LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 24 February 2022

In My Definition of ... Vegetarian Japchae

 Assalamualaikum.

Nampaknya mama telah berjaya memBTSicationkan diri sendiri, Hahaha. Bila dok tengok Run BTS la apa lah kan, nampak macam sedapnya depa makan ni macam mana nak masak taktau. Tengok ada satu episod tu nampak macam senang je Jin masak. Namjoon yang paling noob hal masak memasak ni pun boleh masak japchae ni, sure senang punya kan. Nak masaknya tu senang je, cuma nak dapatkan bahan dia yang macam suun ni je susah sikit. Tapi sekarang senang, shopee kan aje. 


Yang mama masak ni, cuma ada sayur-sayur je. (Hence the name lah, kan). Tapi sebenarnya boleh letak je apa-apa haiwan kegemaran korang. Kalau tengok kat kedai, antara option yang diorang offer samada beef, chicken atau pun udang. Samada memang orang Korea memang suka makan yang version itu-itu aje ke macam mana, wallahuallam. Mama belum study sampai ke situ lagi. :P


VEGETARIAN JAPCHAE

Bahan-bahan:

Secekak sweet potato starch noodles - rendam sekejap dalam air

1 pokok daun bawang - potong kasar

1 batang carrot ( size S) - potong mancis

Segenggam button mushroom - potong nipis

2 ulas bawang putih - cincang halus

1 labu bawang besar - potong nipis

Sedikit kicap cair

Sedikit sos tiram

Sedikit minyak bijan

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis. 

 

Cara-cara:

1- Rebus sweet potato noodles hingga lembut dan toskan.

2- Sementara tu, panaskan minyak dan tumis bawang putih. 

3- Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan naik bau. 

4- Masukkan carrot dan masak hingga carrot lembut. 

5- Masukkan cendawan dan kacau. 

6- Masukkan sos tiram, kicap cair dan sedikit garam. Kacau rata. 

6. Masukkan sweet potato noodles dan gaul rata. 

7- Tambahkan garam jika perlu. 

8- masukkan daun bawang dan gaul rata. 

9- Maasukkan minyak bijan dan gaul rata. 

10- Sedia untuk dihidang. 


p/s:

#1- Mama tak taulah rasa authetic japchae made in Korea macam mana. Tapi setakat yang mama pernah rasa kat Malaysia ni, mama boleh cakap, very close lah. Hahaha. 

#2- Rasa macam sesuai untuk orang yang nak diet. Boleh tahan kenyang jugak makan ni aje pun.  


Thursday, 29 April 2021

In My Definition of ... Daging Blackpepper

 Assalamualaikum. 

Daging ni tak tau lah kenapa, macam terpaling gemor pulak. Kerap pulak naik dalam family ni. 



Daging ni mama masak few days ago. Masa masak ni mama risau jugak, sempat ke tak sempat nak siap masak before masuk waktu berbuka ni, sebab mama start masak pun dah pukul 6. Berbuka pukul 7.16 kot. Punyalah ketaq kepala masak, takut tak dan. 

Nasib baiklah sempat masak semua sebelum masuk waktu. Siap sempatlah mama layan kdrama sat. Hahaha. 

Tapi tu lah budak-budak ni, masak kelam-kabut macam ni berebut-berebut pulak diorang makan. Kalau mama masak bersenang-lenang, beriya-iya kadang-kadang siap tak habis  lagi. Mama pun satu, masak kelam-kabut ni punyalah sedap lauk dia. Hahaha. Pelik betul. 


DAGING BLACKPEPPER

Bahan-bahan:
200-300g daging - dipotong nipis dan memanjang dan dibersihkan
1 batang carrot - dipotong memanjang
1 cawan brocolli
1 biji bawang Hollad - dihiris kasar
3-4 biji cili akar - ditumbuk kasar
2 biji bawang merah *
1 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Gaul daging dgn sebahagian bahan tumbuk dan sedikit garam. 
2- Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing. Ketepikan. 
3- tumis bahan tumbuk dan cili hingga garing. 
4- Masukkan daging dan gaul rata. 
5- Masukkan semua bahan dan gaul rata. 
6- Masukkan sedikit air dan biarkan mereneh seketika. 
7- Sesuaikan rasa. 
8- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama masukkan air sikit untuk lembutkan sayur. Pastu masak hingga air tu kering balik. 
#2- Masa goreng tu, mama biar bergoreng sampai air daging tu kering dan keluar minyak. 
#3- Macam ni baru daging jadi cantik dan berkilat. 
#4- Mama tak tau guna daging jenis apa, tapi tak perlu masak lama-lama pun. 


 

Wednesday, 28 April 2021

In My Definition of ... Kerabu Perut dan Taugeh

 Assalamualaikum.

Kerabu ni mama buat masa belum  puasa tu hari. Entah apa kena, tiba-tiba papa cakap dia teringin nak makan kerabu perut. Alahhhhhh. Sapsapsoi je tu. 



