LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 January 2019

#TB: Aqif Haziem Turned 1

Assalamualaikum.

Kisahnya kat sini, mama asyik bertangguh nak cerita pasal celebrate 1st birtday bujang kenit mama sampailah hari ni, 5 months later, baru lah sampai seru tu pada mama untuk bercerita. 

Cake from Ibu
Seemed like ibu lebih excited dari mama sampai nama adik pun salah, Hehehe. On 19th tu ibu dah siap-siap beli kek bagai. Mama buat relaks je sebab memang dah plan tak sambut on that day. 

It's a blessed sebab mama ada blog ( walaupun tak taulah ada orang lain yang baca ke tak), sebab ada benda-benda yang mama cerita /bebel/merempan kat sini yang mama sebenarnya mama dah lupa dah pun. Bila mama scroll balik post-post lama, barulah mama macam, "oh... i did this", "awh... i did that?", and so on. Hehehe. 

So, berbalik pada kisah adik, it's important to put something on here, so that even after 50 juta tahun later pun, mama still boleh ingat all those moments. Hihihi. Almaklumlah, mama ni makin hari makin pelupa. Dah tua, katanya. 


Birthday adik was on 19th August, but since 1 September tu ada kenduri kat rumah MIL, and semua adik-beradik ada masa tu, itu yang mama and papa sepakat untuk delay sikit untuk celebrate birthday adik ni. As usual, dalam mana-mana or apa jua celebration yang kami cuba untuk buat, keberadaan kalau boleh semua adik-beradik adalah faktor paling penting. Sanggup lagi kami delay sikit nak celebrate tu dari takde orang. As usual, jemputan adalah adik-beradik papa sebab adik-beradik mama memang tak pernah ada pun sebelum-sebelum ni (semua jauh-jauh kot!), family ibu and family paknjang Lan dari Kedah. 

Pak Njang sefamily di rumah Mak Ngah Zarina. 

Masa balik raya haji sebelum, pak njang ada inform yang dia nak pergi hantar anak dia ke UTHM Pagoh on 2 September. Dia plan nak singgah tidur rumah mama on 1 September tu. Dah alang-alang kami pun nak buat majlis ni, teruslah kami pujuk pak njang untuk datang awal sikit. So pak njang sampai on the 31st August tu lah jugak. 




Anak-anak sebelum ni selalunya celebrate kat rumah je. Time adik ni je mama papa all out. Mama ni korek tabung lah jugak. Kalau ikutkan, tempat ni dia tak bukak malam, lepas dah discuss apa semua dengan dia punya owner, then dia setuju untuk accept kami pada malam tu. Worth it for her, lah kot kan? Kami pilih Dapur Kaseh at Vista Kirana. 



   
 

Foods that night were:
1- Nasi Goreng Bunga Kantan - serve with telur mata
2- Chicken Mango
3- Bolognese Spaghetti
4- Mushroom Soup
5- Roti Jala
6- Some kuih-muih
7- Some fruits
8- Victoria Slice Cake 
9- Red Velvet Cupcake
10- Free flow air teh tarik and orange. 

The reason kenapa kami (to be specific, mama) pilih Dapur Kaseh, selain dari dia punya ambience yang cozy tu, adalah foods dia. Alhamdulillah, selama mama dok pergi sana, foods dia semua tak pernah mengecewakanlah. The owner memang sangat-sangat jaga kualiti makanan dia, okeh. 


Birthday cake adik mama choose untuk cari sendiri. Masa Kak Linda, the owner of Dapur Kaseh tanya, mama cakap mama nak cari sendiri. Sebenarnya, boleh je kalau nak suruh Kak Linda sediakan semua, tapi kena tambahlah duit sikit. Sebelum ni, ada kawan mama celebrate birthday anak dia kat situ, and kek yang Kak Linda sediakan tu memang cantiklah. Kelakar ada, sedeh pun ada rupa cake adik ni. 
  
Expectation
Reality
Itulah yang jadi, bila mak hang memandai-mandai. Hahaha. Sebelum tu, mama ada bagi satu design ni yang mama google. Pastu konon nak bagi lagi clear, mama lukis lah. Turned out, kek tu tak macam yang mama imaginedlah. Mungkin hanya mama je yang paham drawing mama tu. Hehehe. 

