LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 30 March 2012

Pesanan Seorang Ayah

Assalamualaikum...

Menjadi ibu (atau ayah) kepada anak-anak bukanlah satu kerja senang, sebab ianya menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Mama mengaku, nak bersabar sangat susah. Seharian bergelumang dengan kerja (walaupun kat ofis duduk mengadap pc jek, tapi penat weh...), balik rumah badan dah letih (kalaulah mama ni ultraman, lampu kat badan tu dah blink dah...tunggu nak padam jek ) anak pulak mengaruk satu macam, memang boleh hilang sabar. Kalau tak sabar, mau makan pelempang se- das dua.

Hehehe...

Series ni, masa Adam setahun lebih ke dua tahun, mama sangat tidak sabar orangnya. Selamba je lempang anak, walhal budak tu kecik lagi, bukan tau apa pun. Bila diingat-ingat balik, memang menyesal.

Pesanan seorang ayah yang kehilangan anak tersayang, yang mama jumpa masa mama BW.

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak ....



Menusuk ke kalbu.

Thursday, 29 March 2012

Sujud Dalam Solat

Assalamualaikum...

Sumber: Harian Metro Online 


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1.     Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.     Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.     Melegakan sakit hernia.
4.     Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.     Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6.     Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7.     Meringankan bahagian pelvis.
8.     Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9.     Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10.  Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11.  Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12.  Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13.  Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14.  Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15.  Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. 


Wallahu a’lam



Tuesday, 27 March 2012

Burnt Biscuits

Assalamualaikum...

Mama nak share emel yang mama dapat daripada NC UiTM, Dato' Prof. Dr. Ir Sahol Hamid.

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his Biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school.
I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."
Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your momma put in a long hard day at work today and she's real tired. And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"
You know, life is full of imperfect things... and imperfect people.. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship. 
Kita semua manusia biasa, bukannya malaikat and manusia biasa takkan dapat lari daripada melakukan kesilapan. Adatlah kalau ada salah sana-sini, sikit-sikit tu. (Kalau asyik repeat the same kesalahan over and over again, macam mana tu? Huhuhuh... :( ). 


Please learn to appreciate others, or others might not appreciate you (as well). 


"Life is too short to wake up with regrets... Love the  people who treat you right and forget about the ones who don't. ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE "  
                                                                                     -Dato' Prof. Dr. Ir Sahol Hamid.

Well said, Dato'.

Al-Kisah Lagi

Assalamualaikum...

Mama curi masa sikit, hilangkan stress tengok numbers yang ditulis oleh students bertuah (... Nangis)

AL-kisah berlaku 4,5 hari lepas. Bila dah penat kerja, balik rumah, anak pulak mensepahkan lagi rumah yang baru 5 minit dikemas memang sangat menghanginkan mama.

Mama: Bla..(membebel)... bla..bla..Adam jangan sampai mama naik hantu.
Adam: Apa? Mama naik apa?

Hangin satu badan terus hilang entah ke mana. Macam api yang meluap-luap kena simbah dengan paip bomba.

Alahai sayang... Naik hantu tu tak sama macam Adam naik car mama atau naik motor Atuk.

Moral of the story, jangan menggunakan peribahasa bila bercakap dengan anak yang baru pandai bercakap.

**Sigh. Lap peluh.

Monday, 26 March 2012

Work Mama

Assalamualaikum...

Setiap hari, bila mama ajak Adam balik ( dari rumah nenek), Adam akan tanya "Mama nak work?" "Adam nak ikut". Bila dah ditanya macam tu, mama iyekan je. Padahal mama nak terus balik rumah, bukannya nak pergi kerja semula. Kalau tak, tak nak balik pulak dia kang. Satu hal pulak nak datang balik-balik jemput dia.







Tunggang langgang ofis mama dikerjakan diorang berdua. Nasib baiklah barang-barang yang boleh diusik dan diubah-ubah sikit jek. Kalau tak, tak tahulah. That was adik first visit to ofis mama. Tu yang macam tak tentu arah semua benda nak try tu. Adam pulak, disebabkan dah selalu sangat ( 2,3 kali) datang, dah buat macam rumah dia. Suka hati dia nak buat apa.




Hai lah, anak-anak.

63 years old FIL

Assalamualaikum...

MIL and FIL 



Happy Birthday Ayah.
Kami sayang Atuk Dollah.

Semoga Allah Panjangkan Umur Ayah.
There are thousands things to share with.

Friday, 23 March 2012

Semiggu Dua

Assalamualaikum...

Realitinya, seminggu dua ni mama akan buzy lebih sikit daripada biasa. Mama ada masa (plus minus) 3 hari, termasuk hari ni, untuk settlekan marking paper QMT181. By hook or by crook, kena habiskan by 25th, sebab nya 25th tu nanti masuk lagi paper.