Wednesday 18 March 2015

Masalah problem

Assalamualaikum...


Anak dara ni, kan, now dia dah 4 bulan ++. Dah hebat dah meniarap. Hihihihihi. Alhamdulillah, selama 4 bulan ni, mama rasa senang jaga adik. Adik pun tak banyak ragam. Relaks jek. 


Tapi kan, mama tertanya-tanya jugak, adik ni kenapa taknak bergelak-ketawa? hihihihihihi. Wondering tau. Dia suka senyum. eh. Bukan. Sengih. Kalau diagah-agah, habis kuat dia sengeh sampai berjejes-jejes air liur. Tu jek. Takde pun nak terkekek-kekek gelak ke apa. Bila cerita-cerita kat babysitter dia, depa kata dia sakan jek bergelak-gelak. Sampai terjerit-jerit kadang-kadang tu. Eh... ini sudah buat mama jeles. Hahahaha. 

Lama jugaklah mama kejelesan ni, sampai rasa cam nak merajuk pun ada. Hahahaha. Boleh tak? Bila cakap kat papa, papa pun taktau nak cakap papa. Sebab papa lagi teruk. Hahahahaha. Adik siap nangis bila tengok papa. Punyalah lama papa tak balik sampai dia pun tak kenal dah papa dia. Tapi kejap jek adik tu nangis. Papa kan kesayangan dia. 

Pagi tadi mama pergi hantar adik, suami babysitter dia ada. Adik ni mama rasa dia terconfusela. Dia ingat suami orang tu i.e paklong dia tu papa dia kot. Yela, papa dia kan asyik takde. Tu yang kemain seronok lagi kalau paklong dia ada tu. Paklong pulak jenis suka melayan. Mama tengok pagi tadi paklong dia agah-agah, kemain dia menyengih sampai telinga, tapi takde la mengekek-ngekek gelak pun. Agaknya camtulah kot yang babysitter i.e maklong dia maksudkan kot. Kalau macam tu punya gaya, idakle mama jeles. Hehehehehe.  

Tapi kan.... umur berapa ni baby boleh gelak? 




Monday 16 March 2015

Till Death Do Us Apart

Assalamualaikum...

Khamis minggu lepas, mama dikejutkan dengan berita kematian suami kepada kawan mama. Mama tau pasal ni pun kat facebook. Kebetulan, mama pun friend dengan husband dia ni. Entah macam mana boleh friend entah. Ada orang tag dia dekat gambar, pastu ramai dok comment "innalilla...bla..bla.."  apa bagai. Mama dah macam, derr, ni sapa yang meninggal ni? Bila baca komen-komen tu, baru tau sapa yang meninggal tu, terkejut oiiii. Sebab arwah ni orang sport. Badan pun fit. Dah pasaipa pulak ni. Terus teringat dekat kawan mama ni. Anak-anak kecik lagi. Allahuakbar.

Hilang mak, hilang ayah, lain rasanya. Walaupun mak and ayah tulah yang bawa kita ke dunia ni, dengan ada nya kita punya the other half, at least, kita ada lagi tempat nak bergantung. Ada lagi bahu untuk kita mengongoi menangis bila datang masa-masa kita rindu mak, ayah kita. Tapi kalau the other half kita ni yang hilang?

Bila jadi macam ni, mama terfikir, what if kalau benda ni jadi kat mama? Boleh ke mama hidup ni? Cukup kuat ke amam ni? Dengan anak-anak berderet. Ya Allah. Panjangkanlah umur kami, ya Allah. Dan-dan doa terus oii. Superwoman pun boleh tersungkur, beb kalau takde orang yang dok tolak belakang dia.

Selama ni mama dok brok-brek-brok-brek bebel kat papa, itu tak kena, ini salah. Serba-salah semuanya. Semua-semua mama jekla yang betul. Kamonlah...mama mana penah salah. (Gila ka nak mengaku?! Hihihihihihi). Punyalah mama dok rasa, perfect-10 kot mama ni. Tapi mama taktau, entah-entah papa pun banyakkkkk jek benda yang dia tak puas hati, tapi dia pendam? Terus rasa macam kena luku kat kepala. Haaa... baru nak mai  akai.

Kita ni, baru clash dengan pakwe, dah menangis melalak macam apa. Itu baru clash. Entah-entah, esok lusa sambung balik. Budak hingusan sungguh perangai. Hihihihihi. Orang yang baru kahwin pun terasa kalau berpisah, bayangkanlah kalau dah kahwin bertahun-tahun?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sayanglah spouse hampa seadanya. Hargailah dia.
Esok-esok bila dia dah takdak, jangan dok pi teriak tepi kuboq.






Monday 2 March 2015

Already??

Assalamualaikum...

I turned 29 yesterday. What? 29 already? Yes uolsss... setapak jek lagi nak 3series. Menangis dalam hati... Tuo dah ha. Disebabkan iolss maintain muda dan jelita, (jangan nak buat-buat muntah eh!) iolss sentiasa merasakan yang iolss baru 25. hikhikhikihk.


So semalam pakwe lama telah membelanja mama selaku bitrhday girl (girl lagi ka dah tua macam ni
???) dan kaum kerabat yang terlibat. Makan Nando's jek pun. Terima kasih banyak-banyak lah alalalalatok. Semoga latok dimurahkan rezeki supaya lepas ni boleh belanja lagi dan lagi dan lagi. Hikhikhikhik.

Latok jugak sangat suwit sebab bagi hadiah birthday lebih awal, berupa sebiji lampu tidur. Motif hadiah birthday bagi lampu?? Forever tau birthday mama dapat barang rumah. Mencik! 5 tahun lepas, dapat vacuum. Adehhh. Susah kalau suwitt sangat camni. Heheheh.

Walaupun mama merasakan yang mama ni maintain muda dan jelita aje, tapi mama sama sekali sedar yang berat mama tidak berapa nak maintain. Makin naik ni oiii, ape cer? Mama sejak dah bersalin ni mengalami masalah pembuangan. So mama syak, sebab kurang membuang and dia teraccumulated tu lah yang membuatkan berat mama always naik dan naik.



Really, mama? Are you sure?
Adik takpelah. Dagu 4 lapis pun orang kata comel. Huhuhuhuhuhu. 

Eh, ni cite pasal apa ni sebenornye ni?Hahahahaha. 



Happy 29th Birthday to me!!!!!!!