LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 26 March 2019

Kisah Raya 2018

Assalamualaikum.

Biasa kat kampung, lagi 2-3 hari nak raya dah sibuklah semua pakat cari daging. Lagi 2 hari nak raya, dah boleh nampak orang jual daging tepi-tepi jalan. Family kat Melaka ni, memang belum pernah tinggal lagi lah tradisi membeli daging tu. Sanggu kosongkan icebox sebab nak bagi space nak beli daging. Jangan buat main-main. 

Kalau dulu, masa FIL ada, dia lah yang uruskan hal-ehwal daging ni. Sekarang ni, tugas dah bertukar tangan pada papa, yang kadang-kadang tugas bertukar ke tangan mama pulak tu. Papa pernah tanya, kenapa eh kalau nak raya tu mesti nak ada daging? Eh, dia tanya kita pulak, padahal makbapak, atok nenek dia yang kemain beria. Iye, time nak beli daging, kena ambil order rumah MIL, pakej dengan rumah atok sekali.

Orang Kedah panggil hari buat ketupat, orang Melaka panggil hari mantai. Dua-dua referring to the same day, which is hari last puasa. Hari last puasa ni lah yang selalu perempuan-perempuan ni sibuk-sibuk di dapur kan? Segala ada semua nak dimasaknya. 

Ok, back to kisah asam pedas ni. 2 hari sebelum raya, belum pergi berbuka dirumah MIL, masih berbuka di rumah. Mama masak asam pedas tulang ni. Ala, kan papa tugas dia beli daging. Kalau beli daging tu, mestilah tulang, hati, limpa semua pun ikut balik. So untuk rumah hari tu mama  pesan tulang dalam 1kg macam tu. Entahlah, tiba-tiba tekak teringin nak makan tulang dan asam pedas. Padahal tak pernah pun seumur hidup makan macam tu. 


So dah masak, dah berbuka, makan sedap apa semua. 

Esoknya, papa kata kepala dia pening. Masa kat rumah MIL, seharian tu memang dia tidurrrrrrr je. Hangin je mama rasa. Iyelah, dah budak kecik tu memang tengah lasak time tu, takde sapa pulak nak tolong perati dah semua pun busy kat dapur. 

Hari raya tu pun, sempat jalan 1-2 rumah je, semua orang dah tak syok nak berjalan raya sebab papa tak sihat. Mama dah bengkek. Macam-macamlah  mama menyumpah dalam hati, punya tak puas hati sebab ada orang kacau mood raya mama. 

Mama syak culpritnya adalah asam pedas tulang ni la. Tulang kot. Bayangkanlah lemak dia macam mana. Papa pulak ada darah tinggi. Memang win lah.  

Monday 25 March 2019

In My Definition of ... Bologneise Spaggheti

Assalamualaikum.



Mama start makan spaghetti ni tak ingat bila, rasanya lepas kahwin kot? Ke before kahwin, tapi masa dah kat u? Entahlah, cannot recall, tapi yang pastinya dah besarlah baru merasa makan spaghetti. Kesian kan? Mama ni orang kampung uolsss. Kampung pulak kat ceruk ulu mana entah. Utunglah jugak sekarang dah kenal spaghetti. Hehehe. 



Most of the time, bila makan kat luar, selalu rasa tak puas hati dengan kualiti of the sauce, samada dia terlajak manis, atau pun rasa dia biasa-biasa je. Susah nak cari yang betul-betul sedap. Yang paling mama suka, ariabata spagheti kat pizza hut. My definition of bologneise, of course, inspired by it la.


BOLOGNEISE ALA ARABIATA SPAGHETTI


Bahan-bahan:
1/2 peket spagheti 
1 mangkuk daging kisar
Meatballs - bilangan ikut suka
1 tin Prego tomato puree
1 biji bawang besar - didadu
2 ullas bawang putih - dicincang
2 biji tomto - didadu
4-5 biji cendawan - dihiris
2 sudu cili kisar
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar *optional
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil italian herbs
Sedikit sos cili *optional
Sedikit sos tiram *optional
Sedikit kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Grated parmessan untuk hiasan

Cara-cara:
1- Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan dan rebus spaghetti hingga lembut. Toskan dan ketepikan air rebusan untuk kegunaan nanti. 
2- Dalam kuali / periuk yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
3- Masukkan cendawan dan masak hingga cendawan sedikit kekuningan. 
4- Masukkan daging kisar dan meatball, masak hingga daging kering. 
5- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. 
6- Masukkan tomato dan semua bahan serbuk. Gaul rata. 
7- Masukkan sedikit air rebusan dan perasakan dengan semua bahan perasa. 
8- Biarkan kuah mereneh dan memekat. 
9- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama lebih suka spaghetti mama lembut sikit dari al dente. Sorry sebab mama takde timing berapa lama nak rebus spaghetti tu Selalu main agak-agak je. 

