Challenge accepted! Ada gaya macam Barney Stinson ( How I Met Your Mother) tak? Hehehehehe...
Sama ada mama ni terlalu optimis atau pun sangat perasan bagus (^__~), wallahualam. Yang pastinya, mama sangat tidak mensukai orang yang awal-awal dah angkat tangan surrender, padahal belum cuba pun lagi. Orang-orang macam ni, pergi main jauh-jauhlah!
Dalam hidup ni, mana ada benda senang. Nak makan pun susah,tau. Apa kata kita keluar sikit daripada comfort zone kita, kita cabar kebolehan diri. Cewahhh... (Macam pakar motivasi berjaya pulak, kan! Hehehehe...). Manalah tau, dalam pada kita nak mencabar kebolehan diri tu, kita terdiscover pulak bakat terendam kita.
Cubaan mama menguji diri sendiri. Hahahaha... Orang dah kata dah, tak nak percaya. Selalu mama dengar daripada orang-orang yang berkebolehan menjahit, even mak mama sendiri selalu kata, nak buat baju budak sangat susah, sebab baju depa kecil. Pada mama yang pandai pakai dan komplen saja ni, apalah susahnya, baju jugak. Sama jek nak jahitnya. Dah cuba, baru tau. Time-time tu jugak rasa macam nak pi jek hantar kat tukang jahit. Hahahaha...
Adam ni too fast too furious lah pulak tumbesarannya. Baju Melayu raya tahun lepas dah kecil jadinya. Bila pakai, dah nampak macam pakai baju Adik. Mama pun cuba try testlah (kononnya terrerlah, kan!) jahit baju melayu untuk dia. Buruk-buruk pun tak kesahlah, janji dapatlah dia pakai pi sekolah pada hari Jumaat atau ikut papa/atuk pi solat Jumaat/surau. Nasib baiklah Adam mood baik masa ni, dapatlah mama trykan baju ni kat dia. Memang tercabar sangat buat baju Melayu ni, tapi mama tak serik. Kalau ada masa, mama nak buat lagi,tapi dengan syarat Adik tak kacaulah. Oh ye! Baju yang 3/4 siap ni mama nak kena otter balik, nak kena besarkan banyak. Hahaha...
Berketui-ketui kaki si pengacau ni. |
DJ kata macam peha ayam. Aah, ayam daging terlebih makan. Hahahaha |
Twister gaya mama. |
Roti arab lari dari kebiasaan. |
Apa-apa pun, tak boleh tahan bila ada yang kata, "Pandai pulak ko...bla...bla...".
Eh, eh... bodoh ke aku selama ni??(Emosi-onal) Hahahaha...
Aku tau sape yg kate ko cmtu! :p jgn emo ek..hahaha :p
ReplyDelete