LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 29 August 2012

Cerita Disebalik Raya

Assalamualaikum...

Pagi tadi mama telah disuprisekan oleh oficemate mama a.k.a Mrs. Kecik dengan satu gambar. Gambar apa? Kalau orang baru kahwin ni, gambar apa lagi yang boleh membuatkan orang lain terlebih happy melonjak keriangan kalau bukan gambar pregnant test kit yang ada 2 line. Hehehehe... Congrates to both of you, Mr. and Mrs. Kecik.

Tiba-tiba mama pun rasa nak tumpang sekaki. Hehehehe... 
#Memang boleh mimpi jelah dulu, selagi Adik belum umur 2 tahun, sebab konon-konon mama nak anak-anak mama semua jarak 3 tahun. 

Raya tahun ni, mama rasa ramai lah yang katanya raya for the first time as a wife, first raya dengan anaklah, first raya itu, first raya ini. 1001 sebablah nak celebrate kaedahnya. Tu yang sakan beno agaknya. Hehehe... Yang first time pagi-pagi raya dirumah mertua tu, ada adegan air mata tak? Hehehehe...

Mama ingat lagi, masa mama first raya dulu, kononnya isteri mithali, bagilah laluan kepada suami tersayang, beraya disebelah dia dulu. Siap masa tu, yakin boleh jek cakap tak balik Kedah kot, raya kat Melaka jek. (Student lagi, duit tak cukup nak balik beraya...Hehehehe). Pagi raya, sebelum sembahyang raya, call mak, mak tersedu-sedu menangis, sampai tak boleh nak bercakap. Mama masa tu macam alah, relaxlah. Kenapa pulak nak menangis-menangis ni. Memang mama relax-relax tenang habis masa tu. Sekali bila dah pergi beraya rumah atuk nenek, jumpa pakcik-makcik papa, terus mama rasa sayu. Siap dah bergenang air mata masa tu. Masuk kereta jek, teruslah berhamburan air mata, menangis macam budak kecil. Siap telefon abah ni, sambil menangis. Sampai abah pun pelik, apahal pulak anak dia menangis sebegitu rupa. Abah pulak boleh buat lagi syahdu, lagilah mama pulun menangis. Akhirnya, daripada confident tak nak balik Kedah, mama balik jugak sorang-sorang naik bas, kalau tak salah mama masa tu raya ketiga. Malu jugak mama sebab masa mama menangis tu, ada adik ipar and sepupu jugak dalam kereta.

Ada jugak yang katanya raya tahun ni raya last as orang bujang. Nak kahwin lettew... Hehehehe. Biasalah, dah ada first, mesti nak ada lastnya. Orang kita ni kan macam-macam. (^,^)

First raya mama sebagai seorang isteri, tanpa mama tau, rupa-rupanya adalah raya terakhir mama dengan abah. Next raya, berayalah kami tanpa abah, sangat terasa ketiadaan abah tu.  Kesian papa, tak sempat merasa beraya dengan ayah mertua sendiri.

Alhamdulillah, sekarang ni rumah Kedah kembali berseri-seri dengan kehadiran abah baru untuk kami adik-beradik menumpang kasih.


Semoga Abah dapat jadi abah kami selama-lamanya, insyaAllah.

Tuesday 28 August 2012

Episod Raya Yang Panjang

Assalamualaikum...

Dah seminggu raya, baru ada hati nak memblog eh? Hehehehe...Niat dihati tu macam-macam nak distory-morykan, tapi apakan daya, kemalasan melanda. Biasalah. ;D

Apa-apa pun, sebelum mama melalut dengan panjang lebar,


Raya, kan sebulan. Apa pulak tak bolehnya mama nak wish. Lainlah kalau awak puasa tak cukup 10 hari, memanglah tak dapat nak beraya sebulan. Hehehehe..

Tahun ni raya memang sungguhlah penat pi berjalan rumah sedara. Eh, raya memanglah berjalan rumah sedara ye dak? Hehehe... Selama mama kahwin dengan papa, dah 7 kali raya dah rasanya, barulah tahun ni mama merasa berjalan raya sakan ke rumah sanak-saudara papa. Kalau tak, haremm tak kenal saudara. MIL boleh bercerita jelah nek itu yang itu, nek ini yang ini. Sekurang-kurangnya kenallah sikit, kan. 

