LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 March 2019

Kisah Raya 2018

Assalamualaikum.

Biasa kat kampung, lagi 2-3 hari nak raya dah sibuklah semua pakat cari daging. Lagi 2 hari nak raya, dah boleh nampak orang jual daging tepi-tepi jalan. Family kat Melaka ni, memang belum pernah tinggal lagi lah tradisi membeli daging tu. Sanggu kosongkan icebox sebab nak bagi space nak beli daging. Jangan buat main-main. 

Kalau dulu, masa FIL ada, dia lah yang uruskan hal-ehwal daging ni. Sekarang ni, tugas dah bertukar tangan pada papa, yang kadang-kadang tugas bertukar ke tangan mama pulak tu. Papa pernah tanya, kenapa eh kalau nak raya tu mesti nak ada daging? Eh, dia tanya kita pulak, padahal makbapak, atok nenek dia yang kemain beria. Iye, time nak beli daging, kena ambil order rumah MIL, pakej dengan rumah atok sekali.

Orang Kedah panggil hari buat ketupat, orang Melaka panggil hari mantai. Dua-dua referring to the same day, which is hari last puasa. Hari last puasa ni lah yang selalu perempuan-perempuan ni sibuk-sibuk di dapur kan? Segala ada semua nak dimasaknya. 

Ok, back to kisah asam pedas ni. 2 hari sebelum raya, belum pergi berbuka dirumah MIL, masih berbuka di rumah. Mama masak asam pedas tulang ni. Ala, kan papa tugas dia beli daging. Kalau beli daging tu, mestilah tulang, hati, limpa semua pun ikut balik. So untuk rumah hari tu mama  pesan tulang dalam 1kg macam tu. Entahlah, tiba-tiba tekak teringin nak makan tulang dan asam pedas. Padahal tak pernah pun seumur hidup makan macam tu. 


So dah masak, dah berbuka, makan sedap apa semua. 

Esoknya, papa kata kepala dia pening. Masa kat rumah MIL, seharian tu memang dia tidurrrrrrr je. Hangin je mama rasa. Iyelah, dah budak kecik tu memang tengah lasak time tu, takde sapa pulak nak tolong perati dah semua pun busy kat dapur. 

Hari raya tu pun, sempat jalan 1-2 rumah je, semua orang dah tak syok nak berjalan raya sebab papa tak sihat. Mama dah bengkek. Macam-macamlah  mama menyumpah dalam hati, punya tak puas hati sebab ada orang kacau mood raya mama. 

Mama syak culpritnya adalah asam pedas tulang ni la. Tulang kot. Bayangkanlah lemak dia macam mana. Papa pulak ada darah tinggi. Memang win lah.  

Monday, 25 March 2019

In My Definition of ... Bologneise Spaggheti

Assalamualaikum.



Mama start makan spaghetti ni tak ingat bila, rasanya lepas kahwin kot? Ke before kahwin, tapi masa dah kat u? Entahlah, cannot recall, tapi yang pastinya dah besarlah baru merasa makan spaghetti. Kesian kan? Mama ni orang kampung uolsss. Kampung pulak kat ceruk ulu mana entah. Utunglah jugak sekarang dah kenal spaghetti. Hehehe. 



Most of the time, bila makan kat luar, selalu rasa tak puas hati dengan kualiti of the sauce, samada dia terlajak manis, atau pun rasa dia biasa-biasa je. Susah nak cari yang betul-betul sedap. Yang paling mama suka, ariabata spagheti kat pizza hut. My definition of bologneise, of course, inspired by it la.


