LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 27 August 2015

Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum...

Astapar banyak-banyak kali ( Pasaipa istighfar depa sebut astapar tatau). Apa lah dah jadi dengan mama ni. Pemalas nau-nau. Hehehehe. Sebenarnya, banyakkkkkk jek cerita nak di certa-ceriti kat sini, almaklumlah, kalau mama balik cerita kat orang rumah, ibaratnya macam bercakap dengan dinding. Eh, lagi bagus cakap dengan dinding. Bukan mainlah mama dok mengarang ayat cambest ni,nak cerita kat ampa bagi ampa seronok,  tapi karang dalam hati jelah. Hahahaha. Monolog dalaman gittew.

Sekarang ni mama rasa macam kekurangan masa. Tak nyempat-nyempat rasanya nak buat keje. Bayangkanlah, balik keje jemput anak-anak kat nursery, kat babysitter, berpusing-pusing, nak sampai ke rumah makan masa sampai 1 jam kot. Padahal tempat keje dengan umah tu 15minit jek kot? Keluar ofis pukul 5, pukul 6 baru sampai rumah. Gedebak-gedebuk, eh, dah pukul 8.

Memang mama banyak pejam mata jek sekarang ni. OCD ka, DVD ka, apa D sekalipun, semua pi humban kat lombong sana. Tak terlayan dah nak OCD-OCD sangat. Rumah dah rupa hape dah. Kain baju, basuh rajin, tapi nak melipat, ya ampunnnn. Tak habis-habis rasanya? Tolonglah! Datang time kena sampuk hantu rajin, barulah nak rajin. Sikit.

Sejak mama mengamalkan pejam-pejam mata ni, mama rasa mama dah takde lagi dah menangis sambil cuci baju. Baju tu still cuci, cuma dah tak nangis lah. Hehehehe. Tapi ada jugak mende yang mama takmau kompromi langsung. Bab baju kotor anak-anak, bab cara sidai baju, cara lipat baju. Sebab tu baju jadi banyak tak lipat, sebab yang mana dah orang lipat, mama hold dulu. Nak lipat semula. Dulu mama selalu lipat baju sambil-sambil tengok tv, takpun time mama tak boleh tidur ke. Dari terkebil-kebil dalam bilik, baik mama bangun buat kerja. Sekarang ni, nak tengok tv pun tak daya dah. Silap-silap tv tengok mama balik. Heheheh. Dah takde mana nya tak boleh tidur sekarang. Pantang letak kepala jek, mesti lelap. Sebab tu mama takkan sesaja baring kalau mama ada banyak kerja nak buat. Kang tak memasal kerja-kerja yang ada menimbun lagi sampai kena postpone ke 2 bulan berikutnya. Hahahahaha.

Ampa hat baru kawin, anak baru sorang, ampa tunggu esok-esok ampa anak dah 3 macam mama.






Thursday, 2 July 2015

9th Anniversarry yang...err...

Assalamualaikum...

Kelam-kabut oih anniversarry tahun ni. Takde rasa nak celebrate pun. Malam before tu, sebab takut esoknya terlupa, wish siap-siap.

"Pa, happy 9th anniversary"
"Ma, happy 9th anniversary. Luv u"

Itu jek uolss. Lepas tu sambung cerita pasal anak. Anak sakit, dok kat hospital. Papa eh yang jaga. Mama kat rumah, jaga anak yang tak sakit. Tu yang wish pun pakai whatsapp jek.

Takpe pa. Nanti lepas raya mama claim. ;P

Papa and mama 2 tahun lebih kuruih. 
Hihihi

Bila dah makin lama kahwin ni, rasa macam masing-masing dah boleh baca apa yang ada dalam kepala. Main telepati saja, tak payah cakap. Macam Marshall and Lily dalam How I Met Your Mother. Hehehehe. Ha, yang part tak payah cakap tu sikit ja uolsss. Cer tengok part yang dok kena rewind selalu tu... Rasa macam grrrr sangat.

Apa-apa pun, syukurlah, we made it this far. Ada orang kata, kalau sesuatu hubungan tu boleh last for 5 years, it will last forever. Kata mama, it takes forever to know you will last or not. 

Happy 9th Anniversarry, Papa!




Thursday, 18 June 2015

Semangat nau-nau.

Assalamualaikum...

