Mama kena simpan resipi ni cepat-cepat kat sini, or else, memang mama akan lupa terus. Hehehe. Disebabkan kekangan masa (sibuk dengan kerja, and so on) tapi still mama nak bake a cake jugak masa birthday kaka k tu hari, so terpaksalah cari resipi yang simple-simple aje. Bahan pun takmaulah yang avantgarde sangat, sebab $$$ pun tak berapa nak ada. Hahaha. Selak-selak buku resipi, jumpalah resipi simple ya amat ni ha. Sedang helok, bahan pun semua dok ada dah dirumah.
Nak jadikan cerita, masa mama dah masukkan kek ni dalam oven, dah 10-12 minit baked macam tu, tiba-tiba papa kata, apsal berasap ni oven mama, memang macam tu ke? Ah, dah sudah. Jahanam dah ke oven tu? Bila check, rupanya, sebab suhu tinggi (200+C kot macam tu) pastu kek pulak dok kat rack paling atas, memang hangus lah ceritanya. Nasiblah masa tu baru lagi. Bila mama check balik kat oven tu, rupa-rupanya budak-budak ni (Tak tau lah kakak ke angah ke) dah pergi pulas habis tombol temperature, pastu yag grill tu pandai-pandai pulak da tukar atas saja, tu yang jadi macam tu. Nasib baik cepat perasan, so kek tu dapatlah diselamatkan walaupun 1/10 yang kat atas tu kena buanglah, sebab dah hangus sikit.
Disebabkan time tu jugak mama ada 1001 kerja yang mama nak kena buat, and semua list tu dok dalam kepala je, tersalah loyanglah pulak. Plan asalnya, icecream cake tu nak buat base dia kek orange, kek coklat as sliced cake, tapi since tersalah loyang, then plan pun tukar lah.
Oklah, moh kita salin resepi ye?
ORANGE SLICED CAKE WITH CREAM,
LEMON CURD AND SALTED CARAMEL DRIZZLE
Bahan-bahan:
Kek
source: FB/Resipi Sedap Mudah Buat
1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
sudu besar oren sunquick (lebih pun boleh)
1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum*-ayak
1 sudu besar baking powder*-ayak
1 sudu teh esen vanilla
*mama gantikan dengan 2 cawan tepung naik sendiri.
Cara-cara:
1- Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan gaul rata.
3- Masukkan pati oren, susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
4- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga sebati.
5- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 40-45 minit.
6- Sejukkan di atas wire rack sebelum dipotong.
Krim
1/2 cawan unsalted butter
1/2 kotak whipped cream
1/2 cawan ising sugar
1-2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1- Pukul whipped cream hingga kembang dan kental. Ketepikan.
2- Dalam bekas yang berasingan, pukul butter dan ising sugar hingga kembang.
3- Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Gaul rata.
4- Masukkan whipped cream yang telah dipukul kembang sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga semua sebati.
5- Masukkan ke dalam piping beg dan pipingkan ke atas kek setelah kek betul-betul sejuk.
6- Sejukkan kek yang telah dipipekan dengan cream ke dalam chiller.
No comments:
Post a Comment