LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 20 April 2012

Hasil Hari Ini

Assalamualaikum...





Inilah hasil-hasilnya bila mama and PIC (Mrs. Kecik-to-be and Yana) terlebih rajin ( paksa diri rajin? Hehehehehe). Kelima-lima bakul telah pun selamat dihias, tapi katanya ada lagi 5. Pengsan!

Sekurang-kurangnya mama boleh balik kampung senanng-lenang and yang tak cuti pun tak susah hati bakul tak siap.


Semoga kami sekeluarga selamat dalam perjalanan kami esok.


Oh, selamat pengantin baru Mida and suami. (Akad nikah lepas Asar nanti). Semoga berbahagia hingga ke syurga!

Thursday 19 April 2012

Rajin

Assalamualaikum...

Kalau dirumah, bila mama rajin, mama akan masak. Kena pulak time tu, cukup bahan-bahannya, maka jadilah hasil yang mengenyangkan perut.

Teringat lempeng kelapa yang tak puas makan (sorang sekeping...mana cukup) masa pergi Mersing hari tu.

Lempeng banjir, plussambal. Walah~

Kalau mama creative enough time tu, mama trylah create dish baru. Menderhaka kepada resipi sedia ada sebenarnya. Hehehehehe....

Prata roll .

Jamie Oliver buat guna pisang, mama buat guna mango. Crust tak jadi, tapi filling sedap ( kata papa).

Bila mama tak berapa nak kreatif, mama akan masak yang biasa-biasa saja. Paling senang, yang frozen saja.

Donut diuli dengan tulang empat kerat. Karipap uli dikedai.


Lagi seronok mama nak masak kalau yang sorang ni makan dengan banyaknya. He's picky about food. Kalau dia makan banyak tu, sedaplah maknanya. (^__^)


Makan sambil layan youtube, memang layannnn.

Rindu Abah

Assalamualaikum...

Masuk tahun ni, dah 5 tahun abah tinggalkan kami. Selama itu jugak, mama selalu rindukan abah. Masa mula-mula abah meninggal dulu, mama selalu mimpikan abah. Bila mama dalam kesusahan atau mama rasa macam serabut sangat, mesti abah akan datang dalam mimpi mama.


Mama mengaku yang mama ni bukanlah jenis anak yang obedient. Dengan abah tu, selalu jek bertegang urat. Cakap abah, mesti nak lawan.

Pada mama, abah ni tak sporting langsung. Abah pernah koyakkan surat cinta (monyet) yang pakwe mama poskan kerumah. Tak sempat baca lagi kot! Masa tu tengah tunggu result SPM. Abah siap sound, "Kalau SPM dapat 3A ja, hang kahwin ja lah. Tak payah nak sambung belajaq." Masa tu, dengan konfidennya mama melawan balik cakap abah, "Trial pun kak dapat 6A, takkanlah SPM nak dapat 3A?" Yakin boleh jek cakap, padahal dalam hati, dupdapdupdap. Abah memang pantang kalau mama main-main cinta masa tengah belajar. Alhamdulillah, bila result keluar, abah lah orang yang paling bangga. "Hadiah harijadi hang lah tu. " Result keluar masa tu end of Februari, and birthday mama 1 Mac. Oh, not to forget yang mama and abah shared the same birth date. Only then, baru abah openly tanya pasal pakwe.

Mama ingat lagi, masa mama kecil-kecil dulu, dalam baya-baya Adam camtu, abah selalu bawa mama mana-mana abah pergi. Hantar tok pergi haji, hantar makcik kahwin. Merata-rata lah.



Kawan-kawan kat kampung semua dah tau betapa garangnya abah ni. Abah memang garang, tapi abah tak pernah menengking anak-anak. Kalau ada buat salah, abah tak cakap banyak, terus piappp jek. Sebab takut kena piappp, kami adik-beradik tak beranilah nak buat apa yang abah larang. Sebab tu, bila mama kahwin masa belajar (mama kahwin masa ditahun 2 kat UTM), ada kawan yang pelik macam mana abah boleh bagi kahwin pulak. Mama pun tak tahu macam mana abah boleh bagi, tapi pada FIL, abah adalah orang yang paling sporting in the world.


Bila abah dah tak ada, mama agak terkilan. Abah tak sempat tengok mama konvo ( menitik jugak air mata mama masa dalam dewan), abah tak sempat tengok cucu-cucu dia. Banyak yang abah tak sempat. Tapi tu semua kuasa Allah. Apa yang jadi ada hikmahnya.

