LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 19 October 2019

In My Definition of ... My Special Spaghetti

Assalamualaikum.

Tak taulah hantu apa yang merasuk mama masa tu, tiba-tiba datang angin nak bereksperimen di dapur. Ni cerita lama dah ni. Entah bulan lepas ke 2 bulan lepas ke ni. Tiba-tiba tekak teringin nak makan western style, tak padan dengan muka jawa. Taste international sangat, uolsss. Hahahaha. 


Menu sihat katanya, padahal pemalas. Nak cover le tu. Hehehe. Iye korang, sumpah senang gila. Nak beli salmon tu lagi lama dari nak masak dia, tau tak. Mama ni kalau yang leceh-leceh, mana mau nya. 
  
SPAGHETTI WITH GRILLED SALMON 

Bahan-bahan:
1 genggam spaghetti - direbus dan diketepikan
1 keping salmon
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Sedikit sos tiram
Sedikit paprika
Sedikit gula perang
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 ulas bawang putih - dicincang
2-3 biji cherry tomato
2 biji button mushroom - dihiris nipis
Sedikit parsley - dicincang halus
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Marinate seketika salmon dengan bawang putih, lada hitam, sos tiram, paprika, gula perang dan garam. 
2- Panaskan minyak dan grilled salmon hingga masak dan garing.
3- Dalam pan yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. 
4- Masukkan tomato dan cendawan. Masak hingga layu. 
5- Masukkan sedikit sos tiram dan gaul rata.
6- Masukkan spaghetti dan kacau rata




Friday 18 October 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum.

Sardin ni antara favourite food mama, especially sambal sardin. Hari-hari makan pun takpe. Anak mama yang suka tu ha, Angah. Kalau buat sambal sardin ni, memang banyak dia makan nasi. Dia tu dah lah picker eater. Kalau dia makan banyak tu, memang mama suka sangatlah. 



Ni menu left-over sebenarnya. Nasi lebih, sardin lebih. Nak buang tu rasa sayang and macam membazirlah pulak. Tak baik membazir, ye kawan-kawan. Merajuk rezeki tu nanti, tau le korang. Hehehe. So, jadilah nasi goreng ni ha. 

NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan:
1 cawan nasi - gaul dengan sedikit garam
2 ulas bawang merah = ditumbuk
2 biji cili kering - direndam hingga kembang dan ditumbuk
Sardin - dihancurkan
Fishball -dihiris (optional)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing. 
2- Masukkan fishball dan gaul rata. 
3- Masukkan nasi dan gaut hingga sekata. 
4- Siap dan sedia untuk dihidang. 



Thursday 17 October 2019

In My Definition of ... Mee Rebus Haji Wahid

Assalamualaikum.

Amboiiiiiii. Lamanya mama hibernating ye? Hehehe. Minta maafle kome-kome sekalian. I had too much to tell you, yet too lazy even to move a finger. What to do. Aiyyo! Hihihi.

Setelah lama bermalas-malasan, akhirnya mama berjaya jugak untuk masuk dapur. Itu pun sebab rasa eager sangat nak try satu resipi baru yang dishare kat facebook. Mama punya eargerness untuk try something new ni selalunya memuncak bila ada orang nak datang rumah atau pun ada aktiviti makan-makan sesama adik-beradik. Biasalah, mama kan suka nak show-off gitu, so mestilah setiap kali tu nak hidang different and new kind of menu. Barulah orang tau kita pandai masak, kannnnn? Kahkahakah. 


Mama masak ni pun sebab Kakngah datang tidur kat rumah. Dia dengan husband dia nak bawak anak-naak jalan Melaka sebelum diorang start buzy bulan depan, katanya. Sebab diorang sampai malam, so mama just masak mee ni lah ha untuk dinner. Mama kan sejenis confident masih belasah jalan terus aje walaupun baru nak test resipi ni. Hahaha. Untungnya mama ni, dapat adik-adik ipar yang mama masak apa pun, diorang makan bertambah-tambah. Orang lain dah complain macam-macam, tapi diorang ok memanjang kalau tanya. Hahaha. 


Actually, mee rebus ni, especially Haji Wahid style, memanglah papa tersangat favourite. Orang JB taulah mee rebus Haji Wahid tu macam mana. Ada orang panggil mee rebus jawa. Along panggil mee kari. Apo-apo yolah. Resipi asal kredit to Dr. Chaku.