Mama tak ingat bila last mama masak perut, entah pernah masak ke tidak pun tak memang ingat. Hehehe. Perut ni mama beli yang frozen je, senang. Dah siap bersih dah. Kalau tak, jenuh jugak nak membersihkan tu. Pastu, masa beli tu, mama beli yang paling sikit la, sebab pada mata mama, yang mama beli tu banyak dah. Lepas dah rebus, tinggal lagi ciput. Hahaha. Tapi cukuplah untuk sekali makan. 


KERABU PERUT DAN TAUGEH

Bahan-bahan:

200-300g perut - direbus dan dihiris

1 cawan taugeh - dibersihkan dan dicelur seketika. 

2-3 batang kacang botor - dihiris nipis

1 biji tomato - dihiris kasar

1 biji bawang besar - dihiris

2 biji cili hidup*

3 biji cili benggala*

Sedikit belacan*

Sedikit kerisik

Limau nipis secukupnya

Garam, gula secukup rasa


Cara-cara:

1- Bahan bertanda * ditumbuk halus. 

2- Masukkan kerisik dan gaul rata.

3- Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan limau nipis. 

4- Masukkan semua bahan dan gaul rata. 


p/s:

#1- Kerabu yang sedap adalah kerabu yang balance masam, manis, masin, pedas dan pelbagai lagi rasa yang sepatutnyalah. 



Thursday, 22 April 2021

In My Definition of ... Bihun Sup Utara

 Assalamualaikum. 

Kalau kat Kedah nun (atau mana-mana negeri belah utara), sepanjang jalan memang akan jumpa banyak gerai-gerai jual kalau tak laksa, bihun sup. Sangat-sangat banyak. Dah nak cari goreng pisang pulak kemain susah. Hahaha. 



Orang yang selalu travel atau pernah stay kat utara, dia tengok color bihun tu pun dia boleh tau dah. Hihi. Orang tak pernah, dia akan kepelikan sikitlah, dah kenapa bihunnya color macam tu kan. Memang gitulah. Bihun sup utara ni simple je, bihun makan dengan sup daging. Sup pun, alahai ...  

Mama prefer sup tulang over sup daging sebenarnya, so bihun sup mama ni jadi tak authentic utara sangatlah. Alahhhh. Ikut ampa lah senang ceritanya nak makan dengan sup apa pun. Hahaha. 

Oh, lupa! Bihun ni selalunya served with sambal merah. Mama tak tau sangat komposisi that sambal sebab selalunya mama omit je sambal tu. Kalau suka nak pedas-pedas sikit, letak sambal cili kicap Johor tu pun sodapppp.

Nak masak sup tulang pulak, aduhhhh. Dia tak susah, tapi lambertttt. Nasib baik mama ada bibik kesayangan. 40 minit dah siap uolsss. 


BIHUN SUP UTARA

Bahan-bahan:
1 peket bihun - direndam dengan sedikit kunyit
1 kg tulang lembu - dibersihkan
1 labu bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1 inci halia*
4 sekawan
1 ketul sup bunjut
1 keping bay leave - optional
1 sudu besar rempah kurma
Sedikit rempah sup
Garam secukup rasa

Untuk hiasan:
Daun bawang, daun sup
Bawang goreng
Fishcake - digoreng sekejap dan dihiris nipis

Cara-cara:
1- Bihun dicelur dengan air rendaman kunyit tadi hingga bihun lembut. Tos dan ketepikan. 
2- Masukkan tulang ke dalam periuk dan masukkan air hingga tenggelam semua tulang. Lebihkan lagi air jika nak lebih berkuah. 
3- Bahan * ditumbuk halus. Separuh dimasukkan terus bersama tulang. 
4- Tumis bahan tumbuk yang separuh lagi dengan 4 sekawan dan bay leave hingga naik bau.
5- Curahkan semua bahan tumis ke dalam periuk. 
6- Masukkan sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam ke dalam periuk. 
7-  Rebus tulang menggunakan high pressure selama 40-45 minutes. 
8- Dah siap, ceduk dan buang minyak/lemak yang banyak dalam sup tu sebelum mula menghidang. 
9- Sedia untuk dihidang. 



p/s:
#1-Tersangatlah sesuai bila tiba-tiba tekak craving nak makan benda simple-simple. 
#2- Boleh ganti sup tulang/ daging dengan sup ayam. Kalau nak ganti dengan sup tenggiling ke, ikut suka korang lah. Yihhhh!Hahaha. 

 

Wednesday, 21 April 2021

In My definition of ... Kuih Bakar Durian

 Assalamualaikum. 




Al-kisah terjadi sebab adunan lapisan atas kuih Seri Muka Durian tu terlebih. Kalau guna loyang yang tinggi sikit mungkin ngam je adunan tu, tapi sebab mama guna yang shallow, melimpah-limpah pulak kang kalau pulun tuang semua jugak. So, adunan tu mama tuang dalam muffin tin and bakar. Orang creative macam ni lah. (Hah, angkat lagi, tinggi lagi.) Hahahaha. 

