Assalamualaikum.
Daging ni tak tau lah kenapa, macam terpaling gemor pulak. Kerap pulak naik dalam family ni.
Assalamualaikum.
Daging ni tak tau lah kenapa, macam terpaling gemor pulak. Kerap pulak naik dalam family ni.
Assalamualaikum.
Kerabu ni mama buat masa belum puasa tu hari. Entah apa kena, tiba-tiba papa cakap dia teringin nak makan kerabu perut. Alahhhhhh. Sapsapsoi je tu.
Bahan-bahan:
200-300g perut - direbus dan dihiris
1 cawan taugeh - dibersihkan dan dicelur seketika.
2-3 batang kacang botor - dihiris nipis
1 biji tomato - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hidup*
3 biji cili benggala*
Sedikit belacan*
Sedikit kerisik
Limau nipis secukupnya
Garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
1- Bahan bertanda * ditumbuk halus.
2- Masukkan kerisik dan gaul rata.
3- Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan limau nipis.
4- Masukkan semua bahan dan gaul rata.
p/s:
#1- Kerabu yang sedap adalah kerabu yang balance masam, manis, masin, pedas dan pelbagai lagi rasa yang sepatutnyalah.
Assalamualaikum.
Kalau kat Kedah nun (atau mana-mana negeri belah utara), sepanjang jalan memang akan jumpa banyak gerai-gerai jual kalau tak laksa, bihun sup. Sangat-sangat banyak. Dah nak cari goreng pisang pulak kemain susah. Hahaha.
Assalamualaikum.
Al-kisah terjadi sebab adunan lapisan atas kuih Seri Muka Durian tu terlebih. Kalau guna loyang yang tinggi sikit mungkin ngam je adunan tu, tapi sebab mama guna yang shallow, melimpah-limpah pulak kang kalau pulun tuang semua jugak. So, adunan tu mama tuang dalam muffin tin and bakar. Orang creative macam ni lah. (Hah, angkat lagi, tinggi lagi.) Hahahaha.
Tapi kan, mama lagi suka yang kuih bakar ni tau, sebab dia takde pulut. Hahaha. Taktaulah sebab dia takde pulut tu ke, sebab bakar ke, tapi rasa durian dia menag pekat melekat. Memang sedaplah cerita dia. Ini pun korang boleh try jugak.
KUIH BAKAR DURIAN
p/s:
#1- Makan panas-panas pun sedap.
Assalamualaikum.
Durian frozen dalam peti nun boleh tahan banyak jugaklah. Papa suka nau beli durian, pastu makan tak habis. Nak buat tempoyak, stok tempoyak pun banyak. (Sapa nak meh datang amik kat umah). Kayangan betholllll dah kalau musang king pun ko tempoyakkan, kan. Hahaha.
Sedang elok pulak si dak Shafiq sengeh ni up resipi Seri Muka Durian dia. Moh kita cuba, kurang-kurang clear jugak peti sejuk kita tu ye dak.
Assalamualaikum.
Hari ni terlebih rajin pulak mama nak share dengan korang compilation of my resipi sayur tak payah masak. Ada jugak lah yang kena masak, tapi masak sikittttt jek. Come on lah, korang janganlah malas-malas macam mama eh, cer rajin sikit. Hehehehe.
Bulan puasa nanti, kalau dah tak tau nak masak apa, korang try ler resipi mama ni, insyaAllah, takkan mengkuciwakan korang.