MEE REBUS HAJI WAHID

Bahan-bahan:

KUAH
500g keledek merah - direbus dan dilenyek/blend
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar udang kering - direndam seketika
1 sudu besar taucu
Sedikit daging - dicincang
Sedikit Gula merah 
Sedikit pes asam jawa
Sedikit kicap manis
Kulit kayu manis dan bunga lawang untuk menumis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air

Cara-cara:
1- Blend udang kering dan taucu hingga halus dan ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis (kulit kayu manis dan bunga lawang) hingga naik bau. 
2- Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak.
3- Masukkan daging dan sedikit air. Kacau rata. 
4- Masukkan taucu dan udang kering. Kacau lagi. 
5- Masukkan keledek yang dilenyek/blend halus.
6- Perasakan dengan garam, gula merah, dan pes asam jawa.
7- Tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. 
8- Renjiskan sedikit kicap manis. 
9- Biarkan kuah mereneh hingga daging empuk dan kuah mencapai konsistensi yang dikuai. 
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

COMPLEMENT
 1 bungkus mee kuning - dicelur
Segenggam taugeh - dicelur
1 biji lada besar hijau - dihiris kasar
1 ketul tauhu- digoreng dan dihiris
1 keping fishcake - digoreng dan dihiris
Telur - direbus
Daun bawang (optional)
Bawang goreng (optional)

Cara-cara:
1- Masukkan mee dan taugeh ke dalam mangkuk.
2- Curahkan kuah. 
3- Hias atas dengan telur rebus, tauhu goreng dan fishcake.
4- Taburkan cili potong, daun bawang dan bawang goreng. 

p/s:
#1- Cili kisar mama dah siap-siap blend dengan bawang. So, masa masak ni mama dah tak tambah lagi bawang. 
#2- Mama tak letak halia and lengkuas. 
#3- Taucu tu kalau letak 2 sudu besar lagi sedap kot? 
#4- Daging tu boleh je ganti dengan haiwan-haiwan lain. 
#5- Sebabkan mama nak cepat itu hari, air panas yang dah celur mee tu mama tuang je dalam bekas untuk celur taugeh. Biar kejap dalam 2-3 minit, dah angkat. Sebab taugeh memang nak kena celur kejap je kan?




Thursday 29 August 2019

In My Definition of ... Grilled Salmon

Assalamualaikum

Selama mama berkecimpung dalam arena pendapuran ni, tak pernah sekali pun mama try masak ikan salmon. Tak pernah makan, so tak terasalah nak memasaknya tu. Bila dah asyik dok tengok rancangan memasak, dah macam terpengaruh pulak. Mana tak terpengaruhnya, dia punya masak tu, nampak mengiurkan betul. Menitik-nitik air liur punyalah terliur.Terpaksa masak. Hehehe.

 

Mama buat simple-simple je, sebab mama pun tak tau rasa dia macam mana, kan. Kang buat yang beria kang, aneh-aneh pulak rasanya kang, sapa nak makan. 

Nasib baik sedap. Tak sabar nak show off kat korang. Hahaha. 

GRILLED SALMON 

Bahan-bahan:
1 keping ikan salmon - dibersihkan
! biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - pureed*
Sedikit serbuk paprika*
Sedikit serbuk lada putih*
Sedikit brown sugar*
Garam secukup rasa*
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
1- Semua bahan bertanda * disatukan dan dilumurkan pada ikan.
2- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan hingga garing.
3- Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. 
4- Goreng bawang besar hingga caramelised. 
5- To serve, letakkan bawang ke atas ikan.
6- Sedia untuk dimakan. 


p/s:
#1- Sedap ikan buat simple-simple gini. And of course, bukan semua ikanlah.
#2- Mama goreng atas pan, dengan minyak sikit je. Kalau deep fry, macam tak sesuai kot? Entahlah, boleh je kalau nak try. Mama, biasalah, banyak sangat tengok Masterchef , kan? Hehehe. 

Wednesday 28 August 2019

In My Definition of ... Siakap Stim Asam Boi

Assalamualaikum.

Most of the time, masak special-special ni time berkumpul ramai-ramai, selalunya kat rumah MIL lah. Time yang mama masak ni, Pakcik Adi ada balik. TanyaMIL, apa menu yang dia plan untuk lunch hari tu, only then baru mama fikir lah apa nak masak to complement that menu.


Mama pun tak ingat dah MIL masak apa hari tu, tapi lauk MIL ni, boleh agak dah. Tak kari ayam, ayam sambal. Tak pun tomyam ayam. Balik-balik memang itu jelah lauk yang MIL akan masak everytime anak-anak dia nak balik. Sampaikan Angah tanya, lauk favaourite pakcik kari ayam ke? Hahaha. 