Yang penting, rasa dia out of this world. 

Raindow Cake

Dari masa Angah mama berangan nak buat rainbow cake, akhirnya masa adik baru tercapai hasrat mama tu. Walaupun kali ni bukanlah mama yang buat pun. Kek order dari Fanoni Home Bakery.   


 

Kakngah (my adik) said, macam birthday Angah je, sebab Angah yang beriya depan sekali, betul-betul depan kek. ini kalau letak si birthday boy, mau habis dicrumblenya kek tu karang. 

 

Sebelum semua tetamu mula makan, kita bagi speech satu kali. Walaupun tetamu tu adalah adik-beradik sendiri, tapi still la, the effort they put to come the event was really appreciated. Walaupun sebelum tu ada yang kata tak nak datang la, apa lah. 

 


 

Since this, adik dah recognised lagu birthday, and bila kita nyanyi dia akan beriya tepuk. Hihihi. Tengoklah, kan dah kata, siapa yang sibuk lebih. 

Some more pictures along the event:


  

  



Ibu with Kakak and Adik.
Ibu adalah orang penting dalam setahun pertama hidup Adik. Ibu start jaga adik as early as adik berumur 2 bulan. Walaupun masa tu mama masih on confinement leave, tapi ada masa-masa mama hantar jugak adik untuk ibu jagakan, especially bila mama kena buat kerja berkenaan dengan permohonan kenaikan pangkat mama. 


  

bila tengok how manja adik dengan ibu, mama tau yang adik sangat disayangi oleh ibu, and the whole family. I know my children are in good hands. To have someone that is not blood-related to love your children is really a blessed.  Sebab tu walau ada flaws sikit-sikit here and there, mama rela pejam mata je. 

  

Walaupun mungkin satu hari nanti ibu dah tak jaga anak-anak mama, mama harap hubungan kami kekal baik macam sekarang.


Dear Adik,


Without you, I don't know what would I be. 
Thank you Allah for sending me this beautiful angel. 
He kept my insanity intact. 
May You showered him with all your loves and blessings, more than I do. 
May him grows up being Your warrior. 
Grant him all Your kindness, oh Allah. 

Love, 
MAMA.


Friday 18 January 2019

Apa jahanam sangat ke perempuan ni?

Assalamualaikum.

Dah lama tak membebel kat sini. Hari ni moh kita berbincang secara serius mengenai hal yag tak berfaedah. Hahaha. Peninglah asyik borak ilmiah je. Itu biar mama borak dalam kelas sudahlah. 

Lately ni bila dengar kat radio, banyak betul lagu meleleh-leleh pasal putus cinta la, cinta tak kesampaian lah. Memang sekarang dah trend lagu-lagu jiwang balik eh? Entah penyanyi dari mana-mana datang, memang mama dah tak kenal la. Mujur ada google, boleh jugak cari. Hahaha. Bongoks. 

Dah balik-balik asyik dok sumbat dengan lagu sama je, mama jadi macam terlayanlah pulak walau lagu putus cinta, frust menonggeng pun. Tapi kan, bila dah dengar-dengar balik and hayati lirik dia (kejadahnya hayati lirik lagu? Baik pergi ngaji lah oii!), makes me wonder.

"Kau telah dikaburi dengan segala budi dan janji,
Yang telah ditabiru hingga aku terusir
Aku yang berusaha mengharapkan kau setia
Namun kau berpaling dan aku tersia" -Luqman Faiz, Kepuraanmu

"Ku tidak menyangkakan engkau seperti ini
Kau curangi diriku tanpa aku sedari
Bodohnya aku, ku bisa mempercayakan kamu
Tanpa kusedari kau mempermainkan cintaku" - One Avenue Band, Kisah Antara Kita
To name a few. Sebenarnya ada lagi. Tapi cukuplah dulu ni.

Dua-dua lagu adalah luahan perasaan seorang lelaki yang dah kena dump, yang mana makwe or girlfriend dia dah cheating sebab lelaki lain. Cinta tiga segi lah ni, kan?. Daripada sini, mama terfikir lagi. Adakah perempuan-perempuan ni memang sejahanam macam ni? Asal nampak lelaki yang lagi hensem terus menggeletis, dah nak menyampah-menyampah dengan pakwe sendiri. 

