Minggu ni adalah minggu terakhir kelas untuk sem ni. Next week, students dah start exam. Jadual invigilate pun dah keluar. Sujud syukur sat sebab mama takde kena jaga exam 28-30 haribulan. Hohohohohoh...
Lagi plus minus 12 hari before the wedding take place. Kalau nak ikutkan agak huru-hara jugaklah. Tapi kita maintain cool jek. Hehehe... Oh, by the way, baju mama dah siap. Hohohohoh... Harap-harap mama tak overshadow pengantin. ( Tolonglah bagi can.. ;P)
Sabtu 2 minggu lepas, mantan boss fakulti mama kat sini meninggal. Sedih jugak sebenarnya, walaupun mama ni takdelah rapat pun. Tapi, iyelah, dah dia boss kita, kan. Sedikit sebanyak mesti terasa jugak. And jumaat lepas, pihak fakulti organizedlah satu bacaan tahlil and yassin untuk arwah.
Antara students yang hadir. |
Bila tengokkan ramainya orang yang hadir untuk tahlil petang tu, dengan students, dengan kawan-kawan dari lain-lain fakulti, membuatkan mama terfikir. Bila sampai masa mama nanti, students mama akan buat benda yang sama tak untuk mama? Kawan-kawan mama? Menitik jugaklah air mata ni. Semoga roh arwah tenang disana, disisi Penciptanya.
Hari Sabtu, the next daynya, mama melibatkan diri pulak as a panel penilai untuk projek keusahawanan students. Bukan nak nilai apa sangat pun. Tengok depa present proposal jek. Pastu komenlah apa yang patut. Hehehehehe... Yang bestnya time ni, adalah goodies/souvenier (produk depa) yang penilai ni akan dapat. Mama hari tu dapat durian crepe 1 pack, key and was served triffle pudding and satey kambing.
Key yang mama dapat, tapi dah dibuat lap air hujan kat kereta oleh Adam. |
Studying the proposal. |
Lupa. Lupa. Pagi tadi pagi-pagi morning, mama ada interview. Interview untuk confirmation. Gila kentang interview 15 minit jek. Hehehehe... Alhamdulillah, mama dah confirm now, 2 tahun 9 bulan and 13 hari.
No comments:
Post a Comment