To be honest, ni first time sebenarnya mama masak ni. Tak pernah try, tak pernah rasa or makan di mana-mana, mama gamble habis masak ni. Nasiblah. Nasib baiklah sedap pulak perginya. Sampai MIL cakap, sedap tapi sikit pulak. Kalau masak dua ekor, lagi sedap makan. Ehhhh, ni kan sampingan je?

So, lets cekidaut apa yang sedap sangat tu. Hahaha.


SIAKAP STIM ASAM BOI

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan ditoskan
1 inci halia - dihiris memanjang
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 batang carrot - dipotong memanjang
1 batang bunga kantan - dihiris halus
2-3 biji asam boi
1 biji bawang besar - dihiris kasar
2-3 biji cili bangla - dihiris kasar
1 biji lemon - diambil jus
1 helai daun limau purut - dihiris halus
Sedikit sos tiram
Sedikit lada putih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:
1- Lumur ikan dengan bawang putih yang telah ditumbuk dan garam. 
2- Masukkan ikan ke dalam loyang / pinggan yang akan digunakan untuk mengukus. 
3- Susun halia di dalam rongga perut ikan dan di atas ikan.
4- Stim lebih kurang 10 minit dengan menggunakan api besar.
5- Sementara itu, dalam periuk yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau. 
6- Masukkan semua bahan hiris dan kacau sekejap. 
7- Masukkan jus lemon dan asam boi. 
8- Masukkan sos tiram dan lada putih. 
9- Perasakan dengan garam jika perlu. 
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 
11- Untuk menghidang, curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar. 

p/s:
#1- Asam boi tu dia dah manis and masin, jangan terus letak banyak walau suka macammana pun dengan asam boi tu. 3-4 are just nice. 
#2- Mama takde letak gula/garam tambahan lagi dah sebab dah just nice rasanya.


Tuesday 27 August 2019

In My Definition of ... Udang Sweet Sour

Assalamualaikum.

Dah hari-hari biasa malas, bila hujung minggu terpaksalah merajinkan diri. Entah ye ke idak mama masak ni masa hujung minggu. Hehehe. Anggap jela iye, ye. 

Ideanya datang sebab mama dah semak tengok sos ni banyak sangat dalam peti ais tu. Dia jadi lagi semak bila budak kecik tu rajin nau dok mengemas peti ais and habis semua sos ni dia "kemas", as if dia tak berkenan dengan cara mama kemas. Herggggh!


Memang betul-betul kemas peti ais mama ni. Hahaha. Semua bahan ni adalah bahan yang dah hujung-hujung, means that pas masak ni, dah togel peti ais mama. Terpaksa pergi grocerry shopping petang karang. Hihihi. 


 UDANG SWEET SOUR 

Bahan-bahan:
300g udang - dibersihkan dan digaul garam dan kunyit
2 sudu besar cili blend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato - dipotong kasar
1/2 biji mangga muda - dipotong kiub
1 biji cili hidup - dipotong serong
1 batang daun bawang - potong panjang
2 tub sos masam manis McD 
Sedikit sos tiram
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
2- Dengan menggunakan lebihan minyak udang tadi, tumis cili hingga naik bau dan garing. 
3- Masukkan tomato dan mangga. Kacau rata. 
4- Masukkan sos tiram dan sos masam manis. Kacau rata.
5- Masukkan udang, cili dan daun bawang. Kacau sekata.
6- Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 
7- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Sos masam manis McD boleh ganti dengan plum sos. Kalau takde sangat, guna sos cili pun boleh. Apa ada hal, kita yang buat dia. Hihu.
#2- Macam biasa, boleh tukar ganti mana-mana bahan to suit your liking, or your pocket, or... whateverlah. 





Monday 26 August 2019

Raya Awai

Assalamualaikum.

A day sebelum raya haji tu hari, ada buat makan-makan sikit, sebab adik-beradik semua balik nak raya, kan? Jadinya, mama pun mengoffer untuk jadi host lah. Bukan apa, nak masak tu senang sikit sebab semua gadjet yang nak guna ada di rumah. Mama malas nak usung bawak ke sana-sini. Menu yang Kakngah plan ni nak kena guna ovenlah, air fryerlah, leceh sangat kalau nak mengusung-usung ni.


