LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 18 September 2015

Surat Untuk Mak

Assalamualaikum...

Mak,

Sekarang ni dah musim haji. Time macam ni, tahun lepas, mak dengan abah dah ada di Mekah. Mak ingat lagi dak? Flight mak KT42, kan mak? KT42, 15 September 2014. Pukul berapa, kak tak ingat. Kak tau, mesti mak tak lupa punya. 15 September tu, kak ingat lagi, hari Isnin. Kak ambil cuti.

Mak,

Kak dapat hantar mak sampai rumah abang Nazri ja. Kak minta maaf sebab tak dapat hantar mak sampai mak masuk dalam ( kat Kelana Jaya). Allah saja yang tau perasaan kak masa tu, mak. Kak nak sangat hantar mak, tapi nanti dah malam macam mana kak nak drive balik? Jalan kat KL lagilah kak tak tau. Paling kak ralat sekali, masa kat rumah abang Nazri tu, sebenarnya kak kalut nak balik Melaka. Sebab apa? Sebab Y ajak pi Kuantan. Kak mintak maaf mak. Kak serba-salah nak bagitau kat mak. Tak sampai hati kak nak habaq kat mak. Tapi mak kata takpe, nanti lagi lewat, lagi susah. Allahu...!

Mak,

Mak tau tak, sebelum nak pi kat mak kat rumah abang Nazri tu, kak dok plan malam tu kak nak tidur dengan mak kat sana. Saja nak spend time dengan mak, sebelum mak pi Mekah. Tapi last-last tak jadi sebab kak tengok mak pun tidur bilik kecik ja. Takut satgi tak selesa pulak kak dok pi berhimpit sama. Y pun kata tak payahlah. Malam tu, lepas balik dari rumah Abang Nazri, kami pi tidur rumah Kakngah.

Esoknya, pagi-pagi kak pi dah kat mak. Puchong Perdana-Putra Height bukannya jauh pun. Kalau boleh nak spend masa paling lama dengan mak. Kak pi dengan anak-anak ja sebab Y ada kerja, kena pi Segamat pulak. Yang pasal ni memang kak marah jugak kat dia. Kak dah pesan dah awal-awal kat dia, mak, suruh mintak cuti. Tau dah, mesti akan jadi macam ni punya. Kak minta maaf bagi pihak Y,ye mak. Dia kadang-kadang sangat ignorant. Mak jangan kecik hati, na.

Masa kat rumah Abang Nazri tu pun kita tak bersembang sangat mak. Banyak benda kak nak sembang dengan mak, tapi kak tengok mak dok baca buku panduan haji mak. Kak takmau kacau. Mak nak pi buat ibadat. Kak takmau tarik mak dengan hal-hal dunia (read: mengumpat). Masa tu kak rasa, takpelah. Nanti-nanti mak dah balik nanti kak tanyalah.

Mak ingat tak, masa kak nak balik, kak peluk mak, mak pesan apa? Mak nangis, kak pun nagis jugak mak, tapi mak kan nak pi buat benda elok, buat apa kita nak nangis-nangis? Kak rasa kan, mak. Tu lah first time kak peluk mak macam tu. First time, mak.

Mak,

Nanti ada masa kak tulis lagi kat mak, na. Kak dah tak boleh control air mata ni. Kak kat ofis sebenarnya.

Kak rindu kat mak.


Yang benar,
Kaklong.



Monday, 14 September 2015

In My Definition of... SAMBAL PETAI GARING GERING

Assalamualaikum...

Walaupun mama selalu fefeling yang mama ni orang bandar sebab tinggal di bandar, (bandar apalah nya Jasin ni ), tapi kalau dah tekak bertaste desa, nak buat macam mana. Hahaha. Mama bukanlah pemakan petai tegar. And kalau mama nak makan pun mestilah bukan hari bekerja.. Kau nak mampus, kang cakap satu kelas bau petai. Hahahaha.

Adalah satu hari tu, tengah usha-usha lauk, eh terserempaklah pulak dengan petai ni ha. Dah siap kopek semua. Bukan main mahal petai ni eh. Masa tengok petai tu rasa macam, hemmm... lazat jugak kalau disambalkan dengan ikan bilis ni. Tapikan, mama fail sikit kalau buat sambal yang kuah selautan tu. Kalau sambal kering ni, terrerlah. Tu yang mama buat sambal kering aje tu.

SAMBAL PETAI GARING GERING


Bahan-bahan:
Segenggam isi petai
Segenggam ikan bilis
2-3 sudu besar cili kering yang dah diblend
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angakt dan ketepikan.
2. Alihkan minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan cili kisar hingga garing. 
3. Masa tumiskan cili ni, masukkan sekali petai tadi. 
4. Bila cili dah garing, perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. 
5. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul rata sampai semua ikan bilis elok bersalut sambal. 
6. Padamkan api dan sedia untuk di-ngap. 

