LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 30 December 2016

In My Definition of ... Icecream Cake.

Assalamualaikum.

2nd birthday adik bulan lepas, mama dengan papa ecided untuk celebrate lambat 2 minggu dari tarikh birthday dia, sebab masa tu semua adik-beradik papa balik. Meriah oiii. Penuh rumah nenek.

Nak belikan kek BR, memang tak la. Mama kan kedek. Hehehe. So, i came across this idea. Jimat pun jimat jugak. Hihi. Yang penting sodapppp.


Dari segi conceptnya, the cake will be like macam yang mama sketch ni la. Siap sketch bagai, kau mampu? Hahaha. 

and hasilnya... tadaaaaa....


Murah je uolsss. Yang pasti, laku keras ok kek aiskrim mama ni. Korang tryla. Hihihi. 


ICECREAM CAKE

Bahan-bahan:

1 tub ice-cream. Mama guna ice cream Vanilla Cookies Wall's
Choclate ganache secukupnya
Fresh Strawberries
Kitkat
Daim

Cara-cara:
1- Kelurkan aiskrim dari bekas dan letakkan diatas pinggan yang sesuai. 
2- Curahkan chocolate ganache mengikut preference. 
3- Susun kitkat, daim dan strawberries.
4- Masukkan sedikit chocolate ganache ke dalam piping beg dan drizzle over the cake. 
5- Ready to serve. 



p/s:
#1- Aiskrim kalau boleh biarkan dalam freezer selama yang boleh. Macam kes mama, sebab transport ke sana-sini, so aiskrimnya dah cair. Walaupun kemudiannya dah masukkan dalam freezer, still tak sempat nak beku betul-betul.
#2- Pastikan chocolate ganache tu dah betul-betul sejuk sebelum dituang ke atas aiskrim. Kang cair pulak aiskrimnya. Mama sediakan chocolate ganache ni the night before, so esoknya memang dah confirm sejuk.
#3- Mama bukanlah big fan of icecream pun, tapi bila makan semuanya in sekali ngap, memang sedap oiii. Ini serious!
#4- Siapa-siapa yang try ni, cer comment sikit.

Saturday 26 November 2016

In My Definition of... Char Kuetiaw

Assalamualaikum.

Kat Melaka ni susah nak dapat char kuetiaw yang rasanya sama macam yang kat Kedah nun. Char kuetiaw ni kalau nak yang authentic punya kena pi kat Kedah or Penang sinun. 

Dah banyak sangat cengkadak, cer try masak tengok. Best ke idok. Hehe

Mama masak ni dah lama dah. Masa bulan raya puasa tu ari. Ada orang nak datang beraya, so mama masak ni jelah. Masak yang senang aje sebab tak cukup assisstant. Hehe. 

Let's checkcheckcheck it out, bebeh.


CHAR KUETIAW


Bahan-bahan:
Sebungkus kuetiaw (200g-300g)
Udang -dibersihkan dan direbus seketika. (Diambil airnya)
Isi Kerang
Daun Kucai
Taugeh
2-3 ulas bawang putih- dicincang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar fish sauce
1 sudu besar kicap manis
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan udang, kicap, dan fish sauce. 
4. Perasakan dengan garam dan gula (jika perlu). 
5. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau seketika.
6. Leraikan kuetiaw hingga tiada lagi yang bergumpal. 
7. Masukkan kuetiaw, kucai dan taugeh. Kacau rata. 
8. Pecahkan telur dan kacau seketika. 
9. Padamkan api.
10. Sedia untuk dihidang. 

 p/s:
#1- Cili kisar boleh diganti dengan sambal (read: cili yang dah dimasak).
#2- Kepala & ekor udang boleh direbus sekali untuk dapatkan stok. Nak lagi sedap, lepas dah rebus tu, blendkan and tapis ambil airnye aje. Udang letak tepilah, jangan diblend sekali pulak.
#3-Char kuetiaw is best served masa panas-panas. Jangan kering-kering sangat kuetiawnya. Biar berkuah sikit. Nak lagi sedap, makan dengan cili jeruk ni ha.




Saturday 12 November 2016

In My Definition of... Talapia Fillet Sweet Sour

Assalamualaikum.

Susulan daripada kemenangan mama dalam petandingan memsaka masa Hari Kantin sekolah along tu hari, mama pun berbesar hatilah nak share resipi kemenangan. Kahkahkah. First time ni weh, haruslah menjobo lebih.

Pi ambik pen dengan qetaih, kaih. Salin elok-elok na...

Talapia Fillet Sweet Sour
Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia, difillet dan dihiris jejari. 
1 ulas bawang putih, ditumbuk
Sedikit tepung jagung
Serbuk Lada putih
Serbuk Lada hitam
1 sudu cili, dah siap blend dengan bawang merah & bawang putih
Sedikit nenas, didadu. 
Bawang besar, potong bulat
2 helai daun limau purut, diracik
Sos cili
Sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng. 

Cara-cara:
1- Perapkan ikan dengan bawang putih yang telah ditumbuk, sos tiram dan lada putih (dan lada hitam jika suka).
2- Dalam bekas berasingan, satukan tepung jagung, lada putih, lada hitam dan garam. Gaul rata. 
3- Godek-godek isi ikan yang telah diperap tadi kedalam campuran tepung. Pastikan keseluruhan isi ikan disaluti tepung. 
4- Panaskan minyak. Apabila minyak betul-betul panas ( berasap sikit), masukkan isi ikan yang dah disaluti tepung tadi. 
5- Goreng hingga ikan garing. Angkat dan ketepikan. 
6- Ketepikan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
7- Tumiskan cili blend tadi hingga garing. 
8- Masukkan daun limau purut, nenas dan bawang merah. Kacau seketika.
9- Jika inginkan lebih berkuah, masukkan sedikit air. 
10- Masukkan sos cili, sos tomato dan perasakan dengan garam dan gula. 
11- siap. Sedia untuk dihidang. 

 
p/s:
#1- Pastikan guna api dapur yang paling tinggi. So tak payah nak masak ikan tu lama-lama. 


Friday 11 November 2016

Pertandingan Memasak

Assalamualaikum.