Anak cucu Tok Dolah.
Raya ni mama rasa macam excited and terlebih seronok sebab semua adik-beradik (ipar) ada. Full house. Kakngah (SIL) pun sejak pindah Pekan, dah jarang benar balik. Lagi-lagi lepas raya tu, Adi (BIL) nak tunang, lagilah havoc dengan segala mala hantaran nak kena buat. 
Mama and the boys dipagi raya nan mulia.
Gambar copy from FB Macu (Bak kata Adam)

Raya kedua, lepas family tunang Mira (SIL) balik, teruslah kami and family Kakngah bersiap-siaga nak balik ke utara pulak. Kebetulannya, kampung mama and abang ngah (biras) sebelah menyebelah jek. Teruslah kami berpakat konvoi (yang tak serupa konvoi). ALkisahnya, jem teruk sangat bila dah nak sampai ke Ipoh tu. Dengan papa nya berhenti tidur lagi (sampai 2 kali, you!), akhirnya pukul 3 pagi baru sampai rumah mak. Taubat nasuha mama rasa. 12 jam perjalanan kot. Lain kali, kalau nak balik raya macam tu lagi, baiklah awak naik flight aje. Nasib baiklah masa mama balik ke Melaka tak jem teruk macam hari tu. Jalan buzy sikit, tapi tak adalah sampai jem jalan macam siput sedut.

Apa ni panjat-panjat meja dipagi raya?
Raya ketujuh, awal-awal pagi dah gerak ke Johor pulak. Punyalah jauh mama rasa nak sampai ke Pengerang sana. Sabar jelah, 12 jam kemudian barulah jumpa balik home sweet home. Naik kebas tulang belakang bertapa dalam kereta.



Cantik tak? Cantik tak? Hehehehe... Nilah bakat terendam yang mama ada. ;D Mama terima semua yang berkata-kata itu sebagai satu pujian. Hehehehe... Bangga mak, nok!

Ini memang hover.
Dah macam mama pulak yang nak dipinang. Hehehehe... No, no, no. I'm taken already.

Tak lama lagi dah.

Ok, mama agaklah tidak berpuas hati bila family sebelah perempuan sinun memperkatakan tentang Adam. Adam, as usual, aktif macam hape jek, lagi-lagi bila semua sepupu dia ada. Pleaselah, budak kot.

Alamak, terkutuk pulak!






Tuesday 14 August 2012

Riang Ria

Assalamualaikum...

Saat ni mama rasa sedikit riang sebab...

1-

Tadaaa...
Rasa nak melompat bintang sebab sofa mama dah siap. Tunggu nak raya jek. Hehehe... Walaupun mama  tidaklah puas hati sangat sebab nampak tak kedut-kedut tu? Ada macam salah jahit sikit, tapi tak kuasa dah mama nak buka and jahit balik. Nak muntah dah mengadap mende alah ni. Sebab kan ni lah, mama and papa tidur sepanjang hari. Penat.

2-



Our home sweet home dah almost siap. Hip hip horray! Tahun depan insyaAllah, raya rumah baru ler kita. Hehehehe... Sepanjang minggu lepas, entah berapa kali kami pergi nak tengok rumah tapi tak dapat. Last-last, sabtu hari tu, papa ajak, mama yang pantang diajak terus jom jek. Saya sangat sukah!

Oh ye! Adam will sekolah macam biasa sampai hari Jumaat. Nasib baiklah tahun ni raya Melaka dulu, kalau tak haruslah mama yang menggelupur nak balik kampung ni memontengkan Adam. Hehehehehehe... 

Mama terjumpa gambar-gambar ni dalam camera papa.




 
OME! So mok-mok lah adik! :D

Monday 13 August 2012

ATP

Assalamualaikum...

Bosannya lah hai buat ATP ni.

Masaklah jadi lecturer ni, semua benda nak kena kejar. Mengajar pun nak kena tip-top, kena buat research lagi,  itulah, inilah. Hadoi... Tension betul!

