LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 27 May 2019

In My Definition of ... Bihun Goreng Mak-mak

Assalamualaikum.

Kadang-kadang, ada masa, tekak terasa mengada-ngada taknak makan nasi. Nak makan mee-mee pulak. Puasa pulak tu kan, lagilah macam-macam teringin dekat tekak ni. Disebabkan bihun lebih masak tu ari ada lagi, so mama decided untuk masak bihun goreng je. Lagi satu, sebab nak menghabiskan taugeh. Taugeh ni kan paling sikit dia jual pun 500g. Nampak macam tak banyak, tapi seminggu jugaklah nak menghabiskan tu.



Favourite papa ni bihun goreng ni. Arwah FIL pernah cerita, dulu masa papa masih sekolah, kalau time papa kat asrama, MIL takkan masak bihun ni kat rumah. Sebab bila masak, dia terkenangkan anak dia tu. Masa tu papa sekolah kat Kedah, diorang pulak kat JB. Jauh bebenor. Nak balik pun kena tunggu cuti panjang baru dapat balik. Lagi satu, sebab diorang pun agak susah jugak, so nak balik selalu pun modal jugak tu. Mama tak tau macam maan papa boleh survive jauh dengan family masa umur macam tu.

Oh, kenapa mama panggil bihun goreng mak-mak? Sebab selalunya mak-mak kita memang masak bihun style gini. Arwah mak pun sama, MIL pun sama. Mama je creative sikit, so ada pelbagai jenis bihun. Kuikuikui.

Jom ambil resipi. Mana tau nanti jadi favourite anak-anak korang pulak. Hihihi.


BIHUN GORENG 
Bahan-bahan:
1/2 paket mihun - direndam hingga lembut
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang kisar
1 keping dada ayam - dihiris nipis
Sedikit sayur kegemaran *ma aguna kucai and taugeh
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit curahan kicap manis
Garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau. 
2- Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. 
3- Masukkan isi ayam dan gaul seketika. 
4- Sementara itu, sejatkan air daripada rendaman bihun tadi. Ketepikan.
5- Tambahkan sedikit air pada tumisan didalam kuali. 
6- Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata. 
7- Perasakan dengan garam dan gula hingga secukup rasa. 
8- Setelah sedikit mendidih, masukkan bihun dan gaul rata. 
9- Setelah bihun agak lembut, masukkan sayur dan gaul lagi.
10- Setelah seketika, padamkan api dan siap untuk dihidang. 

p/s:
#1- Masak bihun kena pandai supaya bihun tak bergentel dan lembut semua sekata. 
#2- Macam biasa, boleh guna apa-apa haiwan yang available. Kalau suka makan dinosour pun takde hal, boleh letak. 






Sunday 26 May 2019

In My Definition of ... Sayur Campur Campak-campak

Assalamualaikum.

Macam mama tak rajin masak sayur eh kalau tengokkan dari resipi yang di share. Masam, bukan mama tak masak, tapi tak tershare. So, hari ni meh mama share. Kalaupun tajuk mama takde tulis campak-campak, hakikatnya, semua jenis masakan mama adalah masakan campak-campak. Masakan diluar kategori campak-campak is really not me. I is kurang sabar. Semua benda nak cepat je. Masa tu, masa.


Mama selalu berangan nak presentation tu macam ala-ala kat restaurant gitu. Tapi, tu lah tu, fail lagi ni. Still a lot to learn bab plating ni.

Cakap pasal sayur campur ni, arwah FIL suka nau kalau mama yang masak sayur ni. Pernah dia siap request mama yang masakkan. Padahal, MIL pun dah tentu-tentu tahu masak ni, kan. Tapi tulah, walaupun kita menggunakan bahan yang sama, still air tangan tu lah yang kita tak boleh nak lawan. Lagi satu, mama kalau masak sayur, mama tak masak lama-lama. Baru lah bila makan tu ada crunch sikit. Sebab tu lah kot FIL suka? Entahlah.

Jejom screenshot resipi beramai-ramai. 


