LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Sunday, 26 May 2019

In My Definition of ... Sayur Campur Campak-campak

Assalamualaikum.

Macam mama tak rajin masak sayur eh kalau tengokkan dari resipi yang di share. Masam, bukan mama tak masak, tapi tak tershare. So, hari ni meh mama share. Kalaupun tajuk mama takde tulis campak-campak, hakikatnya, semua jenis masakan mama adalah masakan campak-campak. Masakan diluar kategori campak-campak is really not me. I is kurang sabar. Semua benda nak cepat je. Masa tu, masa.


Mama selalu berangan nak presentation tu macam ala-ala kat restaurant gitu. Tapi, tu lah tu, fail lagi ni. Still a lot to learn bab plating ni.

Cakap pasal sayur campur ni, arwah FIL suka nau kalau mama yang masak sayur ni. Pernah dia siap request mama yang masakkan. Padahal, MIL pun dah tentu-tentu tahu masak ni, kan. Tapi tulah, walaupun kita menggunakan bahan yang sama, still air tangan tu lah yang kita tak boleh nak lawan. Lagi satu, mama kalau masak sayur, mama tak masak lama-lama. Baru lah bila makan tu ada crunch sikit. Sebab tu lah kot FIL suka? Entahlah.

Jejom screenshot resipi beramai-ramai. 


SAYUR CAMPUR


Bahan-bahan:
5-6 ekor udang - sebagai rencah
1/2 batang carrot - dipotong mancis
4-5 batang baby corn - dipotong serong
1 stalk brocoli - dipotong kasar
Sedikit cendawan tiram
1 sudu besar bawang kisar
Sedikit sos tiram
Sedikit kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. 
2- Masukkan udang dan masak hingga udang sedikit layu. 
3- Masukkan semua sayur (kecuali cendawan). Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau rata. 
4- Setelah sayur agak layu masukkan cendawan. Kacau rata.
5- Masukkan sos tiram dan sedikit kiub ayam. Kacau lagi. Masukkan garam jika perlu. 
6- Siap dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Udang boleh digantikan dengan ikan bilis tumbuk, fishball atau fishcake sebagai rencah. Atau mana-mana haiwan yang dirasakan sesuai. Atau tak payah letak langsung, kalau dah hapah haiwan pun takde. 
#2- Sayur tak perlu dimasak lama-lama untuk preserve the nutrient content dalam sayur tu. Lagi satu, better semua sayur dibasuh terlebih dahulu sebelum dipotong. Ni pun sama, untuk preserve vitamin/khasiat yang ada dalam sayur tu. Sebab ada vitamin yang larut air, so kita takmau vitamin apa semua hanyut pergi bersama dengan air basuhan kita tu.

Saturday, 10 March 2018

In My Definition of ... Paprik Ayam

Assalamualaikum.

Bulan puasa dah tak lama lagi. Selaku mak-mak, mama dah mula nak gelabah-gelabah ayam memikir menu campak-campak yang senang tapi sedap. Mama memang kalau boleh semua nak yang mudah-mudah aje, yang kalau boleh kelip mata je dah siap. Hahaha. 

Uolss kena faham. Mama ni dahlah bekerja, beranak kecik pulak tu. Syukurlah anak mama tu penyabar orangnya, masih boleh dibawak berbincang. Kalau menurun perangai kurang sabar mama ni ke dia, mampos. Togok air kosong jelah hari-hari. Kesian. Hahaha. 

So, silakanlah mak-mak sekalian. resipi yang insyaAllah mudah dan insyaAllah terjamin kesedapannya. Sila lah menerai ye. Kena terai sekarang, supaya bulan puasa nanti korang dah terrer, gittew pesan mama. Hahaha. Paprik sotong pun ada ha. 

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan:
2 dada ayam - potong strips
1 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong serong
2 helai daun limau purut - dicarikkan
Bunga kobis 
Baby corn
Kacang panjang
Carrot
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2- Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. 
3- Masukkan isi ayam dan daun limau purut. 
4- Masukkan sos tiram, sos cili, dan perasakan dengan garam dan gula. 
5- Masukkan semua sayur, cili dan bawang. Kacau rata
6- Siap dan sedia untuk dihidang

Tuesday, 16 May 2017

In My Definition of ... Sayur Lemak Pegaga

Assalamualaikum.

Pregnant kali ni, mama macam terlebih suka pulak makan sayur-sayur kampung ni. Hehehe. Sambil-sambil tu, cross finger jugaklah, harap-harap  pegaga ni dapatlah boost mama punya hb kan?

Ingat lagi, masa mama baru-baru kahwin dengan papa dulu, back in 2006 macam tu, ada pakcik papa ni buat kenduri doa selamat nak gi haji (kalau tak salah) and one of the menu hari tu was pegaga masak lemak. Masa tu kebetulan arwah abah datang sebab nak jemput Kakngah balik dari asrama, so dapatlah abah merasa lauk melaka style. Hehehe. Dimasak pulak oleh Melaka,kan. Best tu. Kalau kat Kedah, pegaga ni selalu orang buat ulam je. Paling kuat buat kerabu. Tak pernahlah lagi mama jumpa orang buat masak.