Masa bulan 10 tu hari, sekolah along ada buat Hari Kantin. Dalam flyers yang diorang edarkan unuk promosi tu, adalah one of the event, Pertandingan Memasak. So, mama un apa lagi, menggeletisla nak masuk. Mama kan selalu fefeeling masterchef  kan. Time ni lah nak tunjukkan bakat tu. So, bila tanya organizer, katanya tema adalah ikan air tawar. Dalam banyak-banyak ikan air tawar, ikan talapia saja yang mama makan. So, ikan talapia lah pilihan mama jawabnya. 

So, malam tu, pukul 9 jugaklah rasanya keluar cari barag. Nak tunggu esok dah tak sempat uolss. 

.
.
.

Dipendekkan cerita, har kejadian, mama pun pergilah ke sekolah along. Semangatlah katakan. Tentatif kta pukul 9, pukul 8.30 mama dah kehulu-ke hilir dalam sekolah along tu. Sekali, hambek kau. Dekat pukul 12 baru start.


Kau tengok punyalah semangat mama ni, senduk pun bawak. Hehehe. Organizer dah habaq dah awal-awal dioang cuma sediakan stove saja. Yang lain sila bawak sendiri. Segla mak nenek semua mama bawak, tapi apron tak hade. Terpaksa menebalkan muka minta pinjam kat akak-akak yang jual makanan tu, tapi depa tak bagi pun. Nasib baik masa mama dok mencari tu, ada cikgu sudi pinjamkan apron dia. Kalau tak, habislah mama, kalah sebelum bertanding. Kuikuikui. 

Yang kelakarnya pasal pertandingan ni, ada 4 penyertaan je pun. Tapi tak taulah wrong information ke apa, yang 2 penyertaan tu datang bawak makanan dah siap-siap masak kat rumah. Kau dah kenapa? Terus disqualified. Tinggallah mama berdua dengan contestant lagi sorang tu. Masa ni, mama dah macam termalu sebab rasa macam over sangat. Hahaha. 

Chongchengchongcheng, dah siap. Masa dia bagi 1 jam, tapi dalam 30 minit je dah settle kitorang dua orang. Mama masak apa?

Talapia Sweet Sour, served with Nasi Minyak and Garden Salad. 
Antara kriteria yang dia ambil kira adalah kesedapan masakan (50%), kreativiti (30%), and kebersihan (20%). Mama konfiden lebih tang kreativiti tu sebab, yelah, mama siap fillet kot ikan tu. Punyalah susah. Lembab pulak tu. I hate 'lembab'ness. 

Akak sebelah pun masak benda yang sama jugak macam mama, sebijik sejibon. Hahaha. 



 
Menegokkan masakan yang diorang dah siap masak dari rumah ni, down sekejap mama. Siap kira kalori bagai ni, kalah la mama macam ni. Entah berapa kalori masakan mama, macam mana nak kira pun tak tau.  Nasib baik diorang disqualified, kalau tak makin tipislah harapan mama nak menang. Kuikuikui. 

And, finally...(drumroll kuat sikit)


Menang woi! Hahaha. No. 1 out of 2. Dapat hadiah periuk dengan air tin je uols. Kelakar, tapi tak kesahlah, sebab now memang dah diakui masakan mama sedap. Kahkahkah. Phuiii. 

Ops. Zoom sikit kat hadiah tu, 
Kau mampu?
Mampus sampai 7 keturunan mama akan ulang cerita yang sama.










  

Tuesday 8 November 2016

Meroyan

Assalamualaikum.

Stumbled on the issue that my FB friend posted just now.



Isu ni isu basi lah. Tak lama sebelum ni dah pernah viral dah, ni lagi sekali? The same isu. Like, seriously? Come on lah parents weh. Hampa ni takde kerja ke? 

Mama wondering ni, dulu-dulu masa the parents ni sekolah depa tak duduk macam ni ke masa perhimpunan? Bukan baru hari ni sekolah suruh students duduk bersila atas tar jalan or lantai dewan macam ni. Mama dulu sekolah pun macam ni jugak. Bukan cara ni dari zaman tok kaduk lagi dah apply ke? What do they expect?

Kesian kat cikgu-cikgu ni. It's the generations they are dealing with. Not only the generations of students but also the generations of parents. 

Parents generation baby bloomers ni depa cool sikit. Macam atuk, nenek, mak ayah kita la. Mama tak berani nak mengadu apa-apa kat arwah abah. Jangan berani-berani nak buat hal kat sekolah, sebab abah confirm akan tau punya. Cikgu semua tag team dengan abah. Adoilah. 

Parents la ni generation X, Y, Z pun dah ada dah. Kalau sekolah rendah tu, kurang-kurang baya mama ni dah ada dah. Selalu yang banyak hal ni parents yang educated. Alamak, lu bikin malu group ajelah. 

Banyak jelagi mama nak bebel. Save for next time la pulak. 



Friday 21 October 2016

Anakanda 1

Assalamualaikum.

Amboiamboiamboi. Lama kemain mama bertapa ye? Sorrylah uolss. Mama buat-buat buzy aje uolsss. Hahaha. Ada ke orang rindu mama? (krikkrik...)

Lama dah tak membebel kat sini, macam mati kutu kejap. Hehehe. Oklah. Hari ni mama nak curhat la sikit. Nak cerita perkembangan selama pertapaan, gambar pulak tak boleh nak transfer. Adoiiiila. Nanti-nanti, bila mama dah berjaya transfer, mama cerita bertubi-tubi. Hahaha.

Along, 4 tahun lepas.
Setiap pagi, pergi sekolah papa akan hantar. Kalau papa takde, mama akan take over hantar along. Tengahari, along akan balik dengan Teacher Yong ke sekolah angah. Mandi and makan, lepas tu teacher yong akan hantar along ke sekolah agama. Balik sekolah agama, mama or papa akan jemput, tengok siapa yang sempatlah. Once in a while, bila mama free, mama akan jemput along. Sama jugak macam papa. If hari tu papa buat kerja kat rumah aje and tak buzy, papa akan jemput along.

Mama tak taulah apa perasaan along bila bukan parents yang jemput setiap hari. Ada yang cerita, along nampak tak happy bila teacher yong yang jemput dia setiap hari. Sebagai seorang mak, of course la mama rasa sedih. Rasa macam mama ni bukan mak yang baik. 

Jarak sekolah along dengan tempat kerja mama tak jauh pun, 10 minit drive dah sampai. Jarak bukan masalah. Yang jadi masalahnya sekarang ialah bila mama pergi kursus or bengkel. Setiap tahun, mama wajib attend 42 jam kursus. 

