LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 17 October 2020

In My Definition of ... BBQ Chicken Wing Air -fryer

 Assalamualaikum.


I was never a fan of any BBQ-y food, tak kisahlah apa haiwan sekali pun. One day tu, entah macam mana teringin pulak nak try satu resipi ni. Resipi memandai-mandai nama nya. Masa tu mama dah imagine dah, kalau mama buat macam ni, dia akan rasa gini-gini. Selalu makan BBQ chicken wing Pizza Hut je, harapkan itu jelah sebagai referencenya pun. 

                                    

Since then, terus jadi favorite anak-anak dan mak-bapaknya. Hahaha. Macam kakak semalam, dia mintak nak makan apa entah, and mama malas nak masak apa yang dia nak tu. Sebelum tu papa dah masak pun ayam ni, so mama nak pujuk kakak makan ayam ni, mama cakap ' ni ayam sama macam pizza hut' . Gittew. Bukan calang-calang punya confident. Hahaha. So, selamatlah semua ayam yang papa masak tu dihabiskan oleh kakak. 


BBQ Chicken Wing 


Bahan-bahan:

10 ketul chicken wing

3 ulas bawang putih*

1/2 inci halia*

1 sudu besar sos BBQ*

1 sudu besar sos tiram*

Sedikit madu*

Sedikit kicap pekat - optional (untuk color)*

Garam dan gula secukup rasa*


Cara-cara:

1- Ayam dibersihkan dan ditoskan. Ketepikan. 

2- Blend semua bahan hingga hlus. 

3- Perapkan bahan blend dengan ayam selama yang boleh. 

4- Bakar dengan menggunakan air-fryer pada suhu 170C, selama 20 minit. 

5- Siap untuk di-enjoys!


p/s:

#1- Kalau takde kicap pekat, kicap biasa tu pun boleh la labu. Nak bagi hitam je pun. Barulah manis mata memandang. Kahkahkah. 

#2- Kalau takde air-fryer sila beli. Hihihi. Serius keje korang jadi lagi mudah, hasil masakan pun meletop-toptop. 








Friday 16 October 2020

In My Definition of ... Ayam Bakar Ala La La

 Assalamualaikum.


Amboiii. Ingatkan PKP orang je kena kuarantin, blog pun sama naik. Hahaha. Melampau sungguh. Entah apa mama buat sampai tak menyempat nak update blog. Bukan nak update apa sangat, up resipi je pun. 


Hari ni mama telah berjaya memaksa diri mama untuk up resipi ayam ni kat sini sebelum mama lupa. Apa nak buat, memory space dah almost full uolss. Untuk store memory baru, memory lama dia macam auto-delete gitu. Hahahaha. 




Untuk orang yang malas-malas rajin macam mama ni, benda-benda sedap macam ni kena buat banyak-banyak. Mama ni masak je malas, makan sentiasa rajin. Aje gila, makan kot. Hahaha. Bila datang time rajin, memang kena stok perap-perap ni banyak-banyak sesiap. Sebab time mama malas, orang lain dalam rumah ni masih boleh makan. Sekarang ni kan macam-macam gadjet dapur ada uolsss. 


Anak-anak tengah tunggu turn nak kena beku. 


Ayam ni tak tau nak letak nama apa, ada yang claim kata macam Domino's la, Kenny Roger's la. Ah, lantaklah. Ada apa pada nama ye dak, yang penting resipi ni is a must try. Percayalah!


AYAM BAKAR ALA LA LA 

Bahan-bahan:

2 ketul whole leg - size gabak
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu besar rempah kari daging*
1 sudu besar cili blend*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar blackpepper corns*
1 sudu besar madu*
1 sudu teh jem nanas - optional*
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak sapi / vanaspathi 

Cara-cara:
1- Ayam dibersihkan dan ditos. Ketepikan. 
2- Blend kasar semua bahan bertanda *. Boleh tumbuk kalau rajin. 
3- Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan blend. 
4- Masak hingga mendidih. 
5- Perapkan selama yang boleh. 
6- Bakar dengan menggunakan air-fryer pada suhu 160C selama 30 minit. 
7- Siap and ready to enjoyssss!

credit to resipi asal

p/s:
#1- Sebelum makan, baca doa. Tu je nak pesan. Hahaha.




