LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 January 2019

#TB: Aqif Haziem Turned 1

Assalamualaikum.

Kisahnya kat sini, mama asyik bertangguh nak cerita pasal celebrate 1st birtday bujang kenit mama sampailah hari ni, 5 months later, baru lah sampai seru tu pada mama untuk bercerita. 

Cake from Ibu
Seemed like ibu lebih excited dari mama sampai nama adik pun salah, Hehehe. On 19th tu ibu dah siap-siap beli kek bagai. Mama buat relaks je sebab memang dah plan tak sambut on that day. 

It's a blessed sebab mama ada blog ( walaupun tak taulah ada orang lain yang baca ke tak), sebab ada benda-benda yang mama cerita /bebel/merempan kat sini yang mama sebenarnya mama dah lupa dah pun. Bila mama scroll balik post-post lama, barulah mama macam, "oh... i did this", "awh... i did that?", and so on. Hehehe. 

So, berbalik pada kisah adik, it's important to put something on here, so that even after 50 juta tahun later pun, mama still boleh ingat all those moments. Hihihi. Almaklumlah, mama ni makin hari makin pelupa. Dah tua, katanya. 


Birthday adik was on 19th August, but since 1 September tu ada kenduri kat rumah MIL, and semua adik-beradik ada masa tu, itu yang mama and papa sepakat untuk delay sikit untuk celebrate birthday adik ni. As usual, dalam mana-mana or apa jua celebration yang kami cuba untuk buat, keberadaan kalau boleh semua adik-beradik adalah faktor paling penting. Sanggup lagi kami delay sikit nak celebrate tu dari takde orang. As usual, jemputan adalah adik-beradik papa sebab adik-beradik mama memang tak pernah ada pun sebelum-sebelum ni (semua jauh-jauh kot!), family ibu and family paknjang Lan dari Kedah. 

Pak Njang sefamily di rumah Mak Ngah Zarina. 

Masa balik raya haji sebelum, pak njang ada inform yang dia nak pergi hantar anak dia ke UTHM Pagoh on 2 September. Dia plan nak singgah tidur rumah mama on 1 September tu. Dah alang-alang kami pun nak buat majlis ni, teruslah kami pujuk pak njang untuk datang awal sikit. So pak njang sampai on the 31st August tu lah jugak. 




Anak-anak sebelum ni selalunya celebrate kat rumah je. Time adik ni je mama papa all out. Mama ni korek tabung lah jugak. Kalau ikutkan, tempat ni dia tak bukak malam, lepas dah discuss apa semua dengan dia punya owner, then dia setuju untuk accept kami pada malam tu. Worth it for her, lah kot kan? Kami pilih Dapur Kaseh at Vista Kirana. 



   
 

Foods that night were:
1- Nasi Goreng Bunga Kantan - serve with telur mata
2- Chicken Mango
3- Bolognese Spaghetti
4- Mushroom Soup
5- Roti Jala
6- Some kuih-muih
7- Some fruits
8- Victoria Slice Cake 
9- Red Velvet Cupcake
10- Free flow air teh tarik and orange. 

The reason kenapa kami (to be specific, mama) pilih Dapur Kaseh, selain dari dia punya ambience yang cozy tu, adalah foods dia. Alhamdulillah, selama mama dok pergi sana, foods dia semua tak pernah mengecewakanlah. The owner memang sangat-sangat jaga kualiti makanan dia, okeh. 


Birthday cake adik mama choose untuk cari sendiri. Masa Kak Linda, the owner of Dapur Kaseh tanya, mama cakap mama nak cari sendiri. Sebenarnya, boleh je kalau nak suruh Kak Linda sediakan semua, tapi kena tambahlah duit sikit. Sebelum ni, ada kawan mama celebrate birthday anak dia kat situ, and kek yang Kak Linda sediakan tu memang cantiklah. Kelakar ada, sedeh pun ada rupa cake adik ni. 
  
Expectation
Reality
Itulah yang jadi, bila mak hang memandai-mandai. Hahaha. Sebelum tu, mama ada bagi satu design ni yang mama google. Pastu konon nak bagi lagi clear, mama lukis lah. Turned out, kek tu tak macam yang mama imaginedlah. Mungkin hanya mama je yang paham drawing mama tu. Hehehe. 

Yang penting, rasa dia out of this world. 

Raindow Cake

Dari masa Angah mama berangan nak buat rainbow cake, akhirnya masa adik baru tercapai hasrat mama tu. Walaupun kali ni bukanlah mama yang buat pun. Kek order dari Fanoni Home Bakery.   


 

Kakngah (my adik) said, macam birthday Angah je, sebab Angah yang beriya depan sekali, betul-betul depan kek. ini kalau letak si birthday boy, mau habis dicrumblenya kek tu karang. 

 

Sebelum semua tetamu mula makan, kita bagi speech satu kali. Walaupun tetamu tu adalah adik-beradik sendiri, tapi still la, the effort they put to come the event was really appreciated. Walaupun sebelum tu ada yang kata tak nak datang la, apa lah. 

 


 

Since this, adik dah recognised lagu birthday, and bila kita nyanyi dia akan beriya tepuk. Hihihi. Tengoklah, kan dah kata, siapa yang sibuk lebih. 

Some more pictures along the event:


  

  



Ibu with Kakak and Adik.
Ibu adalah orang penting dalam setahun pertama hidup Adik. Ibu start jaga adik as early as adik berumur 2 bulan. Walaupun masa tu mama masih on confinement leave, tapi ada masa-masa mama hantar jugak adik untuk ibu jagakan, especially bila mama kena buat kerja berkenaan dengan permohonan kenaikan pangkat mama. 


  

bila tengok how manja adik dengan ibu, mama tau yang adik sangat disayangi oleh ibu, and the whole family. I know my children are in good hands. To have someone that is not blood-related to love your children is really a blessed.  Sebab tu walau ada flaws sikit-sikit here and there, mama rela pejam mata je. 

  

Walaupun mungkin satu hari nanti ibu dah tak jaga anak-anak mama, mama harap hubungan kami kekal baik macam sekarang.


Dear Adik,


Without you, I don't know what would I be. 
Thank you Allah for sending me this beautiful angel. 
He kept my insanity intact. 
May You showered him with all your loves and blessings, more than I do. 
May him grows up being Your warrior. 
Grant him all Your kindness, oh Allah. 

Love, 
MAMA.


No comments:

Post a Comment