BOLOGNEISE ALA ARABIATA SPAGHETTI


Bahan-bahan:
1/2 peket spagheti 
1 mangkuk daging kisar
Meatballs - bilangan ikut suka
1 tin Prego tomato puree
1 biji bawang besar - didadu
2 ullas bawang putih - dicincang
2 biji tomto - didadu
4-5 biji cendawan - dihiris
2 sudu cili kisar
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar *optional
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil italian herbs
Sedikit sos cili *optional
Sedikit sos tiram *optional
Sedikit kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Grated parmessan untuk hiasan

Cara-cara:
1- Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan dan rebus spaghetti hingga lembut. Toskan dan ketepikan air rebusan untuk kegunaan nanti. 
2- Dalam kuali / periuk yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
3- Masukkan cendawan dan masak hingga cendawan sedikit kekuningan. 
4- Masukkan daging kisar dan meatball, masak hingga daging kering. 
5- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. 
6- Masukkan tomato dan semua bahan serbuk. Gaul rata. 
7- Masukkan sedikit air rebusan dan perasakan dengan semua bahan perasa. 
8- Biarkan kuah mereneh dan memekat. 
9- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama lebih suka spaghetti mama lembut sikit dari al dente. Sorry sebab mama takde timing berapa lama nak rebus spaghetti tu Selalu main agak-agak je. 

Friday, 15 March 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Tomyam

Assalamualaikum.

Masih lagi tak boleh move on dengan ke-teringin-an terhadap tomyam. I always have this weird idea lingering in my mind, sampailah mama dah buat dan rasa. Kalau sedap, for sure kena repeat. Kalau rasa dia weird, as weird as the idea was, hehe, that's it. Takmau dah lagi.


Selalunya dinner mama dengan papa makan ringan-ringan je. Kadang-kadang je makan berat-berat. Tapi hari tu memang mama tak boleh tahan dah, Menggaru-garu rasa nak buat nasi goreng tomyam tu. So, nasi goreng tomyam is in the making. Resipi boleh kata sebijik macam previous resipi.

NASI GORENG TOMYAM 


Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
4-5 ekor udang - dibersihkan
1 biji bawang besar - ditumbuk kasar
1 biji bawang putih - ditumbuk kasar
1-2 biji cili api merah (bangla) - ditumbuk kasar
1 batang serai - dititik
1-2 helai daun limau purut - diracik
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam
1/4 pokok broccoli - dipotong *optional
2 ketul cendawan shitake - dihiris nipis *optional
4 biji cherry tomato -dibelah dua
Garam, gula jika perlu
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
2- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk, serai dan daun limau purut hingga naik bau dan sedikit garing. 
3- Masukkan pes tomyam dan kacau rata. 
4- Masukkan cendawan dan kacau hingga sedikit garing. 
5- Masukkan tomato dan brocoli. Kacau rata. Masak hingga brocoli dan tomato sedikit layu. 
6- Masukkan sos tiram dan kiub ayam. Kacau lagi.
7- Masukkan nasi dan gaul rata. 
8- Tambah garam jika perlu. 
9- Padakamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Paling terrrbaik adalah gunakan nasi sejuk, compared to nasi panas. Bari nasi goreng boleh jadi berderai elok. 
#2- Cendawan akan keluarkan sedikit air. 

Thursday, 14 March 2019

In My Definition of ... Pucuk Paku Goreng Tomyam

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni tak taulah apesal, tekak ni teringin bebenor nak makan tomyam. Macam terasa-rasa masam, pedas, masin tomyam tu. Adoiii hai.

Ada hari tu jiran kat rumah tu jual pucuk paku and papa beli seikat, jadinya baiklah masak cecepat sebelum ke tong sampah perginya mende alah tu. Dah memang tekak pun nak sangat makan tomyam kan, apa kata pucuk paku tu masak je tomyam tu.

Sotong masak asam, Pucuk paku goreng tomyam

Mama guna udang sebagai rencah dia. Boleh aje nak tukar ikut apa haiwan yang korang suka. Oh, sotong tu papa yang request. Sekarang ni kalau beli sotong tu, memang itu jelah masaknya. Dah orang yang membeli nak makan yang itu, kena lah masak juga.

Eh, meh check resipi.

