerita pulak pasal hal-hal makanan yang lain. Mama suruh Kakngah masak lagi nanti bila dia balik Malaysia. Hehehehe... Iyelah, dia asyik cerita masak itu, masak ini, macam-macam dia masak kat sana, tapi bila balik Malaysia, tak pernah pulak mama tengok dia memasak.

Sebenarnya, before Kakngah call mama, dia call mak dulu. Tapi mak memanjang tak ada. Only then, baru dia call mama. Kira mama ni macam last resort lah, usaha terakhir. Walau apa pun, mama bangga sekejap.

Hehehehe  (, '')

Monday 19 March 2012

Weekend

Assalamualaikum...

Semalam mama ajak papa car ride tengok rumah. Menengokkan keadaannya, tak sabar-sabar pulak  rasanya mama nak masuk rumah ni. Tiba-tiba jek mama rasa dia punya progress macam speeding. Sebelum ni, banyak kali dah car ride pergi tengok, sampai risau lah, sebab macam siput. Masa pergi semalam, papa pulak kecoh-kecoh kata takut rumah terbengkalai sebab developer claim sikit, takut depa tak boleh rolling duit. Apa da, macam ni pun ada ke? Potong stim betul. Hehehehe...



Gambar-gambar ni mama snap guna phone papa. Punya lah gelap phone tu kat tengah-tengah panas ni, sampaikan mama tak tahu apa yang mama snap sebab tak nampak apa. Nasib baik boleh jugak lah nak share kat sini, kan. Developer estimate yang untuk rumah mama ni (Fasa 2) around June 2013 bolehlah masuk. Tapi menengokkan kecepatan progress dia, mama harap-harap end of this year mama dah boleh masuk.

(>__<)

Disebalik seronok-seronok rumah baru dah nak siap, sempat jugak mama melepaskan gian masak-memasak. Weekdays memang dapur mama langsung tak berasap. Kot-kotla nak berasap sepoi-sepoi bahasa, memang haruslah tak. Selalunya mama and papa akan breakfast kat rumah MIL jek. Nasib baiklah rumah MIL ni sekangkang kera jek dari rumah mama, kalau tak, tak tahulah. Hehehehe...

For breakfast, mama dengan rajinnya masak macaroni goreng. 
Colourful gitu, kan?


Sama gebu tangan and roti tu, kan? Hehehehe...

Kes nak menghabiskan tepung atta yang mama beli entah bila. Hehehe...

Friday 16 March 2012

Lega

Assalaualaikum...

Lega selega-leganya mama rasa hari ni sebab kerja semua dah settle. Carry marks semua dah berjaya dikeluarkan. Dah tak payah nak risau-risau, susah hai fikir pasal marking papers and so on.

Weekend ni nak bersenang-senang saja. Melayan tekak suami dan anak-anak, dn diri sendiri secara maksima.

\/ (^___^)\/ Peace, yo!

Thursday 15 March 2012

Hadiah

Assalamualaikum...

Hari Khamis sudah. Carry marks bebudak ni belum settle lagi. Haish mama..mama... (geleng kepala). Bulan ni ialah bulan mari mendapat hadiah. Hehehehe...

Papa awal-awal dah cakap kat mama, "No birthday present ye mama, no fulus." Hehehehe.. mama ok jek, sebab mana pernah dapat birthday present daripada papa. Eh, pernahlah, tapi 3,4 tahun lepaslah. Hehehe.. Takpelah papa. Mama harap maklum and dah tak kesah dah. Papa kan study lagi. Mana nak cekau duit semata-mata nak beli birthday present mama. Tiba-tiba pagi hari kejadian, papa tanya, "Mama nak apa?". Aik? Kaget kejap mama. Terus blur, tak tau nak apa. Rasa macam semua dah ada. (Dan-dan semua dah ada, kan.. hahahaha). Puas fikir, last-last..