Menu hari tu was:
Nasi arab
Kambing bakar
Ayam ala Kenny Roger's
Kari Dhal
Nasi Impit
Kuah kacang*
Rendang ayam*
Cheese Tartlets

Ok, so meh mama huraikan the dishes one by one, mana lah tau kot ada yang berkenan. Hehehe. 

Nasi Arab
Rupanya Kakngah beli brand yang sama macam yang Tok Tam bagi mama hari tu, yang mama masak masa raya hari tu tu. Disebabkan dia instant, lagi senang, just ikut arahan kat peket je. Since mama dah pernah masak tu hari kan, so mama dah tau dah apa yang nak kena adjust.

Sukatan air = Sukatan beras menggunakan cawan + 2 cawan extra

Contoh:

1kg beras = 10 cawan beras (lebih kurang, ikut size cawan yang kita guna)
So, sukatan air = 10 +2 cawan = 12 cawan air

Mama pernah masak ikut sukatan yang dia bagi, nasi macam benyek sikit, dia tak jadi peroi sangat. Yang kali ni sedang elok. 

Masak mama guna gadjet zaman la ni, NOXXA PC. Mama guna HP 3 mins, and steam 3 mins lagi.

Kembang-kempis hidung mama tengok nasi jadi elok macam experts yang masak. Hihu.

Kambing bakar
Mama marinate guna resipi ni

Ayam ala Kenny Roger's
Resipi baru, tak pernah try. Nanti mama share ye. 

Kari Dhal
Kakngah yang masak. 

Nasi Impit
Mama rebus guna Noxxa, HP 45 mins. Nasi masak elok (macam yang sepatutnya) dan yang lagi best, dia lembutttttttt je. Mama dah try few times, and memang beza dengan rebus guna cara biasa. 

Kuah kacang*
Rendang ayam*
Dua-dua lauk raya MIL yang masak. 

Cheese Tartlets
Presenting ...
*Drum roll*  

 

Mungkin tak segemuk yang sepatutnya, welll... sapa kesah? Yang penting, achivement kot ni. Kena gebang ni. Hahaha. 

Will gebang later, ok? Stay tuneddddddd.  

In My Definition of ... Peria Pedas Telur Pecah

Assalamualaikum.

Peria, nowadays, is my favourite. Walaupun pahit, well, ubat jaranglah sedap, kan? I learned that peria is good to your health. What is good about it? Go study lahhhhh. Hehehe. 


Peria ni, as far as i know, ada 2 jenis, yang cantik sikit mama panggil peria biasa, the other one rupa dia memang tak cantik and lebih pahit jugak, mama panggil peria katak. 

Image result for peria
Peria biasa
(source: google)
 
Image result for peria
Peria katak
(source: google)

Disebabkan peria ni pahit, so dia jadi sedap bila masak pedas-pedas. Bukan apa, pedas tu dah overshadow the pahit-ness, then kau dah tak rasa dah pahit tu, kau rasa pedas dia je. Hahaha. Sebelum ni pun mama pernah dah share peria dish ni. Cer check sini



PERIA PEDAS TELUR PECAH

Bahan-bahan:
1 biji peria - dihiris nipis
1 biji bawang besar(medium size) - ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 biji cili hidup - ditumbuk kasar
2 biji cili bangla - ditumbuk kasar
2 biji telur
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing. 
2- Masukkan peria dan gaul rata.
3- Masukkan sos tiram dan perasakan dengan sedikit garam (jika perlu).
4- Pecahkan telur dan kacau rata. 
5- Siap dan sedia untuk dihidang.

Sunday 25 August 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Ikan

Assalamualaikum.

Nasi goreng yang ini adalah sejenis makanan pengimbau kenangan, pada mamalah. Mana tak nya, dulu masa kecik-kecik, nasi goreng inilah yang selalu mama makan arwah tok ( i.e nenek) masakkan setiap kali tidur rumah dia.  I don't say balik kampung, sebab rumah tok sepelaung je pun dengan rumah mama masa kecik. Masa dah besar ni pun rumahnya masih lagi sepelaung, cumanya tok jelah yang dah takde. 

Sepanjang mama membesar, ikan kembung goreng tak pernah tinggal. Entahlah kenapa ek. So, selalunya akan adalah left-over ikan goreng ni the next day. Dulu nasi goreng ni dimasak because of the left-overs. Ada sambal belacan, ada nasi sejuk, ada ikan - jalannnn. Jadilah nasi goreng kitorang. In fact, masa mama darjah-darjah (darjah 4 ke  atas), tugas masak nasi goreng untuk breakfast di rumah tok dah digalas oleh mama. Kau bayangkan betapa gamblenya mak-mak dengan tok kitorang biar kitorang handle breakfast. Legend tak legendnya, lah diorang ni. Tu pasal kitorang ni hebat-hebat kat dapur. Eh. Mak kau, kau dah beranak-pinak pun dia tak percaya lagi kat kau, kan? 