Nak dijadikan cerita, pakcik ni (Pakcik Musa) baru pindah masuk sebelah rumah mama. First time mama tengok, mama rasa macam tengok abah. Seolah-olah Allah makbulkan doa mama as I really wish my abah is here.


Imagining Abah yang dukung Adik. Adik pulak macam tau-tau jek apa yang mama rasa. Asal Tok Dang (panggilan untuk atuk) dukung jek, mesti taknak lepas. Mama nak ambil pun dah tak nak.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah.

Al-fatihah.

Wordless Today

Assalamualaikum...

Hehehe... Selalunya hari Rabu orang jadi bisu sekejap, kan. Mama tak tahu apa nak cerita, sebab sekarang ni  dah tak dapat nak berpikir, asyik teringatkan kampung jek.

Yuhhuuu... Weekend ni insyaallah, mama, papa and anak-anak akan balik Kedah for plus minus 10 hari. (Alamak, surat kat cikgu Adam belum tulis). Last  kami-kami ni balik Kedah was masa raya hari tu. Mang aih... Macam-macam plan ada ni, semuanya are about nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Since Adam pun dah pandai sekarang ni, seronoklah bawa. Adik bukannya faham pun lagi, dia seronok sekejap jek.

Oklah, jom layan apa aktiviti mama masa cuti last week

Nampak tak tiang tu? **Weeee... Rumah ni dah nak ada gate. 

Adik and Adam ikut papa and nenek hantar Maksu nak balik UTM


Main teng-teng?

Kena kepala sendiri mau ingat haaa...

Mini library in the house

Dah baca, simpan elok-elok ye.

Wedding invitations from friends and colleagues.



 Congrates guys! I am happy for you! Have a blessed marriage. (^__^)

Sunday 15 April 2012

Baru Bulan 4

Assalamualaikum....

Baru bulan 4, lama lagi nak raya. Raya kan bulan 8.

Entah apsal, mama terlalu excited nak raya tahun ni. Patutnya excited nak puasa lah, kan? Hehehehe... Mama dah awal-awal rembat kain nak buat baju raya. Kebetulan, jumpa yang mama berkenan, kang tunggu lain kali, melepas pulak. And now, kain tu telah selamat berada ditangan orang yang sepatutnya. Sehari nam-belas kali mama lalu-lalang depan rumah makcik tukang jahit tu, sebulan lebih jugak baru nak sampai kain tu kat dia. Hehehehe... \/(^____^)\/

Masa meeting last week, dapat kain lagi. Lupa pulak nak bagi sekali masa pergi hantar kain hari tu. Balik karang nak singgahlah kejap. Ada kawan mama giat kata nak upah mama jahitkan baju dia. "2 bulan baru siap baju ko". Hahaha... Gila ke?

Mama ada satu tabiat pelik. (Tak pelik mana pun sebenarnya..Hahahaha). Kalau mama berkenankan satu kain ni, tak  kisahlah sebab design dia ke, colour dia ke, mama akan beli 2 pasang sekali gus. Corak sama, colour jek lain. Hehehehe... Masa pergi beli kain ntuk baju raya hari tu, mama nyaris-nyaris buang tabiat nak beli lebih kain yang sama 4-5 pasang. Rambang mata. Hehehehe...Nasib baik duit ada ngam-ngam jek. Sebab tu lah, kalau tengokkan baju Adam, mesti serba dua. (~___*)

Papa gebang baik punya kat family dia masa sebelum kami kahwin dulu yang mama ni pandai jahit. Mana ada pandai, tahu skit-sikit jek. Masa tu, mama cuma tahu jahit sarung bantal jek. Tu pun jahitan ketepi-ketengah, ketepi-ketengah. LOL! Konon-konon cita-cita paling agung mama masa tu nak belajar jahit baju melayu, then nak jahitkan papa sehelai. (Berangan). Masa tu, MIL and SIL memandang tinggilah. (Buat malu jek... Hehehehe).

Cita-cita agung masih ada, cuma bak kata papa "Kita bagi jelah duit tu kat Cik Mimah" . Atau kata lain nya, upah saja. Hehehehe... Murni sungguh hati papa.

Cuti Yang Panjang

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari ni Melaka langsung tak hujan. Panasnya... alahai... macam dah dalam sauna mama rasa. Semua orang tengah sedap menikmati tidur siang. Panas panas macam ni, macam mana depa boleh seenak-enaknya berdengkur?

Rabu hari tu cuti, kan? Mama dengan suka-sukanya pi tambah cuti lagi (Khamis dan Jumaat). Esok (Isnin) Melaka cuti lagi. Panjang sangat dah rasanya mama bercuti. Hari-hari dah rasa macam hari Ahad. Hahahahaha...