Tuesday 28 April 2020

In My Definition of .. Bingka Labu Air-fryer

Assalamualaikum.

Semalam buat sayur lemak labu, balance ada separuh biji lagi labu tu. Nak disimpan-simpan, rasanya akan ke tong sampah jua. Tak baik membazir,kan. Lepas puas memikir, akhirnya dapatlah idea untuk membingkakan aje si labu tu.


Resipi pun sempat tengok sekali imbas je,entah betul ke tidak. Tapi kalau negokkan hasilnya nih, macam lebih dari betul. Pergh, first time kot. Bangga dengan diri sendiri. Hehehe


BINGKA LABU

Bahan-bahan:
2 cawan labu
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu cair
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
2 sb gula perang
2 sudu besar santan serbuk
secubit garam

Cara-cara:
1- Gaul labu dengan sedikit minyak and grill for about 5 minutes at 180C
2- Blend semua bahan hingga halus dan sebati. 
3- Minyakkan acuan dan tuang adunan ke dalam acuan. 
4- Bakar selama 10 minits, dengan suhu 165C.
5- Sambung lagi bakar for 3 minutes at 180C.
6- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s
#1- Susu cair tu boleh ganti dengan santan. 
#2- Ikut lidah mama, rasa macam manis sikit. Cuma gula putih tu boleh kurangkan tak payah ngam-ngam 3/4 pun ok kot. 




Thursday 23 April 2020

In My definition of ... Roti Jala

Assalamualaikum.

Mama ni walaupun selalu sangat membesarkan malas, tapi dalam malas-malas tu ada jugak rajinnya. Rajinlah sebab nak kena report kat socmed kot masak apa hari niiiii? . Barulah orang tau kita pun pandai masak. Hahaha. Nak membongak punya pasal, malas ku tolak ke tepi, tuah!

Sebab dah masak rendang, so mama fikir boleh buat something yang simple untuk dikawankan dengan rendang tu. Paling senang apa lagi, roti jala lah. Tapi kalau orang tak biasa, susah jugak jadinya sebab nak menjala tu. 



Resipi macam biasa, tersenang and terout of this world sekali. Kau gila ke, takkan mama nak kata resipi mama biasa-biasa. Adoi. 


ROTI JALA

Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
Sedikit kunyit / pewarna kuning
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara:
1- Blend semua bahan hingga halus dan sebati. 
2- Tapiskan adunan untuk buang lumps yang ada. 
3- Masukkan ke dalam acuan/botol roti jala. 
4- Panaskan kuali dan brush sedikit minyak. 
5- Tuangkan adunan . Kirailah ikut suka macam mana pun.
6- Angkat dan gulung.
7- Ulang hingga semua adunan habis dimasak.

p/s:
#1 - Penting untuk buang lumps tu supaya lubang pada penutup botol / acuan tak tersumbat dan menjejeaskan bentuk jala-jala ayam korang.
#2- Mama guna non-stick pan. Kalau pakai pan mak-mak biasa, tak berani mama nak komen. Korang kena try sendiri.
#3- Control oil potion. Kita bukan nak deep-fried kan dia. Sapu lebih kurang supaya dia tak lekat je, for easy handling.
#4- Nak presentation cantik, gulung la. Kalau tak kesah, ko buatlah bentuk macam aman pun. 






Wednesday 22 April 2020

In My Definition of ... Rendang Ayam

Assalamualaikum.

Malam sebelum tidur, Along dah request nak makan rendang ayam untuk lunch esok. Mama kan tengah marathon puasa ganti, so malas tu Ya Allah, tak tau nak hababbbbbbbbbiaq. Hampir-hampir jugak mama mentukar lauk yang dia request ni dengan benda lain. Hehehe.

Lepas tempoh bertenang, mama terfikir, why not try buat rendang this style, dengan satu resipi yang dok berlegar-legar dalam kepala. Maka terhasillah, .... 