...ni lah hasilnya selepas puas brainstorming. Hehehehe... Thanks papa! Sayang pulak nak pakai. (Gedik)


Hadiah mama kepada diri sendiri. Seumur hidup mama tak pernah ada kamera. Kebetulannya, kamera papa pun dah rosak, ada lah alasan nak beli kamera baru, kan... Hehehehe. 

Jus extractor, hadiah birthday as requested, from my PICs. Thanks, guys! Masa birthday PICs yang lain, we all hadiahkan barang-barang yang tuan badan tu nak. Punyalah susah nak fikir hadiah apa nak bagi, sebab depa ni main hint-hint jek. Oklah, mana ada depa hint, tapi we all paham-paham sendiri lah, kan. Sebab dah susah benor nak cater hint-hint depa sebelum ni, mama terus jek cakap, " Aku nak juicer masa birthday aku nanti." Hehehehe... Gila! Mama jek yang mintak birthday present sendiri. Tak pernah dibuat orang. Hahahaha.  

Bertambah-tambah sedap juices ni guna juicer baru, pree pulak tu.  \/(*__*)\/




Inspection by QC. Lepas ke ni, bang? Hehehehe...
Bukan mama jek tau insan bertuah yang dapat hadiah. Kereta kecik pun bertuah jugak. Kebetulannya, birthday kereta ni pun in March jugak, kita sekali harung jeklah, kan. Hehehehe... Tahun ni dah masuk 7 tahun dah usia kereta ni. Banyak jasa dia tau. Walaupun kecik, tapi besaq di hati kami. (Eh, EXORA pun macam best.. hehehehe). Sayang tau kereta kecik ni. Kalau tak ada nih, memang patah kaki lah kami sekeluarga. Atas kesetiaan berbakti kepada kami tanpa ragam, mama and papa decided to bagi dia mekap baru. Bagi cantik sikit. Tukar tinted baru, sekarang kan panas ya Rabbi kat Melaka ni. Pasang tinted yang kalau kita kat dalam kereta tu taklah azab sangat. Hehehehe. Tukar plat depan kereta yang dah rongak. Hari ni, kereta ni dah rasa macam kereta baru. (Feeling jek lebih.. :D)

Last but not least, 
 
Door barrier, hadiah untuk budak kenit yang suka merayau kat dapur, main segala periuk belanga mama and masuk bilik air. Hehehehe...

( ", )

Wednesday 14 March 2012

Adam

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari Rabu, lagi 2,3 hari nak sampai ke penghujung cuti sekolah. Bila anak dah sekolah, mak bapak kenalah aware dengan time cuti sekolahnya. Barulah boleh plan nak pi jalan-jalan ke, balik kampung ke.

Adam dah hampir 3 bulan bersekolah. Selama 3 bulan ni, mama tengok Adam dah banyak improve. Kalau dulu, Adam sangatlah lasaknya, susah sangat nak control, lagi-lagi kalau keluar berjalan. Mesti tak duduk diam. Punya lah lasaknya Adam ni, sampai papa pun dah malas nak bawak makan kat luar. Sejak dah sekolah ni, Adam dah behave. Dah senang nak control. Mama ingat lagi, last week masa mama bawak Adam and Adik pi KFC. Adam duduk makan diam-diam, dah tak lari sana, lari sini dah.

Adam ni pun agak lambat jugak bercakap. Sampai kena pi jumpa therapist lah. Mama ingatkan anak mama ni lah yang paling worse kes dia. Umur dah dua tahun lebih  tapi tak pandai cakap(masa first time kena refer ke speech theraphy). Rupa-rupanya ada lagi yang lagi teruk. Mama ingat lagi, masa tu mama and atuk bawa Adam pi appointment dia, ada satu couple ni, 3-4 orang anak dia tak boleh bercakap. Dari yang paling kecil umur 2 tahun, sampai yang paling besar 8 tahun. Langsung tak pandai cakap. Macam baby jek percakapan dia. Adam mensuprisekan mama jugak masa jumpa therapist tu, ada benda yang mama ingatkan dia tak tahu, rupanya dia tahu. Memang beyond expectation. And now, bila Adam dah sekolah, dah bercampur, dah berkawan-kawan, he's talking better. Masalahnya Adam ni, dia nak dengan kawan-kawan. Kalau tak sekolah, mana nak ada kawan. Therapist tu pun cakap, Adam bukan tak boleh bercakap, tapi sebab dia ni manja yang melampau-lampau. Dia malas. Sebab tu dia pelat.

