A come back la sangat. Puiii. Hihihihihihi.
Lama hoih mama berhibernasi. After 92 hari bermaternity leave, mama dah selamat dah pun naik kerja semalam. Malu iols bila ada sorang, dua colleague yang wish 'selamat kembali bertugas'. Nak wish, wish plak aih. hihihihihihi.
Selama 92 hari ni, mama dengan katak bawah tempurung tiada beza. Eh. Tapi mama lebih macam katak dalam botol. Gitu. Bukan sebab gemok macam katak, bukan. Bukan sebab rupa dah mengkatak. Iolss is menten muda dan jelita, giteww (mata keatas sangat-sangat). Nampak semua yang berlaku disekeliling, tapi taktau apa yang jadi. Boleh? Hahahahaha. Takde semua pun taktau, tapi adalah menda-menda yang mama macam terlepas. Al-maklumlah, rumah takde tenet. Harap rumah jek besor, internet pun takde. Habis, dah duit habis dibayor ke rumah yang besor, camtulah. Hihihihihi. Acah-acah besor jek, Jangan percaya.
Dalam 92 hari ni, sebenarnya banyak mende yang dah menimpa family mama, yang mama tak banyak, sikit dah ubah family kami. Nampka tak, kami. Maknanya bukan mama jeklah yang affected kat sini. hewhewhew.
Mama start cuti 31 October. Belum bersalin pun masa tu. Saja-saja cuti. Bosan datang ofis asyik melanguk jek. So apply lah annual leave 1 hari. So, perkara-perkara penting started to happen on 1 November.
1 November 2014: Wedding Reception Kakngah & Faeiz.
Gumbiralah hati tak terkira katanya dapat berkumpul beramai-ramai. Sedara from KL ramai yang turun.
The perantin.
The 4 of us, anak-anak Hasan and Rossnah.
Pasaipa nak buat jugak the wedding on the 1 November tu? Sebabnya ialah... Perantin ni, 3 November tu depa dah nak fly balik Ireland dah. Nak buat awal-awal, abah balik dari haji pun dah 26 October tu. Tu jelah masa yang ada nak buat majelis pun.
Now I know perasaan mak bapak kawenkan anak. Hoihhh. Sebak oih. Padahal mama tak buat apa pun. Just menghadirkan diri jek. Semua pun pengantin sendiri yang uruskan.
3 November 2014: The arrival of AH#3
Setelah sekian lama menunggu,acehhh... macamkan menunggu bulan jatuh ke riba, akhirnya tuan puteri yang dinantikan yang mama dok kira hari hari-hari, selamat dilahirkan.
Adik lahir on 3 November 2014, 3.33am, 3.62kg. Mama menahan sakit lebih kurang dalam 2jam jek macam tu masa nak lahirkan adik. Pejam celik-pejam celik, now adik dah 3bulan. Alahaiiiii. Sekejapan jek rasanya.
19 November 2014: Rest in peace, FIL
Selepas 2 hari bertarung nyawa di ICU, FIL akhirnya pergi jua. (Will story later)
12 Januari 2015: Along Darjah 1
Tengokla. Dia yang paling besar mama rasa among kawan-kawan dia. Orang lain makan sepinggan jek, dia taram sampai dua pinggan masa rehat. Adehhh. Mama baru menaruh harapan yang dia akan kembali slim semula bila dah sekolah. Hari-hari mama bagi duit belanja RM2, selesai.
Ala... nak jemput dia balik sekolah ni.
Tadaaaaa.
welcome back noni!!! hahaha...aku pn da mls tulis blog..bz btol...
ReplyDeleteByk kali aku tgk blog ko..sunyi sepi.haha.anyways, welcome back!
ReplyDelete