LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 26 April 2019

Tentang Mak Abah Kami

Assalamualaikum.

Hari ni, 26 April 2019 cukup 12 tahun abah tinggalkan kami. Ke negeri abadi. Entah macam mana lah kami teruskan hidup selama 12 tahun ni. Sunyi. Kosong. Bertambah sunyi dan kosong bila mak turut sama berangkat pergi. 

Selepas abah dah tak ada, sekuat daya mak cuba untuk mencukupkan semuanya. Nasib baik abah kakitangan kerajaan, walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada pencen abah untuk mak sambung hidup. Mama rasa ralat, sebab mama tak pernah tanya pasal ni pada mak. Hanya selepas 5 tahun mak takde, baru mama terfikirkan hal ni. 

Abah, 
Terima kasih atas susah payah abah dalam menjadikan kami 'orang'. Alhamdulillah, abah. Kami semua dah berjaya, abah! Sama macam yang abah impikan. 

Mak,
Terlalu sedikit bakti kami pada mak, tak banyak yang sempat kami balas, kami harap mak cukup redha dengan kami, anak-anak mak.

Semoga mak dan abah baik-baik saja disana. Sungguh, kami rindu.

Kita jumpa nanti, ya?


Thursday 25 April 2019

The Long Awaited

Assalamualaikum.

Entah apalah kebaikan yang mama dah buat, lately ni nampak macam Allah sangat baik pada mama. Macam-macam kegembiraan Allah hantar ni.


Saat yang paling mama tunggu sejak 26 Disember 2016. Lama sangat, guys! Macam-macam dah mama rasa dalam tempoh menunggu ni. Sedih, frust, macam-macam. Akhirnya ... Allah! The day mama dapat news ni mama tengah join perarakan akademik untuk convocation. Tak tau nak cakap macam mana masa dapat news ni, i was just ... speechless. Speechless bukan sebab mama ni tak layak pun sepatutnya untuk dapat, tapi dapat ke apa, tapi sebab ... finally! Finally.


Mama ada satu perasaan rendah diri, bila mama duduk dengan kawan-kawan yang semua dah pakat kanan, tapi mama sorang je kiri. Entahlah, rasa macam kecikkkkk je, macam i dont belong here, with them. Padahal, masa hantar, kitorang semua hantar bersama-sama beramai-ramai kot. Tapi tu lah, ni semua kuasa Allah, ikut suka Dia lah dia nak bagi kat sapa ye dak? Now, i'm kanan toooo. Alhamdulillah.

With Dato' Rektor

Signature pose untuk setiap penerima kenaikan pangkat. Hehehe. Nampak macam poyo, tapi memang gitulah hakikatnya. Bila bergambar semua nak tunjuk surat. 

FSKM

Mungkin rezeki kami-kami semua, awal tahun kan? So ramai lah yang dapat kali ni. Fakulti kitorang je 22 orang yang dapat. In total, 128 orang satu kampus. Ramai woiii. 


So, what's next?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



PhD, insyaAllah.
Doakan supaya Allah turunkan ilham tu dan buka jalan.
Angan-angan tu dah lama ada, tapi courage untuk start langkah tu belum lagi. Masih teragak-agak lagi.
.
.
.
.
.
Doakan mama, please.





Abah, kak akan jadi pakar matematik, macam apa yang abah doakan. 





Thursday 11 April 2019

In My Definition of ... Sambal Ayam Penyet

Assalamualaikum.

Dulu masa duduk kat JB, masa tu mama tengah buat Master, and papa masa tu dah kerja kat MMHE, papa pernahlah bawak balik nasi ayam penyet ni. Katanya, (masa tu) mende alah ni famous la. Then, almost 10 years later, mende ni went viral. Sana sini orang buat ayam penyet, claimed that their ayam penyet better than others. Hmmmm... sedap ni subjective. So, masing-masing lah. 

Apa-apa pun, me also want to claimla. That, my nasi ayam penyet is super awesome and out of this world. Gittttewww. Berani mati punya statement. Dulu kan, masa sekolah, mama tak berani tau nak buat statement berani mati macam ni. Sebab budak-budak batch mama, kalau depa tau ni, mampus depa akan bahan. Depa lagi power dari para netizens and keyboard warrior sekelian. Boleh kemurungan tau kalau kena bahan dengan depa ni. Tapi la ni takpa, like no one cares pun kan? Haha. 


Been served this to many, last was like July 2018? Makkkkk. Lamanya tu. Terbuktilah malas mama tiada tandingan. Hahahaha. 

Kalau nak buat makan-makan untuk jamu ramai orang, nasi ayam penyet is always the best option. Sebab senang. Tak banyak kerja kau. Sebab tugas yang macam berat sikit kat sini are masak nasi and goreng ayam je. Sambal? Pejam mata pun boleh buat lah. Pastu modal pun tak banyak sangat, harapkan beli ayam je, ulam-ulam tu ikut suka hati lah nak guna ulam apa, kalau kau nak petik belakang rumah kau pun apa ada hal. Kau nak letak seluruh alam pun orang tak boleh nak kata apa, sebab dah memang macam tu cara serve dia. Kalau nak berkuah sikit, buatlah sup. Guna je bahagian tulang-tulang like kaki ayam tu. Sedap weh sup kaki ayam. 


One important thing yang differentiate your version of ayam penyet to others is the sambal. Agree or not? Ya Allah, nak buat sambal yang sedap ni senang nak mati. Resipi asal credit to my makngah. So let's check it out resepi. Mana tau, raya nanti tetiba nak buat open house, khennnn. Boleh try resipi mama. Kalau orang puji-puji tu nanti, jangan lupa kreditkan nama mama sekali. Ahaks!