SAYUR CAMPUR


Bahan-bahan:
5-6 ekor udang - sebagai rencah
1/2 batang carrot - dipotong mancis
4-5 batang baby corn - dipotong serong
1 stalk brocoli - dipotong kasar
Sedikit cendawan tiram
1 sudu besar bawang kisar
Sedikit sos tiram
Sedikit kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. 
2- Masukkan udang dan masak hingga udang sedikit layu. 
3- Masukkan semua sayur (kecuali cendawan). Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau rata. 
4- Setelah sayur agak layu masukkan cendawan. Kacau rata.
5- Masukkan sos tiram dan sedikit kiub ayam. Kacau lagi. Masukkan garam jika perlu. 
6- Siap dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Udang boleh digantikan dengan ikan bilis tumbuk, fishball atau fishcake sebagai rencah. Atau mana-mana haiwan yang dirasakan sesuai. Atau tak payah letak langsung, kalau dah hapah haiwan pun takde. 
#2- Sayur tak perlu dimasak lama-lama untuk preserve the nutrient content dalam sayur tu. Lagi satu, better semua sayur dibasuh terlebih dahulu sebelum dipotong. Ni pun sama, untuk preserve vitamin/khasiat yang ada dalam sayur tu. Sebab ada vitamin yang larut air, so kita takmau vitamin apa semua hanyut pergi bersama dengan air basuhan kita tu.

In My Definition of ... Tauhu Sumbat Favourite Mak Mertua

Assalamualaikum.

Tak ingat bila and kenapa, tapi ada satu hari tu mama beli tauhu banyak betul, adalah kot dalam 10 keping. Masa yang beli tu, tak ingat mama buat masak apa. Lepas tu ada lebih banyak lagi. Apa lah nak buat ni, kan. Kang lagi lama simpan, memang ke tong sampah lah jawabnya.

Hari yang kitorang baru sampai dari JB tu, disebabkan taktau nak masak apa, and nak cukupkan syarat nak bersayur dalam masa yang cepat, mama decide untuk buat tauhu sumbat. Tauhu sumbat ni simple je nak membuatnya, yang penting kuah dia tu. Kalau sedap kuah dia, memang lajak kau makan, sedar tak sedar, dah habis sepiring.




MIL suka eh tauhu ni. Memang lah dia tak cakap or puji yang mama masak tu sedap, tapi bila dia minta untuk habiskan semua tauhu tu, boleh agaklah kan? Hehehe. Kalau benda tak sedap, makan satu buat syarat merasa jelah, ye dak? Hehehe. Well, apa jelah yang mama masak tak sedap? 

Jom, sreenshot resipi. Mana tau raya ni nak buat open house ke kan. Bolehle kome menghidangkan ni. 

TAUHU SUMBAT
Bahan-bahan:
3-4 keping tauhu - digoreng garing
Segenggam taugeh - dibersihkan
1/2 batang carrot - dipotong mancis
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kiub ayam
Kuah kacang instant
1 sudu besar pes otak udang
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau. 
2- Masukkan taugeh dan carrot, dan kacau rata. 
3- Masukkan sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan garam jika perlu. 
4- Setelah sayur sedikit layu, padamkan api dan ketepikan. 
5- Dalam periuk yang berlainan, sediakan kuah kacang instant mengikut arahan pada peket.  
6- Panaskan kuah kacang dan masukkan pes otak udang. Kacau rata. 
7- Sesuaikan rasa garam dan gula pada kuah kacang. 
8 - Setelah kuah mendidih seketika, padamkan api. 
9- Sementara tu, potong 2 setiap tauhu tadi dan belah sikit dibahagian tengah tauhu dan jadikan seperti poket. 
10- Isikan sayur goreng tadi ke dalam poket tauhu tadi. 
11- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama tak pernah beli kuah kacang instant. Selalunya mama frozenkan lebihan kuah sate. Kuah ni nanti macam-macam boleh buat, contoh macam yang ni lah. Another example: Pecal, Served dengan Coq udang or cakoi. 
#2- Kalau takmau or takde yang instant, boleh refer resipi kuah kacang simple cara mama. 



Saturday 25 May 2019

In My Definition of ... Bihun Goreng Tomyam

Assalamualaikum.

