LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 June 2019

No Open House meh?

Assalamualaikum.

Rasanya kitorang (mama and papa) lah yang selalu sekali buat open house. Tak kira masa, ada je program makan-makan. Ada-ada je sebab untuk celebrate. Dah memang jenis suka nak beramai-ramai. Selalunya sebab birthday anak-anaklah. Tak cukup dengan anak, birthday atok, nenek pun kitorang buat kot. Hehehe.

Raya tahun ni, sebab mama macam  buzy, next weekend mama nak outstation, the following weekend pulak tak berani nak cakap sebab takut kena jaga exam  pulak, so tahun ni kita closed house. Ok? Hehe. Tak nak cakap lah, sebba mama jenis last minute. Kang hujung-hujung mama berubah fikiran ke, mana tau kan.

First tetamu raya kali ni adalah cousin papa, si Zalie and family. Dah alang-alang nak masak tu, terus ajak adik-beradik yang berdekatan. Alah, sapa je pun, MIL and Mak Usu Nurul je pun. And Pakcik Adi. Balik-balik memang orang-orang ni je pun. Hehehe.

So, for our very first tetamu, we managed to serve nasi arab and the gang and kek coklat yang sebenarnya ialah brownies tak jadi. Hahaha.



My very first attempt nasi arab. Tak taulah apesal, dalam pada sebok orang sana-sini dok share resipi and heboh-heboh masak nasi arab, mama takde langsung teringin nak buat jugak. Nasi ni mama guna instant, dah siap semua dengan beras sekali dia bagi. Ni masa balik raya hari tu, ada sedara bagi. Dia dok buat jual ni ha. Tetamu mama cakap sedap. Mama sebab not really into it, so tak boleh nak cakap lah. Nak try boleh cari Arabian Kitchen


The nasi was served with ayam  berempah bakar, salsa and tomato salsa. Ni semua resipi ulang, kecuali tomato salsa tu memang baru first time buat. 



Brownies tak jadi. Nasib baik dia jadi kek, tak jadi benda lain. Kalau tak, mau ke tong sampah perginya kot. 

Apa-apa pun sebagai tuan rumah, harap-harap we served our tetamu well. Mana-mana yang kurang, mintak ampun, mintak maaf la ye. Kan raya ni. 

Sapa nak datang, PM je okey?


p/s:
#1- Ayam berempah bakar - my signature ayam berempah, pressure cooked HP 10 minutes, air-fried  180C 10 minutes. Makanan sihat sangat nehhhh. 
#2- Salsa  -my very own definition of salad. 




Kamus CILI mama

Assalamualaikum.

Mama dan makanan pedas berpisah tiada, gituuuu. Tak puas rasa kalau makan tu takde pedas. Pedas tu yang buat lajak makan sebenarnya. Bahaya untuk orang yang sedang diet, sebab boleh terlebih makan tanpa sedar.

Hari ni jom kita revise sikit jenis-jenis cili yang selalu kita guna. Gigih mama beli semua cili yang ada semata-mata nak tunjuk kat korang nehhhh.


1- Cili Akar

Ini yang selalu kalau makan tomyam kat kedai Thai, bersepah-sepah dia bagi. Pedas dia ok lah, so-so, dah kalau letak banyak memang lah pedas sangat. Kadang-kadang cili jenis ni kat pasar, dia jual longgok je. Kita boleh pilih berapa banyak kita nak, harganya pun oklah, takdelah mahal bebenau. 


2- Cili Api Bangla 

Masa mama cakap cili ni cili bangla, mama main hembus je sebenarnya. Entah mana mama pernah dengar/baca ada orang cakap, mama main ikut je. Ni baru kejap tadi mama google, rupanya betul eh nama dia cili api bangla, sebab dia originated from Bangladesh. Nama lain dia ialah Hot Cayenne. Mama ingatkan nama bangla tu sebab baiyya-baiyya suka sama ini cili. Hahaha. 

Cili ni belum pernah lagi lah mama jumpa orang jual longgok. Selalu dia dah pack siap-siap. Satu pack tu dalam RM2-RM3. Agak mahal jugak sebenarnya, kalau nak kira sebab dalam satu pack tu bukanlah ada banyak sangat pun cilinya. 