P/s:
#1- Cili kering tu mama dah siap-siap blend dengan bawang merah and bawang putih. Lagi banyak bawang, mama rasa lagi sedap cili tu (bila kita guna untuk masak). 
#2- Ikan bilis yang sedap adalah sedikit mahal. Tapi berbaloilah walaupun mahal sebab ikannya cantik dan bila goreng, rangup elok jek. Takdelah terkehel rahang korang mengunyah. 
#3- Mama tak letak air asam jawa. Kalau korang nak letak, silakanlah. Takde masalah. 



Thursday, 10 September 2015

In my definition of... SIAKAP TOMYAM LEMAK SIANTAN

Assalamualaikum.

Bukan main menggeletis rasanya hati mama ni nak share resipi tapi gambar pulak tak boleh nak transfer. Hangin jugaklah mama dengan pc ni. Pc dah tua oii. Kalau sekolah, dah darjah 1 dah pun. So harap maklum sajalah. Pc ni pc kat rumah, mama bawak ke ofis sebab pc ofis dah diambik balik. Dah lama gila kot tak guna pc ni, jadinya mama pun dah tak paham dah peel dia. Hehehehe. Now mama dah tau dah trick nak transfer gambar, makin menggeletislah rasa hati ini nak mengeshare resipi, WALAUPUN takde sapa-sapa pun yang nak. Hahahaha. Ada aku kisah? *flip shawl*

Oklah, straight to the point. Mama masak ni before pegi hantar Dikyah balik UTM last weekend. Ko mampu makan ikan siakap time breakfast? Hahahaha. Mama taktaulah apa ke namanya, sebab mama masik main ikut suka tekak mama rasa nak makan apa. Hahahaha.





SIAKAP TOMYAM LEMAK SIANTAN

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan siakap
1 biji Bawang besar 
2 ulas Bawang putih
1 inci Halia 
1 inci Kunyit hidup(optional)
10-15 biji Cili padi
1 biji Tomato, didadu
1/2 cawan Santan
2 batang Serai, dihiris-hiris
1 Kiub tomyam
Daun limau purut, dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa. 

Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan dan digoreng garing. Letak te
2. Tumbuk 1/2 biji bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili padi. Serai yang dah dihiris pun boleh ditumbuk kasar.
3. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.
4. Masukkan kiub tomyam dan daun limau purut. Masak hingga garing bahan tumisan tadi.
5. Masukkan santan, tomato dan 1/2 biji bawang besar yang dihiris.
6. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa tekak masing-masing.
7. Biarkan kuah mendidih seketika, dah siap.
8. Kuah bolehlah dicurahkan ke atas ikan yang dah digoreng tadi.


P/s:
#1- Ikan tu mama gaul garam kunyit jek masa nak goreng tu. Kalau korang nak fefeeling  macam kat restoren yang korang makan dua tahun lepas, bolehlah gaulkan dengan tepung jagung. Tak payah bancuh. Bedakkan jek ikan korang tu dengan tepung jagung, then gorenglah dalam minyak yang panas berasap-asap. Jangan lupa tabur garam sekali masa nak bedakkan ikan korang tu. 

#2- Mama masak main campak-campak, so segala bilangan tu mama main agak-agak sajork. Kalau korang suka nak pedas, letaklah cili banyak. Kalau tak berapa suka pedas, kurangkan cili nya. Kang berasap buntuiut korang pulak kang main ikut bulat-bulat resipi ni ha. 

#3- Boleh jugak kalau nak masak stail ni dengan apa jua haiwan kesukaan tekak korang. Mama dah try dengan udang, memang sedap la woih! Hehehe. 





Thursday, 27 August 2015

Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum...

Astapar banyak-banyak kali ( Pasaipa istighfar depa sebut astapar tatau). Apa lah dah jadi dengan mama ni. Pemalas nau-nau. Hehehehe. Sebenarnya, banyakkkkkk jek cerita nak di certa-ceriti kat sini, almaklumlah, kalau mama balik cerita kat orang rumah, ibaratnya macam bercakap dengan dinding. Eh, lagi bagus cakap dengan dinding. Bukan mainlah mama dok mengarang ayat cambest ni,nak cerita kat ampa bagi ampa seronok,  tapi karang dalam hati jelah. Hahahaha. Monolog dalaman gittew.

Sekarang ni mama rasa macam kekurangan masa. Tak nyempat-nyempat rasanya nak buat keje. Bayangkanlah, balik keje jemput anak-anak kat nursery, kat babysitter, berpusing-pusing, nak sampai ke rumah makan masa sampai 1 jam kot. Padahal tempat keje dengan umah tu 15minit jek kot? Keluar ofis pukul 5, pukul 6 baru sampai rumah. Gedebak-gedebuk, eh, dah pukul 8.