Resipi yang mama guna kali ni adalah resipi lain daripada yang mama biasa guna. Resipi yang biasa guna tu adalah adaptation dari MIL punya style. Somehow, ada something yang buatkan dia rasa macam missing. At least, on my taste bud la. Orang lain mungkin makan elok je. 


So, this resipi is recommended untuk korang. Mama suka masak jenis macam ni sebab tak perlu nak jaga api, kena kacau sejuta kali bagai. Nak tinggal pun boleh. Datang jenguk kejap-kejap pun dah ok. Bertambah-tambah anak-anak mama yang besar makan. 

RENDANG AYAM 

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dicincang dan dibersihkan
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang paste
1 sudu kecil jintan putih - dikisar
1 sudu kecil ketumbar - dikisar
1 batang serai - dikisar
1/2 inci lengkuas - dikisar
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dimayang 
Sedikit kerisik
Santan secukupnya
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. 
2- Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih seketika
3- Masukkan semua bahan lain, kecuali daun kunyit dan garam. 
4- Kacau sekali -sekala supaya tidak hangit kat dasar periuk. 
5- Biarkan mereneh hingga sedikit kering. 
6- Perasakan dengan garam dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik. 
7- Padamkan api dan siap untuk dihidang.

p/s:
#1- Kalau suka spicy or extra spicy, boleh ketuk cili bangla barang sebiji dua and campakkan ke dalam periuk.
#2- Mama tak buat kering sangat, sebab anak-anak suka korek kuah. 
#3- Haiwan boleh tukar ikut kesukaan masing-masing. 
#4- Cili tu mama dah siap-siap blend dengan bawang merah and bawang putih.
#5- Bawang paste tu pun mama dah siap-siap blend bawang merah + bawang putih + halia



Tuesday 21 April 2020

In My Definition of... Sup Ayam Nak kurus

Assalamualaikum.

Orang selalu salah faham (ke tak faham) nak kurus (read: diet) cara yang terbaik adalah dengan control makan. Control makan pulak bukanlah maksudnya tak makan, tapi sebaliknya adalah dengan makan with control portion. Berat ni nak turun mungkin senang. Kalau tak percaya, tengoklah masing-masing. Baru ganti puasa, dah turun berkilo-kilo.  The hardest part adalah nak maintain the weight. Tak guna kalau masa puasa turun 10 kilo, tapi lepas raya naik 11kilo. 

Mama ada baca from someone yang memang pakar dalam bidang ni, berat kita kalau masih dalam range kurang dari 10kg dari ideal weight, nak turun berat tu lebih mudah. Hah, kau yang dah border tu, jaga-jaga. 

Selain dari control portion, mama percaya yang cara masak pun mainkan peranan jugak. Jangankan sebab nak kurus, kita nak kena sacrifice the taste of the food. Healthy food is not suppose to taste dull. 

Sebab orang dalam rumah ni dah cukup gemuk dah, mohle kita makan sup-sup je. Insyaallah sup yang mama masak ni fit the criterion of healthy food. Hehehe. Tapi korang jaga-jaga, tak guna nak makan sup-sup kalau sup pun korang letak setimba minyak. 


SUP AYAM 

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam- dicincang dan dibersihkan
3 biji kentang - dipotong kasar
1 biji bawang besar (size M) - diblend
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu besar rempah kurma
Kulit kayu manis dan pelaga secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan dalam periuk dan reneh hingga ayam masak dan kentang empuk

p/s:
#1- Demmm senang gila. Hahaha. Letak semua atas api, boleh pi buat rilek tengok k-drama.
#2- Makan dengan cili kicap johore style. Padu baq hang.
#3- Sesuai untuk isi rumah yang ada anak kecik, tak gaduh nak kena masak banyak jenis lauk.



In My Definition of ... Cheesy Lemon Curd Filled Fillo

Assalamualaikum.

Gittuw nama foodnya. Hahaha. Tercampak Gordon Ramsey kalau baca ni. Nama tu canggih nau, dah set-set Michelin star restaurant dah ni, padahal... Hahaha.


