LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 5 February 2016

Tips Menghadapi Kegilaan Ekonomi

Assalamualaikum.

Hari ni, mama nak share satu tips yang mama dengar dari IKIM.fm masa on the way kerja hari sabtu hari tu. Walaupun mungkin hari ni rasa macam tak berkenaan, mana tau esok-esok berguna jugak tips ni untuk diri sendiri, kan?

Katanya, tips ni adalah ibrah dari kisah Nabi Yusuf dan mimpi Raja Mesir ( sorry kalau mama salah. Better ampa tolong check).

Yakin Allah ada. 
Allah kan pemberi rezeki. InsyaAllah, rezeki tu ada cuma kita lah kena usha lebih sikit. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin apa yang kita hadapi sekarang ni adalah sebab Allah nak turunkan rezeki yang lebih baik. Bersangka baik. 

Usaha yang lebih kuat.
Kalau sebelum ni kerja dioffice time office hour je, apa kata kali ni sambil-sambil tu buatlah bisnes online ke, apa-apa ajelah. Sahutlah saranan menteri kita tu. Buat #2kerja. 4,5,6 kerja pun takde apa salahnya. Yang penting, kita berusaha untuk menaikkan ekonomi keluarga kita. Tu yang paling penting. 

Saving mesti ada.
Macam mana pun, duit gaji or apa-apa duit yang kita dapat mesti allocate sikit untuk saving. Kalau ada apa-apa nanti, takde lah mengagau sangat kita ni. 

Utamakan yang utama.
Kat sinilah pentingnya kita tau bezakan antara keperluan dan kehendak. Kalau ikutkan hati, semua benda pun akan jadi keperluan. 

Fokus pada 'bulatan kawalan'
Bulatan kawalan ni adalah dibawah kawalan kita. Setakat mana yang kita boleh nak kawalnya, kita buat. 


Harap-harap kita semua dapat survive dalam kegilaan yang menggila ni. InsyaAllah. 

#modeustajajahison.

Thursday 4 February 2016

In My Definition of... Sambal Ayam

Assalamualaikum.

Sambal ayam kesukaan anakanda yang dibentokan tu hari. ;P. Mama punya style of cooking takdak style punya. Hahahaha. Padia ni? Mama memasak without assistant, so of courselah pilihan mama yang simple-simple aje cara masaknya. Lagi pulak, mama ni kurang kesabaran rasanya nak hadap mende yang leceh-leceh ni. Tiap kali nak masak, nak kena tumbuk. Adoiiiii. Memang taklah.

Eh, jomlah cekidaut resepi.

SAMBAL AYAM ANAKANDA


Bahan-bahan:
2 keping dada ayam, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram *optional
1 labu bawang besar, dihiris
1 biji cili hidup, dihiris
Minyak untuk menggoreng 
Garam, gula secukup rasa.

Cara-cara:
1. Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak gorengan tadi. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan tumiskan cili kisar hingga garing dan pecah minyak. 
3. Masukkan semua bahan dan sesuaikan perasa. 
4. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. 
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika. 
6. Kacau sebentar sebelum dipadam api. 
7. Siap dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
# Ayam boleh juga kalau nak digoreng separuh masak. Tapi bila masukkan ke dalam kuah (step 5) kena biar lama sikitla supaya ayam betul-betul masak. Lebihkan air juga. 





Wednesday 3 February 2016

Berbento la pulak!

Assalamualaikum.

Amboi. Takmau kalah no. Bento. Phuiii. Cakap 'bekal' sudahlah.

Sekarang ni tending kot bawak bekal ni. Masing-masing bukan main lagi ni buatkan bekal anak-anak dah macam-macam rupa. Harap-harap trend bawak bekal ni berpanjangan la, ye dak? Jangan panas-panas tahik kuceng sudahlah.

Sebagai seorang emak, disebalik rasa kagum tu, kadang-kadang tak tercapai jugak akal mama ni bila tengok bekal masing-masing. Bukan main ni. Nasi ayam la, nasi bukhari la, nasi beriyani gham la. Kamonlah weh. Masa bila hampa masak ni? Knowing that nak masak nasi ayam tu kemainlah lecehnya lahai, mama tak dapat nak imagine depa ni bangun pukul 4 pagi semata-mata nak masak bekal untuk anak. Welllllllll, depa tu rajin mama oiii. Bukan macam mama, malas-malas rajin. Malasnya lagi banyak dari rajin. Hahahaha.

Oiiii. Hari ni mama rajin oi. Hahahaha. Kesahnye, pagi semalam mama offer la ke along nak bawak bekal tak. Sebab lauk dinner malam sebelum tu banyak lagi. Mama masak kemain lagi banyak, tup-tup mama sorang jek yang makan. Eksyen oiii. Nak bawak bekal lauk ayam je. Since mama masak ikan, tak kehinginnya nak bawak. Bila dia balik petang semalam, papa cakap esok along nak bawak bekal ayam. Berpeluh dah kepala mak kau dok kira bila masa dia patut bangun nak masak. Hahaha.