Masa along darjah 1, memang mama yang akan jemput and hantar dia kat sekolah angah. Masa tu, mungkin sebab tengh dalam fasa nak adapt dengan suasana baru ke apa, along ni asyikla buat perangai. Bila sampai depan sekolah angah tu, dia taknak turn kereta. Time tu, agak selalu lah jugak bila dia buat perangai, mama ikutkan je. Dia nak ikut mama pergi office, mama pun bawak. Bila mama ada hal and tak dapat jemput dia, mama akan inform teacher yong untuk tolong jemput. 

Sampailah satu hari tu... mama ada course and mama lupa nak inform teacher yong untuk jemput. Dia dok kat sekolah sampai pukul 5. Itu pun tau pasal staff kat sekolah call, diorang dah nak balik. Masa papa call bagitau mama, mama sangat confident yang mama dah inform teacher. Rupanya, mama lupa noks. Balik tu, memang mama rasa tak boleh nak angkat muka mama nak pandang dia. Rasa guilty sangat. Malu dengan orang kat sekolah tu pun ye. 

Since then, memang mama terus minta teacher yong yang jemput. Tie tu, teachers pun takde inform apa-apa kat mama sebab diorang ingat mama bawak along pergi office. See? Bukan takat mama je jadi confuse, habis semua orang pun confused jugak. 

Since then, kalau keadaan tak terdesak, takde maknanya mama nak jemput. Ko pesanla 18 juta kali pun. 

Kadang-kadang, bila kita tengok orang tu tak buat macam apa yang kita buat, there must be their reason. Macam kes mama ni, mesti orang ingat mama lah yang tak abik, anak sendiri pun lepas tangan bagi orang yang uruskan. Ada depa tau kenapa mama buat macam tu?Stop judging, peeps!




Friday 15 July 2016

In My Definition of... Peria Goreng Pedas with Udang

Assalamualaikum.

Mood nak ceciter raya belum mari, tapi mama rasa tak sesabar nak share resipi ni. Hihihi. Tetiba je masa tengah puasa tu hari, teringin nak makan peria. Taktau apsal, tetiba teringin. Orang Melaka panggil kambas. Bila mama cakap peria, papa kata, kambaslah. Mama tanya, tak sama ke kotla entiti berbeza ke kan?  Sama je uolssss.

Nampak nau dah menua. Sebab orang tua-tua je yang suka makan peria ni. Mama masa lebih muda, tak makan pun. Yelah, orang selalu kata peria ni pahit. Kita yang dengar ni rasa macam euwww...terus takut nak makan, kan? Sekarang ni bila dah cuba, rasa macam.. pahitlah sikit. Tapi takdelah pahit yang melekat sampai ke sudah tak hilang-hilang tu.

Eh, cubalah try sendiri.



PERIA GORENG PEDAS WITH UDANG

Bahan-bahan:
500g Udang-dibersihkan dan digaulkan dengan garam kunyit
1 biji peria katak (sederhana besar)-dihiris nipis dan direndam air garam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili api sesedap rasa
1 sudu kecil udang kering-direndam seketika
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng udang hingga masak dan ketepikan. 
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan udang kering hingga lumat.
3. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak goreng udang tadi. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
4. Masukkan peria dan goreng hingga peria lembut. 
5. perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan udang dan gaul rata. 
7. Sedia untuk dihidangkan. 

p/s:
#1- Aboi sedapnya makan dengan nasi panas-panas. 
#2- Katanya, peria tu bagus untuk kencing manis, eh? 

Tuesday 28 June 2016

Mabuk Kuih Raya

Assalamualaikum.

Mama tak ingat exactly bila, tapi rasanya adalah kot dalam 2-3 minggu sebelum puasa tu hari, mama melantak tester kuih raya. Sudahnya, esok tu mama mabuk. Dengan peningnya, asal bangun je muntah. Nak makan pun tak lalu, sebab seriously, rasa nak muntah aje. Dengan sakit perut lagi. Memang melepek jelah sehari tu. Eh, mama dah melepek macam tu, elok pulak anak-anak bujang mama Behave je. Pandai pulak.

Dah pening-pening, muntah-muntah tu, mama pun naik confuse kejap. Ni mabuk sebab pregnant ke apa ni? Dah sudah! Terus paksa papa beli pregnancy test kit and test. Hahaha. Negatif uolsss. Tak payah nak kecewa-kecewa sangatlah! Hahahaha.

Samapai ke hari ni, saat tinggal kurang seminggu je lagi nak raya ni, mabuk mama tu dok ada lagi. Punyalah banyak iklan kuih raya kat FB tu, sikit pun mama tak terliur. Bukan takat tak terliur, siap dengan pakej mual sekali.Kau mampu? Padahal, kalau time tengah puasa ni, kau tengok kartun pun kau teringin. Hahahaha. Mama lah tu. Tengok makanan dalam Upin&Ipin macam best je.

Ada hari tu Mrs. Kecik bagi kuih raya dia suruh rasa, Nampak macam sedap, tapi dah jadi crumble dah a mama punya tu. Teringat semalam, pastu nak makanla, pastu tiba-tiba tak jadi. Sebab tiba-tiba macam ual. Hahahah. Saiko betul. Ni apa ni ha? Fobia ke trauma ke? Ke ngengada je? Hahaha.


Kuih yang mama dah order tu, acaner tu?


Monday 27 June 2016

Kenangan Dulu-dulu

Assalamualaikum.

2-3 hari ni asyik teringat dekat arwah mak and arwah abah je. Maybe penangan nak balik Kedah hujung minggu ni kot? Tahun ni sebab raya jatuh tengah-tengah minggu, mama plan balik Kedah before raya. Sama je pun balik before or after raya. Tempohnya sama je. Selama ni kitorang raya ke-2 memang beraya atas jalan je. Jarang la raya ke-2 tu pergi beraya. Tahun ni nak buat kelainan sikit. Mama dah sound awal-awal eh kat papa. Sound hokayy? Tak tahannnn. Hahahaha. Iyelah uolsss. Kang dibuatnya melanguk jek kat rumah, tak mati kutu pulak kau.

Eh, mama nak cerita pasal lain sebenarnya. Hahaha.