Teringin nak makan bihun goreng, at the same time teringin jugak nak makan tomyam, tapi tak rajin pulak nak masak dua dishes, so sebagai seorang yang bijaksana, meh kita gabungkan deme berdua. Jadiklah, bihun tomyam. Hihi. Dasar pemalas.



Cara masak sebijik macam masak nasi goreng tomyam, cuma bahan-bahan dia je ada ubah suai sikit here and there, ikut apa yang ada dalam peti ais. Malas mama nak keluar semata-mata nak beli carrot sebatang (yang nak guna 1/3 batang je tu).

Oh ye! Dah beberapa kali, mama beli bihun jenama Tayba ni. Kalau tengok nama brand and nama company, memang nama Muslim kita lah. Mama berhusnuzon yang ni memang betul-betul produk orang Muslim kita. Bihun ni bagus sebab cepat lembut. Mama sebelum ni memang guna bihun Jasmine je, so memang boleh beza lembut dia tu. Trylah cari bihun ni, kita support product Muslim. Mama tak sure kat big store (Giant, Tesco, Jusco, etc) ada ke tak sebab mama beli ni kat local store je.



Screenshot resipi ni okey?

BIHUN GORENG TOMYAM


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun - direndam seketika
1 ketul isi ayam - dihiris
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut - dicarikkan
1 batang serai - dititik
Sedikit sos cili
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sayur apa-apa yang disukai 

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan masukkan daun limau purut dan serai. Kacau seketika.
2- Masukkan bawang kisar. Kacau rata hingga naik bau. 
3- Masukkan cili kisar dan pes tomyam. Masak hingga garing. 
4- Masukkan isi ayam. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. 
5- Masukkan sos tiram , sos cili dan sedikit kicap. Kacau rata. 
6- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
7- Masukkan bihun dan gaul hingga semua bihun disaluti. 
8- Setelah bihun telah diyakini lembut, masukkan semua sayur. Gaul rata. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama letak taugeh, kucai and carrot hiris halus. 
#2- Boleh tambah any haiwan yang disukai. Kalau tomyam, biasa yang relevent udang atau sotong lah. 
#3- Sedap sebab ada rasa masam, masin, manis semua cukup.




Friday 24 May 2019

In My Definition of ... Ikan Cencaru Sumbat Belakang

Assalamualaikum.

Dari dulu, kalau ikan cencaru ni, memang mama tak berapa minat sangat. Setiap kali beli ikan cencaru, mesti buat sumbat belakang je. Yang ni je mama layan. Dulu, masa kat asrama, kalau time ikan cencaru je, time tu lah tiba-tiba mama jadi seorang yang tak makan ikan. Hahaha. Kalau tak makan ikan ( atau apa-apa lauk yang dihidangkan time tu), makcik DS akan bagi lauk lain. Selalunya telur lah. Telur masak kicap pun sedap oiiii masa tu.


Rupanya, mama belum pernah lagi eh share resipi ni. Selama mama dalam arena masak-memasak masaklah kau ni, resipi ni antara yang terlegend sekali lah. Hahaha. Legend sebab dah lama. Mama dibesarkan dengan menu ni. Tak pernah pulak, sepanjang ingatan mama, arwah mak masak menu lain kalau melibatkan ikan cencaru.

Cara mama nak cepat kerja, hari yang mama beli ikan tu, terus siapkan sambal and dah siap sumbat apa semua, balut dengan cling wrap sekor-sekor, pastu masukkan dalam ziplock bag, frozenkan. Bila nak guna, ambil ikut berapa yang kita nak.

Abaikan nama kat bag tu ye, bag recycled. Harap maklum. 


Macam time yang mama masak ni tu ari, masa tu baru balik dari Jb. Sampai rumah dah dekat pukul 6. Kalau ikut semua baru nak buat time tu, mana nak sempat makanan siap sebelum waktu berbuka. Dahlah time tu MIL ada kat rumah mama, takkan nak masak ala kadar je (walaupun dia tak kisah pun). Nasib baik ada ikan ni, nampak meriahlah sikit meja makan tu ha.


Jom, jom. Jangan lupa screenshot masuk dalam gallery ampa.