Tak dinafikan, memang ada je yang perangai hanat macam ni, tapi boleh kira dengan jari je kot. Yang ramainya blah sebab perangai jantan tu sendiri. Harap muka je hensem, tapi perangai nauzubillah. Mama berckap ni based on experience, eh. From my observation la. Ececeh. Adalah sikit experience sendiri tu, kuikuikui.

Lelaki always see perempuan sebagai makhluk Tuhan yang paling complicated. Memanglah complicated, dah kau taknak belajar faham dia. Perempuan ni dia sangat emosional. Diri dia penuh dengan emosi. Kalau kau sebagai lelaki berjaya faham emosi dia tu, datanglah angin taufan El Nino ka apa pun, sure kau boleh handle dia punya. Tapi tu lah tu, berapa kerat je lelaki macam ni. Pupus habis pi mana taktau. 

Pperempuan suka bila dia rasa dia adalah someone very important to you. Yes, you lah. Her love one. Ye, mama tau. Memanglah hampa kata awek hampa tu VVVVVVIP padahampa, tapi awat hampa tak tunjuk. Ni lah masalah dengan lelaki ni, depa tak reti nk tunjuk yang depa ni care. How to show that she is your VVVVVVIP? Abort whatever mission you have, drop whatever you have in your hands whenever she called. Nampak macam diktator sangat perempuan ni, tapi percayalah cakap mama. Mama pun perempuan kot, mama tau lah. Heheheh. 

Perempuan ni cepat cayaq dengan lelaki mulut manis. Walaupun rupa kau biasa-biasa, tapi tak mustahil kau boleh dapat awek catik macam model kalau kau sweet talker. Sweet tu bukanlah bila kau cakap 'i love you" 8 juta kali sehari. Hergh. Lelaki sweet ni however never failed to buat perempuan diawang-awangan gitu. Sweet ni sangat luas definition dia. I refused to name one, can you please go and figure it out yourself? Hahaha. 

Sebenarnya, bukan 100% salah perempuan bila hal macam ni jadi. Kau yang tak reti nak jaga dia, bila dia dah blah kau jangan nak acah-acah victim sangat. Tolong jaga jodoh orang, katanya. 

"Hati ini telah dimiliki tanpa ku sedari"
Padan muka kau. 

 



Monday 7 January 2019

In My Definition of ... Pandan Butterscotch Cupcake

Assalamualaikum.

Semalam maksu (read: adik papa yang paling bongsu) buat makan-makan sempena housewarming rumah dia. Fikir punya fikir, mama decided untuk bawak kek. Nak datang melenggang macam tak senonoh sangat rupanya. Lagi satu, sebab nak tumpang celebrate birthday Along. Birthday Along sepatutnya next week, so dah alang-alang berkumpul ramai-ramai tu, kasi celebrate satu kali lah. 

So, apa yang mama bawak? Cerita dah beria. Hehehe.

Taddaaa...


Sebab dah second time buat piping ni, so skill improved la sikit. Yang macam bunga daisy tu orange cupcake, sejibik sama macam slice cake birthday kakak tu hari, bentuk je lain. Yang macam berterumbu karang tu, pandan butterscotch cupcake. Cupcake pandan, with coconut buttercream, with drizzles of butterscotch sauce. Gitulah nama panjang dia. Hehehe. First time buat yang pandan ni, terus menjadi kebaboom. Ni bukan nak mama saja perasan ye, memang diakui oleh semua yang memakannya. 



Tempting tak? Hehehe. Resipi ni mama olah sikit dari resipi asal kek orange.

PANDAN BUTTERSCOTH CUPCAKE

Kek

1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
 1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum*-ayak
1 sudu besar baking powder*-ayak
1 sudu teh esen vanilla
2-3 sudu besar krim kelapa (Santan kotak)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit perisa pandan

*mama gantikan dengan 2 cawan tepung naik sendiri.

Cara-cara:
1- Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan gaul rata.
3- Masukkan santan, susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
4- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga sebati.
5- Masukkan adunan ke dalam acuan cupcake bakar pada suhu 160C selama 18-20 minit.
6- Sejukkan di atas wire rack sebelum dipipekan ising.