Fast forward almost 11 tahun kemudian, mama pun masak menu ni sendiri. OOf course, with my own definition of it lah. Hehehe. Masak ni, tak payahlah nak rigid sangat. There's no right/wrong. Asal sedap ditekak ko, sudahlah. Tekak orang lain, pandai-pandai dia lah. Hahaha. Diktator sangat perangai tu.

Eh, jomle negok resipinya.

SAYUR LEMAK PEGAGA


Bahan-bahan:
1 ikat pegaga - dibersihkan dan dipotong kasar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci kunyit - ditumbuk
2 biji cili api - ditumbuk
Sejemput ikan bilis - ditumbuk
1 batang serai - dititik
1/2 cawan santan
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1-  Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan sedikit air. 
2- Masukkan serai. 
3- Bila dah sedikit mendidih, masukkan sayur pegaga. 
4- Masukkan santan. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. 
5- Biarkan mendidih seketika. 
6- Perasakan dengan garam.
7- Padamkan api. 
8- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Ikan bilis adalah sebagai rencah dia je. Boleh tukar guna udang kalau suka. Tapi jangan pergi tumbuk pulak udang tu. 
#2- Mama suka masak sayur berkuah macam ni untuk dikawankan dengan main dishes yang selalunya kering.  Takdele tercekik ko nak menelannya pun. Adoiyhaiiii.
#3- Selamat menerai. Bulan puasa nanti sure makan menambah-nambah kalau masak ni. 






Thursday, 28 January 2016

In My Definition of... Stir-fry Taugeh & Kucai

Assalamualaikum.

Setiap kali makan, kalau boleh, mesti nak ada sayur. Tak kisahlah sayur masak campak-campak pun. Paling lekeh pun, ada ulam. Tapi kalau dah dalam peti tu sekeping sayur pun takde, nak buat macam mana. Hihihi.

So, ini adalah sayur versi paling simple. Mama kalau masak, yang dah simple tu, kalau boleh nak simple lagi. Hahaha. Mama masak sambil anak dok hauhau menangis uolsss. Mana tahan nak berlama-lama. Hihihi.


Stir-fry Taugeh & Kucai


Bahan-bahan:
Segenggam taugeh-dibersihkan
3-4 pokok taugeh-dibersihkan dan dipotong 1 inci.
2 biji bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-diketuk
2 biji cili api-dipotong
1 sudu besar fish sauce
1 sudu teh sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan miyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili. 
2. Masukkan sos tiram. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau rata. 
3. Perasakan dengan fish sauce. 
4. Sedia untuk dihidang. 

p/s:
# Kalau takde fish sauce, boleh substitute dengan garam. 
#Boleh juga masukkan udang/fishcake/telur sebagai rencah. Mama tak bubuh satu pun sebab udang ada sikit, fishcake pulak takde stok, telur takmaulah sebab takmau campur makanan laut dan darat. Gitteww. Pemakanan sunnah tu uolssss. ;P (Jangan kecam saya).
#Jangan kacau lama-lama. Agak-agak layu sikit je, dah boleh tutup api. Adalah dalam 4-5 minits. 








Tuesday, 14 April 2015

In my definition of... URAP

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak disampuk hantu masak ni, cam ter-rajinlah pulah mama memasak iye? Heheheh.

Arini nak share resipi urap pulak. Mama rasa urap ni memang makanan orang Melaka, kot? Selalunya orang buat urap ni pakai pegaga jek. Tapi cam tak acilah pulak kalau panggil urap pegaga walhal segala mak nenek tumbuhan ada dalam tu kan. Biasalah, masterchef kan? Mesti nak olah sana-sini. Alah, kalau mama nak tambah bahulu ka, kek gulung ka, dalam resipi pun sapa nak larang. Mama yang masak, ikut suka hati mama lah, kan?Heheheh. Tergarang pulak.

Urap ni adalah makanan mama masa dalam pantang tu ari. Pergh!!! Selera betul makan. Sapa lah dok kata makanan orang pantang ni tak sedap? Mama makan sedap aje. ;P

Oh ye! Pegaga is good untuk mak-mak berbaby baru macam iolss, sebab dia ialah milk booster.
So, check-check-check it out bebeh.


URAP

Bahan-bahan:
Pegaga -dicuci & diracik kasar
Taugeh
Kacang botol-diracik halus
Kelapa parut-segenggam
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Ikan bilis-sejemput
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Bebawang, cili dan ikan bilis ditumbuk. Ketepikan. 
2. Kelapa parut ditumbuk manja dengan baki-baki bebawang tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bebawang tadi. 
4. Bawang dah garing elok, masukkan kelapa. Gaul 2,3 kali, masukkan segala tumbuhan yang ada. Gaul sebati hingga sayur layu. 
5. Season to taste with gula and garam.
6. Taraaaaa. Dah boleh makan. 

p/s penaja:
1) Apa-apa tumbuhan pun boleh diguna pakai, asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada tubuh badan sendiri sudahhh. 
2) Again, takdak sukatan-sukatan yang specific. Semua adalah 'agak-agak'.
3) Boh gula sebab nak potong pedas ja. Toksah dok pi boh banyak-banyak sangatlah. Ni bukan dessert hampa nak pi buat manis-manis pasai pa. Kalau tak boh pun sedap jugak aihhh. ;P
4) Selamat menerai.