Total must be at least 39hours. Kalau kurang, nampak sangatlah awak tu lecturer yang mandom. Seriously! Nanti mulalah depa speku kata mama ni tak suka nak join sebab dah berfamily. Sigh~.

Rasa nak nangis dah ni.

Friday 10 August 2012

Kalut Nak Raya

Assalamualaikum...

Tadi  ikut Mrs. Kecik pi bank tukar duit, tapi keciwa pulak sebab semua dah ilek. Dua bank pergi tadi, dua-dua kata dah habis. Hemm... Nasib baiklah mama tak beria-ia benor nak tukar duit, kalau tak dengan mama sekali keciwa. Oh, mama tak tukar sebab mama nak tukar dengan anak-anak mama jek. Hehehehehe... Clever kan, ai? :p

Hari ni sangat malas, mengantuk sungguhlah tak boleh ditahan-tahan saat ini.

Hari ni, dah 21 Ramadhan. Cepat sungguh Ramadhan kali ni berlalu. Terbang ka? :D Apa-apa pun, kita dah dilast lap, harap-harap taklah tersungkur sebelum sampai kat garisan penamat.

So far, persiapan nak raya almost 60%-70% jugaaklah kot dah siap.Eh, ke dah 84% ha? Entahla, yang pastinya banyak jugaklah benda yang dah tersedia daripada yang belum.

Bonus dah masuk, gaji minggu depan, insyaallah. Si pensyopping tegar dah menggeletis kaki nak menyoping. Konon nak carikan anak-anak baju barang sehelai dua lagi. Tengok jelah nanti.

Mama akan start bercuti sakan daripada hari Khamis sampailah Ahad the following week. Awal-awal mama dah cakap kat papa, mama start jek cuti kita cuci tingkap. Hahahaha... Kenapalah nak tunggu cuti baru nak buat, kan? Kononnya kalau dah cuci lagi 2,3 hari nak raya tu, by the time raya, rumah weolls ni akan nampak berseri-seri bak bintang kejora lah kekdahnya. Hakikatnya, kami-kami ni 'rajin'lah sangat tahap dewa 19.

Sekarang ni, papa tengah berusaha gigih mengecat luar rumah. Yes, you read it right. Mengecat bahagian luar rumah ye kawan-kawan. Sebabnya? Kena tanya papa lah. Mama pun tak tahu. Kalau comot boloh, malam raya pun akan ku paksa cat sampai cantik. Hehehehe...

2 hari lepas, papa bersemangat ajak sibujangs dia mengecat sama. Adam ok, cat elok-elok kata papa. Mama kat dapur asyik dengar papa marah-marah and adik menangis-nangis. Rupa-rupanya, adik semua benda nak dicatnya. Nak cat keretalah, cat lantailah. Kenalah marah. Hehehehe... Datang menangis kat mama, siap merajuk guling-guling dengan papa. Dah salam, baru nak gelak-gelak dengan papa. Aiyyooo... drama king betullah adik ni.

Bila drama king tak puasa

Thursday 9 August 2012

Amarah

Assalamualaikum...

Minggu ni, rasanya hari-hari mama bagi pesanan penaja kat students pre-com mama. Mengajar pre-com    (bukan pre-com pun sama jugak) sangatlah mencabar. Benda yang sama harus diulang lagi dan lagi dan lagi. Haish... Semua pun nak kena suap. Macam-macam hal lah sebenarnya. Mama dah lama simpan, makin lama rasa macam makin tak boleh jadi depa ni, kena lah jugak sembur sedas-dua.

Mesti depa ingat mama tengah period, kan? Selalu cool, relax-relax tenang jek, tiba-tiba la ni naik hantu pulak. Kesian pun ada jugak..

Tapi kan, ada satu hal ni memang patut diamukan puaka jek. Tapi bukan mama lah yang nak mengamuk, papa lah yang kena mengamuk.

Dalam minggu lepas, papa kata dia sibuklah mengisi borang bagai untuk apply jadi Jurutera Pengajar (JP) kat UTeM. Rupanya, untuk jadi JP ni kena ada experience kerja. Kalau fresh grade nak apply, memang ke lautlah application tu, depa tak pandang pun.