Friday 15 March 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Tomyam

Assalamualaikum.

Masih lagi tak boleh move on dengan ke-teringin-an terhadap tomyam. I always have this weird idea lingering in my mind, sampailah mama dah buat dan rasa. Kalau sedap, for sure kena repeat. Kalau rasa dia weird, as weird as the idea was, hehe, that's it. Takmau dah lagi.


Selalunya dinner mama dengan papa makan ringan-ringan je. Kadang-kadang je makan berat-berat. Tapi hari tu memang mama tak boleh tahan dah, Menggaru-garu rasa nak buat nasi goreng tomyam tu. So, nasi goreng tomyam is in the making. Resipi boleh kata sebijik macam previous resipi.

NASI GORENG TOMYAM 


Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
4-5 ekor udang - dibersihkan
1 biji bawang besar - ditumbuk kasar
1 biji bawang putih - ditumbuk kasar
1-2 biji cili api merah (bangla) - ditumbuk kasar
1 batang serai - dititik
1-2 helai daun limau purut - diracik
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam
1/4 pokok broccoli - dipotong *optional
2 ketul cendawan shitake - dihiris nipis *optional
4 biji cherry tomato -dibelah dua
Garam, gula jika perlu
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
2- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk, serai dan daun limau purut hingga naik bau dan sedikit garing. 
3- Masukkan pes tomyam dan kacau rata. 
4- Masukkan cendawan dan kacau hingga sedikit garing. 
5- Masukkan tomato dan brocoli. Kacau rata. Masak hingga brocoli dan tomato sedikit layu. 
6- Masukkan sos tiram dan kiub ayam. Kacau lagi.
7- Masukkan nasi dan gaul rata. 
8- Tambah garam jika perlu. 
9- Padakamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Paling terrrbaik adalah gunakan nasi sejuk, compared to nasi panas. Bari nasi goreng boleh jadi berderai elok. 
#2- Cendawan akan keluarkan sedikit air. 

Thursday 14 March 2019

In My Definition of ... Pucuk Paku Goreng Tomyam

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni tak taulah apesal, tekak ni teringin bebenor nak makan tomyam. Macam terasa-rasa masam, pedas, masin tomyam tu. Adoiii hai.

Ada hari tu jiran kat rumah tu jual pucuk paku and papa beli seikat, jadinya baiklah masak cecepat sebelum ke tong sampah perginya mende alah tu. Dah memang tekak pun nak sangat makan tomyam kan, apa kata pucuk paku tu masak je tomyam tu.

Sotong masak asam, Pucuk paku goreng tomyam

Mama guna udang sebagai rencah dia. Boleh aje nak tukar ikut apa haiwan yang korang suka. Oh, sotong tu papa yang request. Sekarang ni kalau beli sotong tu, memang itu jelah masaknya. Dah orang yang membeli nak makan yang itu, kena lah masak juga.

Eh, meh check resipi.

PUCUK PAKU GORENG TOMYAM


Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku - dibersihkan
10 ekor udang - dibersihkan
1 biji bawang besar - ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 biji cili api bangla - ditumbuk kasar
1 batang serai - dititik
1 sudu besar pes tomyam
1-2 helai daun limau purut - carikkan
Garam, gula jika perlu *mama tak letak pun
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Celur seketika pucuk paku tersebut. Toskan.
2- Panaskan minyak dan goreng sekejap semua udang. Angkat dan ketepikan.
3- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik bau. 
4- Masukkan pes tomyam. Masak hingga pecah minyak atau sedikit garing. 
5- Masukkan udang dan pucuk paku. Gaul rata hingga semua disaluti bahan rencah. 
6- Sesuaikan rasa dan padamkan api. 
7- Sedia untuk dihidang.


p/s:
#1- Pucuk paku dicelur/rebus sekejap untuk mengelakkan sayur jadi terlalu berair bila dimasak. 
#2- Tak perlu tambahkan air, sebab pucuk paku tetap keluarkan air (walaupun sedikit) dan akan jadi berkuah sikit, instead of kering-kering. 
#3- Rasa dulu sebelum tambah garam, sebab macam mama, pes tu dah cukup dah masin dia. 
#4- A twist of cara masak pucuk paku. Selalu orang buat masak lemak la, goreng belacan la kan. So bolehlah korang nak eksyen sikit depan adik-beradik lepas ni sebab masak lain dari yang lain. Hehehe. 


Selamat menerai, semua. 

Mama nak gi meeting. taaaaaaa~