Tapi cili ni guna 1 biji pun dah boleh membuatkan kau menyesal, kalau lebih, apatah lagi. Pedas dia memang super. 

3- Cili kampung

Tak tau lah apsal nama dia gitu, tapi itulah yang dia tulis masa mama beli tu hari. Cuba tengok cili-cili yang mak kita tanam tu, hasilnya memang gini kan? Sebab tu kot nama dia cili kampung. 

Tahap kepedasan dia, biasa-biasa je. Pada mama, tahap pedas dia 1 level bawah cili akar. 

4- Cili Padi Burung 

aka cabai burung (Bird's eye chilies) . Cili ni cenonet je. Kalau nak guna tu, boleh buat naik angin jugaklah untuk orang kurang sabar macam mama ni nak mengasingkan tangkai dia tu. Sebab dia cenonet, nak tak-nak kena guna kurang-kurang sejemput. Nak senang kerja, selalunya mama tumbuk sekali dengan tangkai dia tu. Tak kuasa. 

Kenapa nama dia cabai burung? Pokok cili ni selalunya dia tumbuh sendiri, dibenihkan oleh burung. Mama pernah ada satu pokok ni dulu, memang burung yang tanam. Kehkehkeh. Mama tolong keep je pokok tu, tapi last-last mati jugak sebab kemarau. Hehehe. Sempat jugakle makan hasil tu. 

Ni pun jenis cili tak berapa pedas. Buat syarat letak cili je, gitu. 


5- Cili Hidup 


Kami orang utara panggil cabai besar. Yang ni paling tak susah sekali nak kenal. Kalau orang tak reti ke dapur pun dia still akan kenal lagi. 

Tahap kepedasan? Paling tak pedas kot ni. Mama kalau nak ugut budak-budak ni nak cilikan diorang, mama akan patahkan cili hidup je. Kalau kena cili betul-betul pun, pijar dia kejap je. Takdelah lama sangat dia menggelupur tu nanti. Kat rumah ni, kau jangan aneh-aneh, kang tak memasal je aku cilikan kau. Hahahaha. 

6- Cili Kering
Yang ni, kalau salah beli jugak lagi, memang patut kau cili kan aje muka dia. Yang ni pun paling tak susah sekali lah nak kenal. And, cili kering tak dijual sama section dengan cili-cili lain ye. Cili-cili lain selalu dijual bahagian sayur, cili kering pulak section barang-barang kering, sekali dengan bawang bagai. 

Nampak je macam senang gais, kalau salah beli ni, menggelupur jugak kau nanti. Satu kategori ni kau boleh pecah lagi 3-4 sub-kategori bawah dia. Menangis kau nak ingat ni. Nah tips orang dah bagi. 



Cili kering ni lah yang meng-spoilkan mood petang mantai mama, sebab semua yang mama masak pedas. Kuah kacang, rendang daging, sambal sotong habis semua dia tapau pedas. 

Harap-harap membantu lah ye kamus mama ni. Hihihi.

Monday 17 June 2019

In My Definition of ... Kek Coklat Kalut

Assalamualaikum.

Cerita dia bila petang semalam, ada sedara call nak datang beraya. Main dish dah ada dah, tapi biasalah mama, rasa macam tak syiok pulak kalau semata-mata hidang main dish aje. (Walaupun kuih raya ada je). Last minute decide nak buat brownies kedut. 

Nak buat brownies, tepung takde. Kahkahkahkah. (Sila gelak kuat-kuat). Orang dah nak datang lepas asar, mama pukul 3 baru nak keluar cari tepung. Patut kena pakai tepung naik sendiri (self-raising flour), tapi dekat tempat mama pergi tu takde, kalau nak jugak kena pergi tempat lain, dah mama malas. Kang pepandailah aku mengoter, kata mama dalam hati. Hehehe.

Buka balik buku resipi, cari resipi. Mama pernah dulu sekali buat brownies kedut ni. Diulang, SEKALI, yang entahlah dah berapa tahun lepas tu, kau ingat mama ingat ke resipi dia? Memang taklahhhh. Alangkan student yang mama ajar sem ni pun kalau terserempak tepi jalan mama lupa, lagi lah resipi yang tenggelam tak timbul-timbul ni. Sekali tengok resipi dia leceh pulak, pakai gram-gram. Nak kena timbang bagai, lambat. Masa dah suntuk ni. Solution terakhir, mengadap  Fb Cikgu Viral lah. Hehehe. 