Tahun ni, rasa macam tazabar nak tunggu ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni mama dapat menyambut puasa dengan sangat senang hatinya sebab semua hutang puasa dah settle. Hohohoih. Selalu mesti tak sempat habis ganti. Ini pun baru jek selesai hari senin lepas. Biasalah, mama kan! Tak last minit, tak sah! Hehehehe.

Punyalah tazabar, macamkan nak sambut raya. Tahun ni, lain daripada tahun-tahun sebelum ni, mama and papa kemas rumah beria. Iyelah. Orang lain rumah kemain landskap masing-masing konsep Bali lah, air terjun sana, air terjun sini. Rumah mama pulak berkonsepkan hutan simpan ke hape? Dah takde beza nengok gayanya antara hutan simpan dengan laman rumah mama. Hahahaha. Bila orang datang, terpaksa pura-pura cool, padahal dalam hati kemain rasa macam nak menyorok aje didalam hutan simpan tu. Hahahaha.

Hasilnya.
Ini baru separuh, hokeh! 

Itulah. Orang lain laman 16 juta ekar, ko taknak kalah. Ko nak 80 juta ekar. Tapi ko buat-buat lupa yang ko tu pemalas. Hahahaha. Ni lah makannya orang pemalas. 

Nasib baiklah semua telah memberikan kerjasama yang baik, termasuklah MIL and si kenit tu. Oh, dialah mandornya tu ari. Hehehehe. Kalau nak harapkan papa buat sensorang? Raya tahun depan pun tak siap lagi. Hehehehe.

Now laman dah cantik, dalam rumah standardlah. Rumah orang ada anak kecik. Paham-paham sendiri sudeehhh. Hehehehe.

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum...


Image result for ramadan kareem


Ramadhan Kareem, everyone!

May this Ramadhan be our turning point to a better one, insyaAllah. 


Monday, 15 June 2015

Omak eh, Apak eh.

Assalamualaikum...

Mama adalah anak sulung daripada 4 adik-beradik. Dulu masa kecik-kecik rasa macam ramai dah, tapi bila dah besaq ni, lagi-lagi bila sorang kat sana, sorang lagi kat sinun, rasa macam haihhh... Awatla sikit sangat kita ni.

Disebabkan mama yang sulung, bila both parents dah takde, walaupun abah tiri (read: abah Said) ada lagi, so secara automatiknya jugak, mama lah kena jadi mak, and papa (suka ke tak suka ke) kenalah jadi apaknya- act like one lah! Adik-adik pun semua besaq-besaq dah pun. Bukannya nak kena dok kendong ke dukung ke lagi. Anak sendiri pun dok pass kat orang lain tolong dukung, ada hati nak pi dok dukung orang lain? Memang tak lahhh. Hehehehe. Kakngah alhamdulillah, dah kahwin masa mak ada lagi, now tinggal yang dua orang tu jelah.


Task pertama mama lepas naik pangkat ni ialah mentunangkan Dikyah dengan tunang dia lah, Fadzli. Dikyah adalah yang terpaling kesian dalam kami adik-beradik. Abah meninggal masa dia baru Form 2. Masa mak pulak meninggal, dia baru 20+. Mama harapdia akan disayangi sepenuhnya oleh keluarga Fadzli. 


Alhamduulillah, masa CNY tu hari depa dua ni dah berjaya menjadi tunangan masing-masing. La ni mama dok hasut suruh cepat-cepat kahwin pulok! Hahahahah. 

The Hasan's and Husin's.

Selepas beberapa ketika, task kedua pun calling. Apa dia? 


Pakcik konvo. Yeayyyy!

Ni lah dia sorang jek lelaki dalam kami adik-beradik. Buruk-buruk dia, nakal-nakal dia, dialah anak yang mak paling sayang (i guess!). Now, pakcik dah konvo and dah kerja dah pun, alhamdulillah. Nak pi konvo pakcik ni pun mama cam pening jugaklah. Pening sebab taktau macam mana nak mintak cuti. Hehehehe. Masa dia konvo ni, kelas baru start. Tu yang macam ada susah sikit. Tapi mama berjaya mendapatkan cuti jugak akhirnya. 