PUCUK PAKU GORENG TOMYAM


Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku - dibersihkan
10 ekor udang - dibersihkan
1 biji bawang besar - ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 biji cili api bangla - ditumbuk kasar
1 batang serai - dititik
1 sudu besar pes tomyam
1-2 helai daun limau purut - carikkan
Garam, gula jika perlu *mama tak letak pun
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Celur seketika pucuk paku tersebut. Toskan.
2- Panaskan minyak dan goreng sekejap semua udang. Angkat dan ketepikan.
3- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik bau. 
4- Masukkan pes tomyam. Masak hingga pecah minyak atau sedikit garing. 
5- Masukkan udang dan pucuk paku. Gaul rata hingga semua disaluti bahan rencah. 
6- Sesuaikan rasa dan padamkan api. 
7- Sedia untuk dihidang.


p/s:
#1- Pucuk paku dicelur/rebus sekejap untuk mengelakkan sayur jadi terlalu berair bila dimasak. 
#2- Tak perlu tambahkan air, sebab pucuk paku tetap keluarkan air (walaupun sedikit) dan akan jadi berkuah sikit, instead of kering-kering. 
#3- Rasa dulu sebelum tambah garam, sebab macam mama, pes tu dah cukup dah masin dia. 
#4- A twist of cara masak pucuk paku. Selalu orang buat masak lemak la, goreng belacan la kan. So bolehlah korang nak eksyen sikit depan adik-beradik lepas ni sebab masak lain dari yang lain. Hehehe. 


Selamat menerai, semua. 

Mama nak gi meeting. taaaaaaa~


Friday, 22 February 2019

in My Definition of ... Meehoon Goreng Singapore

Assalamualaikum.

Meehoon goreng singapore ni ada kisah dia tersendiri sebenarnya. Mama ni masa baru-baru kahwin dulu, tersangatlah suka masak segala mee-mee ni. Dulu, asal pergi grocery shopping je, mesti beli mee kuning 1 bungkus, kuetiaw 1 bungkus, meehoon 1 bungkus, buat stok. Dahlah shopping grocerries tu seminggu sekali. Kira memang stok tak putuslah kat rumah tu. Dulu, mee 500g tu pun dapat masak 2 kali. Sekarang, 500g sekali hadap je. 

Mula-mula dulu, mama pun tak pandai jugak masak meehoon putih ni. Iyelah, seumur hidup, membesar dengan makan mak masak meehoon merah, takpun hitam terlebih kicap je. Tak ingat sejak bila start makan meehoon putih ni, yang pastinya selalu rasa macam tak berapa kick mee dia, macam ada yang tak cukup. Sampailah lepas dah kahwin and ada dapur sendiri, mama try masak sendiri meehoon ni. Alhamdulillah, resipi percubaan pertama mama menjadi and sampai ke hari ni mama masih mengguna pakai resepi tu. Hehehe. 


Masa mama pregnantkan Along dalam 36w macam tu, mama kena tahan ward dalam 1 minggu macam tu. Asalnya warded sebab mama rasa contraction. Iyelah, anak sulung, macam mana contraction pun tak tau, elok masuk ward contraction pun dah hilang. Elok dah nak boleh discharge, tiba-tiba-tiba kencing kotor pulak, extend lagi warded 1-2 hari. Bosan gila oiii dok kat ward. 

Masa mama warded ni la, tetiba teringin pulak nak makan meehoon goreng singapore, yang home-cooked. So mama pun bagilah arahan kat papa, punyalah panjang berjela mesej cara-cara nak masak meehoon kat papa. Zaman tu, 11 tahun lepas, mana ada segala whatsapp bagai. Harapkan mesej jela. So papa pun masaklah and tengahari tu papa datang bawakkan mama bekal mee yang papa masak tu. 

Hasilnya? Tak pernah-pernah mama makan meehoon goreng orang letak bunga kobis (cauliflower) papa gi bantainya letak. Mende alah tu kan kena masak lama. Dah keras krup-krup masa mama makan tu. Meehoon nya pulak tak payah cakaplah. Itu kalau makan kat luar, ke tong sampah jugaklah jawabnya tu. Keras jugak mee nya pun. Nasib baiklah teringin sangat and nasib baiki jugaklah mee tu adalah jugak berasa. Makanlah jugak. Dah orang tolong masakkan, takkan taknak makan pulak ye. Tapi tulah, orang kalau tak biasa masak meehoon, yang dah biasa masak kat dapur pun akan failed lagi bila masak meehoon. 