Sebelum papa buat master ni full time, papa adalah kerja dengan satu company ni. Company orang Melayu kita lah, company kecil jek, tapi establish jugaklah. Kalau tak establish, takkan lah boleh ada yang kerja dengan dia berpuluh-puluh tahun, ye dak? Disebabkan papa perlukan surat sokongan (ada experience kerja) papa contactlah balik company lama ni. Papa kata, papa dah draft dah semua, tinggal boss nak sign and pos balik ke papa jek. Yang membuatkan mama tumpang hangin ialah bila papa call nak tanya pasal surat tu, depa macam malas-malas nak layan jek. Kata nak call balik, sudahnya dah dua hari tak ada pun di call.

Tau tak, selama 2 tahun papa dah berhenti daripada company tu, depa still carumkan KWSP papa. Papa kata, mungkin depa still gunakan nama papa as their engineer sebab tak ada degree holder lain yang nak apply kerja kat situ. KWSP tu as their proof lah kot. Mungkin, atas sebab yang sama jugak depa tak mau approvekan surat papa tu.

Mana boleh, takkan lah sebab nak cover company, sampai periuk nasi kami nak ditabur pasir? Sungguhlah mama tak puas hati. Rasa macam nak menghamun jek orang-orang sana. Seriously, sekarang ni mama rasa papa sangat teraniaya.

Papa, doalah kuat-kuat. Doa orang teraniaya dimakbulkan.

Wednesday 8 August 2012

Mendidik Anak Lelaki

Assalamualaikum...

Mama just nak jot down some tips yang mama dapat hasil klik sana, klik sini. Untuk rujukan mama.

1- Gelaran
Memberikan gelaran "Abang", "Along", "Yeop", etc menyuntik nilai kedewasaan kepada anak-anak dan mendorong mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Elakkan: gelaran manja-manja seperti "Adik", "Manja", etc kerana akan membantutkan rasa kedewasaan itu.

2- Membawa anak-anak ke majlis orang dewasa
Membantu mendedahkan anak-anak ke alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka.

3- Mengiktiraf anak-anak dikhalayak
Melayan anak-anak ini (sesekali) sebagai manusia dewasa akan menimbulkan rasa tinggi harga diri dalam diri mereka.

Elakkan: memalukan (memarahi/menghina) anak-anak dihadapan orang ramai kerana ianya akan membunuh keyakinan diri anak-anak itu dan menimbulkan dendam yang boleh merosakkan emosi.

4- Mengajar mereka sukan yang lasak.
Mendedahkan anak-anak lelaki dengan kerja-kerja kasar yang bersesuaian dengan usia mereka terutama dalam kehidupan seharian. Akan meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka.

Elakkan: elemen-elemen keperempuanan (pakaian, muzik yang lembik-lembik, etc) yang mengurangkan kelasakan.

5- Memberikan tugasan dan berkongsi rahsia dengan anak-anak

6- Menghindarkan anak-anak daripada tenggelam dalam kemewahan
Melatih anak-anak agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Akan membentuk jati diri anak-anak.


sumber

Monday 6 August 2012

Kecil Hati ke? Janganlah Begitu...

Assalamualaikum...

Hari ni saja mama nak tayang lauk berbuka semalam. Hehehehe...

Pecal and sotong masak asam. 

Acar ikan kering.

Paru sambal.
Masa dibulan tak puasa, 5 hari seminggu kami sefamily makan dirumah MIL. Breakfast and dinner. Kadang-kadang, weekend kalau mama kena kerja atau pun ada adik-beradik balik, pun kami akan makan dirumah MIL.

Disebabkan kejelousan mama tengok Mrs. Kecik yang istiqamah sungguh memasak untuk suami tercinta, makanya mama pun memproposelah kat papa yang kalau boleh, sepanjang bulan puasa ni, marilah kita berbuka dirumah, mama masak. Papa lagilah suka, sebab tak menyusahkan mak dia, katanya. Oh, hari yang kelas mama habis lambat, mama berbuka kat rumah MIL. 

