LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Monday, 20 April 2020

In My Definition of ... Daging Masak Kicap Beriya

Assalamualaikum.

Mama selalu beli lean meat. Lean meat ni kalau tak kena gaya masak akan jadi dry macam mana tak tau, and jadi tak sedap nak makan. So, bila nak masak tu kena pick resipi dengan berhati-hati. Yelah nok, mana ada orang nak masak and makan benda tak sedap. Semua nak makan yang sedap-sedap.


Kali ni, mama nak buat daging masak kicap. Tapi sebab dia bukan masak kicap literal yang setakat tumis bawang and curah kicap je tu, so dia macam beriya sikitlah effort tu. Hence, the name. Please, don't worry, mama kalau masak beriya macam mana pun insyaAllah cepat je boleh makan sebab mama pun bukan penyabar sangat nak duduk dapur lama-lama.


DAGING MASAK KICAP 

Bahan-bahan:
300g daging dipotong nipis
1/4 bawang besar - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar - dihiris kasar
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Gaulkan daging dengan garan dan kunyit. Masak seketika (untuk keringkan air). Ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. 
3- Masukkan cili dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
4- Masukkan garam, gula, sos cili dan kicap. Kacau rata. 
5- Masukkan bawang yang dihiris dan daging. 
6- Kalau nak sedikit berkuah, tambahkan sedikit air dan biarkan memdidih seketika. 
7- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 

 p/s:
#1- Daging mama beli yang dah siap pek.




Friday, 24 February 2017

In My Definition of... Daging Blackpepper

Assalamualaikum.

Bila anak dah ramai ni, masing-masing tekak macam-macam peel. Along tu kalau tengok, badan je besar, tapi makan memilih. Kemainlah susah. Kalau kat rumah tu nak masak, nak kena ambil kira jugak tekak dia. Kang masak lauk yang tak kena kat tekak dia, dia taknak makan pulak. Dah satu hal pulak mama nak kena masak lauk setiap satu ikut selera masing-masing. Memang tak la mama nak masak macam tu.

Sekarang ni dia tengah suka makan daging. Kalau hari-hari makan daging pun ok je pada dia. So petang semalam dia request nak makan daging masak kicap macam hari tu mama masak. Mama pun iyekan jelah. Tapi hakikatnya, mama masak lain. Hahahaha.



DAGING BLACKPEPPER
  
Bahan-bahan:
300g daging - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - diparut halus/ ditumbuk
1/2 inci halia - - diparut halus/ ditumbuk
1 labu bawang besar (saiz sederhana) - di potong bulat
1 sudu teh garam masala
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis. 

Cara-cara:
 1- Perap seketika dagind dengan bawang putih dan halia yang telah diparut. 
2- Masukkan daging ke dalam kuali untuk matikan air. 
3- Setelah air daging kering, masukkan minyak masak. Kacau rata. 
4- Masukkan serbuk lada hitam dan garam masala. Kacau rata. 
5- Masukkan sos cili, kicap, dan bawang besar. Kacau lagi. 
6- Perasakan dengan garam dan gula. 
7- Siap. Sedia untuk dihidang.   


p/s:
#1- Kalau nak ada sedikit kuah, tambahkan sedikit air. 
#2- Mama masukkan jugak 2 biji cili api yang dah di'smashed'kan.
#3- Mati air adalah proses untuk keringkan air yang keluar dari daging. Common untuk ayam dan daging. Ikan, wallahualam. Mama pun tak sure. Hehehe.