MEEHOON GORENG SINGAPORE MAMA STYLE


Bahan-bahan:
 1 bungkus bihun - direndam air biasa semalaman
Sedikit isi ayam - dihiris nipis
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam (biji) - ditumbuk
1/2 batang carrot- dipotong mancis
1 pokok sawi - dipotong dan diasingkan batang dan daun
Sedikit sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit kiub ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2- Masukkan isi ayam. Kacau seketika.
3- Masukkan carrot dan batang sawi. Kacau hingga batang sawi agak lembut. 
4- Masukkan sedikit air. 
5- Masukkan semua bahan perasa dan sesuaikan rasa. 
6- Toskan bihun yang direndam dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata. 
7- Masukkan daun sawi dan teruskan kacau hingga bihun lembut. 
8- Sesuaikan rasa jika ada yang terkurang. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang.

p/s:
#1- Boleh masukkan apa jua jenis haiwan  pilihan masing-masing. Kalau nak biar dia berkawan beramai-ramai dalam tu pun tak ada hal. 
#2- Masa step 5 u selalunya mama akan kuatkan sikit rasa dia 1-2 level lebih tinggi. Contoh, kalau biasa-biasa tahap masin kita ialah 3, masa step 5 tu level masin tu kita upkan sikit jadi 4. Ni supaya bila dah siap masak nanti, bihun kita tak jadi kurang rasa, 
#3- Step 8 tu not advisable. Sebab nanti rasa masin dia tu kat segumpal tu je, Contoh. Masa ni perasa yang ditambah kemudian tu susah kita nak seratakan. 
#4- Jangan risau, mihun tak kembang jadi macam laksa ka apa walaupun direndam semalaman. Arwah mak dulu selalu buat macam ni. Mama bari figured out rupanya this way, bihun jadi lebih cepat masak dan lembut elok.


Monday, 11 February 2019

In My Definition of ... Sizzling Mee

Assalamualaikum.


 

Entahlah apa yang merasuk mama masa tu, tiba-tiba teringin nak makan sizzling mee. Ini kalau makan kat luar, selalunya hot plate la. Tak pernah pulak mama makan sizzling bukan hot plate masa kat luar sebelum-sebelum ni. 

Mama ni kalau datang teringin nak makan sesuatu mende tu, jam-jam tu jugak kalau boleh nak terus buat. Mama buat ni for breakfast. Aje class breakfast pun makan sizzling (angkat kening sebelah). Hehehe. 

Tapi mama guna mee kuning lah. Yee mee ada, dah siap beli, tapi tulah. Kang pelik-pelik orang dalam rumah ni tak makan pulak. Kalau kat luar dia makan yee mee takpe, tapi bila kita nak masak  kat rumah dia kata macam pelik. Poodah. Mama pun pelik, siapa yang pelik sebenarnya ni. 

Resipi macam biasa, tibai selagi boleh. Hehehe. 


SIZZLING MEE MUDAH


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning 
2 ketul ayam - dicincang*
2-3 ketul cendawan shitake- dihiris *
1 pokok sawi - asingkan batang dan daun
1 sudu besar bawang putih dan bawang merah blend*
2-3 biji cili kering - dipotong kasar*
Sedikit sos tiram*
Sedikit kicap pekat*
Sedikit kicap cair*
Sedikit stok ayam *
Sedikit minyak bijan*
2-3 cawan air*
Sedikit bancuhan tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak untuk menumis.
Lada sulah dan lada hitam secukupnya*
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Mee kuning dicelur seketika dengan air panas. Tosskan dan ketepikan. 
2- Satukan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan didihkan. Untuk kuah rebusan ni, mama gunakan bahagian ayam yang bertulang. Bahagian yang isi-isi mama letak tepi dulu kejap. 
3- Panaskan kuali dan masukkan minyak. 
4- Masukkan isi ayam yang telah diketepikan seketika tadi. 
5- Masukkan batang sawi. Kacau rata. 
6- Masukkan kuah rebusan tadi. 
7- Sesuaikan rasa. Tambah mana-mana yang perlu. 
8- Setelah secukup rasa semuanya, masukkan bancuhan tepung jagung. 
9- Biarkan hingga kuah memekat. Kacau rata.
10- Masukkan mee dan daun sawi. Gaul rata hingga semua mee disaluti kuah. 
11- Padamkan api dan sedia dihidang. 