Presentation pun taknak kalah. Hahaha. Iyelah guys, nama dah internationale, apoooo rupa village people sangat. Hahaha.

Mama sekarang ni tengah marathon mengganti puasa. Bangsa last minute macam ni la. Dah puasa ni, tekak teringin nak makan manis-manis pulak. Nak keluar semata-mata nak beli kek, memang idokle time-time MRO ni kome weh.

Hari tu, dok scroll-scroll ig, nampak ada kawan mama ni buat satu dessert ni simple nak mati, tapi nampak (mama sure) sedap. Mama pun apa lagi, terus cargas ke dapur. Boleh cargas tu sebab bendanya ada. Filling dia tu apa-apa pun boleh, yang penting fillo pastry tu ko ada. Apakah itu fillo pastry? Kulit popia lah, guys!

Dia macam ala-ala canolli la, tapi canolli pakai mascarpone cheese as dia punya filling.

Cannolis - Delish.com
https://www.delish.com/cooking/recipe-ideas/a28626292/homemade-classic-cannoli-recipe/

Walaupun jauh panggang dari api, mama tetap nak kata dia sama. Hahahaha. Worth to try sebab dia ada rasa masam-masam, pastu lemak-lemak cheese, ada manis-manis gula yang didustkan tu, and not to forget, the crunchiness of the fillo pastry in every bite. Amboiii. Meleleh ayaq lioq ni weh. 

CHEESY LEMON CURD FILLED FILLO 

Bahan-bahan:

Lemon Curd
1 biji lemon - diambil juice
1 kuning telur
2 sudu besar gula
1 teh tepung kastad
Sedikit pewarna kuning 

Kulit popia secukupnya
Sliced Cheese
Ising sugar - untuk hiasan
Sedikit susu pekat - untuk hiasan

Cara-cara:

Lemon curd
1- Semua bahan disatukan dan dimasak secara double-boiled. 
2- Angkat dan ketepikan bila adunan dah pekat. 
3- Sejukkan sebelum digunakan.

To assemble:
1- Susun cheese atas kulit popia. 
2- Sudukan sedikit lemon curd.
3- Lipat dan balutkan kulit popia. 
4- Goreng hingga kuning keemasan. 
5- Angkat dan toskan. 
6- Dustkan sedikit aising sugar dan renjiskan juga sedikit susu pekat. 
7 - Sedia untuk dihidang. 



p/s:
#1- Punya simple macam ni pun step jenuh jugak no? Hehehehe.




Monday 20 April 2020

In My Definition of ... Daging Masak Kicap Beriya

Assalamualaikum.

Mama selalu beli lean meat. Lean meat ni kalau tak kena gaya masak akan jadi dry macam mana tak tau, and jadi tak sedap nak makan. So, bila nak masak tu kena pick resipi dengan berhati-hati. Yelah nok, mana ada orang nak masak and makan benda tak sedap. Semua nak makan yang sedap-sedap.


Kali ni, mama nak buat daging masak kicap. Tapi sebab dia bukan masak kicap literal yang setakat tumis bawang and curah kicap je tu, so dia macam beriya sikitlah effort tu. Hence, the name. Please, don't worry, mama kalau masak beriya macam mana pun insyaAllah cepat je boleh makan sebab mama pun bukan penyabar sangat nak duduk dapur lama-lama.


DAGING MASAK KICAP 

Bahan-bahan:
300g daging dipotong nipis
1/4 bawang besar - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar - dihiris kasar
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Gaulkan daging dengan garan dan kunyit. Masak seketika (untuk keringkan air). Ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. 
3- Masukkan cili dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
4- Masukkan garam, gula, sos cili dan kicap. Kacau rata. 
5- Masukkan bawang yang dihiris dan daging. 
6- Kalau nak sedikit berkuah, tambahkan sedikit air dan biarkan memdidih seketika. 
7- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 

 p/s:
#1- Daging mama beli yang dah siap pek.




In My Definition of ... Donut Express

Assalamualaikum.