Adam start sekolah dengan zero knowledge. Serius, ABC tak tahu, kira pun tunggang terbalik. Alif Ba Ta tahulah sikit-sikit, sebab belajar mengaji masa duduk nursery time atuk and nenek pergi haji dulu. Sekejap jek sekolah, Adam dah pandai baca ABC. Cepat betul dia belajar. Papa kata, Adam ni cepat pick up. Fast learner. Rupa-rupanya, walaupun masa kat tadika tu dia tidur, dia tetap dapat apa yang kawan-kawan dia belajar time dia tidur tu. Hebat, kan? Mama pernah terbaca satu research pasal ni. Budak-budak, walaupun dalam tidur, they are learning. Walau pun dia tidur, dia tahu apa yang terjadi sekeliling dia. So, just let him sleep. Hehehe

His favourite....





..colouring! Adam suka sangat mengaler. Tapi, colour jekla. Kalau suruh tulis, taknak.

\/ ^____^ \/

Yang paling menggembirakan hati mama ialah bila Adam dah mula pandai berselawat. Mama rasa, masa last day before cuti hari tu, masa nak balik ada salam-salam agaknya. So, mama and papa pun selawatlah kuat-kuat dalam kereta (Adam tegur mama, jangan jerit-jerit.. hahahaha.. kuat sangat kot.. hahahaha), Adam pun akan ikut berselawat. Alhamdulillah. Sejuk hati mama.

Semoga Adam akan berkembang dengan pesat.

Friday 9 March 2012

Boss

Assalamualaikum...

Pagi ni, masa mama sampai ofis 8.49am, mama tengok boss mama dah sampai. Boss mama ni tinggal di Seremban. Kalau nak dibandingkan, rumah dia lagi jauh daripada mama, rasanya. Agak-agaknya lah,kan pukul berapa ye dia bertolak dari rumah? Em... no wonderlah, dia sangat cerewet pasal core hours.

Core hours untuk para pensyarah is 9am to 3 pm. Boss lama relax sikit, janji jangan lebih daripada pukul 10. 9.59am pun ok lagi. Gila kentang, kan boss lama?

 Oh, how i miss my boss lama!

Wednesday 7 March 2012

Gebuness

Assalamualaikum...

Somehow, i think, orang-orang kat rumah ni tersangatlah manja. Everything is provided for them. Makan pun bersuap, walaupun dah pandai makan sendiri. In the end, depa semua gebu-gebu. :-D.






Peoples keep saying that mama ni kurus. Yang paling tak tahan tu bila ada kata yang kata mama kurus kering. Nampak jek kot macam kering, tapi banyak ni lemak terkeluar sana-sini. Oh nooo!

Dah banyak kali sebenarnya, papa cakap kat mama nak kuruskan badan. In fact, dah nak masuk 6 tahun dah kot, i keep hearing the same thing. Mungkin dah termotivated sikit, last week papa pun belilah penimbang. Bukan main chewi lagi, sampai-sampai rumah terus timbang. O.M.G! Dasyat you, papa!

Dua, tiga hari selepas tu pun, bangun-bangun pagi terus timbang, okeh! Macamlah berat tu dah turun berkilo-kilo. Hahaha... Excercise tak, apa tak, macam mana nak turun berat tu.

Kesimpulannya, weekend ni nak pi berexcercise. Papa dah ada sport shoes baru. 

\/(*___*)\/

Tuesday 6 March 2012

Masak-Memasak #1: Kek Mini Coklat Kukus

Assalamualaikum...

Mama sangat suka makan kek, nak-nak lagi kek coklat. Sekali mama teringat kek birthday adik hari tu, dengan segera mama buat kek coklat lagi. Ni bukan setakat kes teringat, ni dah termasuk kes nak menghabiskan apa yang dah nak expired. Hehehehe...

