LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 27 May 2019

In My Definition of ... Bihun Goreng Mak-mak

Assalamualaikum.

Kadang-kadang, ada masa, tekak terasa mengada-ngada taknak makan nasi. Nak makan mee-mee pulak. Puasa pulak tu kan, lagilah macam-macam teringin dekat tekak ni. Disebabkan bihun lebih masak tu ari ada lagi, so mama decided untuk masak bihun goreng je. Lagi satu, sebab nak menghabiskan taugeh. Taugeh ni kan paling sikit dia jual pun 500g. Nampak macam tak banyak, tapi seminggu jugaklah nak menghabiskan tu.



Favourite papa ni bihun goreng ni. Arwah FIL pernah cerita, dulu masa papa masih sekolah, kalau time papa kat asrama, MIL takkan masak bihun ni kat rumah. Sebab bila masak, dia terkenangkan anak dia tu. Masa tu papa sekolah kat Kedah, diorang pulak kat JB. Jauh bebenor. Nak balik pun kena tunggu cuti panjang baru dapat balik. Lagi satu, sebab diorang pun agak susah jugak, so nak balik selalu pun modal jugak tu. Mama tak tau macam maan papa boleh survive jauh dengan family masa umur macam tu.

Oh, kenapa mama panggil bihun goreng mak-mak? Sebab selalunya mak-mak kita memang masak bihun style gini. Arwah mak pun sama, MIL pun sama. Mama je creative sikit, so ada pelbagai jenis bihun. Kuikuikui.

Jom ambil resipi. Mana tau nanti jadi favourite anak-anak korang pulak. Hihihi.


BIHUN GORENG 
Bahan-bahan:
1/2 paket mihun - direndam hingga lembut
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang kisar
1 keping dada ayam - dihiris nipis
Sedikit sayur kegemaran *ma aguna kucai and taugeh
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit curahan kicap manis
Garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau. 
2- Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. 
3- Masukkan isi ayam dan gaul seketika. 
4- Sementara itu, sejatkan air daripada rendaman bihun tadi. Ketepikan.
5- Tambahkan sedikit air pada tumisan didalam kuali. 
6- Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata. 
7- Perasakan dengan garam dan gula hingga secukup rasa. 
8- Setelah sedikit mendidih, masukkan bihun dan gaul rata. 
9- Setelah bihun agak lembut, masukkan sayur dan gaul lagi.
10- Setelah seketika, padamkan api dan siap untuk dihidang. 

p/s:
#1- Masak bihun kena pandai supaya bihun tak bergentel dan lembut semua sekata. 
#2- Macam biasa, boleh guna apa-apa haiwan yang available. Kalau suka makan dinosour pun takde hal, boleh letak. 






No comments:

Post a Comment