Time-time MRO ni semua pakat dok keluarkan skill meguli. Ada yang jadi, ada yang hauk. Antara yang tengah viral sekarang ni, donut lah. Masing-masing tak nak kalah, pakat dok tayang hasil mendonut. Tak kurang jugak yang dok claim, resipi dialah paling menjadi sekali di alam cakerawala ni. Rasa macam tak lengkap pulak kalau mama tak #into scene sekali. Hehehe. 


Punyalah lama mama tak buat donut ni. Rasanya seumur hidup adik ni (dah nak masuk 3 tahun bulan 8 nanti) belum pernah buat. Hari tu saja lah nak tunjuk skill kat anak buat donut. Hah kau, dah lepas tu setiap masa dimintaknya pulak. Asal terasa kat tekak dia tu, main hembus je. Baru dia tau mak dia pun pandai. Hahaha. Dah lah tak reti bersabar punya budak kenit. Tapi reaction dia bila nampak tu is priceless. Walaupun belum siap and bertutup (sebab tengah restkan dough) dia dah tau ye yang mama buat donut.

Hazab bebenor gambar lama. (2013)
Rasanya semua dah sedia maklum, kemalasan mama ni tiada tolok bandingnya. Mama hanya akan buat resipi yang senang and confirm jadi. Kenapa nak yang senang? Sebab mama takde kesabaran nak bertunggu-tangga di dapur semata-mata nak buat satu kerja je. Lagi satu, masa diknon. Hakak ni dah tolak sana-sini-sinun, masa hakak dah tinggal sikit untuk spend kat dapur. 

Resipi yang mama selalu guna untuk buat donut ni, alhamdulillah, sentiasa jadi, and mama dah stick to this recipe for years. Eh, i dah lama tau terrer buat donut. Nak bukti? Nah.  (Nasib baik i suka membongak kat blog, kan. Ada jugek bukti. Hehehehe)

Angah, masa baya-baya adik Haziem. 

DONUT EXPRESS 

Bahan-bahan:
3-4 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter / marjerin
1 -2 cawan air suam
sedikit garam

Cara-cara:
1- Semua bahan kering disatukan dan digaul rata. 
2- Masukkan butter dan gaul hingga jadi seperti breadcrumb. 
3- Masukkan garam ke dalam air suam dan kacau.
4- Masukkan air sedikit demi sedikit. 
5- Gaul rata hingga semua tepung sebati. 
6- Doh sepatutnya sedikit lembik dan melekit. 
7- Teruskan menguli hingga doh dah tak melekat. 
8- Bentuk-bentukkan dan susun dalam dulang yang dah ditabur sedikit tepung.
9- Tutup dengan kain lembab dan rehatkan hingga doh naik. 
10- Panaskan minyak dan gorengkan dengan api sederhana hingga donut masak dan berwarna keemasan. 
11- Angkat, toskan dan sautkan dengan gula aising. 
12- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Selalunya mama restkan dalam 15-30 minit je. 
#2- Kalau donut macam terpenyek masa angkat nak masukkan dalam minyak tu, jangan risau sebab nanti dia akan naik elok balik.
#3- Kena guna api sederhana, sebab kita taknak dia masak kat luar, dalam tak masak.  


Sunday 19 April 2020

In My Definition of ... Eggless Caramel Pudding

Assalamualaikum.

Entah bila last buat caramel pudding ni, mama pun dah tak boleh nak ingat. 

Semalam tanya papa, dessert apa yang dia rasa nak makan sangat-sangat? Pastu, papa kata caramel pudding. Dah memang papa punya favorite pun. Tapi takdelah mama jam-jam tu jugak terus gi bancuh apa semua. Tunggulah bila kerajinan tu datang. Agaknya, kan kalau rajin tu ada dijual kat kedai, mamalah pemborong no 1  rasanya. Hahaha. Dia punya pemalas tu, nauzubillah. 



Nak buat caramel pudding ni dia kena tenang-tenang. Ko tak boleh nak kelam-kabut tak tentu arah. Ada dua komponen yang menentukan kemenjadian pudding ko ni, iaitu the caramel and the pudding. If any of those go wrong, memang babai jelah. 