Ok, dulu masa kecik-kecik kalau bulan puasa tu memang kemain meriah hoiii. Meja makan tu memang penuh makanan je. Dengan kuih 4-5 jenis, nasi dan lauk-pauk, eh... mcam-macamlah ada. Selalunya kuih memang abah akan belilah. Sampai sekarang mama masih kagum dekat arwah abah. Macam mana abah boleh beli macam-macam kuih hari-hari. Hari-hari lain-lain kuihnya ye. kecuali kuih yang anak-anak suka, yang tu memang hampir setiap hari la ada. Macam mana la abah boleh beli, takde hari yang abah mati kutu, tak tau nak beli kuih apa, lalu balik rumah tangan kosong. Tak pernah, ok?! Mama pergi bazaar, pusing-pusing apa pun tak beli. Tak tau nak beli apa. Hahaha.

Yang kami adik-beradik paling suka, murtabak la. Yelah, dulu-dulu time bulan posa je kau boleh jumpa murtabak pun. Tu yang hari-hari nak hadap tu je tu. Jakun.


Kat Kedah nun (utara, generally) kami makan murtabak dengan jeruk bawang. Sedap oii. Orang Melaka (selatan, generally) makan murtabak dengan kuah daal. Erk...pda mama, rasa dia macam tak sampai camtu. Hehehe. Selama 10 tahun mama kahwin dengan papa ni, adalah 2-3 kali jek mama pernah terserempak orang jual murtabak ada kuah bawang ni, dekat Melaka ni ha ( Jasin, specifically). 

Masa kami adik-beradik kecik dulu, adik-adik mama depa suka makan inti murtabak tu je. Nanti habis semua isi depa korek, hujung-hujung tinggal kulit ja kat orang belakang. Orang belakang tu mama la. Mak dengan abah jarang nak makan sangat murtabak ni masa tu. Andddd... mama memang suka kulit dia je. Hahaha. Kadang-kadang mak bising jugak bila tengok kulit murtabak tu je terkontang-konting dalam pinggan. Ayat "Nanti sapa nak makan?" tu dah biasa dah. Hehehe. Last-last nanti tengok licin jugak pinggan tu. Hehehe. 

Sekarang ni taktaulah depa macam mana. Dah lama sangat tak buka posa sama-sama kami 4 beradik. 






Tuesday 21 June 2016

Masak vs Beli

Assalamualaikum.

Mama ni kan, kalau hari-hari biasa tu kemainlah pemalas nak masuk dapur, nak masak. Rajin sikit pun kalau weekend je. Weekdays memang kirim salamlah. Kadang-kadang tu rasa bersalah jugak kat papa and anak3 sebab asyik beli je, tapi tulah. Kadang-kadang tu, kepala dah set dah nak masak apa semua, tapi tiba-tiba bila dah sampai rumah papa offer pulak makan kat luar, eh... tetiba terasa malas. Hahaha.

Itu yang bulan puasa ni kemain berazam bagai. Hahaha. So far, so goodlah. Walaupun ada hari-hari yang mama beli jugak (terpaksa), tapi oklah. Compared to hari-hari biasa lah. Harap-harap bertahanlah. Yelah, dah sebulan kau berlatih, kalau tak lekat jugak, memang mintak sekeh la namanya tu. 

Bazar Ramadhan
(source: google).

Ada hari-hari yang mama memang sorang, samada papa tak balik atau pun papa balik lambat. So, nak masak memang semput la. Terkejar-kejar. Dah cuci beras, masak nasi. Pastu goreng ayam ke. Sambil tu, lari kejap gi solat. Pastu datang balik teruskanlah masak apa-apa. So, dalam keadaan kalut macam ni, one-pot cooking atau slow-cooking atau campak-campak adalah the best option. Kalau yang jenis kau nak kena bertenggek depan dapur tu, nak kena godak sepanjang masa lauk kau tu memang kalau boleh elakkan la. 

Adik ni dia suka kalau mama laid back, duduk dalam bilik je dengan dia. Adoii. Mama ni manalah boleh tahan terbaring aje dik oiii. Selalu tu, memang berkejar dengan dia la. Along angah ada pun dia bukannya heran sangat. Kalau kena time tak merengek, okla sikit. Takdelah bingit nau telinga kau. Tapi dah dia ikut datang dapur pulak. Habis segala botol rempah dia buat mainnya. 

Ada hari mama beli jugak. Especially kalau dah tak sempat sangat nak masak. Atau pun tetiba hari tu ras nak layan adik je, so mama akan beli je. Nak beli pun nak kena pilih jugak. Bukan apa, takut indah rupa dari rasa. Bulan puasa ni kan tastebud jadi lebih sensitif. Nak yang sedap aje. Sekarang ni, kalau beli memang pilihan mama ayam penyet jelah. And mama akan beli dari sorang ni je.  

From my point of view, tak salah pun kalau kau beli. Takkan sebab kau beli makanan untuk anak kau makan, kau bukan mak yang baik. And bukan jugak sebab kau beli makanan untuk hidang pada suami kau buat kau jadi kurang mithali sebagai isteri. No. There must be a reason behind yang kita sebagai orang luar tak nampak. Don't judge. 

Bila mama masak (untuk berbuka),it's like mama in the middle of a war. Punyalah kalut. kenapa kena kalut? Sebab mama nak makesure by the time azan, papa and anak-anak mama ada makanan untuk depa makan. Memang mama akan jadi super penat lepas tu, sebab lepas kerja tak sempat duduk terus sibuk kat dapur pualk, tapi mama puas hati. Puas hati papa and anak-anak makan hasil air tangan mama. Kalau dengan sebab memasak ni mama jadi mithali, alhamdulillah. Tapi bukan tu yang mama kejar.  

My bukak posa be like...






  



Ramadhan 11437H: Day 8-Day15

Assalamualaikum.

Amboii lamanya tak update, sampai mama pun dah lupa dah berbuka masak ke beli. Hahaha. Iye uols, kecundang jua. Terpaksa beli sebab rasa macam lotih bonar, tak larat dah balik nak masak. (Alasan sangat ni..) Hihihihi.

Day 8: Kari Ikan Senangin


Dah lama tak makan kari. Tetiba rasa nak makan kari ikan, singgah kedai beli bendi, balik tu berkuntau jugakle mama kat dapur tu. Hihihi. Nasib baik sempat siap before azan. 