Memang mama banyak pejam mata jek sekarang ni. OCD ka, DVD ka, apa D sekalipun, semua pi humban kat lombong sana. Tak terlayan dah nak OCD-OCD sangat. Rumah dah rupa hape dah. Kain baju, basuh rajin, tapi nak melipat, ya ampunnnn. Tak habis-habis rasanya? Tolonglah! Datang time kena sampuk hantu rajin, barulah nak rajin. Sikit.

Sejak mama mengamalkan pejam-pejam mata ni, mama rasa mama dah takde lagi dah menangis sambil cuci baju. Baju tu still cuci, cuma dah tak nangis lah. Hehehehe. Tapi ada jugak mende yang mama takmau kompromi langsung. Bab baju kotor anak-anak, bab cara sidai baju, cara lipat baju. Sebab tu baju jadi banyak tak lipat, sebab yang mana dah orang lipat, mama hold dulu. Nak lipat semula. Dulu mama selalu lipat baju sambil-sambil tengok tv, takpun time mama tak boleh tidur ke. Dari terkebil-kebil dalam bilik, baik mama bangun buat kerja. Sekarang ni, nak tengok tv pun tak daya dah. Silap-silap tv tengok mama balik. Heheheh. Dah takde mana nya tak boleh tidur sekarang. Pantang letak kepala jek, mesti lelap. Sebab tu mama takkan sesaja baring kalau mama ada banyak kerja nak buat. Kang tak memasal kerja-kerja yang ada menimbun lagi sampai kena postpone ke 2 bulan berikutnya. Hahahahaha.

Ampa hat baru kawin, anak baru sorang, ampa tunggu esok-esok ampa anak dah 3 macam mama.






Thursday, 2 July 2015

9th Anniversarry yang...err...

Assalamualaikum...

Kelam-kabut oih anniversarry tahun ni. Takde rasa nak celebrate pun. Malam before tu, sebab takut esoknya terlupa, wish siap-siap.

"Pa, happy 9th anniversary"
"Ma, happy 9th anniversary. Luv u"

Itu jek uolss. Lepas tu sambung cerita pasal anak. Anak sakit, dok kat hospital. Papa eh yang jaga. Mama kat rumah, jaga anak yang tak sakit. Tu yang wish pun pakai whatsapp jek.

Takpe pa. Nanti lepas raya mama claim. ;P

Papa and mama 2 tahun lebih kuruih. 
Hihihi

Bila dah makin lama kahwin ni, rasa macam masing-masing dah boleh baca apa yang ada dalam kepala. Main telepati saja, tak payah cakap. Macam Marshall and Lily dalam How I Met Your Mother. Hehehehe. Ha, yang part tak payah cakap tu sikit ja uolsss. Cer tengok part yang dok kena rewind selalu tu... Rasa macam grrrr sangat.

Apa-apa pun, syukurlah, we made it this far. Ada orang kata, kalau sesuatu hubungan tu boleh last for 5 years, it will last forever. Kata mama, it takes forever to know you will last or not. 

Happy 9th Anniversarry, Papa!




Thursday, 18 June 2015

Semangat nau-nau.

Assalamualaikum...

Tahun ni, rasa macam tazabar nak tunggu ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni mama dapat menyambut puasa dengan sangat senang hatinya sebab semua hutang puasa dah settle. Hohohoih. Selalu mesti tak sempat habis ganti. Ini pun baru jek selesai hari senin lepas. Biasalah, mama kan! Tak last minit, tak sah! Hehehehe.

Punyalah tazabar, macamkan nak sambut raya. Tahun ni, lain daripada tahun-tahun sebelum ni, mama and papa kemas rumah beria. Iyelah. Orang lain rumah kemain landskap masing-masing konsep Bali lah, air terjun sana, air terjun sini. Rumah mama pulak berkonsepkan hutan simpan ke hape? Dah takde beza nengok gayanya antara hutan simpan dengan laman rumah mama. Hahahaha. Bila orang datang, terpaksa pura-pura cool, padahal dalam hati kemain rasa macam nak menyorok aje didalam hutan simpan tu. Hahahaha.

Hasilnya.
Ini baru separuh, hokeh! 

Itulah. Orang lain laman 16 juta ekar, ko taknak kalah. Ko nak 80 juta ekar. Tapi ko buat-buat lupa yang ko tu pemalas. Hahahaha. Ni lah makannya orang pemalas. 

Nasib baiklah semua telah memberikan kerjasama yang baik, termasuklah MIL and si kenit tu. Oh, dialah mandornya tu ari. Hehehehe. Kalau nak harapkan papa buat sensorang? Raya tahun depan pun tak siap lagi. Hehehehe.

Now laman dah cantik, dalam rumah standardlah. Rumah orang ada anak kecik. Paham-paham sendiri sudeehhh. Hehehehe.

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum...


Image result for ramadan kareem


Ramadhan Kareem, everyone!

May this Ramadhan be our turning point to a better one, insyaAllah.