Ada orang asal cuti jek, pi lah berjalan sana-sini, tapi mama cutilah 6 minggu pun, destinasinya hanya rumah, rumah, rumah. Hehehehe.. Baiklah duduk rumah, kemas apa yang patut, bila dah kerja mana sempat nak mengemas bagai. Harap kais-kais dengan kaki jelah. (Perumpamaan jek tau, mama idakle burok rope cenggitu... hehehe). Kat rumah ni, tak kering peluh mama mengemas, asyik-asyik kemas, kemas, kemas, kemas. Tak habis-habis. Naik tension kadang-kadang. Sampaikan papa pernahlah cakap kat anak-anak ni, "Takkan nak suruh mama mengemas jek sepanjang masa? Kesianlah kat mama". Hikhikhik...

Tak apa lah, at least buat kerja rumah pun dikira work-out jugak kan?

Monday 9 April 2012

Adik and BF Journey

Assalamualaikum...

Hari ni, 9 April 2012, umur Adik genap 1 tahun 2 bulan. So selama 1 tahun 2 bulan i.e 14 bulan ni jugaklah mama telah menyusukan Adik, sepenuhnya. No campur-campur. Masa Adam dulu, umur beberapa bulan dah campur susu. Alhamdulillah, murah rezeki Adik.

EBM untuk Adik.

Sejak dah besar ni, Adik dah taknak lagi EBM. Kalau tak salah mama, tak berapa lama lepas mama balik dari induksi. Selalunya, sehari mama akan bekalkan Adik 3-4 botol (5 oz) EBM. Ada hari yang akan habis semua susu yang mama bekalkan, ada pulak harinya yang cuma laku separuh jek. Daripada separuh, makin lama, makin kurang sampaikan pada satu tahap, nenek cakap kat mama, dah tak payahlah bawa EBM lagi. Adik dah tak layan dah. Hehehehe... Adik lagi enjoy minum air kurma, Ribena, Milo atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Masa mama pergi kerja (8am to 5pm), Adik akan minum apa-apa air yang dia berkenan, tapi bila mama dah balik, Adik akan start melekatlah dengan mama. Hehehehe...

Disebabkan Adik dah tak heran dah dengan EBM ni, makanya banyak jugaklah EBM yang kena disposed sebab dah expired. Iye, memanglah EBM ni can last up to 4 months, tapi ni dah more than 4 months dah. Dah expiredlah, kan?




Sedih mama nak disposed all the EBMs. Kalaulah boleh dibagi-bagikan kat sapa-sapa, memang mama bagi jek. Bukan semua orang murah rezeki macam Adik ni, susu mama melimpah-ruah. Ada orang, siap makan bagai-bagai booster, nak bagi banyakkan susu, nak menyusukan anak punya pasal. Mama ni main tibai jek apa saja yang tekak terasa nak makan. Nak berpantang makan, jauh sekali. 




Apa-apa pun, semoga mama dapat teruskan menyusukan Adik sampai selayaknya Adik berhenti susu.  



Psss...
Adam dulu umur 2 tahun 3 bulan baru berhenti menyusu.
Sapa-sapa nak tips, boleh mai bisik-bisik kat mama. LOL!

Friday 6 April 2012

Lunchbox and Kerastangan

Assalamualaikum...

Hari ni mama and roomate dah sepakat and cukup rajin  nak bawak bekal.


So hari ni mama bawak creamy fettucine and sandwich. Roomate pulak bawak gulai lemak rebung dengan udang. Walaupun roomate masak berpandukan manual (buku masak) 100%, mama still puji sebab ni her first attemp (mama pun tak pernah masak rebung). It taste just nice. Good job, pasni bolehlah masak yang lain pulak,kan? Hehehe....

Her very first attemp.

Disebabkan hari ni tak ada kerja sangat, so mama pun merajinkan diri mengeraskan tangan membuat sesuatu. 

Before: Togel  and bogel. Hehehehe
 And after some times, ... Tadaaaaa...

After: Cantik berseri-seri, tak?


Bakul ni adalah untuk isi doorgift. Yelah, ada orang tu kan dah tak lama lagi dah dia nak kahwin. Ni mama tolonglah dia dengan bakul-bakul doorgift dia ni. 


Thursday 5 April 2012

Settle Sudah Semuanya

Assalamualaikum...

Hah, minggu ni mama balik-balik cerita pasal marking,kan. Oklah, semua marking punya hal dah settle. Daripada nak memarking, ke second examiner, ke upload and validate, ke ambil sign KPP, sampailah ke return bundle, semua dah settle. Lega betul.