Mama follow resipi yang ni.

Expectation.
(source: FB/Azlina Ina)




Reality. 

Bukan salah resipi ye, salah mama sendiri. Patut nak buat ni kena bertenang-tenang, kena focus and kepala kena clear. Mujur jugak jadi kek coklat, hehehe, so orang pun tak tau yang sebenarnya tu brownies tak jadi. Siap puji sedap pulak tu. Hahahahahampeh. Buat brownies pun fail.

As a cake, not bad lah. Taste ada, rupa ada. If you are expecting a brownies, definitely it not one laaaa. Still worth it to give it a try. 

KEK COKLAT 
Bahan-bahan:
1 cawan (150g) marjerin/ butter
1/2 keping dark/cooking choclate 
1 cawan gula perang
3 biji telur 
1 cawan (100g) tepung gandum 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan coklat cip
Sedikit esen vanila

Cara-cara:
1- Cairkan marjerin, coklat and gula over a low-heat. Setelah coklat and marjerin cair, padamkan api dan ketepikan. 
2- Dalam bekas yang berlainan, pukul maja telur dan esen vanila. Pukul macam kita nak buat telur dadar gitu. 
3- Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur. Kacau rata. 
4- Ayakkan tepung gandum, soda bicarbonate dan baking powder kedalam adunan tadi. Kacau rata. 
5- Masukkan 3/2 cawan coklat cip ke dalam adunan dan kacau rata. 
6- Masukkan semua adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter. Taburkan lebihan coklat cip tadi. 
7- Bakar pada suhu 150-160C selama 40 minit atau hingga kek masak. 
8- Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan sebelum dihidang. 

p/s:
#1- Tak perlu pun cairkan gula tu. Biar tak hancur pun takpe. Gula perang bukan besar pun grain dia.
#2- Resipi mudah, tak perlu segala mixer atau apa-apa peralatan yang high-end pun.
#3- Masa bakar, guna api atas-bawah and letak tray betul-betul tengah oven (jangan terlalu bawah, and jangan terlalu atas), baru kek akan dibakar evenly. 
#4- Make sure sukat menggunakan cawan yang sama, tak kisahlah jenis cawan macam mana pun yang korang pakai. 









Thursday 13 June 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Petai

Assalamualaikum.


Ni adalah post mama kat ig masa first raya, tahun lepas. Yeah, you read it right. Raya tahun lepas, bukan tahun ni. Walaupun dah setahun berlalu, nasi goreng petai mama is still relevant rupanya. Hihi. Laku keras oiii masa tu. 

Mama masak lagi nasi goreng ni masa sahur 29 Ramadhan, hari Isnin hari tu. Masa tu, Kakngah and family baru sampai kampung. Kebetulan, dalan peti ais memang ada mama simpan nasi sejuk. Nasi ni memang nak kena habiskan sebelum raya sebab nak clearkan peti sejuklah. Nak masuk lauk raya pulak. Pulak tu, hari tu memang nak berbuka kat luar pun. 

Masa yang raya tahun lepas tu pun, tak cukup jugak. Tuan rumah pun bukan main dia punya kebulur masa tu. Yang tetamu pun sama naik kebulur jugak. Jadi lah merasa sorang sejemput. Hahaha. Lepas ni, kena masak banyak sikit, biar puas semua orang makan. Kau jangan nanti time mama masak banyak-banyak, kau makan sikit eh. Aku ketuk jugak kepala kau dengan senduk. 


NASI GORENG UDANG PETAI
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
2-3 biji cili api bangla - ditumbuk
1 labu bawang besar (size M) - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Sejemput ikan bilis - ditumbuk
5-6 ekor udang
Sedikit petai

Cara-cara:
1- Gaulkan nasi putih dengan garam. Ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan. 
3- Masukkan petai dan goreng seketika . Angakat dan ketepikan. 
4- Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau dan garing. 
5- Masukkan udang dan petai. Kacau rata. 
6- Masukkan nasi dan gaul rata. 
7- Siap dan sedia untuk dihidang. 

Wednesday 12 June 2019

In My Definition of ... Terung Pedas

Assalamualaikum.

