Teringin nak makan bihun goreng, at the same time teringin jugak nak makan tomyam, tapi tak rajin pulak nak masak dua dishes, so sebagai seorang yang bijaksana, meh kita gabungkan deme berdua. Jadiklah, bihun tomyam. Hihi. Dasar pemalas.
Cara masak sebijik macam masak nasi goreng tomyam, cuma bahan-bahan dia je ada ubah suai sikit here and there, ikut apa yang ada dalam peti ais. Malas mama nak keluar semata-mata nak beli carrot sebatang (yang nak guna 1/3 batang je tu).
Oh ye! Dah beberapa kali, mama beli bihun jenama Tayba ni. Kalau tengok nama brand and nama company, memang nama Muslim kita lah. Mama berhusnuzon yang ni memang betul-betul produk orang Muslim kita. Bihun ni bagus sebab cepat lembut. Mama sebelum ni memang guna bihun Jasmine je, so memang boleh beza lembut dia tu. Trylah cari bihun ni, kita support product Muslim. Mama tak sure kat big store (Giant, Tesco, Jusco, etc) ada ke tak sebab mama beli ni kat local store je.
Screenshot resipi ni okey?
BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun - direndam seketika
1 ketul isi ayam - dihiris
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut - dicarikkan
1 batang serai - dititik
Sedikit sos cili
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sayur apa-apa yang disukai
Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan masukkan daun limau purut dan serai. Kacau seketika.
2- Masukkan bawang kisar. Kacau rata hingga naik bau.
3- Masukkan cili kisar dan pes tomyam. Masak hingga garing.
4- Masukkan isi ayam. Kacau rata. Tambahkan sedikit air.
5- Masukkan sos tiram , sos cili dan sedikit kicap. Kacau rata.
6- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7- Masukkan bihun dan gaul hingga semua bihun disaluti.
8- Setelah bihun telah diyakini lembut, masukkan semua sayur. Gaul rata.
9- Siap dan sedia untuk dihidang.
p/s:
#1- Mama letak taugeh, kucai and carrot hiris halus.
#2- Boleh tambah any haiwan yang disukai. Kalau tomyam, biasa yang relevent udang atau sotong lah.
#3- Sedap sebab ada rasa masam, masin, manis semua cukup.
No comments:
Post a Comment