LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 23 April 2016

In My Definition of... Sotong Masak Asam

Assalamualaikum.

Mama pernah tanya arwah mak, mana datang resipi ni. Takdele pelik nau-nau sotong masak asam tu, biasa je. Tapi cam pelik sebab tak pernah pulak jumpa kat mana-mana kedai atau restoren jual sotong masak gini. Mak kata, it was from Tok Maksu (nenek kitorang lah).

Mama rasa, masakan ni terhasil pun by accident la. Hahahaha. Tak percaya? Jom cekidaut resipi.


SOTONG MASAK ASAM


Bahan-bahan:
Sotong, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
1 sudu teh pes asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula sesedap rasa. 

Cara-cara:
1. Gaulkan sotong dengan pes asam jawa dengan garam dan gula. 
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak atas api yang sederhana hingga air sotong kering. 
3. Masukkan minyak masak dan kacau rata. 
4. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
1- Walaupun rupa dia macam tak semenggah sikit, percayalah cakap mama you'll neve had enough of it once u dah rasa. Sotong ni rasa dia masam-masam manis gitu. 
2- Sodap makan dengan nasi panas-panas. 

Friday, 22 April 2016

Kisah Along di Darjah 2

Assalamualaikum.

Along ni  mama kira dia is a late bloomer. Yes. Sangat-sangat. Masa umur dia 3 tahun pun bercakap entah apa-apa bahasa. Rupanya telinga dia ada masalah. Dia ada impacted earwax and mende ni effect pada dia punya pendengaran. Kesian anak mama. Masa mama and papa belum tahu pasal masalah telinga dia ni, kami selalu la jugak marah-marah dia. Dia suka cakap benda yang salah, walaupun dah banyak kali dah kami dok betulkan dia. Rupanya dia tak dengar. Dia cakap apa yang dia dengar la. Masa tu dia selalu salah panggil mama and papa. Mama dia panggil papa, papa dia panggil mama. Padahal sebelum tu, dah elok dah dia panggil tu.

Mama start hantar along tadika masa dia umur 4 tahun. Nak hantar tadika mahal mama tak  mampu, masa tu mama kerja sorng. Papa sambung master. Hantar tadika perpaduan kat rumah atuk. Sampailah umur dia 6 tahun, masa report card day, cikgu cakap along ni dia susah nak belajar kalau ramai-ramai. Dia macam lost. Cikgu kena one-to-one dengan dia. Both bahasa and Math dia sangatttt kureng. Infact, dia tak reti baca pon lagi. Cikgu cakap, kalau arts, dia memang power. Seems that, dia pun minat dengan arts ni.

Anak bertuah. Pergi jadi tahfiz sana!

Sebagai mak, of coursela mama rasa tak boleh nak terima comment cikgu ni. Lagi-lagi bila mama ni katanya belajar bertingkek-tingkek. Tercabar ego mama ni oii. So, balik tu memang kenalah along ni. Bila mama ingat-ingat balik sekarang ni, mama rasa bersalah jugak kat along. Sebab mama marah-marah dia masa tu. Mama cubalah jugak ajar-ajar along bila balik rumah. Tapi seriess shit, ajar anak orang lagi senang oiii. Anak sendiri ni, ajar 5 minit dah rasa nak kitai-kitai. Punyalah susah nak bersabar tu.

Mama ingat lagi, later than that, cikgu pi cerita pasal along dekat atuk, and atuk cakap something yang totally mama tak boleh terima. Sampai hari ni mama rasa tak boleh nak maafkan pasal tu. Walaupun along dah provekan hari ni apa yang atuk cakap tu SALAH. Mama ingat lagi, mama bagitahu papa apa atuk cakap pasal along. And we both cried.

Masa tu, mama buat keputusan drastik, pindahkan sekolah along. Mama letakkan kepercayaan dekat Teacher Yong. Tadika Teacher Yong adalah the first tadika yang mama jumpa masa mama tengah cari tadika baru untuk along tu. Masa tu dah almost hujung bulan 3. Bincang itu ini sera-sikit, mama terus setuju nak hantar along and angah kat tadika Teacher Yong, starting next monthnyalah.