Krim
1/2 cawan unsalted butter
1/2 cawan ising sugar
1-2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2-3 sudu besar krim kelapa (santan)

Cara-cara:
1- Pukul butter dan ising sugar hingga kembang.
2- Masukkan susu pekat, krim kelapa dan esen vanilla. Gaul rata.
3- Masukkan ke dalam piping beg dan pipingkan ke atas kek setelah kek betul-betul sejuk.
4- Sejukkan kek yang telah dipipekan dengan cream ke dalam chiller. 

Butterscotch Sauce
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair

Cara-cara:
1- Dengan menggunakan api yang rendah (low heat) panaskan gula hingga cair dan caramelized.
2- Masukkan butter dah gaul rata.
3- Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4- Biarkan mereneh hingga sos betul-betul pekat.
5- Padamkan api dan sejukkan.

To assemble:
1- Pipekan cream pada kek. 
2- Drizzle butterscotch secukup rasa.

p/s
#1- Lesson learned: Gunakan middle rack (api atas-bawah) while baking. Oven was preheated 20-30 minutes beforehand. Jangan guna rack paling bawah sebab nanti bawah kek berkerak/hangus. Jangan guna rack paling atas sekali sebab nanti surface kek pulak over-burned.

#2- Sedikit info yang mama dapat while searching:
Butterscotch and caramel are both cooked sugars, but regular caramel is made with melted granulated sugar and butterscotch with brown sugar. Butter and cream are usually added to make a caramel or butterscotch sauce, the pourable format most people with a pulse enjoy over vanilla ice cream.-Smithen kitchen, 2013


Saturday 5 January 2019

In My Definition of ... Kerabu Kerang ala Thai

Assalamualaikum.

Kalau nak ikutkan time mama masak ni, dah berkurun dah sebenarnya sebab mama dah langsung tak boleh nak recall bila kejadian mama masak ni ha.  Dah lah memori mama ni limited, apo nak kato, dah tuwo, camnilah nasib. Hehehehe. 

Tengok Sheila Rusly masak time bulan puasa, bukan main berlumba-lumba lagi air liur nak keluar. Bukan main sedap lagi menengoknya. Iyelah, puasa nok. Air paip pun rasa sedap. Tanpa berlengah, mama pun buat jugak. Mama punya tanpa berlengah tu, makan tahun jugaklah ceritanya. Hahaha.



One thing mama perasan mengenai Thai food, rasa masam, manis, masin dia mesti nak ada. In every dish. Kalau untuk masin, depa guna fish sauce. Untuk manis, depa akan guna palm sugar. Untuk masam pulak, depa akan  guna lemon juice or lime juice. Cukup 3 komponen ni, insyaAllah sesedap kedai tomyam lah masakan kita. 

Oh ye! Resipi kerabu kerang ni tak jauh beza pun kerabu sotong yang mama pernh buat dulu. Cuma tukar main ingredient dia je. 

KERABU KERANG ALA THAI.

Bahan-bahan:
1 cawan isi kerang
1 biji cili hidup - dihiris 
2-3 biji cili api (bangla) - dihiris
1 ibji limau nipis - diambil jus
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar fish sauce
1 biji tomato - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 batang carrot - dihiris
Sedikit daun bawang
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
1- Dalam satu bekas, satukan jus limau nipis, fish sauce dan gula perang. Kacau hingga semua sebati dan gula larut.
2- Masukkan semua bahan dan gaul rata. 
3- Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang. 


In My Definition of ...Mango Chicken

Assalamualaikum. 

Apa khabar, uolss? Rajin pulak mama meng-update sekarang ni, ye? Curi masa chillax kejap uolss, updatelah se-pam dua, buat hilang stress, katanya. Hehehe. Sekarang ni tengah musim exam kat sini ni ha, so pensyarah semua kena perintah berkurung untuk menanda. Itu yang kononnya steresss tu. 

Macam biasa, resipi yang mama nak share hari  ni adalah about dish yang mama dah masak sejuta tahun lepas. Kau mampooo? Hahahaha. Lama ceritanya mende alah resipi ni dok dalam draf. Sebelum mama lupa terus, baik mama update sini. Bolehlah, buat modal nak brag dengan korang. Hahahaha. Cantekkk nau peranagai tu kan. 


Resipi ni tak jauh beza pun dengan crispy chicken salad yang mama pernah buat sebelum ni. Besa dia tang mango tu je. Hehehehe. Nak sedap sebenarnya kena guna mangga muda, baru la dia crunchy gitteww. Tapi apo nak buat, yang mana ada jelah kita sauk, janji mango ye dak? 