Day 9: Telur dadar & Kari semalam
Masa ni tak masak, sebab papa tak balik. Papa stay kat Pontian sebab kerja ada lagi belum settle. Kari pun ada lagi belen, so panaskan and buat telur dadar. Dah. Settle.  Bila makan telur dadar berkuah kari ni teringat masa 10 tahun lepas masa baru kahwin dengan papa. Mama suka makan macam tu kalau pi makan kat kafe kolej papa. Masa tu kami dok asing lagi. Papa kolej lain. Mama kolej lain.

Day 10: Beli ajelah lagi.

Day 11: Sechuan Chicken 


Sechuan chicken terlajak hitam. Hahaha. Tibai lah. Lainlah sikit. Kalau tak asyiklah sambal. Balik-balik sambal. 


Day 12: Sambal Sotong & Telur dadar.


Telur dadar is wajib especially bila mama masak lauk yang mama rasa macam along tak makan. Along ni makan dia susah sikit. Dia ada lauk-lauk and haiwan-haiwan tertentu je yang dia suka makan. So, nak selamat, mama buatkanlah jugak telur dadar untuk dia. Sambal sotong yang dah postpone 14 kali sebab macam-macam hal. Akhirnya menjadi sambal jugak kau ye, sotong. Hahahaha.  

Day 13: Beli la lagi. 

Day 14: Tomyam Poktek & Kuihs




Rajin pulak mama menggentel kuih. Hehehe. Tu pun jenuh, puas menepis tangan-tangan halus itu. Kacau ajelah dia tu.

Day 15: Ayam Sambal Negro & Stir-fry Kobis Mini.


Ayam Sambal Kicap terlajak hitam habis. Hahaha. 

Eh. Sambung lagi nanti. Nak pi kelas dulu. 

Daaaa~










Tuesday 14 June 2016

In My Definition of... Telur Bistik

Assalamualaikum.

Apa beza telur bistik dengan telur bungkus? Sapa tau, cer angkat tangan. Hehehehe. Rupanya kan, telur bungkus dia bungkus inti tu, meanwhile telur bistik, dia curah jek inti yang dia masak tu atas telur. Mama pun baru jek lagi tau ni. Ekeleh. Kecoh. Konpius kan masa nak order, tu yang interview sikit brader toyam tu.

Kalau dah gitu kekdahnya, mohle kita masak kat rumah. Hehehe. Hari kau balik lambat, kepala kau kemain ligat lagi mikir amenda paling cepat dimasak. Ada la masa tu mama terpikir nak masak mende ntah, tapi tak jadi sebab kang along tak makan pulak. Sian jugak kat dia. Kawan penat puasa. Last mama tanya, boleh tak masak telur dadar, dia kata ok, then set.

Here we go...

TELUR BISTIK



Bahan-bahan:
2 biji telur
1 bji bawang besar (L)
1 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mix-vegies
Sejemput daging kisar
Sos cili
Sos tiram
Garam, gula secukup rasa
Setangkai daun kari (optional)

Cara-cara:
1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan bawang (1/4) dan garam. Dadarkan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. 
4. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging tidak berketul. 
5. Masukkan mix-vegies dan gaul rata. 
6. Masukkan sos tiram dan sos cili. 
7. Perisakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing. 
8. tambahkan sedikit air jika suka berkuah. Setelah mendidih, padamkan api. 
9. Curahkan ke atas telur dadar tadi. 
10. Wallah. Sedia dihidang. 


p/s:
#1- Kalau nak telur dadar yang crispy ala-ala kedai tomyam, renjis sikit cuka masa tengah pukul telur tu. Lepas tu, goreng dalam minyak yang dah panas. Kalau takut telur hangus sebelum masak, pelahankan api dan tutup kuali sekejap. #Tips




Monday 13 June 2016

In My Definition of... Bubur Lambuk

Assalamualaikum.

Awal mama masak bubur lambuk aritu. Masak awal sebab nak bagi anak dara makan. Well, budak-budak memang suka makan bubur eh? Boringlah asyik makan bubur biasa yang plain tu jek. Kita menjobola sikit kita pandai masak bubur lambuk kat MiL kita. Kahkahkah.

Resipi ni has taken me wayyyy back to 2006-2007. Zaman baru-baru kahwin. Masa tu balik berbuka kat kampung, ada bubur lambuk. Masjid kat rumah MiL tu tiap-tiap tahun masak bubur lambuk. Tapi tulah, my tekak said tak sedap. Adehh. So, setelah mama belek-belek apa ada dalam bubur tu, plus riki-riki sikit dengan FiL masa tu, then terhasillah bubur lambuk style mama. Pada mama, inilah bubur lambuk tersedap tiada tandingan. Hahahah.(Iyelah, mama jelah yang masak terpaling sedap... Bluwekkk!)

Jangan tanya pasal bubur kampung baru yang famous seantero Malaya tu, sebab mama tak pernah rasa.

BUBUR LAMBUK 


Bahan-bahan
1/2 cawan beras, dicuci dan direndam seketika
1 biji bawang besar (M),ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 sudu besar udang kering, direndam dan ditumbuk
1 batang serai, diketuk
1/2 cawan mix-vegies
1/2 cawan isi ayam, dicincang
1 cawan santan
Stok ayam / Kiub ayam
Air secukupnya
Garamsecukup rasa
Daun pandan
Butter untuk menumis. 

Cara-cara:
1. Panaskan butter dan sedikit minyak. 
2. Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik bau. Campakkan jugak daun pandan.
3. Setelah agak garing, masukkan ayam dan gaul rata. 
4. Masukkan air (agak-agak) dan stok ayam. Masukkan beras. Kacau.
5. Masukkan mix-vegies. Kacau rata. 
6. Setelah beras cukup kembang, masukkan santan.
7. Sesuaikan perisa dengan garam.
8. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Isi ayam tu bolehlah diganti dengan apa-apa isi haiwan kegemaran. Daging boleh, udang pun sodap. Tapi udang mungkin lepas goreng sikit tu (sebelum masukkan air) kena keluarkan. Kang masak udang lama nau, dah tiada beza rasa udang kau dengan selipar. Kemain liat. Hihihihi. #Tips

#2- Masa tumis tu, kalau ada miyak sapi, apa kata campak jek sikit. Sedap jugak bubur kau nani. Creamy yummy. 