IKAN CENCARU SUMBAT

Bahan-bahan:
5-6 ekor ikan cencaru - dibelah belakang dan dibersihkan.
10 biji cili kering - direndam hingga kembang*
1 labu bawang besar*
1 ulas bawang putih *
Sedikit asam jawa*
Sedikit belacan*
Garam, gula secukupnya*

Cara-cara:
1- Gaul ikan dengan garam kunyit dan ketepikan.
2- Tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. 
3- Sumbatkan sambal ke dalam ruang perut ikan. Kemaskan isian supaya takde yang bersepai.
4- Panaskan minyak dan goreng hingga ikan garing. 

p/s:
#1 - Minyak untuk goreng ikan tu jangan terlalu banyak. Ikan separuh (or less) tenggelam pun takpe. Sambal tu memang dia akan keluar sikit masa menggoreng. 
#2- Ada orang yang masak dulu sambal tu, lepas tu baru sumbat dan goreng ikan tu. Ikut suka tekak korang lah nak macam mana.  

Susahnya Nak Istiqamah

Assalamualaikum.

Sebelum masuk Ramadhan tu hari, selain beribadat dengan lebih kuat, mama berazam untuk lebih rajin memasak during Ramadhan ni, berbanding bulan-bulan bukan Ramadhan. Alhamdulillah, setakat 18 hari yang dah lepas ni, progress nampak positif lah.

Sat, sebelum mama cerita lebih lanjut (dan bukak cerita satgi mau konar pi kot lain, lupa habis satgi nak habaq apa.. hehe), meh mama habaq sikit menu apa yang mama dah buat dari 1 Ramadhan hingga 19 Ramadhan.

1 Ramadhan-
Berbuka rumah MIL. Mama just goreng ikan pekasam and buat sambal belacan, tapi takde gambar.

2 Ramadhan
Nasi Ayam Penyet (takde gambar)

3 Ramadhan -  
Daging Karipole, Sayur Lemak Pecah Telur, Peria Telur Pedas 
 

Ramadhan - 
Since Along ada tuisyen malam, so berbuka kat luar aje. Yang sebenarnya teringan nak makan Burger King.

Ramadhan - 

Ramadhan - 
Majlis Berbuka Puasa anjuran fakulti.

Ramadhan - 

Ramadhan - 
Sambal Udang (takde gambar)

Ramadhan - 
Grilled Lamb, Cheesy Macs, Baked Potatoes and Coleslaw 

10 Ramadhan - 

11 Ramadhan - 
Tomyam Ayam, Sambal Telur Rebus and Kobis Goreng Sos Tiram. (Takde gambar).

 12 Ramadhan  -
Bihun Goreng Tomyam
 

13 Ramadhan-
Berbuka rumah MIL.

14 Ramadhan-
Belanja family berbuka di Seoul Garden, JB


15 Ramadhan - 
Masak Lemak Cili Padi Ikan Merah, Ikan Cencaru Sumbat Belakang & Tauhu Sumbat


 16 Ramadhan - 
Ayam Masak Kicap Literal, Bihun Goreng Mak-mak

 17 Ramadhan - 
Taugeh Masak Lemak Putih 

18 Ramadhan- 
Ayam Berlado & Taugeh Stir-fry


Hari ni plan nak buat sambal ikan bilis dengan petai. Sedap, kan? Mesti dah meleleh-leleh air liur korang kan? Hahaha. 

Nak masak ni, sebenarnya takdelah susah mana pun. Masak ni toksahlah dok nak rigid sangat. Campak-campak udah. Mama dok masak semua ni, dengan nasi ayam segala tu, ambil masa sejam je pun. Yelah, bukan masak banyak jenis lauk pun. So memang takde alasan lah sebenarnya untuk tak masak tu. ( On my case basis ye) 

Dah elok kita masak je kat rumah dah beberapa hari ni, tiba-tiba hari tu cik abang offer buka kat luar pulekkk. Mama ni memang sejenis pantang kalau dioffer. Jangan harap mama nak tolak. Hahaha. Memang lah seronok berbuka kat luar tu, tak payah nak masak, tapi tu lah. Mungkin mama ni dah sampai umur-umur yang lebih selesa memerap kat rumah je kot. Dah macam mak-mak kita gitu. 