NASI GORENG IKAN

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk - digaul dengan sedikit garam
1 biji bawang besar (small size) - ditumbuk
2 biji cili bangla - ditumbuk
2 ekor ikan goreng - dibuang tulang dan di tumbuk
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili yang telah ditumbuk. 
2- Setelah bawang dan cili garing, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk. 
3- Masukkan nasi dan gaul rata. 
4- Sesuaikan garam.
5- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 


p/s:
#1- Resipi ni adalah yang paling basic sekali (read: cincai), hahaha, so feel free untuk tambah any sayur atau apa-apa perasa up to your liking. 
#2- Masa nak makan, curah kicap sikit. Amboi dia punya sedap tak boleh bawak bincang. LOL.






Tuesday 9 July 2019

In My Definition of ... Kuih Keria Butterscotch

Assalamualaikum.

Lama dah buat kuih keria ni, masa bulan puasa tu hari lagi.  Kitorang biasa berbuka memang makan nasi je, jaranglah nak berkuih-kuih bagai. Sebab ajak family datang berbuka kat rumah, macam tak sedap pulak bila takde kuih. Kebetulan, dah memang sedia ada keledek kat rumah. Apa lagi, mama buat kerahan tenaga lah. Hehehe.


Sama je kan bentuk dia? Well, kau bekerja dengan seorang perfectionist kot, kalau tak sama memang kau kena samakan. Hehehe. Jangan harap aku nak bagi kau ruang untuk kecam aku. ;P

Oh, it's actually kuih keria kampung je, yang difussionkan dengan butterscoth sauce. Mama still working on how to get the kuih exactly macam yang hot sangat tu. Mama rasa, diorang ada pakai ibu ( yis or whatever). Macam mama cakap, the work is still under progress, so ... we wait and see lah. 


Resipi jom?

KUIH KERIA BUTTERSCOTCH

Bahan-bahan:
1kg keledek - dibuang kulit dan dibersihkan
1 - 2 cawan tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam (jika perlu) 

Cara-cara:
1- Keledek direbus dengan sedikit garam hingga empuk. Setelah keledek empuk, tosskan.
2- Lenyek keledek hingga betul-betul hancur dengan sedikit gula dan garam (jika perlu). 
3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menggaul. 
4- Adunan akan sedikit lembik. Bentukkan mengikut citarasa sendiri. 
5- Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 
6- Sejukkan sebelum digaulkan dengan sos butterscotch.

p/s:
#1- Resipi sos butterscotch boleh follow sini
#2- Adunan ni memang lembik, so masa  handling akan jadi sangat messy. So, memang kena guna banyak tepung untuk dustkan tapak tangan/ tools yang kita guna. 
#3- Untuk lebih mudah dihandle, mama bekukan sekejap. Time dah nak goreng, baru keluarkan. 



Thursday 4 July 2019

My Collection of Nasi Ayam

Assalamualaikum.

Sejak mama berkecimpung dalam arena masak-memasak masaklah kau ni, rasa macam dah bermacam jenis nasi ayam jugaklah yang dah pernah mama masak. Macam biasa, family mama tak pernah refuse apa saja yang mama masak. (Berani ke? Hihihihi). So, hari ni, let me share with you some of yang dah termaktub dalam blog ni.

1- Nasi Ayam Blackpepper V1














In my opinion, any good chicken dish can be a good pair with nasi ayam. 

Tuesday 18 June 2019

No Open House meh?

Assalamualaikum.

Rasanya kitorang (mama and papa) lah yang selalu sekali buat open house. Tak kira masa, ada je program makan-makan. Ada-ada je sebab untuk celebrate. Dah memang jenis suka nak beramai-ramai. Selalunya sebab birthday anak-anaklah. Tak cukup dengan anak, birthday atok, nenek pun kitorang buat kot. Hehehe.

Raya tahun ni, sebab mama macam  buzy, next weekend mama nak outstation, the following weekend pulak tak berani nak cakap sebab takut kena jaga exam  pulak, so tahun ni kita closed house. Ok? Hehe. Tak nak cakap lah, sebba mama jenis last minute. Kang hujung-hujung mama berubah fikiran ke, mana tau kan.