Tapi kan, mama lagi suka yang kuih bakar ni tau, sebab dia takde pulut. Hahaha. Taktaulah sebab dia takde pulut tu ke, sebab bakar ke, tapi rasa durian dia menag pekat melekat. Memang sedaplah cerita dia. Ini pun korang boleh try jugak. 


KUIH BAKAR DURIAN

Bahan-bahan:
2 cawan isi durian
1 cawan gula 
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 kotak santan (200 ml)
1 kotak air (200 ml)
1 sudu teh pewarna kinung
1 biji telur
Secubit garam
Bijan untuk hiasan

Cara-cara:
1- Panaskan oven selama lebih kurang 3 minutes. 
2- Blend semua bahan (kecuali bijan). 
3- Sapukan butter pada loyang muffin. 
4- Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit bijan.
5- Bakar pada suhu 180C hingga golden brown and masak.  


p/s:

#1- Makan panas-panas pun sedap. 


Tuesday, 20 April 2021

In My Definition of ... Seri Muka Durian

 Assalamualaikum. 

Durian frozen dalam peti nun boleh tahan banyak jugaklah. Papa suka nau beli durian, pastu makan tak habis. Nak buat tempoyak, stok tempoyak pun banyak. (Sapa nak meh datang amik kat umah). Kayangan betholllll dah kalau musang king pun ko tempoyakkan, kan. Hahaha. 

Sedang elok pulak si dak Shafiq sengeh ni up resipi Seri Muka Durian dia. Moh kita cuba, kurang-kurang clear jugak peti sejuk kita tu ye dak. 


Macam biasa, mama menderhaka pada resipi and memandai ubah sana sini sinun. Hahaha. Yang penting, tetappp sedap. Gituuu. 


SERI MUKA DURIAN 

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:
2 cawan pulut
200ml santan pekat
200ml air
2 sudu besar butter 
1 sudu teh gula
Secubit garam

Lapisan atas:
2 cawan isi durian
1 cawan gula 
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 kotak santan (200 ml)
1 kotak air (200 ml)
1 sudu teh pewarna kinung
1 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:

Lapisan bawah: 
1- Satukan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan hingga pulut sedikit kembang. Matikan api dan alihkan ke tepi. Biarkan seketika. 
2- Panaskan kukusan. 
3- Oleskan loyang dengan minyak atau butter. Lapik dengan baking paper. 
4- Tuangkan pulut dan ratakan ke seluruh dulang. Cover permukaan dulang dengan aluminium foil.  
5- Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 25-30 minutes. 
6- Setelah cukup masa, angkat dan ketepikan.  

Lapisan atas:
1- Blend semua bahan hingga jadi smooth and silky. 
2- Sementara itu, tekan-tekan pulut tadi untuk padatkan dia. Scratch permukaan atasnya dengan garfu. 
3- Tuang adunan yang diblend tadi dan ratakan ke seluruh bekas. 
4- Cover permukaan dulang dengan aluminium foil dan kukus selama 25-30 minutes.
5- Setelah cukup masa, check samada lapisan atas dah masak atau belum. Kalau belum, kukus lagi 5-10 minutes. 
6- Dah masak, sejukkan sebelum dipotong. 

#Lesson learned: 
Untuk loyang tu, guna yang deep sikit. Macam mama ni guna yang shallow je, dah permukaan atas dia melekat dengan aluminium foil yang kita cover tu. Mama dah repeat ni dua kali tau, masalahnya kedua-dua kali tu mama guna loyang yang sama. So, dua-dua kali tu lah dia bersopak macam tu. Hahaha. Apa punya turrrrr la. Kalau tak sopak tu, dia berkilat cantik helok nok. 


p/s:
#1- Untuk gula mama guna 1/2 cawan castor sugar + 1/4 palm sugar + 1/4 brown sugar.
#2- Baking paper tu mudahkan kerja kita nak keluarkan kuih tu nanti dari loyang. 
#3- Selain dari permukaan dia yang sopak kena aluminium foil tu (bukan salah resipi), yang lain-lain semua mama sangatlah berpuas hati dengan resipi ni. Hehehe. 








Monday, 5 April 2021

Kerabu Collection

Assalamualaikum.

Hari ni terlebih rajin pulak mama nak share dengan korang compilation of my resipi sayur tak payah masak. Ada jugak lah yang kena masak, tapi masak sikittttt jek. Come on lah, korang janganlah malas-malas macam mama eh, cer rajin sikit. Hehehehe. 


Bulan puasa nanti, kalau dah tak tau nak masak apa, korang try ler resipi mama ni, insyaAllah, takkan mengkuciwakan korang. 

 1- Kerabu Kerang Ala Thai