Mama masak masa celebrate birthday Angah baru-baru ni. (Lighting tak helok sungguh). 
 p/s:
#1- One thing bila kita masak kat rumah ni, nah selambah rencah dia kita letak. Modal baru berapa sen. Kalau makan kat kedai, adalah mushroom dalam selai dua. 
#2- Sesuai untuk orang yang tengah nak diet, sebab masak cara sihat jugak ni. Kalau nak lagi sihat, boleh skip je part tumis ayam tu, atau pun ganti minyak masak biasa dengan minyak zaitun. Ko letak minyak tu sikit aje udahle, maimon. 
#3- Kalau anak-anak jenis suka makan mee, bolehlah buat ni. Tak pedas pun. Anak sedara mama yang umur 1 tahun lebih tu kemain pulun lagi mee ni. Hihihi. 
#4- Anyway, mee tu dicelur dulu untuk buang minyak and rasa kapur dia. Mati selera iols makan mee rasa kapur. And ada sedikit geli nak handle mee berlengas dengan minyak.  
#5- Kalau korang ada hotplate, start step 3 terus guna hotplate je. Sapa banyak hal, ko demah je muka dia dengan hotplate tu. Hehehe.


Wednesday, 30 January 2019

#TB: Aqif Haziem Turned 1

Assalamualaikum.

Kisahnya kat sini, mama asyik bertangguh nak cerita pasal celebrate 1st birtday bujang kenit mama sampailah hari ni, 5 months later, baru lah sampai seru tu pada mama untuk bercerita. 

Cake from Ibu
Seemed like ibu lebih excited dari mama sampai nama adik pun salah, Hehehe. On 19th tu ibu dah siap-siap beli kek bagai. Mama buat relaks je sebab memang dah plan tak sambut on that day. 

It's a blessed sebab mama ada blog ( walaupun tak taulah ada orang lain yang baca ke tak), sebab ada benda-benda yang mama cerita /bebel/merempan kat sini yang mama sebenarnya mama dah lupa dah pun. Bila mama scroll balik post-post lama, barulah mama macam, "oh... i did this", "awh... i did that?", and so on. Hehehe. 

So, berbalik pada kisah adik, it's important to put something on here, so that even after 50 juta tahun later pun, mama still boleh ingat all those moments. Hihihi. Almaklumlah, mama ni makin hari makin pelupa. Dah tua, katanya. 


Birthday adik was on 19th August, but since 1 September tu ada kenduri kat rumah MIL, and semua adik-beradik ada masa tu, itu yang mama and papa sepakat untuk delay sikit untuk celebrate birthday adik ni. As usual, dalam mana-mana or apa jua celebration yang kami cuba untuk buat, keberadaan kalau boleh semua adik-beradik adalah faktor paling penting. Sanggup lagi kami delay sikit nak celebrate tu dari takde orang. As usual, jemputan adalah adik-beradik papa sebab adik-beradik mama memang tak pernah ada pun sebelum-sebelum ni (semua jauh-jauh kot!), family ibu and family paknjang Lan dari Kedah. 

Pak Njang sefamily di rumah Mak Ngah Zarina. 

Masa balik raya haji sebelum, pak njang ada inform yang dia nak pergi hantar anak dia ke UTHM Pagoh on 2 September. Dia plan nak singgah tidur rumah mama on 1 September tu. Dah alang-alang kami pun nak buat majlis ni, teruslah kami pujuk pak njang untuk datang awal sikit. So pak njang sampai on the 31st August tu lah jugak. 




