LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 6 December 2018

In My Definition of ... Lamb Madghout

Assalamualaikum.

Mama sebenarnya not a big fan of nasi arab. Percaya tak, mama tak pernah masak nasi arab. Kat ofis ni kadang-kadang ada jugak diorang open order rempah nasi arah, entahlah kenapa mama tak pernah teringin nak try jugak.

10 tahun lepas, masa di UTM, mama pernah berjiran dengan a couple from Yemen ni named Ehab (suami) and Marwa (isteri). Suami dia buat master kat situ, isteri dia ikut jela. Isteri dia ni umur lebih kurang baya mama, tapi tak berpelajaran tinggi, so taktau speaks English. Yang mama ni pulak, nama je Islam, Arabic sepatah haram pun tak boleh nak cakap. So, bayangkanlah macam mana kami dua orang bersembang. Macam ayam dengan itik uolsss. Keluar segala bunyi haiwan, bahasa isyarat segala. Hahaha. Yang peliknya,  klik pulak tu kitorang dua orang. Kalau time husband dia ada, okla, dia boleh tolong translatekan.

Pernah sekali, masa mama pergi rumah diorang, mama dipelawa untuk makan. Macam pelik sikit ar, nasi, lauk semua berlonggok dalam dulang. Pastu rasa dia pun macam tak berapa nak kena sangat kat tekak, tapi makan jugaklah uolss. Masa tu, nasi arab belum in lagi. Orang pun tak kenal lagi  nasi arab tu apa.

source: nasi arab
Fast forward 10 tahun kemudian, mama bekenalan pulak dengan madghout ni. Compared to nasi arab, madghout ni adalah lebih kuat rasa rempah dia. Sapa yang suka berempah-berempah ni, dia insyaAllah akan suka nasi ni.


source: lamb madghout
So, in my own definition, here there were on last 12 Ramadhan- lamb madghout, served with salsa.

LAMB MADGHOUT


Bahan-bahan:
500g lamb- dibersihkan dan ditoskan
3 cawan beras - dibersihkan dan ditoskan
1 labu bawang besar -dikisar*
2 ulas bawang putih - dikisar*
1/2 inci halia - dikisar*
1 biji tomato - dibelah 4
1 sudu besar rempah beriyani*
1 sudu besar rempah kari daging*
A dash of serbuk paprika*
A dash of serbuk lada hitam*
A dash of serbuk lada putih*
1 cawan susu cair
Garam, gula secukup rasa

Untuk menumis:
Minyak sapi / butter 
2 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 inci halia diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Untuk hiasan:
Daun ketumbar - dicincang kasar


Cara-cara:
1- Semua bahan * dan lamb disatukan ke dalam periuk tekanan dan disesuaikan rasa gula dan garam. Masak selama 15 minit. 
2- Selepas 15 minit, keluarkan lamb dan ketepikan. (Biarkan jus yang keluar ketika masak lamb tadi di dalam periuk) 
3- Masukkan beras, susu cair dan sedikit air kedalam periuk tekanan tadi. (Sukat air dan susu mengikut cara biasa masak nasi). 
4- Perlahankan api dan biarkan penutup periuk dibuka. 
5- Dalam periuk yang berlainan, panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumisan hingga kekuningan dan naik bau.
6- Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk dan masukkan tomato. 
7- Sesuaikan rasa gula dan garam pada nasi. 
8- Pasangkan penutup pada periuk dan masak selama 5 minit menggunakan api perlahan. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Berhati-hati ketika mengendalikan periuk tekanan (pressure cooker). Pastikan periuk dan masakan telah sejuk (tahap kepanasan periuk dah berkurang) sebelum membuka penutup periuk. Tekanan yang inggi didalam periuk akan meletuskan masakan yang berada didalam periuk. Sangat berbahaya especially bila melibatkan masakan berkuah. Kuah dia panas oiiii. Mau melecur kulit. Kena kat muka kan lagi parah. 
#2- Masak guna pressure cooker sangat-sangat menjimatkan masa. Mama guna pressure cooker manual ajerrw, yang canggih pun ada, tapi simpan dalam lemari. Sayang nak guna. Hakhakhak.  
#3- Salsa guna resipi ni










No comments:

Post a Comment