MANGO CHICKEN 

Bahan-bahan:
1 keping chicken breast*
1 ulas bawang putih-ditumbuk halus*
1/2 inci halia-ditumbuk halus*
Sedikit serbuk lada putih*
Tepung goreng ayam secukupnya
1 biji mangga - didadu
1/2 biji timun jepun - dihiris
1 labu bawang besar - hiris kasar
Garam, gula secukup rasa

Salad dressing:
2 biji cili padi - ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar fish sauce
1 sudu kecil gula perang
Sedikit jus limau/ lemon
Garam, gula secukup rasa - jika perlu

Cara-cara:
1- Semua bahan * diperap seketika. 
2- Salutkan ayam dengan tepung goreng ayam (ikut arahan dipaket tepung) dan goreng hingga garing.
3- Setelah ayam sejuk, potong mengikut size yang digemari. *Mama tak potong pun. 
4- Untuk salad dressing, satukan semua bahan didalam mangkuk dan gaul rata. 
5- Dalam mangkuk yang berlainan, satukan semua sayur dan ayam yang telah dipotong tadi. 
6- Curahkan kuahnya dan gaul rata. 
7- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Sedap ni weh, sebab masam/masin/manis semua cukup lengkap, pastu ayam pulak crunchy krup-krup gitu. 
#2- Sapa diet, dia makan sayur jela. Ayam bagi kat orang yang tak diet. Kuikuikui. (Gelak tutup mulut) 


Friday 4 January 2019

In My Definition of ... Steamboat Soup

Assalamualaikum.

Hello there. Hari ni, sebagai pembuka tahun baru, kita post resipi ye. Mudah-mudahan, menyeraplah semangat nak memasak tu hingga ke hujung tahun hendaknya, aminnn.

Selalu kalau teringin nak makan steamboat gini, mama prefer makan kat Seoul Garden. Of courselah sup pilihan mama adalah spicy kimchi. Gittew. Feeling korea tak habis-habis. Hehehe. Tapi tulah, masak kalau nak bawak ramai-ramai ni, mau licin bulu kena gadai, itu pun kalau laku. Hahaha. Ate, masak sendiri ajelah ceritanya.

Masa birthday kakak tu ari, mama ada buat steamboat, tapi mama puas hati dengan hasil masa tu. Iyelah nok, first time katanya nak masak sendiri masa tu, makan memanglah dah bertime-time. Hehehe. Selepas dipost-mortemkan, mama dah tau dah macam mana nak masak steamboat sup yang terpaling sedap. Aje gila kau ni weh, kalau mama yang masak, mana ada byashe-byashe (biasa-biasa). Hehehe.


Ni seperiuk yang mama masak masa kat family day tu hari. Kembang-kembang hidung makan ni oiii, sebab sedap sangat. Seoul Garden pun tak boleh chelen lah cerita dia ni. Hehehe. Kan hari tu viral orang dok share kalau nak kuah steamboat sedap, campur paste tomyam dengan paste asam pedas, kan? Memang betul sedap weh. Takdelah cair aje supnya tuh. Tapi mama takdelah guna paste yang diorang dok sebut-sebut tu, sebab cari tak jumpa-jumpa pastenya. 

Eh, moh le kita menyalin resipi. 

STEAMBOAT SOUP 


Bahan-bahan:
1 bekas tomyam paste 
1 pack pes asam pedas
1 pack kimchi
2 liter air
2 biji tomato - dibelah 4
2 biji bawang besar - dibelah 4
Fishballs, fishcakes, etc

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan kedalam periuk. 
2- Biarkan mendidih seketika. 
3- Sesuaikan rasa dan padamkan api.
4- Ready to serve and henjoyssss. 


p/s:
#1- Pes-pes tu semua dah sedia ada garam. Rasa dulu, kalau perlu tambah garam, baru tambah.
#2- Kimchi tu payah jugak nak cari ceritanya. Selalu mama beli kat mydin. Yang mama confirm ada jual (sebab pernah jumpa/ beli) is kat Mydin, Jusco, and Aeon Big. Tempat lain, wallahualam. Korang pergilah cuba try cari.