Kihkihkih...nama lauk tak boleh blah. Ni semua gara-gara ada orang minta resepi kat mama. Terus eksyen, kan. Nampak sangat mama masak sedap. Hikhikhik...
Oh, hai mcna! :) *lambai-lambai. (Percayalah, saya bukan sebegini hover orangnya. ai is pemalu) :P
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar cili kisar (dikisar dgn bawang merah + bawang putih)
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1/2 inci halia, ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
Segenggam lada hitam,ditumbuk
Garam secukup rasa
Sos:
Air perapan ayam
Susu segar (1 botol kecil)
Cendawan shitake, dihiris
Bawang besar, didadu
1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air
Cara penyediaan:
1. Semua bahan ayam disatukan dan ayam diperap. (Lagi lama lagi sedap).
2. Bungkus ayam dengan aluminium foil sebelum dibakar (supaya ayam maintain moist ) dan bakar pada suhu 170C selama 50-60 minit.
3. Bahan perapan ayam tadi jangan dibuang. Boleh buat sos ayam tadi.
4. Tumis bawang. Apabila bawang dah kekuningan, masukkan cendawan. Sautee sampai cendawan pun kekuningan.
5. Masukkan air lebihan perapan ayam tadi. Kacau seketika.
6. Masukkan susu segar dan air bancuhan tepung tadi.
7. Boleh tambah blackpepper lagi kalau suka.
8. Agak-agak kuah dah mendidih dan pekat, boleh padamkan api.
*Masin, manis, pedas-sesuaikan sesedap rasa. *Bila ayam dah masak, akan ada air yang keluar. Boleh masukkan air tadi dalam sos. Didihkan sekejap (taknak didihkan pun takpe), dah boleh dihidang. :)
Selamat mencuba!!!
#Resipi asal, kredit to Kakngah.
wah wah! harus try buat :p
ReplyDeleteKo jgn nak wah wah sgt eh. Cpt buat. Hahahahaha
Deletehai hai hai,, saya tak nak cuba masak,, tapi saya nak rasa.. hahahaha.. buatkan plzzz :P
ReplyDeleteAku dah repeat masak mende sama 3X dah. Tu lah, aku jemput, ko xnak dtg. Boleh buatkan, tp ko kne dtg makan kat umah aku le. Hihihihihih
Deletehahaha,,, tipu,,, mana ade ajakkkkk hahahaha
ReplyDeleteNoni...ayam nie mmg terbaekk..sampai menjilat lengan...hihiii..anyway thank q jamu mkn hari tu..lenkali leh dtg lg ea...
ReplyDelete