#3- Entah mana mix vegies mama.Dah hilang tak tau pi mana. Sumpah mama dah letak banyak. 


Tahun lepas ke dua tahun lepas, UiTM ada buat bubur kemain sedap. Mama biasa le, skeptikal sikit, takut tak sedap, tapi  bau mengancam hohoi. Amik sebungkus je, sekali sedapnya ya robbi sampai hari ni mengidam. Acaner tu? 

Errr...tahun ni ada lagi tak? 





Ramadhan 1437H: Day 2- Day 7

Assalamualaikum.

Baru sehari berazam, mama dah rasa macam azam mama akan bersepai. Rasa macam 'kenapalah mama pi gatai nak berazam ala kazam benda yang impossible ni? '. Hahaha. Well, me being me. Nothing is impossible. Kalau pemalas, ngaku ajelah. Tak payah nak kata impossible bagai. Hahaha.

Day 2: Telur Bistik.
Hari Selasa, plan asalnya nak habis kelas pukul 5 ke, thenchow chin-chau sebab nak masak,kan. Kang ada yang berbuka togok air je kang. Tapi dah habis kelas boleh pulak layan borak sampai 5.30 baru gerak balik. Jemput anak-anak zup-zap-zup-zap, sampai rumah dah pukul 6. Mana dengan belum solat asar lagi, dengan si kenit nak suruh layan dia dulu. Adoiiii. Steressss mama nak oi.

Dah takde masa mama nak berlek-lek lu. Dah macam hape buat kerja. Alhamdulillah, by the time berbuka, mama dengan along dedua dapat makan. Nasib baik.

Telur Bistik my wayyy.
Lauk sejenis jek sudehhhh. 

Day 3: Gantung Kuali
Hari mari menggantung kuali, sebab MiL kata, dia akan masakkan and datang berbuka kat rumah mama. Yehha. Takde gambar sebab bukan mama yang masak. Tak kuasa. Hahaha. 

Day 4: To the West we go. Hihihi.
Teringin nak makan pasta, tapi taktau nak masak what kind of pasta, last-last teringat ada lasagna, terus bikin beef lasagna. Masak sambil berkejar-kejar ni letih dia mentriple oi. Berpeluh ketiak kau bukan sebab penatnya memasak tu, tapi sebab nak berkejarkan anak kau yang kejap-kejap dia bukak peti ais, kejap-kejap lagi dia usik pantry kau pulak. Takde dia heran derr dengan cerita kartun dia. Kacau mama dia masak jugak ter-bestest. 

Beef Lasagna
Day 5: Kuali digantung lagi.
Eh, melebih-lebih pulak perempuan ni,kan. Hihihi. Abeh, dah papa offer kata tak payah masak, makan kat rumah mak dia, mama dengan senang hatinya lah, kan. Hahaha. 

Day 6: MiL lah yang masak. 


Mama cuma masak sayur jek. Itu pun sebab mama insist nak masak, kalau tak, mungkin semuanya pun MiL yang masak. Hihihi. Anak dia yang request. 

Day 7:Mama back in action. 
Huahuahua. Ntahpape. 


Punyalah banyak. Hahaha. Kan mama dah kata, nak cater selera setiap sorang. Weekend bolehlah mama layan, weekdays harap maklumlah. Asal kau dapat mencekik sudah. hahaha.

Day 8???
Tak tau lagi nak masak apa. Ni la dilema mak-mak. Hari-hari pening mikir apa nak dimasak.

Korang nak masak apa ni?


Tuesday 7 June 2016

In My Definition of ... Bubur Gunting

Assalamualaikum.

Mama pernah tengok satu rancangan masak-masak ni. And dalam cerita tu, orang ni masak bubur ni lah. Since then, terigau-igaulah mama. Hehehe. 18 juta tahun kemudian, barulah dapat merasa. Punyalah lama.


Kalau ikutkan resipi asal, patutnya kena gentel-gentel. Well, mama kan 'rajin', so kita gunting ajelah. Cepat sikit habehnya. Huahuahua. Hence, the name. 

Jom cekidaut!

BUBUR GUNTING

Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna makanan
1 sudu besar sagu mata ikan
5 biji pisang emas (optional), dipotong ikut suka
1/2 kotak santan
1 helai daun pandan, disimpulkan
Gula melaka
Garam dan gula putih secukup rasa. 

Cara-cara:
1- Tepung pulut dan air disatukan hingga menjadi doh. 
2- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan. 
3- Dalam periuk, satukan 1 cawan air, pisang, gula melaka, daun pandan, dan sedikit garam. 
4- Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan santan. 
5- Guntingkan doh ke dalam periuk, sambil dikacau.
6- Masukkan sagu dan kacau. 
7- Perasakan dengan gula putih jika kurang manis. 
8- Kacau sekali-sekali agar santan tidak berketul dan bergumpal. 
9- Padamkan api bila semua doh dah timbu dan sagu dah lutsinar sepenuhnya. 
10- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1-Sedap jugak makan sejuk-sejuk. Kalau ada lebih tu, simpan dalam peti nanti time sahur makan le.
#2-Doh tu bila dah masak, texture will be like buah melaka. Cheewy and goowey.  
#3-Sagu tu tak perlu pun masak lama-lama. 





Ramadhan 1437H: Day 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah day 1. Harap-harap dapatlah selesai 30 hari. Hehehe.

So, azam mama Ramadhan kali ni, selain aam-azam cliche yang lain, hehehe, say NO to Bazaar. Hahaha. Tinggi angan-angan. Besor harapan. asalahnya, boleh capai ke tewww? Well, let's wait and see lah!* wink *.

So, hari pertama korang makan apa jew? Mama masak simple-simple je.


Ikan tilapia goreng berlado, sayur labu air masak lemak dengan pucuk tauhu and ikan goreng. 

Menu nak yang simple je, tapi at the same time nak cater jugak selera dak kecik tu. 

and

Bubur gunting dengan pisang. 

Ada orang panggil bubur butir nangka, tapi sebab doh tu mama gunting, mama panggillah dia bubur gunting. Hihihi. Jangan risau. Takde gunting yang jadi korban dibuburkan. 

Hari ni kelas mama patutnya habis pukul 6. Adehh, hapelah nak masak ni hari ni? 
Korang masak ape da? 



Tuesday 17 May 2016

Oh Guru

Assalamualaikum.


HAPPY TEACHER's DAY 
to all teachers out there.