Mana-mana resipi pun ada risiko dia. Alangkan orang yang dah biasa pun, datang hari bengong dia,kelaut jugak perginya. Based on mama punya experience dalam arena memuding ni, antara yang boleh go worng adalah:

1- Caramel hangus. 
Masa nak buat caramel ni, tolong fokus. Sebab dia senang hangus. Dah hangus, nak cuci bekas tu ya Allah, baik beli baru ajelah bekas tu, lagi senang. 

Kalau ko jenis suka buat kerja menyambil-nyambil, rentikanle masa ko tengah buat caramel ni. Bila dia dah siap, ko pergilah sambung apa pun kerja yang ko nak buat. 

Kalau ko sejenis suka gelabah ayam, baik ko suruh orang lain lah tolong buatkan, kang tak pasal-pasal ko mencederakan diri sendiri pulak. Caramel ni kalau kena kat tangan, menangis pun tak guna. Sakit gila oi. Tak tau kenapa dia panas sangat. 

2- Pudding terlalu eggy/keras
Kalau pakai resipi yang guna telur, puding tu kena kukus dulu. Kalau kukus terlalu lama, puding tu akan jadi dah terover-cooked ( apoooo puding pun over-cooked) and dia akan rasa telur tu kuat sangat. Dah jadi macam kaya dah rasanya. 

Kalau pakai resipi yang guna agar-agar, dia boleh jadi firm sangat. Caramel pudding ni texture yang sepatutnya kalau ko goyang pinggan tu, dia punya menggedik tu, amboiiii. Hah macam tu. Barulah cair di mulut gittew. Tapi kalau dah goyang pun takde reaction, tu  maknanya terlebih agar-agar lah tu. 

Resipi hari ni mama ambil dari youtube, and alteration tu dah tentu. Worth to try sebab tak perlu nak kena ada pengukus and all. 

EGGLESS CARAMEL PUDDING

Bahan-bahan:

Caramel:
4 sudu besar gula
4 sudu besar air

Pudding:
10g serbuk agar-agar 
4 cawan air
4 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar susu pekat
110ml susu kurma Farm Fresh
1 kotak kecil cooking cream
Sedikit esen vanilla


Cara-cara:
1- Masukkan gula dan air ke dalam pan dan panaskan atas api sederhana hingga semua gula larut dan caramelised. 
2- Padamkan api dan ketepikan. 
3- Dalam periuk yang berlainan, masukkan serbuk agar-agar, air dan gula. 
4- Kacau hingga agar-agar larut. 
4- Dalam bekas yang berlainan, bancuh tepung kastad dengan sedikit air, masukkan susu pekat. Kacau rata. 
5- Masukkan susu kurma, cooking cream dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau rata. 
6- Masukkan bancuhan tepung kastad. Biarkan mendidih seketika. 
7- Padamkan api. 
8- Tapiskan bancuhan  puding dan tuangkan ke dalam pan caramel. 
9- Biarkan puding sejuk dan set. 
10- Sedia untuk dihidang.

p/s:
Lesson learned dari sesi kali ni -
#1- Kena kurangkan sikit kuantiti agar-agar tu. Mungkin asingkan dalam 1 sudu teh. 
#2- Instead of cooking cream, boleh try guna whipping cream. 
#3- Boleh letak secubit garam untuk menaikkan rasa lemak tu. 




  

Achievement unlocked.

Assalamualaikum.

Kesian blog mama, lama terbiar. For the past few months (yang mama tak update tu) memang mama agak occupied dengan renovation rumah. Mula-mula rumah Pertam, pastu rumah Anjung Gapam pulak bersambung-sambung. Now, alhamdulillah dah pindah and baru nak bertenng-tenang, dah RMO pulek. 

Kalau tengok kat media social kemain masing-masing dok post, macam-macam dimasaknya. Tengok time posa, amboi kemain terliur lagi lah mama. Asyik makan-tidoq ja, tak larat aih hampa pun. Setakat seminggu dua makan tidoq bolehlah, ni dah sebulan dah oi. Daripada tak buat apa-apa tu kan, baiklah polish balik skill yang dah berhabuk tak guna tu, atau pun upgrade skill baru. 