First tetamu raya kali ni adalah cousin papa, si Zalie and family. Dah alang-alang nak masak tu, terus ajak adik-beradik yang berdekatan. Alah, sapa je pun, MIL and Mak Usu Nurul je pun. And Pakcik Adi. Balik-balik memang orang-orang ni je pun. Hehehe.

So, for our very first tetamu, we managed to serve nasi arab and the gang and kek coklat yang sebenarnya ialah brownies tak jadi. Hahaha.



My very first attempt nasi arab. Tak taulah apesal, dalam pada sebok orang sana-sini dok share resipi and heboh-heboh masak nasi arab, mama takde langsung teringin nak buat jugak. Nasi ni mama guna instant, dah siap semua dengan beras sekali dia bagi. Ni masa balik raya hari tu, ada sedara bagi. Dia dok buat jual ni ha. Tetamu mama cakap sedap. Mama sebab not really into it, so tak boleh nak cakap lah. Nak try boleh cari Arabian Kitchen


The nasi was served with ayam  berempah bakar, salsa and tomato salsa. Ni semua resipi ulang, kecuali tomato salsa tu memang baru first time buat. 



Brownies tak jadi. Nasib baik dia jadi kek, tak jadi benda lain. Kalau tak, mau ke tong sampah perginya kot. 

Apa-apa pun sebagai tuan rumah, harap-harap we served our tetamu well. Mana-mana yang kurang, mintak ampun, mintak maaf la ye. Kan raya ni. 

Sapa nak datang, PM je okey?


p/s:
#1- Ayam berempah bakar - my signature ayam berempah, pressure cooked HP 10 minutes, air-fried  180C 10 minutes. Makanan sihat sangat nehhhh. 
#2- Salsa  -my very own definition of salad. 




Kamus CILI mama

Assalamualaikum.

Mama dan makanan pedas berpisah tiada, gituuuu. Tak puas rasa kalau makan tu takde pedas. Pedas tu yang buat lajak makan sebenarnya. Bahaya untuk orang yang sedang diet, sebab boleh terlebih makan tanpa sedar.

Hari ni jom kita revise sikit jenis-jenis cili yang selalu kita guna. Gigih mama beli semua cili yang ada semata-mata nak tunjuk kat korang nehhhh.


1- Cili Akar

Ini yang selalu kalau makan tomyam kat kedai Thai, bersepah-sepah dia bagi. Pedas dia ok lah, so-so, dah kalau letak banyak memang lah pedas sangat. Kadang-kadang cili jenis ni kat pasar, dia jual longgok je. Kita boleh pilih berapa banyak kita nak, harganya pun oklah, takdelah mahal bebenau. 


2- Cili Api Bangla 

Masa mama cakap cili ni cili bangla, mama main hembus je sebenarnya. Entah mana mama pernah dengar/baca ada orang cakap, mama main ikut je. Ni baru kejap tadi mama google, rupanya betul eh nama dia cili api bangla, sebab dia originated from Bangladesh. Nama lain dia ialah Hot Cayenne. Mama ingatkan nama bangla tu sebab baiyya-baiyya suka sama ini cili. Hahaha. 

Cili ni belum pernah lagi lah mama jumpa orang jual longgok. Selalu dia dah pack siap-siap. Satu pack tu dalam RM2-RM3. Agak mahal jugak sebenarnya, kalau nak kira sebab dalam satu pack tu bukanlah ada banyak sangat pun cilinya. 

Tapi cili ni guna 1 biji pun dah boleh membuatkan kau menyesal, kalau lebih, apatah lagi. Pedas dia memang super. 

3- Cili kampung

Tak tau lah apsal nama dia gitu, tapi itulah yang dia tulis masa mama beli tu hari. Cuba tengok cili-cili yang mak kita tanam tu, hasilnya memang gini kan? Sebab tu kot nama dia cili kampung. 

Tahap kepedasan dia, biasa-biasa je. Pada mama, tahap pedas dia 1 level bawah cili akar. 

4- Cili Padi Burung 

aka cabai burung (Bird's eye chilies) . Cili ni cenonet je. Kalau nak guna tu, boleh buat naik angin jugaklah untuk orang kurang sabar macam mama ni nak mengasingkan tangkai dia tu. Sebab dia cenonet, nak tak-nak kena guna kurang-kurang sejemput. Nak senang kerja, selalunya mama tumbuk sekali dengan tangkai dia tu. Tak kuasa. 

