LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 27 February 2014

Ke-Best-an Jadi Mak

Assalamualaikum...

Dulu masa sekolah, bukan main cita-cita. Nak jadi doktor, katanya. Taknak kalah,oih. Tapi belajar kemain malas, so bye-bye sajalah cita-cita murni mu itu. Hihihihih. Tak sangka pulak, bila dah jadi mama ni, baru dapat jadi doktor. "Doktor Mama".

Yang selalu men-doktorkan mama ni, Angah jelah pun. Sebab dia yang asyik-asyik mintak dirawat. Hahaha. Jumpa minyak, asyiklah suruh sapu kat perut dia. Tengok kita letak Vicks kat dada abang sebab abang batuk, dia pun tiba-tiba batuk jugak. Kena letak kat dia jugak. Adehhh.


Asalnya, satu jari jek yang sakit. Luka kena pisau. Padan muka. Alih-alih dah berjangkit pulak sakit tu ke jari-jari yang lain. Boleh, eh? Masa ni Doktor Papa on duty. Sebab papa pun dah malas nak layan, papa balut jek semua jari dia. Puas hati. 

Sekarang ni, kalau ada apa-apa yang melibatkan ubat, kemain lagi, terus upgrade mama jadi doktor. Padahal sapu minyak kat perut jek pun. Cer kalau suruh makan ubat, takde pasal la dia nak. Menangis macam kena dera. Hangin jek mama. 

Monday 17 February 2014

Amarah

Assalamualaikum...

Takdelah marah sangat pun, marah light-light jek.


Ini adalah bil air mama, bulan ni. Nampak tarikh tu? Ok, orang air ni datang baca meter 12 Februari. Means that, 5 hari lepas lah, kan?


Ini adalah bacaan meter mama pagi tadi. Diulang, pagi tadi. Selepas 5 hari, ok. Persoalannya disini adalah:

Kat mana yang dia baca meter 162 tu? Kat meter orang sebelah?
Kalau dah ko baca meter orang sebelah, ko bagilah bil tu kat dia. 

Tapi bil tu kan nama mama?
Aah la, ni yang mama konpius ni. Naik pening mama pikir <<< tolonglah percaya! hehehehe>> macam mana bil nama mama, akaun mama, tapi bacaan kat meter orang lain punya.
Boleh eh?


Ni bulan lepas punya.

Bil bulan lepas adalah dua kali ganda daripada yang sebelum-sebelumnya. Mama ingatkan sebab budak-budak ni main air, tu pasal bil naik. Sebab memang dah almost everyday diorang dok main air. Kalau ada 10 pili dalam bilik air tu, sepuluh-sepuluh tu diorang bukak. 

Bil bulan lepas, membawa ke bil bulan ni, nama orang sebelah dia hantar kat mama. Yang mama punya dia pi bagi kat orang sebelah. Mama tak taulah macam mana orang yang datang check meter tu. 

Baik korang check bil korang betul-betul. 

Oklah, nak pi merempan kat JBA pulak. 
Wish me luck. Hihihihih.





Wednesday 12 February 2014

Kerana Kesian

Assalamualaikum...

Susah jadi mak ni. Nak-nak lagi kalau anak dah beranak-anak. Toksah banyak-banyak la, mama yang 2 ketoi tu pun dah rasa payah sangat dah. <<< Dah tau payah, lagi nak tambah. Payah nak jadi fair and square. Ni mama kira okey lagi la, si adik belum pandai nak minta-minta sangat.

Mama sekarang sejak papa takde, malas sangatlah rasanya nak menyinggah kedai. Malas nak berangkut tu dah satu hal, kang ko beli barang tak seberapa, kena cukainya pulak yang lebih, dah satu hal lagi. Kadang-kadang tu, kalau ada apa-apa barang mama nak beli, mama akan beli siap-siap sebelum jemput budak-budak ni.

Tapi, kan sedih jugak sebenarnya bila mengenangkan birthday anak tu, takde apa pun. At least, keluar makan ke. Pun takde, eh. Mama ni yeyelah, nak buat carrot cake lah, tapi barang takde, tapi taknak beli. Lapanblas kali mama selak buku resipi mama, mesti adeeeee jek bahan yang takde.