Bila along start sekolah situ, slowly dah nampak perubahan. Daripada tak tahu b-a bunyi apa, along dah boleh baca suku kata. Pelan-pelan. Takpe. Masa first meeting dengan Teacher Yong tu, mama dah cakap yang mama tak mengharap yang etravaganza sangat, mama dah cukup puas hati kalau dia naik darjah 1 nanti dia dah boleh baca sikit-sikit. What do you expect? Nak pandai baca macam ko dalam masa 8-9 bulan?? Agak-agaklah kot.

Masa dia naik darjah 1, ada cikgu yang dia suka. Dia jadi minat and seronok nak belajar. Walaupun along dikelas yang kedua, tapi mama tak kisah pun. Sir dia pun dah banyak kali cakap, anak murid teacher yong insyaAllah takde masalah. InsyaAllah, cikgu.

Sekarang along dah darjah 2. 2 hari lepas bagi kami satu kertas. Rupanya result periksa dia tu hari. Sebelum cuti sekolah bulan 3 hari tu, dia ada exam.


result exam along.  
Nampak ke tu? 

Along dapat nombor 1. Walaupun overall dalam darjah dia dapat nombor 20, walaupun markah dia biasa-biasa je, walaupun dia kelas kedua, mama tak kisah. Sebab now my boy has shone. Keep on shining, boy. Shine bright like a diamond. 

Budak ni lah yang dikata-katakan as lembam, tak tahu belajar. Selalu suprisekan mama. Never lower your expectation on him, because he is truly beyond your expectation. 

Whatever will be, i will never give up on you. Keep going strong, baby!

Nangis. 




Tuesday, 12 April 2016

In My Definition of ... Ayam Masak Kicap Special

Assalamualaikum.

Kat rumah ni kalau hari-hari buat ayam masak kicap pun takpe. Iyelah, budak manalah yang tak suka ayam masak kicap,kan? Ada ke? Tapi itulah. Dah kalau hari-hari itu je lauknya, mak bapaknya pulak yang naik boring kan? Macamkan emaknya tahu masak itu jelah lauknya pun. Eheh. So, sebab taknak boringkan apaknya (eh!), kenalah mama menunjuk pandai mempelbagaikan jenis masakkan kicap. Hihi.

Maka, terhasillah...

AYAM MASAK KICAP SPECIAL



Bahan-bahan:
2 ketul whole leg, dipotong kecil 
1 kiub tomyam
1/2 biji bawang merah, ditumbuk kasar
1 inci halia, ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu teh pes asam jawa 
1 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 tangkai daun kari
1 pokok daun bawang, dipotong 1inci.
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit, dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. 
2. Asingkan minyak gorengan ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan tumbuk dan daun kari. 
3. Setelah naik bau, masukkan kiub tomyam. Kacau hingga kiub larut dan pecah minyak. 
4. Masukkan pes asam jawa, air dan sos cili. Kacau hingga semua bahan sebati. 
5. Renjiskan dengan kicap. 
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. 
7. Masukkan ayam dan gaul hingga semua ayam disalut kuah. Biarkan seketika. 
8. Masukkan daun bawang dan kacau seketika. 
9. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
1- Bahagian putih dekat daun bawang tu (Bawang dia eh?) mama potong and mama tumbuk sekali dengan bawang merah. 
2- Masak kicap style ni ada rasa masam-masam, manis and masin. 
3- Mama guna kicap manis. Kalau uolsss guna kicap masin @ kicap pekat, kena rasalah betul-betul garam gulanya. 






Saturday, 2 April 2016

Wedding Impian

Assalamualaikum.

