Hello there. Hari ni, sebagai pembuka tahun baru, kita post resipi ye. Mudah-mudahan, menyeraplah semangat nak memasak tu hingga ke hujung tahun hendaknya, aminnn.
Selalu kalau teringin nak makan steamboat gini, mama prefer makan kat Seoul Garden. Of courselah sup pilihan mama adalah spicy kimchi. Gittew. Feeling korea tak habis-habis. Hehehe. Tapi tulah, masak kalau nak bawak ramai-ramai ni, mau licin bulu kena gadai, itu pun kalau laku. Hahaha. Ate, masak sendiri ajelah ceritanya.
Masa birthday kakak tu ari, mama ada buat steamboat, tapi mama puas hati dengan hasil masa tu. Iyelah nok, first time katanya nak masak sendiri masa tu, makan memanglah dah bertime-time. Hehehe. Selepas dipost-mortemkan, mama dah tau dah macam mana nak masak steamboat sup yang terpaling sedap. Aje gila kau ni weh, kalau mama yang masak, mana ada byashe-byashe (biasa-biasa). Hehehe.
Ni seperiuk yang mama masak masa kat family day tu hari. Kembang-kembang hidung makan ni oiii, sebab sedap sangat. Seoul Garden pun tak boleh chelen lah cerita dia ni. Hehehe. Kan hari tu viral orang dok share kalau nak kuah steamboat sedap, campur paste tomyam dengan paste asam pedas, kan? Memang betul sedap weh. Takdelah cair aje supnya tuh. Tapi mama takdelah guna paste yang diorang dok sebut-sebut tu, sebab cari tak jumpa-jumpa pastenya.
Eh, moh le kita menyalin resipi.
STEAMBOAT SOUP
Bahan-bahan:
1 bekas tomyam paste
1 pack pes asam pedas
1 pack kimchi
2 liter air
2 biji tomato - dibelah 4
2 biji bawang besar - dibelah 4
Fishballs, fishcakes, etc
Cara-cara:
1- Satukan semua bahan kedalam periuk.
2- Biarkan mendidih seketika.
3- Sesuaikan rasa dan padamkan api.
4- Ready to serve and henjoyssss.
p/s:
#1- Pes-pes tu semua dah sedia ada garam. Rasa dulu, kalau perlu tambah garam, baru tambah.
#2- Kimchi tu payah jugak nak cari ceritanya. Selalu mama beli kat mydin. Yang mama confirm ada jual (sebab pernah jumpa/ beli) is kat Mydin, Jusco, and Aeon Big. Tempat lain, wallahualam. Korang pergilah cuba try cari.
No comments:
Post a Comment