Anak-anak sebelum ni selalunya celebrate kat rumah je. Time adik ni je mama papa all out. Mama ni korek tabung lah jugak. Kalau ikutkan, tempat ni dia tak bukak malam, lepas dah discuss apa semua dengan dia punya owner, then dia setuju untuk accept kami pada malam tu. Worth it for her, lah kot kan? Kami pilih Dapur Kaseh at Vista Kirana. 



   
 

Foods that night were:
1- Nasi Goreng Bunga Kantan - serve with telur mata
2- Chicken Mango
3- Bolognese Spaghetti
4- Mushroom Soup
5- Roti Jala
6- Some kuih-muih
7- Some fruits
8- Victoria Slice Cake 
9- Red Velvet Cupcake
10- Free flow air teh tarik and orange. 

The reason kenapa kami (to be specific, mama) pilih Dapur Kaseh, selain dari dia punya ambience yang cozy tu, adalah foods dia. Alhamdulillah, selama mama dok pergi sana, foods dia semua tak pernah mengecewakanlah. The owner memang sangat-sangat jaga kualiti makanan dia, okeh. 


Birthday cake adik mama choose untuk cari sendiri. Masa Kak Linda, the owner of Dapur Kaseh tanya, mama cakap mama nak cari sendiri. Sebenarnya, boleh je kalau nak suruh Kak Linda sediakan semua, tapi kena tambahlah duit sikit. Sebelum ni, ada kawan mama celebrate birthday anak dia kat situ, and kek yang Kak Linda sediakan tu memang cantiklah. Kelakar ada, sedeh pun ada rupa cake adik ni. 
  
Expectation
Reality
Itulah yang jadi, bila mak hang memandai-mandai. Hahaha. Sebelum tu, mama ada bagi satu design ni yang mama google. Pastu konon nak bagi lagi clear, mama lukis lah. Turned out, kek tu tak macam yang mama imaginedlah. Mungkin hanya mama je yang paham drawing mama tu. Hehehe. 

Yang penting, rasa dia out of this world. 

Raindow Cake

Dari masa Angah mama berangan nak buat rainbow cake, akhirnya masa adik baru tercapai hasrat mama tu. Walaupun kali ni bukanlah mama yang buat pun. Kek order dari Fanoni Home Bakery.   


 

Kakngah (my adik) said, macam birthday Angah je, sebab Angah yang beriya depan sekali, betul-betul depan kek. ini kalau letak si birthday boy, mau habis dicrumblenya kek tu karang. 

 

Sebelum semua tetamu mula makan, kita bagi speech satu kali. Walaupun tetamu tu adalah adik-beradik sendiri, tapi still la, the effort they put to come the event was really appreciated. Walaupun sebelum tu ada yang kata tak nak datang la, apa lah. 

 


 

Since this, adik dah recognised lagu birthday, and bila kita nyanyi dia akan beriya tepuk. Hihihi. Tengoklah, kan dah kata, siapa yang sibuk lebih. 

Some more pictures along the event:


  

  



Ibu with Kakak and Adik.
Ibu adalah orang penting dalam setahun pertama hidup Adik. Ibu start jaga adik as early as adik berumur 2 bulan. Walaupun masa tu mama masih on confinement leave, tapi ada masa-masa mama hantar jugak adik untuk ibu jagakan, especially bila mama kena buat kerja berkenaan dengan permohonan kenaikan pangkat mama. 


  

bila tengok how manja adik dengan ibu, mama tau yang adik sangat disayangi oleh ibu, and the whole family. I know my children are in good hands. To have someone that is not blood-related to love your children is really a blessed.  Sebab tu walau ada flaws sikit-sikit here and there, mama rela pejam mata je. 

  

Walaupun mungkin satu hari nanti ibu dah tak jaga anak-anak mama, mama harap hubungan kami kekal baik macam sekarang.


Dear Adik,


Without you, I don't know what would I be. 
Thank you Allah for sending me this beautiful angel. 
He kept my insanity intact. 
May You showered him with all your loves and blessings, more than I do. 
May him grows up being Your warrior. 
Grant him all Your kindness, oh Allah. 

Love, 
MAMA.