Oh, yang tengah tu Abah Said and Mak Jah. Tempat kami adik-beradik menumpang kasih. Terima kasih yang tak terhingga kat mak-abah berdua ni sebab sudi nak terima kami jadi anak depa walaupun takdak setitik pun darah depa dalam badan kami. 







Kalau lah mak ada, kan? 









Monday, 25 May 2015

Naik Hantuuuuu

Assalamualaikum...

Semester break yang kononnya 3 bulan tu is coming to an end, uolss. 3 bulan la sangat. Puiii. Tinggal minggu depan je lagi nak hip hip hoorey pun. Lepas tu silalah terkejar-kejar pergi mengajar macam biasa ye? ;P

Adoiiiilah. Hari tu berialah konon memplan dengan diri sendiri. Cuti ni lama, bolehlah baca-baca, buat-buat research. Tup-tup cuti tinggal lagi seminggu. Research mana, research? Hahahaha. Tau dah. Panas lagi tahi ayam tu daripada semangat mama ni.

Macam ni punya gaya, toksah beranganlah nak jadi propessor ke apa. *Scroll gaji maximum*

Sejak anak dah 3 ni, asyik naik hantuu ajelah mama ni. Hari-hari oiii. Kadang-kadang mama pun tension dengan diri sendiri, sebab hari-hari nak marah. Boleh ke macam tu? Tak best oii asyik nak marah jek. Kalau tak marah, sakit pulak hati kita, wak!

Harap-harap, hari ni itu hantu takde mariii. Hehehehe

Friday, 22 May 2015

Pakwe-Makwe

Assalamualaikum...

Hari ni mama bawak pakwe bercanda di ofis. Boleh? Hahahaha. Out of so many places, ofis jugak pilihan mama???


Before datang ofis, pergi breakfast roti canai dulu. Kalau dating dengan pakwe ni, takde lain, mama lah yang kena belanja ni.

Muka dia dah kelabu macam apa sebab minggu ni ada sukan kat sekolah dia. Orang lain bersukan, dia yang kelabu, dah kenapa? Oh, today sekolah dia cuti. Tu yang terpaksalah mama angkut sekali ke ofis. Suruh dia duduk kat tempat biasa, dia taknak. Nak tinggalkan sekali dengan adik, kesian pulak dengan maklong tu ha. Dahlah semalam mama takde bagitau apa-apa pun kat dia. 

 

Dah besar dah along. Orang selalu cakap mama untung sebab muda lagi tapi anak dah besar. Muda la tu weh, belum 30 tahun pun lagi ni. Seronok memang seronok. Mama selalu cakap kat papa, 12-13 tahun akan datang, bila mama lepak dengan kawan-kawan, time depa dok kecoh and kepoh tanya result UPSR anak masing-masing, masa tu mama dah sibuk mengantor kad jemputan kahwin. Kehkehkeh. Itu pun kalau Along ikut jejak mama and papa la. Eh, mama kahwin masa umur mama 20 tahun, okeyh!



Mama dapat tahu mama pregnantkan Along lepas lebih kurang sebulan abah meninggal. Masa mama balik untuk tahlil abah yang ke 40 hari, mama dah start mabuk-mabuk. Mabuk pun takdelah teruk. Cuma pening-pening and loya-loya sikit jek. Along lahir masa umur mama 22 tahun, and masa tu mama final sem degree. ingat lagi, masa nak exam final tu, mama suruh arwah mak datang jaga along. Mama nak exam, kan? Nak study la cengkonon. Hakikatnya??? Hahahaha. 

Dulu, selalu berdua balik Kedah naik bas. Gamble jek mama sorang-sorang bawak anak kecik. Bukan dekat oiii Kedah-Skudai tu. 10jam kot dalam bas. Tapi along ni masa kecik sangatlah senangnya nak travel dengan dia, sebab dia kuat tidur. Hahahaha. Kalau naik jek apa-apa kenderaan, belum sempat tayar bergolek, dia dah lena dulu.Tak payah risau dia nak menangis ke apa. Tapi tulah, bila dah sorang-sorang, bila berhenti pergi toilet pun fikir 16juta kali. Kena pulak time tu dia tidur. Lagilah, kan. 

Mama harap, bila along dah besar and dah kerja nanti, along akan bawak mama pergi lepak ofis along pulak. Hahahaha. Along kena ingat, mama selalu bawak along datang ofis mama. Hehehehehe. 

Sure awkward masa tu.