Itulah tu, dalam apa benda sekali pun, especially bila nak buat benda baik ni, kadang-kadang kita ni dah cukup kuat dah nak tepis segala dugaan tu, tapi tiba-tiba orang sebelah pulak buat hal. eiiii, geram pulak rasanya. Hehehe. Dengan orang sebelah ni memang selalunya jaranglah nak dapat lawan. Haha. Tu lah faktor ketidak-istiqamah-an yang paling terbesar sekali. Boleh imagine tak betapa besarnya tu? Hihi. 

Apa-apa pun, mama bersyukur sebab orang sebelah ni, hidang apa pun tak pernah merungut. 



Saturday 18 May 2019

In My Definition of ... Sambal Garing Anak Ikan

Assalamualaikum.

Tajuk makanan macam kontroversi sangat. Kau jangan salah anak ikan sudah. Kalau anak ikan kau buat hal, eloklah kau sambalkan aje dia. Biasa dia tuh. Hahaha.

Mama tak tau apa nama ikan ni, yang pastinya ikan dia putih-putih, kecik je. Tapi ikan fresh le, bukan ikan kering. Kalau omputih dia panggil fishbait kalau tak salah. Kalau tak salah lah. Kalau salah, korang jangan hentam mama pulak. I is tak kalis kecam. (Baru tau rupanya ikan ni nama dia IKAN BULU AYAM)

source: Dapur Kjee

First time jugak mama try masak ni. Papa kata dulu masa kecik-kecik nenek selalu masak buat cekodok garing-garing. Mama syak, ikan ni lah yang orang guna buat ikan kering bulu ayam tu.

photo
source: Owner

SAMBAL GARING IKAN BULU AYAM


Bahan-bahan:
100-200g ikan bulu ayam fresh - dibersihkan
1 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
1 labu bawang besar - dipotong bulat
Sedikit hirisan cili merah
Garm, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Goreng ikan bulu ayam hingga garing. Tos dan ketepikan. 
2- Tumis bawang kisar dan daun kari hingga naik bau. 
3- Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
4- Perasakan dengan garam dan gula. 
5- Masukkan bawang dan cili hiris. Kacau hingga bawang sedikit layu. 
6- Masukkan ikan dan gaul rata.
7- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Sedap ni makan dengan nasi panas, pastu curah kicap sikit. Makkkkk... sedapnya. 
#2- Ikan ni leceh masa nak bersihkan tu. Memang bercinta. Mama dah lah memang anti dengan benda lambat kerja ni. Tapi sebab teringin, terpaksa buat jugaklah. 






Friday 17 May 2019

In My Definiton of ... Kambing Perap Paling Simple

Assalamualaikum.

Tak sangka anak-anak bujang mama yang picky eater tu, especially Angah pun suka makan kambing. Kambing kat rumah mama ni kambing bakor je yang jalan. Kalau yang lain, tak payahlah. Buat sakit hati je masak penat-penat.

Grilled lamb, served with cheesy macs and air-fried potatoes. Underneath lamb is coleslaw.

Ni version lebih simple as compared to the previous version. Time-time rajin, bolehlah pakai version 1, tapi bila malas kita upgrade ke version 2. Masih sama-sama sedap. No doubt.

Salin, eh, screenshot resipi lekaih.

KAMBING PERAP

Bahan-bahan:
500-600g kambing - dibersihkan dan ditoskan
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk halus
Sedikit kicap pekat
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam halus *optional
Sedikit serbuk lada sulah
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan (kecuali kambing) dan gaul rata. 
2- Masukkan kambing dan ratakan bahan perap tadi. 
3- Seeloknya dibiarkan perap semalaman sebelum dimasak. 

p/s:
#1- Mama selalu masak kambing ni guna airfryer je, 180C, 10 minit. Kalau nak lemak dia garing sikit, mungkin boleh tambah lagi 2-5minit.
#2- Sos perap dia yang terlebih-lebih tu nanti panaskan dan tambah sikit sos cili + crushed blackpepper , dah boleh jadi sos blackpepper. Simple. Benda boleh mudah, buat apa nak susah-susah. Hihihi. (Nak lagi sedap, curah lemak dia yang cair masa masak dalam airfryer tu dalam sos dia - masa masak la, jangan buat masa nak makan tu. Takut muntah pulak karang). Hohoih. Kau jangan tanya kenapa koleterol ko tinggi. 





