LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

In My Definition of ... Nasi Tomato and The Geng

Assalamualaikum.

Hai uolsss. Bertabahlah ye. Agaknya mama baru kena sampuk dengan hantu masak, tu yang balik-balik menge-share resipi aje. Hihihi.

Hari ni nak share sikit resipi Nasi Tomato and kaum kerabatnya. Hehehe. Kisahnya, tetiba hari Sabtu last week teringin nak makan nasi tomato. Tu yang terus esoknya pergi masak kat rumah MIL. Biasalah uolsss, makyong memang camni. Hahaha. Selera dia unpreditable sikit. Pulak tu tekak kemain pulak cerewetnya,  Masak sendiri jelah.

Nasi Tomato and The Geng. 

Uolss jangan risau. Resipi mama, insyaAllah, kalau uolss ikut memang cepat siap punya. Mama masak semua ni 1 jam 20 minit dah siap, boleh makan dah. Hehehe. Cepat ke lambat tu? Acar tu jelah, mama minta MIL buatkan. Kalau MIL korang ada, mintala dia tolong buatkan untuk korang. Hahaha. 

Ok dah, dah. Jom check-check-chek it out. 



NASI TOMATO

Bahan-bahan:
3 pot beras - dicuci 
1 labu bawang besar (size sedang) - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk 
3 sudu besar tomato puree
1/2 tin susu cair
3 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga engkih dan buah pelaga)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak & butter untuk menumis  

Cara-cara:
1- Masak nasi guna rice cooker macam biasa. Sukatan air juga seperti biasa. 
2- Dalam kuali / periuk yang lain, panaskan minyak dan sedikit butter. 
3- Masukkan bahan-bahan tumbuk. Gaul rata. 
4- Masukkan rempah tumis dan daun pandan. Kacau hingga bahan tumbuk garing dan naik bau. 
5- Masukkan tomato puree. Gaul sekejap. 
6- Masukkan susu cair. Biarkan seketika. 
7- Perasakan dengan garam dan gula. 
8- Bila dah menggelegak, padamkan api dan tuang hasil tumisan ke dalam rice cooker. 
9- Adjust garam dan gula, jika perlu. 
10- Tunggu hingga nasi masak. Jangan lupa untuk menggaul nasi sekali- dua. 



AYAM MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan digaul garam kunyit.
3-4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris membulat
1 sudu besr sos cili
Kicap
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun bawang dan daun sup - untuk hiasan

Cara-cara:
1- Goreng ayam dan ketepikan. 
2- Alihkan lebihan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 
3- Tumiskan cili kisar  hingga garing. 
4- Masukkan kicap dan sos cili. 
5- Tambahkan sedikit air, jika mahu lebih berkuah. 
6- Perisakan dengan garam dan gula. 
7- Masukkan ayam dan bawang besar. Gaul rata dan biarkan seketika. 
8- Taburkan daun bawang dan daun sup. 
9- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 



AYAM MASAK SOS

Bahan-bahan:
2-3 keping dada ayam ( mana-mana bahagian kesukaan) - dipotong memanjang
1/2 inci halia - dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil white pepper
1 sudu kecil black pepper
1 sudu besar sos tiram
1 susu  besar sos cili
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan:
1- Perap ayam dengan bawang putih tumbuk, white pepper, black pepper, sos tiram dan  garam. 
2- Dalam bekas berasingan, satukan semua jenis tepung dengan sedikit garam. 
3- Panaskan minyak. 
4- Salutkan isi ayam dengan tepung dn gorengkan hingga kekuningan. Ketepikan.
5- Alihkan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 
6- Tumiskan bawang putih dan halia yang dicincang hingga naik bau. 
7- Masukkan sos cili dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 
8- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. 
9- Boleh ditaburkan daun bawang sebelum dihidangkan. 



ACAR TIMUN & NANAS

Bahan-bahan:
1 biji timun jepun
1/2 biji nanas
1 labu bawang besar (saiz sederhana) 
1 biji cili besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka - optional

Cara-cara:
1- Semua bahan dihiris ikut kesukaan masing-masing.
2- Satukan garam, gula dan cuka. Gaul hingga gula dan garam cair. 
3- Masukkan semua bahan yang telah dipotong. Gaul rata. 
4- Sedia untuk dihidang.

p/s:
#1- Supaya kerja jadi lebih cepat dan teratur, make sure masak nasi dulu sebelum mula dengan kerja-kerja lain (kopek bawang, cuci ayam, etc) sebab nasi akan ambil masa yang lama.
#2- Kalau nasi terlembik atau kurang masak (jelantah), kukuskan aje. Berapa lama? Hingga nasi masak betul atau dah tak benyek. 
#3- Resipi mama ni adalah yang paling basic (rasanya lah). Silalah ubahsuai ikut kreativiti uolss-uolss sekalian, ok. 
#4- Untuk orang yang baru nak  berlatih didapur, mungkin ambil masa lebih sikit kot- compared to mama. Sementara nak biasa, uolss. Iolss dah seploh tahun berkecimpung dalam arena kedapuran ni uolss. 
#5- Cubalah, jangan tengok aje ye. 

