Assalamualaikum.
Kerabu ni mama buat masa belum puasa tu hari. Entah apa kena, tiba-tiba papa cakap dia teringin nak makan kerabu perut. Alahhhhhh. Sapsapsoi je tu.
Bahan-bahan:
200-300g perut - direbus dan dihiris
1 cawan taugeh - dibersihkan dan dicelur seketika.
2-3 batang kacang botor - dihiris nipis
1 biji tomato - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hidup*
3 biji cili benggala*
Sedikit belacan*
Sedikit kerisik
Limau nipis secukupnya
Garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
1- Bahan bertanda * ditumbuk halus.
2- Masukkan kerisik dan gaul rata.
3- Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan limau nipis.
4- Masukkan semua bahan dan gaul rata.
p/s:
#1- Kerabu yang sedap adalah kerabu yang balance masam, manis, masin, pedas dan pelbagai lagi rasa yang sepatutnyalah.
No comments:
Post a Comment