Mama sebab dah memang skilled, so nothing much to upgrade pun. Hahaha. Matilah, statement mintak maki. Tak kiralah skilled macam mana pun, tapi kalau dah main dengan malas ni, Ya Allah, hang tolah bergolek-golek pun tak jadi weh. 

Nasib baiklah sepanjang RMO ni papa rajin. Boleh kata, setiap hari dialah yang siapkan breakfast. Mama just masak lunch je, itu pun adalah jugak 2-3 kali malas (tak habis-habis). Dah duduk rumah je ni, minum petang tu macam sejenis wajib pulak. Cuma tu lah, kalau dah minum petang, malam jarang dah dinner. Kira sekali harung dah lah tu. 

Apa yang papa masak? 

1- Mee goreng basah

Of course, cara dia lah. Walaupun mama tak berapa suka orang invade dapur mama, kerana terpaksa ku relakan, gittew. Dah kau malas, kau expect semua orang boleh berlapar macam kau? Hahaha. 

Nak kata sedap sangat pun tidak, nak kata tak sedap, lagi lah tak. Masih boleh improve lagi. Tapi tulah tu, kejap je barang dapur ni habis. Mana taknya, letak tak mau-mau banyak. Kicap pekat, orang letak sikit je, sebab nak bagi color je, ini dibantainya tak tau berapa banyak, sampai legam dah mee nya.

2- Pasta 

Selalunya, kalau nak makan pasta (bolognese/carbonara) kena tunggu mama masaklah baru merasa. Now, tidak lagi. Papa pun tak boleh masak okeh. Again, rasa-wise, nothing much to comlain la. Kalau nak compare dengan mama punya masak, memanglah mama punya lagi sedap, sebab ada personal touch di situ. 

3- Donut

Ohoi. Nak buat donut ni, semua orang boleh buat, tapi kemenjadian tu not 100% guaranteed la. Otai-otai je yang terrer nih. 

Tiba-tiba pagi ni dia bancuh donut pulak. Mama ni dah berasap dah kepala rasa, tapi ku tahan jebat. Kononnya si kecik tu mintak. Yang itu pun satu, dimintaknya donut tak kira masa. Mama ni tak berapa gemor kalau papa masuk dapur ni sebab dia tak reti nak beragak-agak bila guna bahan tu. Macamkan esok-esok dah tak nak guna lagi dah. Kalau boleh semua nak dihabiskan time-time tu jugak. 

Mama tanya, berapa banyak letak bahan itu, ini, and papa pun cakaplah. Mama dah 'macam tak jadi je ni' dalam hati. Gila underestimate. Hahaha. Dah sejam pun takde gaya macam nak naik pun, terpaksalah mama masuk campur. 

Dari pagi membancuh, ko tau pukul berapa dia jadi donut? Pukul 6.30 petang. Aje giler. Nasib baik hasilnya tak mengecewakan. 


Untuk seorang first timer, not badlah. Walaupun mahaguru terpaksa campur tangan. Ehem. * nak habaq kata, tangan mahaguru tu yang buat jadi. Kehkehkeh. 
  

Rupa tu tak elok sikit pun takpe, boleh polish. Donut cutter tak pernah wujud kat rumah ni,. Yelah, Mahaguru mana pakai acuan, dia guna tangan hikmat dia je. Hahaha


Habuan si bujang kenit

yang ni mama goreng kejap, lebih kurang dalam 1 minit macam tu sebab nak frozenkan. Goreng tu untuk kekalkan bentuk dia je. Kalau tak goreng nanti dia jadi lempeng pulak bila ko simpan. 

Papa kata, donut mama buat lagi lembut. Ate, Mahaguru katanya. 

Apa-apa pun, mama appreciatelah kesanggupan papa nak masuk dapur and masak bagi anak4 and bini makan. Tak bising pun walaupun mama tak prepare breakfast. Tapi mama harap, janganlah selau-selalu sangat ye.

Letih aku nak mengemas oiiiii.