Semua orang mesti pernah berangan, kalau kahwin nak macam ni, macam tu. Taknak kalah masing-masing. Kalau boleh, biarlah wedding dia tu jadi wedding of the year gitu. Biar pi la dia nak berangan sampai tera mana pun, berangan tu bukannya kena bayar pun. Hihihihi.

Mama dulu, masa belum kahwin pun berangan jugak. Nanti kahwin nak macam ni, macam ni. Tapi tu zaman internet baru suam-suam tahik kucing, belum canggih macam hari ni. Dulu, kena selak majalah dulu baru lah dapat nak berangan, kalau tak, memang takdelah. Sekarang? tett,tett,tett sat ja, dah dapat apa yang hang nak.

 

Masa mama nak nikah ni, duit sekupang pun takdak weh. Baju nikah ni, baju mama je yang beli baru. Tu pun abah yang bagi duit. Rasanya adalah kot dalam RM120 kot harga baju ni. Tu pun, puas cari. Mama ni kan boleh tahan cerewet. Baju papa tu, baju recycle. Uniform solat jumaat masa sekolah dulu. Bayangkanlah, masa kami kahwin tu umur papa dah 22 tahun, umur baju tu koman-koman pun mau 5 tahun. 

Masa ni, mekap pun main tibai mekap sendiri ja. Hahaha. . Dahlah satu hapah mende mekap pun takde. Segala lipstik apa semua pinjam orang punya. Sebab tu kalau tengok balik gambar ni, makaihh. Kemain merahnya bibir. Hahaha. Mama ni bukanlah penmekap orangnya. Bedak pun kadang ingat, kadang lupa. Hahahah. 


Tudung memang tudung mama, selendang tu sewa tau. RM10. Hahaha. Pun berposak nak cari. Zaman tu tak wujud lagi segala bapak shawl macam sekarang ni. Time tu shawl yang ada semua style transparent punya. Mama tak suka macam tu. Disebabkan mama dah berangan-angan nak pakai macam sekian, sekian, mama usahakanlah jugak. No regretlah, so far. Hihihiihi. 

Masa sanding, kalau ikutkan plan asalnya, takde pelamin pun. Tapi yelah, teringin la jugak, ye dak? Bukan nak ada renjis-renjis apa pun, pelamin just untuk nak bergambar je sebenarnya, so masa pergi kat bridal tu, book la sekali pelamin yang paling simple sekali sebab paling murah. Hahahaha. Baru RM250 rasanya masa tu. Pelamin mama keluar duit sendiri, bayar guna duit PTPTN. Hahahaha. Habis tu, dah itu je duit yang mama ada masa tu. Hihihihi. Eh, rasanya baju masa sanding tu pun mama bayar sendiri. 


Masa mama kahwin ni, segala-galanya abah and mak yang uruskan. Mama cuma pilih baju and pelamin je. Kalau ikutkan, masa fitting dulu baju lain, tapi disebabkan baju untuk pengantin lelaki masa tu papa tak muat, orang bridal tu suruh tukar baju. Boleh pulak macam tu kan? Hehehehe. Nasib baik cantik jugak baju ni. Hihihi.


Meja makan beradab pun mama yang set-up sendiri. Suka-suka hati je nak buat makan beradab kat situ. Hahaha. Masa mama kahwin ni, adik-adik semua kecik-kecik lagi. Nak suruh angkat meja pun susah. So, macam mana pun kenalah mama buat sendiri. 

Because kompang is too mainstream, so i chose a  band. Hahaha. Apak kau. Ni paknjang yang sponsor. Sebab mama kan anak sedara yang terfirst sekali kahwin. Depa yang kahwin later mana ada yang merasa macam ni. Hihi. Rugila ampa. 

Sekarang ni, mama and papa membuzy(body) uruskan wedding adik-adik pulak. Dulu, masa time kitorang, berangan macam-macam tapi tak dapat sebab no $$$, no talk. La ni, Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit bolehlah topup sana sikit, sini sikit untuk adik-adik. 

