Susah jadi mak ni. Nak-nak lagi kalau anak dah beranak-anak. Toksah banyak-banyak la, mama yang 2 ketoi tu pun dah rasa payah sangat dah. <<< Dah tau payah, lagi nak tambah. Payah nak jadi fair and square. Ni mama kira okey lagi la, si adik belum pandai nak minta-minta sangat.
Mama sekarang sejak papa takde, malas sangatlah rasanya nak menyinggah kedai. Malas nak berangkut tu dah satu hal, kang ko beli barang tak seberapa, kena cukainya pulak yang lebih, dah satu hal lagi. Kadang-kadang tu, kalau ada apa-apa barang mama nak beli, mama akan beli siap-siap sebelum jemput budak-budak ni.
Tapi, kan sedih jugak sebenarnya bila mengenangkan birthday anak tu, takde apa pun. At least, keluar makan ke. Pun takde, eh. Mama ni yeyelah, nak buat carrot cake lah, tapi barang takde, tapi taknak beli. Lapanblas kali mama selak buku resipi mama, mesti adeeeee jek bahan yang takde.
Aiskrim goreng |
Hasil suggest-an papa. Time tu papa suggest, time tu jugak mama pi buat. Try dulu, kot-kot tak jadi, kan. Thanks to Cetul La^la sebab buat tutorial, walaupun mama ingat-ingat lupa, tapi berjaya jugak buat. Papa suggest buat ni sebab katanya, Angah suka. Walhalnya, yang makan ni cuma maksu dengan mama dia jek. Dia adalah makan sikit, tu pun makan aiskrim jek. Nak buat lagi esoknya, dah tak dapek sebab jam-jam tu jugak Adam habiskan aiskrim.
Pizzapizzapizza |
Roti Sardin |
No comments:
Post a Comment