Thursday 16 May 2019

In My Definition of ... Nasi Ayam Hainan

Assalamualaikum.

Apa beza eh nasi ayam Hainan dengan nasi ayam Malaysia? Nasi ayam Malaysia tu nasi ayam yang biasa kita makan tu lah. Alalalalalah. Setelah menggoogle,

Hainanese chicken rice is a dish of poached chicken and seasoned rice, served with chili sauce and usually comes with cucumber garnishes.- Wikipedia  
Beza dia adalah pada poached chicken, means that ayam tu direbus (lebih kuranglah), at low heat. Selalunya rebus dalam stock la, bukan rebus dalam air paip kosong macam biasa kita rebus telur tu. 

Example of poaching chickens
(source: Wikipedia)

Dekat Malaysia ni ada very wide range of nasi ayam, so cara penyediaan ayam tu pun berbeza-bezalah. Dah bercampur-aduk resipi sana sini sinun. Ni kalau founder dia nak claim tu dia punya pun dia pening. Sebab macam dia punya, tapi macam bukan. On top of that, of courselah mama punya resipi ni. Hehehe. Punyalah senang nak masak, bayangkanlah, mama start masak pukul 6 petang, pukul 6.45 petang dah siap dah. Sedap pulak tu. <-- yang ni penting kena habaq. Haha.

Mai salin resipi lekaih. 

NASI AYAM HAINAN

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (size S)- dihiris 
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diketuk sedikit dan dihiris kasar
1 helai daun pandan - disimpul
Rempah tumis 3 beradik
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan daun pandan. 
2- Setelah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga bawang kekuningan dan padamkan api. 
3- Asingkan bahan tumis kepada 2 bahagian - 1 bahagian untuk sup, 1 bahagian untuk nasi. 

NASI
Bahan-bahan: 
3 cawan beras - dibasuh dan diketepikan.
1/2 kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Sedikit butter (Mama guna minyak sapi)

Cara-cara:
1- Masak nasi seperti biasa dengan menggunakan rice cooker. Sukatan air juga seperti biasa. 
2- Masukkan bahan tumisan tadi. 
3- Masukkan kiub ayam, dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 
4- Masukkan butter/ marjerin/minyak sapi dan gaul rata nasi tu. 
5- Nasi akan masak elok seperti nasi putih. 

SUP AYAM
Bahan-bahan: 
9 ketul ayam 
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil rempah kurma
1 kiub ayam *optional
Sedikit serbuk lada sulah *optional
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. 
2- Masukkan bawang kisar dan bahan yang telah ditumis tadi.
3- Masukkan rempah kurma dan kiub ayam.
4- Biarkan mereneh hingga ayam masak elok. 
5- Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah (jika suka)
5- Asingkan ayam yang akan digunakan nanti. 

AYAM
Bahan-bahan: 
9 ketul ayam - yang telah diasingkan dari sup
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sedikit garam
Sedikit daun bawang yang dihiris *mama ambil bahagian berbawang yang putih je


Cara-cara:
1- Satukan semua bahan dan perap seketika.
2- Masak dalam airfryer pada suhu 180C, selama 10 minit. 
3- Siap dan boleh dihidang.
4- Lebihan sos dipanaskan hingga merenih dan dihidangkan sekali.