Rupa-rupanya, hasrat suci murni kami ini sudah disalah tafsirkan pulak oleh FIL. Aiyyooo...

FIL adalah seorang yang sangat outspoken. Kalau ada apa-apa yang dia tak suka, straight to the point dia bagi. Tak ada makna nak cakap beralas-berlapik bagai ni. Masa mula-mula kahwin, mama cuak-cuak ayam jugak, iyelah, kang tersalah cakap, matilah kena tibai. Hehehehe... Lama-lama, dah jadi lali dah. 

Adam and adik masa mama and papa kat work, depa sangat behave. Bila dua-dua balik, mulalah masing-masing nak buat perangai. Kalau dah terlalu lama pun duduk rumah atuk, depa pun naik boring. Bila dah sampai tahap bingit, mulalah atuk ni nak sound nak suruh balik. Kalau orang tak biasa, memang terasa macam dihalau. 

Alkisahnya, FIL ingat mama and papa kecil hati dengan dia, sebab dia selalu halau kami balik. MIL pulak lagilah, boleh pulak dia pi tambah-tambah lagi, konon-kononnya, memanglah FIL sangat bersalah, anak-menantu nak makan pun tak tenang asyik disuruh balik (sebab cucu-cucu dah berketontang). Hehehe... 

Even if mama and papa berkecil hati sekali pun, apalah sangat kecil hati anak kepada orang tuanya. Tak jatuh dosa pun orang tua tu kalau anak berkecil hati dengan dia. Jangan sampai kita yang anak-anak ni yang mengkecilkan hati depa. Tak cium bau syurga weh!

Seriously, kita tak kecil hati pun, papa kan? Infact, no feeling at all. Dah tau memang perangai FIL tu sejak dari azali lagi memang macam tu.

Friday 3 August 2012

Weekend Yang Pening

Assalamualaikum...

Tak sanggup rasanya nak melalui weekend untuk 2 minggu yang akan datang ni. Kena kerja kot. Huhuhuhu... Walaupun dapat cuti raya 2 hari free, (free hapa nya. sabtu tergadai kot), memikirkan banyak sungguh kerja yang dapat dibereskan dirumah iteww kalau daku berada dirumah, membuatkan rasa malas bertimpa-timpa.

Minggu ni lagi lah, Ahad pun kerja kot. Ok, ni tak boleh complain, sendiri cari kerja. Semalam masa mama masuk kelas, students bising-bising kata depa tak boleh balik sebab ada program, rasa macam nak mencarut sekejap. Hahahaha. Mencarut mama versi yang sopan lah. Merasalah depa kena sound sedas. Hehehehehe..

Tapi takpelah. Kita tak payahlah nak ingat benda-benda yang merunsingkan ini. Jom kita happykan diri sendiri layan cerita mama last week.

Karamel Blueberry
Happy kan tengok karamel blueberry mama ni? Actually, ni adalah birthday treat untuk papa. Iyelah, masa hari kejadian tu, wish biasa-biasa jek, takde pun belanja-blanja makan ke kan. Kebetulannya pulak, adik-beradik, ipar-duai semua balik weekend tu, so kita proceed jelah projek tu. 

That was my very first time buat puding caramel. Belek-belek majalah, tengok ada resipi. Bolehlah try, tapi cuak jugak, sebab ada jugak sok-sek, sok-sek yang mama dengar kata, kalau resipi dari majalah ni selalunya ke laut.

Untungla orang tu...
Lega rasa mama bila karamel blueberry ni menjadi dengan jayanya. Hehehehe.. Kalau tak jadi? Malu besaq wooo...


Muffin untuk anak sedaras.
Muffin ni ialah muffin blueberry. Muffin ni dah jadi favourite mama since mama makan masa wedding Mrs. Kecik hari tu. Bila ditanya, rupa-rupanya ada instant mix dijual. Teruslah mama rembat sebungkus. Sebungkus tu berat dia adalah dalam 1kg gitu, boleh dapat dalam 30 muffin yang melimpah-ruah macam tu.

Adam and the cousins.