Sejak dah makin berusia (amboi. Dah macam warga emas je bunyinya). Yelah, sejak dah makin kurang remaja ni, rasanya selera makan tu pun, kalau boleh nak yang pedas-pedas aje. Kalau tak berapa pedas tu, macam tak puas pulak makan. Kalau pedas sangat pun, tak puas jugak makan. Haih lah. Serba-salah semuanya.



 Cara masak sama je dengan sambal terung pipit ni ha, cumanya kali ni guna terung helang lah pulak. Ada ke gitu? Hehehe.

Walaupun mama tak puasa, tapi macam letih pulak nak cakap banyak-banyak. Ahaks. Jomlah salin resipi.


TERUNG PEDAS 

Bahan-bahan:
1 biji terung - dihiris serong dan digaul garam dan kunyit. 
1 labu bawang besar (size M) - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
4-5 biji cili api - ditumbuk
Sedikit ikan bilis - ditumbuk
Minyak untuk menumis
Garam, gula secukup rasa
Sedikit kicap

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng terung hingga garing. Ketepikan. 
2- Tumis semua bahan tumbuk hingga garing. 
3- Perasakan dengan garam dan gula. 
4- Renjiskan sedikit kicap. Kacau rata. 
5- Masukkan terung dan gaul hingga semua terung disaluti sambal. 
6- Siap dan sedia untuk dihidang. 


In My Definition of ... Masak Lemak Jantung Pisang

Assalamualaikum.

Jantung pisang ni paksu bagi. Masa dia bagi, mama dok lah berfikir, bila lah aku nak masak ni, jangan esok-esok masuk tong sampah je ni. Yelah, masa dia bagi tu, plan dah penuh dengan takde satu pun hari nak masak kat rumah. Hahaha.

Esoknya, maksu ajak pi berbuka kat rumah dia pulak, sebab hari sebelum tu dia berbuka kat rumah kami. Main berbalas-balas pulak dah. Tu lah orang kampung i. Orang kampung u i tak tau. Hahaha. So, mama dah terbayang sodap jugak kalau buat masak lemak jantung pisang ni. Kawankan dengan ulam, sambal belacan, ikan masin, perghhhhhh. Dah nama pun balik kampung kan, tekak pun time-time tu lah dia pun teringin nak makan lauk-lauk kampung.


First time ni, mama masak jantung pisang ni. Makan, memang dah bertime-time dah. Tak payah cakap. Selalu memang ikut sedap tekak je mengorder. Hihihi. Walaupun first time, apa ada hal. Confident aje. 

Tapi tulah, pahit pulak. Tak taulah salah handling ke, memang jenis pisang yang jantungnya pahit ke, tak taulah. Rasa macam betul dah apa yang mama buat tu hari. Apa-apa pun, rasa dia sedap, cuma pahit tu jelah. Sikittttt je pun. 

Kalau ada yang berkenan nak meng-try, sila-silakanlah. 


MASAK LEMAK JANTUNG PISANG 

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang - dibersihkan dan dihiris
3 biji cili api bangla - ditumbuk
1 biji bawang besar (size M) - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit ikan bilis - ditumbuk
1/2 kotak santan 
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa
Sedikit air 

Cara-cara:
1- Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga jantung empuk. (Lebih kurang dalam 5-10 minit). Tosskan air dan ketepikan. 
2- Masukkan semua bahan tumbuk, asam keping, serai, serbuk kunyit dengan sedikit air ke dalam periuk. Didihkan seketika.  
3- Masukkan jantung yang telah direbus. Biarkan seketika. 
4- Masukkan santan dan kacau rata. 
5- Tambah sedikit air (jika perlu). Biarkan mendidh seketika. 
6- Sesuaikan rasa garam. 
7- Siap dan sedia untuk dihidang. 


Rezeki Balik Kampung

Assalamulaikum.

Bila balik Kedah, tak sempat nak risau pasal nak makan mana, apatah lagi pasal tak dapat makan. InsyaAllah, ada je rezeki tu. Makcik-pakcik yang ada kalau tau kami balik memang akan jemput pi makan rumah depa. Kami pulak yang kadang-kadang puas nak tepis. Bukan apa, kita ni kan ada-ada je plan nya. Takut kang dah berjanji, tapi tak dapat nak tepati.