Kenapa nama dia cabai burung? Pokok cili ni selalunya dia tumbuh sendiri, dibenihkan oleh burung. Mama pernah ada satu pokok ni dulu, memang burung yang tanam. Kehkehkeh. Mama tolong keep je pokok tu, tapi last-last mati jugak sebab kemarau. Hehehe. Sempat jugakle makan hasil tu. 

Ni pun jenis cili tak berapa pedas. Buat syarat letak cili je, gitu. 


5- Cili Hidup 


Kami orang utara panggil cabai besar. Yang ni paling tak susah sekali nak kenal. Kalau orang tak reti ke dapur pun dia still akan kenal lagi. 

Tahap kepedasan? Paling tak pedas kot ni. Mama kalau nak ugut budak-budak ni nak cilikan diorang, mama akan patahkan cili hidup je. Kalau kena cili betul-betul pun, pijar dia kejap je. Takdelah lama sangat dia menggelupur tu nanti. Kat rumah ni, kau jangan aneh-aneh, kang tak memasal je aku cilikan kau. Hahahaha. 

6- Cili Kering
Yang ni, kalau salah beli jugak lagi, memang patut kau cili kan aje muka dia. Yang ni pun paling tak susah sekali lah nak kenal. And, cili kering tak dijual sama section dengan cili-cili lain ye. Cili-cili lain selalu dijual bahagian sayur, cili kering pulak section barang-barang kering, sekali dengan bawang bagai. 

Nampak je macam senang gais, kalau salah beli ni, menggelupur jugak kau nanti. Satu kategori ni kau boleh pecah lagi 3-4 sub-kategori bawah dia. Menangis kau nak ingat ni. Nah tips orang dah bagi. 



Cili kering ni lah yang meng-spoilkan mood petang mantai mama, sebab semua yang mama masak pedas. Kuah kacang, rendang daging, sambal sotong habis semua dia tapau pedas. 

Harap-harap membantu lah ye kamus mama ni. Hihihi.

Monday 17 June 2019

In My Definition of ... Kek Coklat Kalut

Assalamualaikum.

Cerita dia bila petang semalam, ada sedara call nak datang beraya. Main dish dah ada dah, tapi biasalah mama, rasa macam tak syiok pulak kalau semata-mata hidang main dish aje. (Walaupun kuih raya ada je). Last minute decide nak buat brownies kedut. 

Nak buat brownies, tepung takde. Kahkahkahkah. (Sila gelak kuat-kuat). Orang dah nak datang lepas asar, mama pukul 3 baru nak keluar cari tepung. Patut kena pakai tepung naik sendiri (self-raising flour), tapi dekat tempat mama pergi tu takde, kalau nak jugak kena pergi tempat lain, dah mama malas. Kang pepandailah aku mengoter, kata mama dalam hati. Hehehe.

Buka balik buku resipi, cari resipi. Mama pernah dulu sekali buat brownies kedut ni. Diulang, SEKALI, yang entahlah dah berapa tahun lepas tu, kau ingat mama ingat ke resipi dia? Memang taklahhhh. Alangkan student yang mama ajar sem ni pun kalau terserempak tepi jalan mama lupa, lagi lah resipi yang tenggelam tak timbul-timbul ni. Sekali tengok resipi dia leceh pulak, pakai gram-gram. Nak kena timbang bagai, lambat. Masa dah suntuk ni. Solution terakhir, mengadap  Fb Cikgu Viral lah. Hehehe. 

Mama follow resipi yang ni.

Expectation.
(source: FB/Azlina Ina)




Reality. 

Bukan salah resipi ye, salah mama sendiri. Patut nak buat ni kena bertenang-tenang, kena focus and kepala kena clear. Mujur jugak jadi kek coklat, hehehe, so orang pun tak tau yang sebenarnya tu brownies tak jadi. Siap puji sedap pulak tu. Hahahahahampeh. Buat brownies pun fail.

As a cake, not bad lah. Taste ada, rupa ada. If you are expecting a brownies, definitely it not one laaaa. Still worth it to give it a try. 