Wonderpet menyelamatkan ikan yang kesesatan.

Dah penat selamatkan ikan, kita main kaler-kalerlah pulak. 

Budak 1Malaysia ni, tau jek dia bila mama nak amik gambar. 
Adam asyik mengira hari jek bila atuk bagi tahu dia yang Aqil (cousin yang paling dia ngam) nak balik. Siap bangun awal nak jumpa Aqil, pada hari kejadian. Kelakar kan anak-anak ni? Adam sangaaaaat jarang dapat jumpa cousin dia, walaupun hakikatnya dia duduk dikampung. My SIL jarang balik, kalau balik pun cukup setakat 1 malam jek. 

Yang paling best apa tau? Hehehehe... My SIL mintak tunjuk ajar ku sifu dengan mama. Ok, memang taklah SIL cakap camtu, kan. Dah tentu-tentu ada mahaguru dalam rumah tu, dengan sifu ilmu baru sampai tahap buku lali ni jugak dia mintak berguru, kan. Maunya tak riang-ria Aidilfitri. Hehehehehe... 

SIL dah berhenti kerja, jadi fulltime stay at home mom since Abang Ngah dapat kerja kat DRB, nun di Pekan sinun. Tu yang jarang dapat balik kampung tu. Yang menjeleskan mama dengan SIL ni ialah dia ada baaaanyak sangat masa untuk buat her favourite thing. Bayangkanlah, daripada tak tahu menjahit, dah tau buat baju kurung sendiri, dari A to Z, semua belajar dari internet sajork. Hebat, kan? Hari tu SIL minta mama ajar dia potong baju melayu. Katanya, kalau untuk anak-anak tu dia main tibai ikut dan pun takpe, tapi untuk Abang Ngah nanti, mau bising banyak complain pulak kan.

Terus mama dapat seru, sahurnya mama potong baju melayu untuk papa and Adam pulak. Hehehehe... #Sindrom tak mau kalah. 

Lupa pulak, seluar baju melayu Adam tu belum potong. Ke pakai dengan seluar hitam sajork? 

Kuih raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah Ramadhan 14 dah kita hari ni ye. Entah kan sempat, entahkan tidak kita ni dapat berpuasa sebulan Ramadhan kali ni. Doanya semoga Allah panjangkan umur. #Insaf seketika. 


Last week, adalah seseorang ni mengetuk pintu ofis, mama ingatkan student. Alih-alih bila mama buka, rupa-rupanya akak jual kuih raya lah pulak. Hemm...awal beno jual kuihnya kak oi. Tak sampai 10 hari puasa pun lagi. Atas dasar murah hati, mama pun membelilah 2 jenis kuih. Dah itu jek pun yang ada kot. Sempat jugaklah akak kuih tu mempromote kuih-kuih raya dia. Mama pun orderlah lagi 1 jenis, iaitu kuih ros.


Mama beli awal ni konon-kononnya nak testlah dulu, kan. Kalau betul-betul sedap, bolehlah order lagi untuk raya nanti. Tapi katanya, nanti dah tak jual dah. Pulak dah. Beli awal-awal ni, nanti tak sempat raya lah kak. Sedap pulak ahkak tu sound mama kan. Tinggal jelah kat ofis, kalau bawa balik memanglah habis. Amboiiii...

Terpaksalah mama makan secara berhemah kuih-kuih diatas, nak menyempatkan ke raya punya pasal. Papa kata, sempat jek. Entahlah, mama kadang-kadang memang tak percaya sangat ramalan papa ni. Hehehehe...
Tapi kan, tempeyek dia rasa macam kuih ros. Mama syak (MIL pun cakap benda yang sama) dia guna adunan yang sama untuk kuih ros and tempeyek tu, cumanya untuk tempeyek, tambahlah kacang and ikan bilis seekor. Kuih ros dia memang sedap. 

Harap-harap MIL hulurlah barang sebalang tempeyek kalau dia buatlah tempeyek tahun ni. Sejak jaga Adik, MIL kata dia malas dah nak buat, nanti Adik kacau. Memang ye pun. Pantang orang ke dapur, dia pun mulalah menyebok. Geram jek rasa. 