Aiskrim goreng

Hasil suggest-an papa. Time tu papa suggest, time tu jugak mama pi buat. Try dulu, kot-kot tak jadi, kan. Thanks to Cetul La^la sebab buat tutorial, walaupun mama ingat-ingat lupa, tapi berjaya jugak buat. Papa suggest buat ni sebab katanya, Angah suka. Walhalnya, yang makan ni cuma maksu dengan mama dia jek. Dia adalah makan sikit, tu pun makan aiskrim jek. Nak buat lagi esoknya, dah tak dapek sebab jam-jam tu jugak Adam habiskan aiskrim. 

Pizzapizzapizza
Terpaling rajinlah tu kononnya, breakfast buat pizza pulak. Sementara nak tunggu semorang bangun, uli doh dia dulu. Last-last dah siap, mama dengan maksu jugak yang makan. Angah cuma kutip makan daging jek. Padahal, mama buat untuk dia nih. 

Roti Sardin
Rajin sangat mama ni. Buat roti sardin pulak. Pastu makan, pastu muak satu hari. Gila!





Tuesday 11 February 2014

Chicken Pox

Assalamualaikum...


Adam kalau tengok gambar cenggini, dia kata ayam chicken. Hahahaha. Dah ayam, chicken lagi. 

Oh, Adam kena chicken pox. Ni semua gara-gara Angah lah, ni. Mama dah perasan since Ahad lagi, ada sebijik-dua bintik-bintik kat muka dia. Badan pun dedar jek, orangnya layu jek sepanjang hari tu. Memang sejak angah kena tu hari, mama dah siap-siaga mental mama untuk Adam. Elok angah dah baik, dia pulak sambut. Nice!

Masa mama hantar Adam rumah atuk pagi semalam, adalah 2,3 ketul jek bintik-bintik kat muka. Mama balik petang semalam, umang aihhhh. Sekejapan dah penuh satu muka. Sian dia. Siap suruh papa balik tengok dia. Manja sangat aihhh. 


Muka toya jek. Adam ni dia gelap sikit compared to angah. Pastu, dia punya bintik-bintik pun takdelah merah sangat. Angah hari tu memang nampak clear trang-tang-tang bijik-bijik chicken pox dia. 


Kat badan pun tak berapa nampak sangat. hari ni mungkin dah bertambah lagi. Errrr... rampingnya pinggang! Hahahahaha...

Kat leher pun banyak. 
Sepanjang masa mama ber-anak ni, nilah sebenarnya first time mama encountered benda ni. Adam sebelum ni gatal-gatal pun tak pernah, chicken pox jauhlah sekali. Tu yang masa angah mula-mula kena hari tu, bawak pergi klinik, i tell u! Chicken pox pun tak tau, buat malu company jek. Hehehehe. Dah mama tanya MIL, dia pun kata bukan, so mama percaya jelah. <<<< tetap nak salahkan orang lain. Hihihihih. 

Cepatlah baik, hai anak. 
Jangan mama pulak sambut lepas ni, sudehhhh.







Monday 10 February 2014

Habedey to You, Abang Ngah

Assalamualaikum...

Hari ni, abang ngah dah 3 tahun 1 hari. Yes, semalam adalah birthday dia. Sendiri punya birthday, sendiri nyanyi. Hehehehe. Kesian anak mama.

Abang ngah comen tak?
Lagi 2 minggu nak masuk 3 tahun, boleh pulak dia kena chicken pox. Entah kat mana dia dapat pun tak taulah. Orang dah besar, so  takdelah nak meragam sangat. Now dah ok, parut pun dah berkurang banyak. 

Sedih jek birthday dia tahun ni. Papa takde, so memang takde maknalah nak celebrate bagai. Birthday abang sampai berkali-kali celebrate. Sangat tak fair, okeh. Takpelah ngah, mama forward angah punya birthday celebration ni to nanti-nanti, eh. 

Oh, semalam dia kata "Angah nak kawen dengan mama". 
Hehehehe... 


Friday 7 February 2014

Kelopak

Assalamualaikum...


Kelopak Adam
Ye kawan-kawan. Kelopak in this context is pencil box. Celah mana kelopaknya pun tak taulah. Very the  old skoooooool one.

Mama rasa, orang Melaka jek yang panggil kelopak ni.

Adik ipar mama, Maksu Nurul, kata, bukan kelopak, tapi pelopak.
Dah pulak.

Pelopak ai tak tau, pelepuk tau la.
Nak???
Hehehehehe.