Mama siap terjaga pukul 2 pagi, pastu dah tak boleh tidur dah. Taktaulah nervous ke apa. Taktaulah pulak pasaipa nak kena nervous. Hahahaha. Kelam-kabut weh pagi tadi. Mana nak iron baju sekolah dia lagi, mana nak masak lagi. Stress mak pagi-pagi, nak.

Maka terhasillah....

Nasi putih + sambal ayam + kicap.

Anak bujang mama ni memang hantu kicap. Nasib baiklah dia suka makan ayam sambal. Hari-hari pun takpe bagi dia. Senang keje mama. Hihihihi. Good thing bila dah masakkan bekal anak ni, secara tak langsung, kita pun berbekal sekali ke tempat kerja. Tak payah nak risau nak makan mana, nak makan mana.  #Jimatduitbelanja.

Bekas letak kicap tu kan, mana nak beli ha? Yang ni dapat masa beli kopok lekor kat rnr. Dia etak sos cicah kopok tu dalam tu.

Esok entah apalah pulak dia nak mintak ni? Nervous mak!

EPF 11% ---->8%: Yeay or Nay?

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kerajaan umumkan yang potongan EPF (i.e KWSP) dikurangkan sebanyak 3% daripada yang asal, yang mana sekarang ni jadilah 8%. So, lepas tu kecohlah pulak pasal income tax. Apalah relevannya potongan EPF dengan income tax? Why so kecoh?


Papa whatsapp mama and tanya, betul ke ni? Apa yang si polan ni cakap, memang betullah. Tapi... 

Ok, dia macam ni. Dekat Malaysia ni ada 1001 jenis tax. Pasaipa yang banyak sangat tatau. Sebab tax ni adalah salah satu sumber pendapatan negara. Salah satu daripada 1001 tadinya adalah income tax. Bila cakap pasal income tax, sebenarnya bukan semua orang pun yang kena bayar income tax ni. Adalah minimum amount of annual salary. Tax ni dia bukan kira based on total gaji kita. Dia hanya dikira based on balance lepas dah ditolak dengan relief. Relief (also called 'deduction') which is pelepasan cukai, atau senang cakap, 'tanggungan'. Pi bukak web Lembaga Hasil Dalam Negeri sana, depa dah bagi list cukup lengkap dah. 

EPF / Insurance dibagi pelepasan sebanyak RM6,000 (maximum). Amount pelepasan yang diambil kira adalah yang terkecil. Contoh, setahun total EPF RM6,500, tapi maximum is RM6,000. So pelepasan cukai untuk EPF kita ialah RM6,000. Tapi kalau total EPF kita setahun RM4,800 dia akan kira pelepasan cukai RM4,800 la. Rugilah kita RM1,200 kat situ. 


Nampak tak? Insurans nyawa dan KWSP. Dah kalau KWSP tu tak sampai limit lagi, hampa pi la topup dengan insurance nyawa. Bukan rugi pun beli insurance ni. Bukan suruh beli untuk orang lain, beli untuk diri sendiri. Pun payah ka? 

Macam mama, since mama dah pilih skim pencen, so mama memang dah takde potong KWSP lagi dah. Gaji bulan-bulan memang bersihlah basic tu. Kalau macam tu, free-free la mama bagi ke tax kan? No way, okay! Ingat senang-senang ke boleh ambil duit iolsss? Hihihihi. Caranya, mama ambillah insurans. Mama ambil untuk mama plus 2 anak bujang, ngam-ngam soi sampai limit ja. Tak payah nak lebih-lebih sangat la aih. 

Kerajaan kita ni pun takdelah kejam sangat. Macam-macam reliefs depa bagi. Dah tolak segala mak nenek relief, gaji RM5000-6000 pun belum tentu lagi kena bayar tax. 

Lagi satu, kalau takmau sangat-sangat-sangat-sangat bayar tax, hampa pi lah bayar zakat. Eh, memang aku bayar zakat apa. Tu zakat fitrah, oiii. Memang wajib bayaqla, mangkuk. Ni zakat pendapatan. Nak bayar zakat pun takkan berkira kot. Cakap pasai agama bukan main pungpang-pungpang. Bila mai tang ni, buat-buat tak ingat pulak. Bukan lupa, tapi tak ingat. Bayarlah berapa pun zakat tu, sebab apa? Sebab zakat is no limit. Dia dikira as it is. Kalau hang bayar zakat setahun RM200, depa akan ambillah RM200. Lagi banyak, lagilah untung korang. 

Takpelah kalau la ni depa potong PCB ratus-ratus pun. Esok bila sampai time, hang pi la buat tax assessment hang. Silap-silap boleh dapat full refund balik. Yuhuuuu. Sapa tak suka dapat duit ye dak? 

Heyy, mama buat tax assessment hokayyy! Siap dapat refund lagi. That's why la i know. 

Pssss... papa kata PCB dia bulan ni kena potong namrat. Hahahaha. Tu yang dia dok kalut tu. 

Err... saya bukan ejen kerajaan. #jangankecamsaya.