Balik nak raya baru ni, maksu ajak berbuka rumah dia. Beria dia mengajak, kesian pulak. Sedara-sedara mama ni depa bukannya orang senang. Bila dia mengajak, kami seboleh-boleh nak mengelak, kesian ke dia. Kang bersusah-payah nak sediakan itu ini. Adoiii. Tapi tulah, depa ni hati besar. Apa nak buat...

Erti sebenar balik kampung
Lauk yang ada hari tu: Sambal telur pecah, sayur sawi, sup ayam, ikan goreng, ikan gelama masin, ulam, air asam, masak lemak jantung pisang, and KFC. Meriah sangat lauk ni, sampai tak habis and kena tapau bawak balik. 

Bila balik kampung, for sure, berat mama akan naik berkilo-kilo, sebab melantak tak ingat. Hehehe. Sebab tu masa belum balik kampung, mama kena diet kaw-kaw supaya esok-esok bila balik kampung, yang naik tu tak lebih dari yang turun. Hihihi. 




Tuesday 11 June 2019

Eid Mubarak 2019

Assalamualaikum.

Tajuk mesti nak arab-arab sikit, baru urban. Hahaha.

Raya tahun ni korang buat apa je? Mama dengan adik-adik dah setahun plan raya kitorang. Partner masing-masing jangan berani-berani nak kacau plan kitorang eh. Plan nya adalah tahun ni, semua pakat balik beraya di rumah pusaka. Yelah, rumah yang ditinggalkan oleh parents kita tu rumah pusaka lah kan? Rasa macam dah lama rumah tu tak meriah-meriah, padahal baru raya haji tahun lepas kitorang balik buat kenduri akikah si aqish. Hehehe.

Tapi tulah, rumah kalau dah nama rumah tinggal, memang kalau balik sorang-sorang memang lain rasanya. Dulu masa mak ada lagi, bila balik raya, tengok rumah berseri-seri je. Mana tak berserinya, naik letih orang tua tu mengemas. Bila dah jadi rumah tinggal ni, Allah, 3 hari mengemas pun tak siap-siap. Jenuh weh. Dah balik 5-6 bulan sekali, memang banyaklah yang nak kena di kemas. Bila dah penat, mama dah lantaklah kau situ. Elok semua dah siap kemas, dah cukup time, dah kena balik ke sarang pulak. And repeatlah menda yang sama sampai ke sudah.

Ada orang suggest, upahlah orang kemas rumah. Memang ada pun upah orang, tapi kemas luar jelah. Mesin rumput, tebang-tebang pokok, jaga laman gitu jelah. Mama and adik-adik belum sampai ke tahap nak percaya orang 100% sampai nak biarkan orang luar pegang kunci rumah tu. Abah Said (abah tiri) pun kami tak bagi kunci rumah tu tau.

Lagi 2 hari nak raya, mama and kakngah dah pergi shopping ayam, daging semua. Orang dah start potong lembu dah oiii. Beli lah daging 1 kg, tulang 1 kg. Pergi Pasar Tani, ayam mahal nak matiiiii. RM8/kg. Gila apa. Beli lah jugak 1 ekor. Ketupat palas, sebab mama malas nak balut sendiri, order je. Order dengan orang kampung 1kg, Mak Jah buatkan 1kg.

A day before raya, mama 100% focus kat memasak. Kakngah focus kat mengemas rumah. Walaupun banyak jugak yang mama dah kemaskan, tetap banyak jugak lagi yang nak kena kemas lagi. Untuk raya, plannya mama akan masak sambal kacang, nasi impit, rendang daging. Untuk berbuka, nak masak nasi lemak, so buat sambal sotong kering. ikan bilis goreng, telur rebus,ayam goreng berempah crispy, pastu nanti boleh makan dengan rendang sekali. Mama pun masaklah semua. Tapi telur tak rebus pun.

Masa berbuka, ramailah yang complain, semua makanan pedas-pedas belaka. Sambal pedas, rendang pun pedas. Ayam pulak macam dah nak busuk. Disebabkan terlalu banyak complain, mama pun rasa down and satu hapah gambaq pun takde. Kan mama pernah cakap, mama ni tak tahan kecaman.

Rasa tak puas hati tu macam tak settle-settle lagi sampai ke hari ni. Rasa nak marah je dengan semua orang.

Sekian, cerita raya mama.


dari kami sekeluarga.