SAMBAL AYAM PENYET


Bahan-bahan:
5 biji cili hidup*
10 biji cili padi*
2 labu bawang (size M)*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan
2 biji tomato*
1 ketul kiub pati ayam
1 biji limau nipis. 
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Semua bahan * dipotong kasar. 
2- Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dipotong kasar, dan belacan. 
3- Setelah sedikit garing, masukkan kiub ayam, dan perasakan dengan garam dan gula. 
4- Tumbuk / blend kasar semua bahan yang telah dimasak. 
5- Perahkan jus limau nipis kedalam sambal yang dah siap diblend. 
6- Adjust rasa garam dan gula to perfecto. 
7- Bon appetite!

p/s:
#2- Sambal ni buat banyak-banyak, pastu frozenkan. Time nak makan, panaskan dengan microwave. 
Takkan rumah korang takde microwave, kan?


Wednesday 10 April 2019

In My Definition of ... Terung Pipit Berlado


Assalamualaikum.

Ini adalah cerita super lama, yang tahun bila pun mama tak ingat dah. Masa tu, kat rumah ada pokok terung pipit ni. Pokok tu bukan mama tanam pun, tau-tau je dah tumbuh. Bila dia dah tumbuh tu, mama bela aje le. 

Tau jelah pokok terung ni macam mana, sekali dia berbuah, hambik kau. Banyak gila kot. Disebabkan dah tak tau nak buat apa, mama jadikan dia sambal berlado gini. Nampak macam kacang peas kan? 



Ada sambal gini bestnya bukan apa, time-time malas, masak nasi je dah cukup, insyaallah boleh settle sepinggan. Mujur kalau sepinggan, takut kang berpinggan-pinggan pulak. Tu lah tu, masak malas, makan kemain rajin.

Resipi sambal sama  je dengan mama punya previous resipi sambal, tapi takpe. Jangan risau. Mama is cukup rajin untuk tuliskan semula resipi sambal tu untuk chuolls-chuolls semua.

TERUNG PIPIT BERLADO
Bahan-bahan:
! cawan terung pipit - dibuang tangkai dan direbus hingga empuk. 
3 biji  hidup*
10 biji cili padi* 
1 labu awang besar (size M)*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
Segenggam ikan bilis*
Garam, gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika terung pipit yang dah direbus tadi. 
2- Semua bahan ditumbuk kasar.
3- Tumis bahan tumbuk hingga garing.
4- Masukkan terung yang telah digoreng. Kacau rata. 
5- Perasakan dengan garam dan gula. 
6- It's doneeeeeee. Ready to serve. 

p/s:
#1- Terung pipit ni quite keras jugak compared to terung biasa. Kalau terung biasa tu, masak kejap je dia dah jadi mushy kan? Yang ni tetap keras kalau kau masak sama macam terung biasa. Boleh tercabut veneer kau nok.





Tuesday 9 April 2019

In My Definition of ... Tauhu Goreng Krispy

Assalamualaikum.
Ada satu hari tu, tertengok kat ig Khairulaming dia buat tauhu ni, terus terliur. Mama ni kalau dah terliur, memang kena buat. Selagi tak buat, memang tak boleh nak move on, asyiklah teringat-ingat aje. Adoiiiilah.


So satu hari tu mama pun teruslah bulatkan hati and nekad, buat jugak. Kisahnya, memang mama pulun makan sorang-sorang kot. Cicah pulak sambal kicap, allahu sedap tak tau nak habaq macam mana. .

Macam biasa, sebab masa mama buat tu mama ingat-ingat lupa bahan dia,so expect some alteration here and there. Resipi asal boleh tengok kat ig Khairulaming lah. 


TAUHU GORENG CRISPY

Bahan-bahan:
4 keping tauhu putih - dibelah 4
5 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar teoung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit garam
Sedikit kunyit ( untuk warna)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
1- Panaskan minyak. 
2- Sementara itu, pukul manja telur dan cuka.
3- Masukkan semua bahan kering dan gaul rata. 
4- Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat kelikatan yang sesuai. 
5- Celupkan tauhu kedalam adunan. 
6- Goreng hingga kuning keemasan. 

p/s:
#1- Kalau boleh, jangan asyik dibalik-balikkan masa menggoreng tu. Tauhu is so fragile, so takut hancur pulak asyik nak balikkan aje. 
#2- Serve with sambal kicap for the ultimate satisfaction. Silap-silap boleh menjilat kuali.




Monday 8 April 2019

In My Definition of ... Asam Pedas Tulang

Assalamualaikum.

Moh kita pakat terai resipi ni, biar semua pakat pening beramai-ramai. Hehehe. Nak tau cerita, refer previous entry.

ASAM PEDAS TULANG LEMBU


Bahan-bahan:
1kg tulang lembu - dibersihkan dan ditoskan
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang merah+bawang putih kisar
1 inci halia - dihiris
1 sudu kecil halba
1-2 tangkai daun kari
1 batang serai - dititik
Sedikit air asam jawa
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan masukkan halba, halia, serai dan daun kari. Tumis hingga naik bau. 
2- Masukkan bawang kisar dan tumis hingga naik bau. 
3- Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4- Masukkan tulang dan gaul rata. 
5- Masukkan air asam dan perasakan. 
6- Tambahkan air dan pindahkan ke periuk tekanan (pressure cooker). 
7- Masak selama 30 minit, hingga daging empuk dan tanggal dari tulang. 
8- Sesuaikan garam dan gula (jika perlu) selepas direleasekan dari pressure. 

p/s:
#1- Daging (especially tulang) kena masak dengan api kecil untuk dia jadi lembut elok. And kena masak super lama. The most effective way adalah guna pressure cooker. Daging lembut elok, tugas masak pun jadi cepat. Senang kerja.
#2- Pressure cooker is a good investment. It worth all the 'ikat perut'.