LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label paprik. Show all posts
Showing posts with label paprik. Show all posts

Saturday, 10 March 2018

In My Definition of ... Paprik Ayam

Assalamualaikum.

Bulan puasa dah tak lama lagi. Selaku mak-mak, mama dah mula nak gelabah-gelabah ayam memikir menu campak-campak yang senang tapi sedap. Mama memang kalau boleh semua nak yang mudah-mudah aje, yang kalau boleh kelip mata je dah siap. Hahaha. 

Uolss kena faham. Mama ni dahlah bekerja, beranak kecik pulak tu. Syukurlah anak mama tu penyabar orangnya, masih boleh dibawak berbincang. Kalau menurun perangai kurang sabar mama ni ke dia, mampos. Togok air kosong jelah hari-hari. Kesian. Hahaha. 

So, silakanlah mak-mak sekalian. resipi yang insyaAllah mudah dan insyaAllah terjamin kesedapannya. Sila lah menerai ye. Kena terai sekarang, supaya bulan puasa nanti korang dah terrer, gittew pesan mama. Hahaha. Paprik sotong pun ada ha. 

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan:
2 dada ayam - potong strips
1 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong serong
2 helai daun limau purut - dicarikkan
Bunga kobis 
Baby corn
Kacang panjang
Carrot
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2- Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. 
3- Masukkan isi ayam dan daun limau purut. 
4- Masukkan sos tiram, sos cili, dan perasakan dengan garam dan gula. 
5- Masukkan semua sayur, cili dan bawang. Kacau rata
6- Siap dan sedia untuk dihidang

Wednesday, 22 February 2017

In My Definition of ... Paprik Sotong

Assalamualaikum.

Sekarang ni rasa macam malas betul nak masak. Nak masuk dapur pun punyalah bercinta. Weekend hari tu tetiba macam terdatang pulak mood nak memasak tu, makanya jadilah Paprik Sotong.

Alkisahnya, tekak rasa nak makan yang pedas-pedas, tapi cam boring dah kalau sotong tu asyik-asyik sambal je. Actually, ni first time mama try masak sotong paprik ni ha. Kalau ayam tu, selalu lah. Apa ada hal, kan. Asal lepas tekak sendiri nak telan, sudehhhh. Hehehehe.


PAPRIK SOTONG

Bahan-bahan:
3 ekor sotong (sederhana besar) - dibersihkan & dipotong ikut suka.
2 sudu cili kisar
Bunga kobis dan jagung muda
Cili hidup - dihiris kasar
1 labu bawang besar (saiz sederhana) - dipotong ikut suka
1 inci halia - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
1 batang serai - dititik.
2 helai daun limau purut - dicarikkan 
2 sudu besar fish sauce
1 sudu besar sos cili
Garam gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. 
2- Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis seketika. 
3- Masukkan cili kisar. Masak hingga cili garing. 
4- Masukkan sayur. Biarkan seketika hingga sayur lembut sedikit. 
5- Masukkan sotong, bawang besar dan cili. Gaul rata. 
6- Masukkan sos cili dan fish sauce. 
7- Perasakan dengan garam dan gula. 
8- Siap. Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Kalau nak lagi pedas, boleh ketuk 2-3biji cili api dan masukkan.