Mama sendiri ialah seorang cikgu. Walaupun kat sini students tak panggil mama 'teacher', my core business is teaching kot. Cikgu la jugak tu, kan? Cikgu orang besar la tapinya. Hihihi.

Bukan senang nak mengajar ni sebenarnya. Anak orang pulak tu. Macam mama ni, ajar budak yang dah sama besar jek dengan mama, masing-masing dah boleh jadi mak orang, bapak orang dah, bebel-bebel banyak sangat pun depa tak mau dah. Nak pukul? Silap-silap, kita kena pukul balik. 

Bukan semua orang sebenarnya layak jadi cikgu ni. Kalau nak dikira kelulusan  alone, memang ramailah cikgu-cikgi atas muka bumi ni. Tapi untuk layak that title 'cikgu' tu, kesabaran mesti mau tinggi. Ni kau kejap-kejap keluar asap, kejap-kejap keluar api, apa kau ni dinosor? Hehehe. (Mama le tewww.) Jadi pendidik ni (i.e cikgu) secara tak langsung, boleh melatih kau menjadi seorang yang bersabar. Students tak buat assignment? Takpe, sabar. Potong aje markah assignment nya. Hahaha. Eh, students sekarang ni macam-macam hal lah uolsss. Dia nak auta kita, apadia ingat kita ni lahir-lahir terus jadi pensyarah ke camne? Dia tak tau ke segala auta dia tu dalam poket kita je? Ckp macam ada pengalaman je. Eh? Hihihi.

Besar impak seorang cikgu ni. 'Kena dengan cikgu nya, insyaAllah, menjadilah kita. Mama dulu dekat sekolah memang minatlah sangat dengan subject add-math ni. Kau mampu minat add-math? Apahal yang kemain minat sangat ni? Sebab cikgunya lah. Dari Form 4 sampai Form 5, cikgu yang sama ajar add-math. Nama cikgu mma, cikgu Wan. Taktaulah apa aur cikgu Wan ni, tapi memang bila dia ajar mama paham. Tak taulah orang lain. Tapi mama memang pahamla. Mama masa sekolah dulu, mama suka bodek cikgu dengan jadi best student dia. Hehe. Nak jadi sweettalker, tak berapa nak sweet. Acah-acah pandai jelah. Hahaha. Mama rasa, cikgu Wan lah penyebab kepada cinta-mati mama pada math. (Puiii).

Kita suka cikgu yang cool. Tapi cool je, mengajar berterabur, errr... tokleh gi jugak. Nak mengajar tu pun, nampak macam senang. Nampak lah. Cubalah try test ngajor. Tengok susah ke senang. Hehehe. Nak bagi students faham tentang sesuatu  subjek tu, memang sabor jelah. Students ni jam, kau relatelah macam mana pun dengan isu semasa, belum tentu dia paham. Hihihi. 

Ramailah pulak yang teringin nak wish mama tahun ni. Hehehe. Terima kasihlah ye mengkome-mengkome semua. Semoga ilmu yang mama sampaikan akan jadi syafaat kepada mama diakhirat nanti lah, insyaAllah. 

oh, i love teachinggggg (tetiba). 

Monday 9 May 2016

Kalutness

Assalamualaikum.


These are the bags yang mama nak kena hangkut setiap hari. Hari isnin dia ada extra beg besar tu, hari lain dia takde. Beg besar tu ada toto and bantal angah nap kat sekolah, beg sekolah agama along, beg sekolah angah, beg shower along, beg shower angah and last sekali, beg adik. Ni baru 3 anak hohohohoi. Ni baru beg diorang 3 beradik ye. Belum lagi masuk handbag and beg kerja mama. Ada 18 juta beg mama nak kena hangkut semuanya. Salah satu tertinggal, menangis lah kau. Hahahaha. 

Ni kira ok lagi la sebab takde bakul susu ke apa untuk adik. Just bawak beg kenit tu jek. Susu, pampers and yang sewaktu dengannya dah ada kat rumah ibu. Nasib baik. 

Imagine the hussle yang mama kena hadap every morning? Pagi-pagi lepas solat subuh baru mama akan duduk and kemaskan beg diorang ni. Beg-beg ni, especially beg shower along and angah, mama tak boleh nak terus siapkan malam-malam tu sebab towel diorang basah lagi. So, nak kena sidai dulu bagi kering. Kang kepam. 

Kena hari yang ok, semua smooth je. Kena hari yang tak ok, terlari-lari mama nak siapkan beg-beg diorang ni. Dah macam hape. Tu yang kadang ada yang tertinggal.Sebab tu pagi-pagi, mama suka tenang-tenang je. Jangan dok nak buat kalut sangatla pagi-pagi ni.

Tapi kan, mama kena sound eh jumaat lepas. Ada orang sound mama, (berani dia sound mama eh???) katanya dia nak pakai baju, sekali terpakai baju angah, sebab mama tersalah beg. 

Eleh, kecoh. Dah bertahun mama siapkan beg korang, ni lah baru sekali kot tersalah? 


Baju masuk salah shower beg daaaa. Hahahaha. Adoi. 







Saturday 23 April 2016

In My Definition of... Sotong Masak Asam

Assalamualaikum.

Mama pernah tanya arwah mak, mana datang resipi ni. Takdele pelik nau-nau sotong masak asam tu, biasa je. Tapi cam pelik sebab tak pernah pulak jumpa kat mana-mana kedai atau restoren jual sotong masak gini. Mak kata, it was from Tok Maksu (nenek kitorang lah).

Mama rasa, masakan ni terhasil pun by accident la. Hahahaha. Tak percaya? Jom cekidaut resipi.


SOTONG MASAK ASAM


Bahan-bahan:
Sotong, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
1 sudu teh pes asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula sesedap rasa. 

Cara-cara:
1. Gaulkan sotong dengan pes asam jawa dengan garam dan gula. 
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak atas api yang sederhana hingga air sotong kering. 
3. Masukkan minyak masak dan kacau rata. 
4. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
1- Walaupun rupa dia macam tak semenggah sikit, percayalah cakap mama you'll neve had enough of it once u dah rasa. Sotong ni rasa dia masam-masam manis gitu. 
2- Sodap makan dengan nasi panas-panas. 

Friday 22 April 2016

Kisah Along di Darjah 2

Assalamualaikum.