SOS CILI
Bahan-bahan: 
3 biji cili hidup
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Sedikit sos cili
Sedikit cuka
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Semua cili dan bawang dikisar ikut konsistensi yang disukai. 
2- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. 
3- Masukkan semua bahan lain dan masak hingga mendidih. 
4- Sesuaikan rasa dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- To serve, ikut creativity masing-masinglah macam mana. Paling basic, semua component mau ada lah. Nasi, ayam, sup, 2 jenis sos-sos hitam dan sos merah dan sayur-sayur. 
#2- Kalau tak mau ayam yang hitam ni, ampa boleh ja pakai ayam putih yang ampa dah keluarkan dalam sup tadi tu. 
#3- Oh, yang tumis asing ni, orang panggil tumis darat. Pada mama, tumis darat ni sangat menjimatkan masa. 
#4- Ayam tu boleh je kalau nak pakai whole leg (macam dalam gambar dari wiki tu). 9 ketul ayam tu tak cukup pun untuk 4 orang kami makan semalam. 
#5- Insyaallah, korang takkan menyesal try resipi ni, sebab dia punya sedap tu sampai sebutir nasi pun takde tertinggal. Serius ni, bukan exeggerate tau. 














Wednesday 15 May 2019

In My Definition of ... Ayam Sweet Sour

Assalamualaikum.

Ni lah akibatnya bila time posa ko dok tengok cerita masak-masak. Kan dah terliur. Hehehe. Actually, cerita yang mama tengok tu bukanlah rancangan masak by Jamie Oliver ke, Gordon Ramsey ke, tapi drama Korea. Cumanya sebab cerita tu tentang  Korean chef yang power gila in chinesse cooking, so banyaklah adegan dia masak dalam tu. 

So, this dish was inspired by Sweet Sour Pork, tapi takkan mama nak makan pork pulak, kan, makanya kita tukarlah ke ayam. Again, ni resipi tibai. So, bahan dan step dia adalah based on ikut suka hati mama. Oh, kesedapan guaranteed! No worries, guys. 

AYAM SWEET SOUR
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam - dipotong cube
1 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar (size S) - dipotong dadu
1/2 batang carrot - dipotong mancis
1/2 biji capsicum - dipotong dadu
Sedikit cili api - dibelah dua
Sedikit daun bawang - dipotong memanjang
Sedikit tomato cherry
Sedikit sos cili
Sedikit sos tiram
Sedikit tepung ubi - untuk menggoreng ayam
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Salutkan ayam dengan tepung ubi dan goreng hingga garing. Ketepikan,
2- Asingkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3- Tumis bawang kisar hingga naik bau. 
4- Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. 
5- Masukkan semua jenis sayur-sayur dan gaul rata. Tambahkan sedikit air. 
6- Masukkan bawang didadu dan kacau lagi. 
7- Masukkan sos tiram dan sos cili. 
8- Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 
9- Masukkan ayam dan gaul hingga semua ayam disaluti dengan kuah. 
10- Siap dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Bawang kisar adalah bawang merah +bawang putih yang dikisar sekali. 
#2- Apa-apa jenis tepung boleh diguna kalau takde tepung ubi. Takkan nak gi beli pulak kan semata-mata nak pakai secoet je. 
#3- Proses memasak ni tak ambil masa yang lama pun, dalam 15 minit macam tu dah boleh siap. 







In My Definition of ... Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum.

This was the dish yang mama masak masa sebelum Ramdahn tu ari lagi. Masa tu, papa kerja, mama tinggal kat rumah dengan anak-anak yang 2 terkecik tu, so masak simple-simple aje udahhh. Along, angah macam biasalah, kalau weekend memang kerja diorang berkampung kat rumah nenek. 

Lauk-lauk jenis gini, kalau dapat masak sama macam yang kita makan kat kedai, pada mama, tu dah jadi lah tu. Selalunya, kalau mama masak ayam/daging goreng kunyit ni mesti tak jadi. Padahal goreng kunyit je pun, apa yang susah sangat, kan?! Kalau jadi tu, dia akan macam ada minyak-minyak sikit gitu. 




Rupanya, nak buat yang macam kedai tu, kalau daging, kena masak sampai kering dulu air dia, pastu baru masuk minyak dan bahan-bahan lain. Hadoiiiiiiila. Tapi tu lah, nak tunggu kering air daging tu berjanggut gak arrr. I hate waiting.

Apa-apa pun, semoga ada yang dapat manfaat dari resipi ni. Check it out.

DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
100g daging, dihiris nipis
1 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar (size S), dihiris bulat/wedges
3-4 biji cili padi - dibelah dua
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada sulah
Garam,gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Masukkan daging dalam kuali dan masak hingga kering airnya. Alihkan.
2- Msukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
3- Masukkan cili padi. Kacau rata. 
3- Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan serbuk kunyit. Kacau lagi. 
4- Masukkan daging dan gaul rata.
5- Perasakan dengan garam dan gula (jika perlu).
6- Siap dan sedia untuk dihidang. 


p/s: 
#1- Daging memang akan keluarkan air bila dimasak. 
#2- Boleh juga kalau gaulkan daging tu dengan garam dan kunyit dulu sebelum keringkan air. 
#3- Boleh tambah apa-apa sayur lain jika suka. Seeloknya sayur yang keras la, macam carrot or kacang panjang, 

Saturday 11 May 2019

What for Ifthar?

Assalamualaikum.

Masalah paling besar mak-mak yang setiap hari berlaku adalah tak tau nak masak apa. Hari-hari masalah yang sama. So, untuk bulan puasa ni, since mama berazam untuk selalu masak (lebih selalu dari hari-hari biasa), so mama pun awal-awal dah prepare siap-siap list lauk. Mama punya awal tu, welll, not that awallah pun sebenarnya. Hihihi.


Bear with me that the number do not reflect the day they are made. No 1 not necessarily come at day 1 Ramadhan. Got it? For example, ayam penyet is item no 4 on the list, but it came at day 2. Hehe. Oh, jangan tanya kenapa ada 20 aje, sebab itu aje yang mampu mama fikir masa tu. 20 ni pun, entah iye ada entah tidak.

So, for those yang mungkin dah tak larat or dah pening nak fikir, you may take this idea into your own kitchen. Halh, halah, halah. Pok sikit.

Friday 10 May 2019

In My Definition of ... Daging Karipoley

Assalamualaikum.

Karipoley is daun kari in Tamil.


To cut the story short, it is "Daging Daun Kari".  Nampak tak tu daun kari sama banyak dengan daging? Hahaha.

Nak masak ni adalah paling senang, sebab paling cincai sekali. Hahaha. Walaupun cincai, tetapppp sedap, uolsss. Bulan puasa ni kan, kita trylah something new, something unusual dari yang kita selalu masak. Ah gittewwww! Hahaha.

Oh, by the way, mama guna yang terpaling lembut sekali. Entah apa lah nama dia. Hahaha. Sebab tu boleh masak dengan cepat. Kalau korang guna daging jenis lain, makesure korang ikut masa dia lah, ye?

Puasa-puasa ni letihlah nak cakap banyak. Uolsss check it out lah resipi ni, ye.

DAGING KARIPOLEY 

Bahan-bahan:
200-300 gram daging, dihiris
3 tangkai daun kari
4 biji cili kering - di potong kasar
1 biji bawang Holland - dipotong wedges
1 inci halia - dihiris nipis
1 sudu besar rempah perap ayam (cc: Ayam berempah)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat (untuk color)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam, gula secukupnya

Cara-cara:
1- Gaul daging dengan garam dan kunyit. Panaskan periuk/kuali dan masukkan daging. Masak hingga air daging kering. 
2- Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan masukkan semua bahan hiris. Kacau dan masak hingga naik bau. 
3- Masukkan rempah perap ayam. Masak hingga rempah agak garing.
4- Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata.
5- Masukkan daging dan kacau hingga semua daging berjaya disaluti dengan kuah. 
6- Adjust garam dan gula hingga secukup rasa.
7- It's donnneeeee. Siap untuk dihidang. 


Thursday 9 May 2019

Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum.

Finally, the most awaited Ramadhan is here. Tiba-tiba je hari ni dah hari ke 4. Oh my!Time really do fly fast, huh?


Walaupun dah hari ke 4, harap-harap belum terlambat untuk mama mohon ampun atas segala salah silap mama sepanjang setahun yang lepas.

Semoga Ramadhan tahun ini bagi satu sinar baru dalam hidup kita. Semoga Ramadhan kali ni juga menjadi satu turning point untuk kita menjadi seorang insan dan umat, serta hamba yang lebih baik.

Doa yang baik-baik untuk semua.