LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 8 August 2012

Mendidik Anak Lelaki

Assalamualaikum...

Mama just nak jot down some tips yang mama dapat hasil klik sana, klik sini. Untuk rujukan mama.

1- Gelaran
Memberikan gelaran "Abang", "Along", "Yeop", etc menyuntik nilai kedewasaan kepada anak-anak dan mendorong mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Elakkan: gelaran manja-manja seperti "Adik", "Manja", etc kerana akan membantutkan rasa kedewasaan itu.

2- Membawa anak-anak ke majlis orang dewasa
Membantu mendedahkan anak-anak ke alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka.

3- Mengiktiraf anak-anak dikhalayak
Melayan anak-anak ini (sesekali) sebagai manusia dewasa akan menimbulkan rasa tinggi harga diri dalam diri mereka.

Elakkan: memalukan (memarahi/menghina) anak-anak dihadapan orang ramai kerana ianya akan membunuh keyakinan diri anak-anak itu dan menimbulkan dendam yang boleh merosakkan emosi.

4- Mengajar mereka sukan yang lasak.
Mendedahkan anak-anak lelaki dengan kerja-kerja kasar yang bersesuaian dengan usia mereka terutama dalam kehidupan seharian. Akan meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka.

Elakkan: elemen-elemen keperempuanan (pakaian, muzik yang lembik-lembik, etc) yang mengurangkan kelasakan.

5- Memberikan tugasan dan berkongsi rahsia dengan anak-anak

6- Menghindarkan anak-anak daripada tenggelam dalam kemewahan
Melatih anak-anak agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Akan membentuk jati diri anak-anak.


sumber

No comments:

Post a Comment