KEK COKLAT 
Bahan-bahan:
1 cawan (150g) marjerin/ butter
1/2 keping dark/cooking choclate 
1 cawan gula perang
3 biji telur 
1 cawan (100g) tepung gandum 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan coklat cip
Sedikit esen vanila

Cara-cara:
1- Cairkan marjerin, coklat and gula over a low-heat. Setelah coklat and marjerin cair, padamkan api dan ketepikan. 
2- Dalam bekas yang berlainan, pukul maja telur dan esen vanila. Pukul macam kita nak buat telur dadar gitu. 
3- Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur. Kacau rata. 
4- Ayakkan tepung gandum, soda bicarbonate dan baking powder kedalam adunan tadi. Kacau rata. 
5- Masukkan 3/2 cawan coklat cip ke dalam adunan dan kacau rata. 
6- Masukkan semua adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter. Taburkan lebihan coklat cip tadi. 
7- Bakar pada suhu 150-160C selama 40 minit atau hingga kek masak. 
8- Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan sebelum dihidang. 

p/s:
#1- Tak perlu pun cairkan gula tu. Biar tak hancur pun takpe. Gula perang bukan besar pun grain dia.
#2- Resipi mudah, tak perlu segala mixer atau apa-apa peralatan yang high-end pun.
#3- Masa bakar, guna api atas-bawah and letak tray betul-betul tengah oven (jangan terlalu bawah, and jangan terlalu atas), baru kek akan dibakar evenly. 
#4- Make sure sukat menggunakan cawan yang sama, tak kisahlah jenis cawan macam mana pun yang korang pakai. 









Thursday 13 June 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Petai

Assalamualaikum.


Ni adalah post mama kat ig masa first raya, tahun lepas. Yeah, you read it right. Raya tahun lepas, bukan tahun ni. Walaupun dah setahun berlalu, nasi goreng petai mama is still relevant rupanya. Hihi. Laku keras oiii masa tu. 

Mama masak lagi nasi goreng ni masa sahur 29 Ramadhan, hari Isnin hari tu. Masa tu, Kakngah and family baru sampai kampung. Kebetulan, dalan peti ais memang ada mama simpan nasi sejuk. Nasi ni memang nak kena habiskan sebelum raya sebab nak clearkan peti sejuklah. Nak masuk lauk raya pulak. Pulak tu, hari tu memang nak berbuka kat luar pun. 

Masa yang raya tahun lepas tu pun, tak cukup jugak. Tuan rumah pun bukan main dia punya kebulur masa tu. Yang tetamu pun sama naik kebulur jugak. Jadi lah merasa sorang sejemput. Hahaha. Lepas ni, kena masak banyak sikit, biar puas semua orang makan. Kau jangan nanti time mama masak banyak-banyak, kau makan sikit eh. Aku ketuk jugak kepala kau dengan senduk. 


NASI GORENG UDANG PETAI
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
2-3 biji cili api bangla - ditumbuk
1 labu bawang besar (size M) - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Sejemput ikan bilis - ditumbuk
5-6 ekor udang
Sedikit petai

Cara-cara:
1- Gaulkan nasi putih dengan garam. Ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan. 
3- Masukkan petai dan goreng seketika . Angakat dan ketepikan. 
4- Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau dan garing. 
5- Masukkan udang dan petai. Kacau rata. 
6- Masukkan nasi dan gaul rata. 
7- Siap dan sedia untuk dihidang. 

Wednesday 12 June 2019

In My Definition of ... Terung Pedas

Assalamualaikum.

Sejak dah makin berusia (amboi. Dah macam warga emas je bunyinya). Yelah, sejak dah makin kurang remaja ni, rasanya selera makan tu pun, kalau boleh nak yang pedas-pedas aje. Kalau tak berapa pedas tu, macam tak puas pulak makan. Kalau pedas sangat pun, tak puas jugak makan. Haih lah. Serba-salah semuanya.



 Cara masak sama je dengan sambal terung pipit ni ha, cumanya kali ni guna terung helang lah pulak. Ada ke gitu? Hehehe.

Walaupun mama tak puasa, tapi macam letih pulak nak cakap banyak-banyak. Ahaks. Jomlah salin resipi.


TERUNG PEDAS 

Bahan-bahan:
1 biji terung - dihiris serong dan digaul garam dan kunyit. 
1 labu bawang besar (size M) - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
4-5 biji cili api - ditumbuk
Sedikit ikan bilis - ditumbuk
Minyak untuk menumis
Garam, gula secukup rasa
Sedikit kicap

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng terung hingga garing. Ketepikan. 
2- Tumis semua bahan tumbuk hingga garing. 
3- Perasakan dengan garam dan gula. 
4- Renjiskan sedikit kicap. Kacau rata. 
5- Masukkan terung dan gaul hingga semua terung disaluti sambal. 
6- Siap dan sedia untuk dihidang.