Muahcikedd!





Tuesday, 26 January 2016

In My Definition of... Sambal Tumis Udang Petai

Assalamualaikum.

Tetiba teringin nak makan pedas-pedas macam tu, so teringat ada udang. Petai pun ada lagi yang beli entah bila tak habis-habis. Hihihi. Cari pasal sangatlah mama ni makan petai di hari bekerja. Mungkin kena pakai mask masuk kelas nanti. Hahahaha.

Cekidauttttttt...

Sambal Tumis Udang Petai


Bahan-bahan:
Semangkuk kecil udang-dibersihkan & digaram-kunyitkan
1 cawan cili kisar + belacan
1 biji bawang besar-diblend/tumbuk
2 ulas bawang putih-diblend/tumbuk
Segenggam petai
Sedikit air asam jawa 
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis. 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan. 
2. Asingkan minyak lebihan goreng udang dan tumis bawang besar dan bawang ptuih yang telah ditumbuk tadi hingga garing. 
3. Masukkan cili yang dikisar dengan belacan. Masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
4. Masukkan petai dan air asam jawa. Masak seketika. 
5. Perasakan dengan garam dan gula . 
6. Bila sambal dah elok perisa, masukkan udang dan kaup-balik hingga udang masak. 
7. Sedia untuk dihidang.


p/s:
# Kalau cili tu masa blend tak letak belacan, boleh juga belacan tu bancuh dengan air dan curahkan masa tengah tumis cili tu. Ramas-ramas gitu (sampai hancur) pun boleh belacan tu. 
# Asam jawa boleh ganti dengan asam keping. Campaklah barang sekeping, dua. 
#Kalau guna paste asam jawa, cuma ambil sikit saja. Hujung sudu aje (1/4 sudu teh). Banyak-banyak takut termasam pulak sambal tu nanti. 


Monday, 14 September 2015

In My Definition of... SAMBAL PETAI GARING GERING

Assalamualaikum...

Walaupun mama selalu fefeling yang mama ni orang bandar sebab tinggal di bandar, (bandar apalah nya Jasin ni ), tapi kalau dah tekak bertaste desa, nak buat macam mana. Hahaha. Mama bukanlah pemakan petai tegar. And kalau mama nak makan pun mestilah bukan hari bekerja.. Kau nak mampus, kang cakap satu kelas bau petai. Hahahaha.

Adalah satu hari tu, tengah usha-usha lauk, eh terserempaklah pulak dengan petai ni ha. Dah siap kopek semua. Bukan main mahal petai ni eh. Masa tengok petai tu rasa macam, hemmm... lazat jugak kalau disambalkan dengan ikan bilis ni. Tapikan, mama fail sikit kalau buat sambal yang kuah selautan tu. Kalau sambal kering ni, terrerlah. Tu yang mama buat sambal kering aje tu.

SAMBAL PETAI GARING GERING


Bahan-bahan:
Segenggam isi petai
Segenggam ikan bilis
2-3 sudu besar cili kering yang dah diblend
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angakt dan ketepikan.
2. Alihkan minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan cili kisar hingga garing. 
3. Masa tumiskan cili ni, masukkan sekali petai tadi. 
4. Bila cili dah garing, perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. 
5. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul rata sampai semua ikan bilis elok bersalut sambal. 
6. Padamkan api dan sedia untuk di-ngap. 

P/s:
#1- Cili kering tu mama dah siap-siap blend dengan bawang merah and bawang putih. Lagi banyak bawang, mama rasa lagi sedap cili tu (bila kita guna untuk masak). 
#2- Ikan bilis yang sedap adalah sedikit mahal. Tapi berbaloilah walaupun mahal sebab ikannya cantik dan bila goreng, rangup elok jek. Takdelah terkehel rahang korang mengunyah. 
#3- Mama tak letak air asam jawa. Kalau korang nak letak, silakanlah. Takde masalah.