Sebenarnya, bukan tak boleh nak follow wedding dream tu. Sukatilah. Duit masing-masing. Tapi tu lah, apa-apa pun rasanya patut tepuk poket dulu. Kalau setakat kecing-kecing je bunyinya, lupakanlah wedding-of-the-year dream hampa tu. Apa yang ada jelah. hihihihi. 


#throwback
#countingto1decadeoftogetherness



Thursday, 31 March 2016

Hantaran Tinggi ke Rendah?

Assalamualaikum.

Amboi, bukan main kecoh lagi orang sana-sini-sinun pakat dok cerita pasal amukan dihari nikah pasal hantaran tak cukup. Kesian pengantin kena debik. Mama tak tengok pun video yang orang dok post tu, mama baca gitu-gitu jek ceritanya. So, mama tak mau komenlah pasal tu.

Mama dulu kahwin hantaran abah letak RM6,000 jek. Agak rendahlah jugak sebab time tu ada yang dah cecah RM10k tau. So, adalah makcik-pakcik yang cuba try test abah untuk naikkan amount hantaran tu sebab katanya XXX (bukan nama sebenar, ;P), belajar sampai diploma je, hantaran RM8, 000. Yelah, mama kan belajar bertingkek-tingkek sampai unibersiti, budak pandai katanya, takkan banyak tu je, ye dak? Tapi abah dengan relaksnya kata, "Takpala, belajar pun tak habis lagi". Betullah abah kata tu, sebab masa tu masa baru habis nak masuk tahun 2. Baru settle 1/3 perjalanan. Lamaaaa lagi nak grad.



Arwah abah memang seorang yang sempoi habislah. Adat tak adat, semua abah tinggai belakang. Arwah abah and arwah FIL bincang nak kahwinkan mama and papa pun through phone je kot. Later, baru abah datang jumpa FIL kat Melaka. Abah yang datang jumpa FIL oiii. Bukan FIL pergi jumpa abah. Adoiii. FIL memang puji arwah abah, katanya, senang nak berurusan. Tak banyak hal.

Mama assume duit hantaran tu lah yang akan digunakan untuk buat majlis. Mama memang tak pernah tau, and tak pulak nak ambil tau selalunya orang buat apa dengan duit tu. Turned out, abah bagi separuh dari duit hantaran tu kat mama. Mama siap masa abah bagi tu, macam confuse sikit. Siap tanya abah lagi, ada duit ke untuk majlis nanti? Hihihi.

Mama tabik spring kat kawan mama kat office ni. Dia memang orang ada-ada, tapi hantaran anak dia masa kahwin tu hari biasa je. Tak sampai pun RM10k. Anak dia doktor okeh. Bukan sebarang-sebarang eh. Majlis sikit punya mewah, tapi semua belanja kahwin dia dengan husband dia lah keluar duit. Kata husbandnya, kesian diorang (anak-menantu) baru kerja. Mana ada duit. Kita nak grand-grand, kitalah keluar duit".

So, pada mama, parents kepada bakal pengantin ni lah sebenarnya yang kena bertimbang-rasa sikit. Kena tengok jugaklah status kewangan bakal menantu tu. Kalau bakal menantu tu dah memang anak orang ada-ada ke, bolehlah nak ditekannya. Ni dah kalau orang tu nak makan pun terkais-kais, acaner? Esok-esok dah kahwin dengan anak kita, kena kais beregu seirama pulak ke macam mana?

#hadoiyaiipun.
#throwback
#countingto1decadeoftogetherness.






Wednesday, 2 March 2016

Bila Plan Kelaut, Part 1

Assalamualaikum.

Masa CNY holiday baru ni, kami sefamily telah pi bercuti ke Kuching, Sarawak. Bercuti katanya, padahal...