Beria tiup belon.
Semalam, my little ustaz cedera parah setelah menyembah lantai akibat hilang pedoman disebabkan oleh mengantuk yang melampau. Kelakar betul tengah berdiri elok-elok tiba-tiba jek jatuh. Bila tengok darah meleleh-leleh, terus hilang kelakar. Seriau mama tengok. Adik boleh pulak relaks jek.


Anak cina kah?
Papa kata adik macam anak cina sebab ikut dia. Hemm....#Garu

Sejak dua hari lepas, mama telah bernyanyi-nyanyi nak pergi beli bahan-bahan untuk buat kuih. For the moment, antara kuih yang telah diproposed dan diapprovekan ialah:
  1. Tart Gulung- ke'favourite'an semua
  2. Cornflakes Madu-kesukaan papa
  3. Biskut Arab-ke'teringin'an mama
Mind you, tart gulung mama sedap lagi melt in your mouth. #Puji diri sendiri. Silalah datang beraya jika berkeinginan merasa kesedapan tart ku iteww. Hehehehe...

Selain daripada biskuit-biskuit diatas yang entahkan bila mahu dibuat, mama juga telah mensuggestkan kepada papa untuk buat

  1. Kek Coklat
  2. Red Velvet @ Blueberry @ Carrot Cake
  3. Fruit Tartlets

Ni semua suggestion cobaan untuk membongkangkan diri dikemudian hari. Hahahaha. Tak ada pasal, cari pasal. Tapi, adalah diingatkan ini semua hanyalah angan-angan belaka. If ada masa, bolehlah buat.


Wednesday 1 August 2012

Sakan

Assalamualaikum...

Setiap tahun, ada-ada sajalah benda yang nak dibuat untuk menghabiskan duit yang seciput dalam poket. Nak beraya sakanlah, kekdahnya.

Tahun lepas, kami membantai membeli kerusi meja makan yang berharga patploh hengget (RM40) sebiji. Beli 4 biji.

Tahun ni, papa yang super duper tak ada kerja cari kerja mensuggestkan agar tukarlah sarung sofa iteww. Kenapa nak tukar? Saja gatai kah?



Cubalah tengok keadaan sofa ni. Dah jatuh tahap wajib tukar dah ni. Kalau gigih jugak pakai lagi yang ni, memang sahih tak ada oranglah nak duduk kat sofa ni. 

Bila ada 2 anak yang kecik dan separa kecik ni, memang tak dapatlah nak rumah bercantik-cantik dan berbersih-bersih selalu. Larat pulak mama nak menyental setiap kali Adam tumpahkan milo kat sofa ni, kan? Kang dengan Adik lagi, tangan kotor-kotor, sedap jek dia pegang kan. 

Disebabkan papa soooo into leather, mama kata, if papa nak, papa lah keluar belanja. Hehehehe... Mahal kot. Kalau semeter RM5, bolehlah mama belanja. <--- Dasar kedekut!  Gigih papa google you, kat celah mana nak cari leather ni, sebab nak buat kulit baru untuk sofa ni. Dah azab benor dah nengoknye. Jumpa jugaklah, tapi bukanlah leather, cuma PVC sajork. Oklah, kan. Oh ye! Semeter PVC ni RM15, ada lagi yang  lebih mahal, tapi of course lah nak ambil yang kurang mahal, kan. Hehehehehe....


Mama pilih colour gelap, konon-konon kalau kotor dikerjakan dek adik-beradik tu taklah nampak sangat. Sekali dah sama macam lantainya pulak. 

Ni lah hasilnya setelah dikejutkan papa time sahur tadi untuk potong PVC ni. Pssst... papa kan dari hari membeli ni aritu lagi dia dah suruh mama potong. Tak senang duduk dia tengok PVC ni tergolek cantik bergulung dalam bilik. Pakkal lah mama dah bagi big NO kat papa untuk guna mesin mama, kalau tak mahunya lah dia jahit sendiri. Hehehehe...

Mama macam banyak pulak projek time nak-nak raya ni. Adoiii... 

Tak tahu mana nak buat dulu.