Kek yang mama buat ni sangat simple. Bahan pun main campak-campak jek. Buat yang terliur.. (kalau terliur lah, kan... (^___^ ) \/ ), disilakan mencuba.


KEK MINI COKLAT KUKUS


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat *boleh dilebihkan untuk rasa yang lebih manis
1 cawan minyak masak *boleh digantikan dengan butter cair / minyak jagung
1 cawan air
1 cawan serbuk koko *boleh ganti dengan coklat cair
1/2 cawan serbuk badam
2 biji telur

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Masukkan serbuk badam dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk berasingan, satukan susu pekat, minyak, air dan telur. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan campuran tepung tadi, sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  4. Rehatkan seketika (5-6 minit).
  5. Tuangkan adunan kedalam acuan dan sedia untuk dikukus.
  6. Kukus selama 15-20 minit atau hingga kek masak dengan api sederhana.
  7. Sejukkan sebelum dihidang. 

Monday 5 March 2012

Invigilating

Assalamualaikum..

Invigilating = Mengawas = Jaga Exam

Yes, akhirnya jadual jaga exam yang ditunggu penuh debaran dah pun keluar. Semester ni mama kena jaga dua kali jek,

12/3/2012, 9-11 am, Dewan Bendahara
22/3/2012, 9-12 noon, Standby. 

Hoyeah!!

Att: PAPA

Assalamualaikum...

Entry khas mama untuk papa.

Papa, cuba try test baca ni. Kot berguna.

Lengang dan Sunyi Sepi

Assalamualaikum...

Kelas untuk semester ni secara rasminya dah habis liao last week. Hari ni, dah start study week untuk students ni. Next Monday dah start their final exams. Plus minus, sebulan jugaklah final exams ni.

During study week ni, kawasan sekitar UiTM ni akan jadi sunyi- sesunyi-sunyinya. Most of the students selalunya akan balik kampung, jumpa parents mohon restu ( I think..hehehehe). Yang tak balik pulak, melepak saja kat balik atau pun keluar jalan-jalan cari makan. Tak kuasa diorang semua ni nak datang-datang kat kawasan akademik nih.

As a lecturer, selalunya, time-time macam ni lah kami akan ambil peluang untuk buat benda-benda lagho        ( hehehehe...) yang kami tak dapat buat sepanjang sem berjalan. Masing-masing dah planning, nak pergi mana, nak buat apa. Hehehehe...

Sebelum boleh pi berjimba, kenalah settlekan dulu segala-gala yang tak settle lagi nih, kan. Contohnya,

A stack of test papers.
Mama ada setengah gunung test paper students yang sangat-sangat perlukan belaian kasih-sayang mama. Tengok pun dah letih sangat dah, belum marking lagi. Adoii...

Dah settle marking, nak kena keluarkan carry-marks pulak. Depa ni tak score mana pun, bukannya dapat 40/40 pun carry- marks, tapi kecohnya yang lebih. Belum kira lagi, yang baru terhegeh-hegeh nak amik test, nak amik quiz, etc. Malas nak layan.

Friday 2 March 2012

Turning 26

Assalamualaikum..

I turned 26 yesterday. Alhamdulillah, im so gratefull that Allah is giving me chance to healtily breath in His world. I hope i would have thousand years to live.

Im lying if i said there is nothing I want more in my life. Of course there is always something, but for the time being, im glad with what i have now. I called myself lucky, for everything i have.

At such young age (if  26 is young.. hehehe), i own a house. Yes, i worked really hard for it. I have one establish job. Most importantly, i am proud to have the cutest pies and their papa in my life, also not forgotten, my family and my PICs.

To all my darlings, i owed you guys a lot. Thanks for being around. Thanks for letting me always be me. Oh gosh! I have millions reasons to thank you guys. Thanks, thanks, thanks, thanks and thanks. Please stay with me, forever!

Love you all muncha-muncha!