Disebalik kelegaan, ada cerita huru-hara. Hehehehe...

Tarikh last untuk upload markah ialah pada hari ni. Yes, mama memang maklum. Tapi... ada tapi tau. Tapi, bukan untuk KAG sahaja ye, untuk KKB jugak. Mama ni punya lah confident tahap dewa yang KKB tarikh last upload is esok. Semalam mama saja lah buat lambat-lambat yang satu bundle lagi tu. Semalam mama dah marking separuh daripada bundle yang satu tu. Siap bawa balik rumah, konon-konon malamnya bolehlah habiskan. Ha..ha..ha..harapan jelah. Macam mana mama bawak balik semalam, macam tu lah jugak mama bawak ke ofis hari ni. Beg tu pun tak dibukak. Hahaha... Teruk sungguh, kan!

Masuk jek ofis, as usual, mama jalan-jalan blog orang dulu, tengok FB, baca gosip (hehehehe...i loike!), only then barulah boleh buat kerja. Masa mama tengah layan marking, datang pulak PIC mintak cop (second examiner). Nasib baik dia tolong copkan, mama tinggal sign jek. Tq Yana! Bila PIC a.k.a roomate dah sampai, pi breakfast pulak. Masa tengah breakfast ni lah, another PIC cakap hari ni last upload markah.. Both KAG and KKB. Menggelupur mama! ('^^,)

Nasib baiklah PIC a.k.a roomate dah settle dia punya, dia lah yang tolong tadi. Kalau tak, mau tungging terbalik mama. Pukul 2 jugaklah baru betul-betul settle semuanya. Diulang, betul-betul settle.

La ni nak pi mundar-mandir. Hahaha... Kerja dah siap, bolehlah bermundar-mandiran dengan senang hati. Hahahaha...


P/s: Jangan suka tangguh kerja kalau tak mau mengelupur disaat akhir.

Sekian.

Tuesday 3 April 2012

Objektif Kualiti

Assalamualaikum...

Semua markah telah pun selamat diupload. Cuma tinggal KKB saja lagi. Bercinta betullah rasanya nak menghabiskan marking ni. 2 bundle lg..eh salah. 1.5 bundle. Hehehehe...

Ini semua $$$$$.

Pandai-pandai depa ni. 
Marking KKB sangat menyeronokkan sebab dapat claim. Bertambahlah $$$ dalam poket. Hehehehe. Rejeki anak-anak, kan. Tapi nak dapat $$$ bukan senang dek non! Kalau main zass jek memang senang. Naik juling mata tengok nombor tau.

Secara summarynya (menangis cikgu BM kat sekolah baca), untuk sem ni:

Objektif 1: Mencapai sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus.

MAT112   DTM1C   87.88%
                  DTM1D  63.33%

QMT181   DPA4B  91.67%
                  DBS3E  83.33%

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mama tahu yang mama ni not a bad lecturer, bolehlah jugak mengajar, kan... (*___*)

Erk...apa lagi eh objektif kualiti UiTM?

Frustrated

Assalamualaikum...

Mama baru saja settle upload markah-markah students mama. Pada mama, it's normal to have 2 or 3 (kalau tak ada lagi bagus) failed students in a class. Having 11 out of 30 students, which is about 36.67% failed students is totally new to me. Berderau sekejap tengok result depa.

Since awal sem dulu lagi, mama dah menjangkakan dah menda ni. Not really well prepared, but mama memang dah ready to have this.

Jangan nak disalahkan ibu mengandung kalau anak yang dilahirkan tak jadi "orang". As for this case, I blame the students themselves for not taking the opportunity given and for not working really hard. 5 out of the 11 were sent  to Klinik Math, but none of them showed up (dah pandai sangat).

They get what they gave!

Oh!Mama kena buat report.
Stress!!!

Monday 2 April 2012

Piece of Arts

Assalamualaikum...

Mama just nak kongsi hasil seni kerja tangan Adam. Mama kagum ( and of course nak pujilah, kan) dengan Adam. Bila dia buat kerja mengaler dia, tekun sangat. (Tengok tv pun tekun jugak, tu yang sampai mama panggil pun tak dengar...(0__~) ). Cakar ayam dia dah menjadi semakin cantik.



Harap maaflah dengan kualiti gambar. Mama captured guna phone camera, tu yang kelabu + goyang tu (Macam lah guna camera lain tak goyang, kan). Hehehehe...

Actually, gambar tu mama lukis sebab nak tunjukkan maklang dia design dulang hantaran (baru dapat ilham).

Mama pun dah pandai lukis dah sekarang. Hehehehe \/ (^___^)\/