Cerita dia macam ni. Bila Kakngah kata dia nak balik Kedah, mama pun menggelupoq la nak balik jugak. Bila dicheck-check, time kakngah balik tu, mama tak dapat cuti. Mama ni style kerja susah nak cuti. Bukan mama, jabatan mama ni ha. Kalau nak cuti, kena tunggu time student cuti. Kalau tak, leceh jugaklah proses dia tu. Malas mama nak hadap menda leceh-leceh ni. Pastu, Kkangah nak balik Kuching minggu sebelum CNY tu. Bila suruh extend cuti, katanya tak boleh extend dah. Takpelah.

Pastu entah macam mana, tiba-tiba boleh terplan pulak nak pi sana. Tanya Mat, tanya Dikyah, semua available, jomlah kita pakat pi berhimpun kat sana. Tak dapat nak berkumpul kat kampung, kita berkumpullah kat mana-aman yang boleh. So, mama pun booklah tiket apa semua.

Tak sabar-sabar ni nak bercuti,uolss. Anak-anak pun pakat dok countdown. Sakan depa, no. Hari last kerja tu, dia punya perasaan tu macamkan esok tu kita yang nak raya ni. Taktaulah apehal yang nak seronok sangat.

Flight adalah pukul 2.20pm. Awal jugak kitorang sampai airport masa tu. Settle check-in, pi makan sat, sebab takut lapaq, katanya. Mama lah yang kata tu. Orang lain relax ja. Hehehehe. Makan pun kelam-kabut sebab nak kejarkan time nak masuk tu.

Ketidakseronokan tu start masa kami semua dah masuk kat waiting lounge tu. Flight delay uolss. Masa tu, depa kata flight retime to 1750, sebab masalah mekanikal. So, mama pun nak buat macam mana, pasrah jelah. Masa kat lounge ni, Angah dah buat hal dah. Dari dalam kereta lagi sebenarnya. Dia kata sejuklah, sakit tekaklah. Sepanjang-panjang masa menunggu tu, tidur ajelah dia. Dalam pukul 4 lebih macam tu, depa kata, flight retime lagi sekali. Hadoiiiiii. Rasa nak marah, tapi nak marah sapa? Last-last dekat pukul 10 malam jugaklah baru kitorang dapat fly,after 7 hours lebih menunggu. Itu pun ada rasa cam cuak-cuak jugak.


Ini kalau transit kat Qatar ke, Zimbabwe ke, best le jugak dapat jalan-jalan tengok tempat orang, ini tercongok kat KLIA2 ni ha. Nak buat apa? Letihlah. Dahlah dengan budak-budak ni lagi ha. Tengoklah keadaan kitorang. Dah siap terbaring, terlentang siap. Adik tu dari comel dah jadi comot. 

Kitorang touchdown pukul 12 tengahmalam la jugak. Nasib baik Mat dia sampai dulu. Masa dia sampai tu, terus suruh dia yang ambilkan kereta sewa daripada owner dia, then masa kami sampai dia datang jemput. Nasiblah ada dia. 

Masa collect luggage, mama perasan yang luggage kami diwrap, padahal masa check-in tadi, takde pulak mama mintak dia wrap ke apa. Mama ingat kotla memang SOP depa ke kan. Rupanya....


luggage pecah oii. 

Kami anak-beranak memang bawak satu beg ni je ha. So, memang boleh tahan beratla jugak ni. 20kg kot ni. Silap mama masa chech-in tu tak mintak yang fragile tag tu. Manala mama ni nak tau. First time hohoi naik kapalterbang. 


...to be continued.





Tuesday, 1 March 2016

Happy Birthday to...me!

Assalamualaikum.

Today just like another day. Takde apa yang tak biasa pun, semuanya biasa-biasa aje. Cumanya tu lah, mama officially 30 today. Nangis. Sebab terasa betapa kertunya diri ini. Huhuhu. Takpelah, age is just a number. I might be old, but always young at heart. Chewahhh. Hehehehe.

Thanks to familly and kengkawan yang wish.

Share sikit gambar iolss di hari bersejarah ini. Hehehehe.

Ermmm. Masih berwajah muda. Hahaha. Puiii.