Along ni  mama kira dia is a late bloomer. Yes. Sangat-sangat. Masa umur dia 3 tahun pun bercakap entah apa-apa bahasa. Rupanya telinga dia ada masalah. Dia ada impacted earwax and mende ni effect pada dia punya pendengaran. Kesian anak mama. Masa mama and papa belum tahu pasal masalah telinga dia ni, kami selalu la jugak marah-marah dia. Dia suka cakap benda yang salah, walaupun dah banyak kali dah kami dok betulkan dia. Rupanya dia tak dengar. Dia cakap apa yang dia dengar la. Masa tu dia selalu salah panggil mama and papa. Mama dia panggil papa, papa dia panggil mama. Padahal sebelum tu, dah elok dah dia panggil tu.

Mama start hantar along tadika masa dia umur 4 tahun. Nak hantar tadika mahal mama tak  mampu, masa tu mama kerja sorng. Papa sambung master. Hantar tadika perpaduan kat rumah atuk. Sampailah umur dia 6 tahun, masa report card day, cikgu cakap along ni dia susah nak belajar kalau ramai-ramai. Dia macam lost. Cikgu kena one-to-one dengan dia. Both bahasa and Math dia sangatttt kureng. Infact, dia tak reti baca pon lagi. Cikgu cakap, kalau arts, dia memang power. Seems that, dia pun minat dengan arts ni.

Anak bertuah. Pergi jadi tahfiz sana!

Sebagai mak, of coursela mama rasa tak boleh nak terima comment cikgu ni. Lagi-lagi bila mama ni katanya belajar bertingkek-tingkek. Tercabar ego mama ni oii. So, balik tu memang kenalah along ni. Bila mama ingat-ingat balik sekarang ni, mama rasa bersalah jugak kat along. Sebab mama marah-marah dia masa tu. Mama cubalah jugak ajar-ajar along bila balik rumah. Tapi seriess shit, ajar anak orang lagi senang oiii. Anak sendiri ni, ajar 5 minit dah rasa nak kitai-kitai. Punyalah susah nak bersabar tu.

Mama ingat lagi, later than that, cikgu pi cerita pasal along dekat atuk, and atuk cakap something yang totally mama tak boleh terima. Sampai hari ni mama rasa tak boleh nak maafkan pasal tu. Walaupun along dah provekan hari ni apa yang atuk cakap tu SALAH. Mama ingat lagi, mama bagitahu papa apa atuk cakap pasal along. And we both cried.

Masa tu, mama buat keputusan drastik, pindahkan sekolah along. Mama letakkan kepercayaan dekat Teacher Yong. Tadika Teacher Yong adalah the first tadika yang mama jumpa masa mama tengah cari tadika baru untuk along tu. Masa tu dah almost hujung bulan 3. Bincang itu ini sera-sikit, mama terus setuju nak hantar along and angah kat tadika Teacher Yong, starting next monthnyalah.

Bila along start sekolah situ, slowly dah nampak perubahan. Daripada tak tahu b-a bunyi apa, along dah boleh baca suku kata. Pelan-pelan. Takpe. Masa first meeting dengan Teacher Yong tu, mama dah cakap yang mama tak mengharap yang etravaganza sangat, mama dah cukup puas hati kalau dia naik darjah 1 nanti dia dah boleh baca sikit-sikit. What do you expect? Nak pandai baca macam ko dalam masa 8-9 bulan?? Agak-agaklah kot.

Masa dia naik darjah 1, ada cikgu yang dia suka. Dia jadi minat and seronok nak belajar. Walaupun along dikelas yang kedua, tapi mama tak kisah pun. Sir dia pun dah banyak kali cakap, anak murid teacher yong insyaAllah takde masalah. InsyaAllah, cikgu.

Sekarang along dah darjah 2. 2 hari lepas bagi kami satu kertas. Rupanya result periksa dia tu hari. Sebelum cuti sekolah bulan 3 hari tu, dia ada exam.


result exam along.  
Nampak ke tu? 

Along dapat nombor 1. Walaupun overall dalam darjah dia dapat nombor 20, walaupun markah dia biasa-biasa je, walaupun dia kelas kedua, mama tak kisah. Sebab now my boy has shone. Keep on shining, boy. Shine bright like a diamond. 

Budak ni lah yang dikata-katakan as lembam, tak tahu belajar. Selalu suprisekan mama. Never lower your expectation on him, because he is truly beyond your expectation. 

Whatever will be, i will never give up on you. Keep going strong, baby!

Nangis. 




Tuesday 12 April 2016

In My Definition of ... Ayam Masak Kicap Special

Assalamualaikum.

Kat rumah ni kalau hari-hari buat ayam masak kicap pun takpe. Iyelah, budak manalah yang tak suka ayam masak kicap,kan? Ada ke? Tapi itulah. Dah kalau hari-hari itu je lauknya, mak bapaknya pulak yang naik boring kan? Macamkan emaknya tahu masak itu jelah lauknya pun. Eheh. So, sebab taknak boringkan apaknya (eh!), kenalah mama menunjuk pandai mempelbagaikan jenis masakkan kicap. Hihi.

Maka, terhasillah...

AYAM MASAK KICAP SPECIAL



Bahan-bahan:
2 ketul whole leg, dipotong kecil 
1 kiub tomyam
1/2 biji bawang merah, ditumbuk kasar
1 inci halia, ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu teh pes asam jawa 
1 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 tangkai daun kari
1 pokok daun bawang, dipotong 1inci.
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit, dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. 
2. Asingkan minyak gorengan ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan tumbuk dan daun kari. 
3. Setelah naik bau, masukkan kiub tomyam. Kacau hingga kiub larut dan pecah minyak. 
4. Masukkan pes asam jawa, air dan sos cili. Kacau hingga semua bahan sebati. 
5. Renjiskan dengan kicap. 
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. 
7. Masukkan ayam dan gaul hingga semua ayam disalut kuah. Biarkan seketika. 
8. Masukkan daun bawang dan kacau seketika. 
9. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
1- Bahagian putih dekat daun bawang tu (Bawang dia eh?) mama potong and mama tumbuk sekali dengan bawang merah. 
2- Masak kicap style ni ada rasa masam-masam, manis and masin. 
3- Mama guna kicap manis. Kalau uolsss guna kicap masin @ kicap pekat, kena rasalah betul-betul garam gulanya.