LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 7 January 2019

In My Definition of ... Pandan Butterscotch Cupcake

Assalamualaikum.

Semalam maksu (read: adik papa yang paling bongsu) buat makan-makan sempena housewarming rumah dia. Fikir punya fikir, mama decided untuk bawak kek. Nak datang melenggang macam tak senonoh sangat rupanya. Lagi satu, sebab nak tumpang celebrate birthday Along. Birthday Along sepatutnya next week, so dah alang-alang berkumpul ramai-ramai tu, kasi celebrate satu kali lah. 

So, apa yang mama bawak? Cerita dah beria. Hehehe.

Taddaaa...


Sebab dah second time buat piping ni, so skill improved la sikit. Yang macam bunga daisy tu orange cupcake, sejibik sama macam slice cake birthday kakak tu hari, bentuk je lain. Yang macam berterumbu karang tu, pandan butterscotch cupcake. Cupcake pandan, with coconut buttercream, with drizzles of butterscotch sauce. Gitulah nama panjang dia. Hehehe. First time buat yang pandan ni, terus menjadi kebaboom. Ni bukan nak mama saja perasan ye, memang diakui oleh semua yang memakannya. 



Tempting tak? Hehehe. Resipi ni mama olah sikit dari resipi asal kek orange.

PANDAN BUTTERSCOTH CUPCAKE

Kek

1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
 1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum*-ayak
1 sudu besar baking powder*-ayak
1 sudu teh esen vanilla
2-3 sudu besar krim kelapa (Santan kotak)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit perisa pandan

*mama gantikan dengan 2 cawan tepung naik sendiri.

Cara-cara:
1- Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan gaul rata.
3- Masukkan santan, susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
4- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga sebati.
5- Masukkan adunan ke dalam acuan cupcake bakar pada suhu 160C selama 18-20 minit.
6- Sejukkan di atas wire rack sebelum dipipekan ising.


Krim
1/2 cawan unsalted butter
1/2 cawan ising sugar
1-2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2-3 sudu besar krim kelapa (santan)

Cara-cara:
1- Pukul butter dan ising sugar hingga kembang.
2- Masukkan susu pekat, krim kelapa dan esen vanilla. Gaul rata.
3- Masukkan ke dalam piping beg dan pipingkan ke atas kek setelah kek betul-betul sejuk.
4- Sejukkan kek yang telah dipipekan dengan cream ke dalam chiller. 

Butterscotch Sauce
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair

Cara-cara:
1- Dengan menggunakan api yang rendah (low heat) panaskan gula hingga cair dan caramelized.
2- Masukkan butter dah gaul rata.
3- Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4- Biarkan mereneh hingga sos betul-betul pekat.
5- Padamkan api dan sejukkan.

To assemble:
1- Pipekan cream pada kek. 
2- Drizzle butterscotch secukup rasa.

p/s
#1- Lesson learned: Gunakan middle rack (api atas-bawah) while baking. Oven was preheated 20-30 minutes beforehand. Jangan guna rack paling bawah sebab nanti bawah kek berkerak/hangus. Jangan guna rack paling atas sekali sebab nanti surface kek pulak over-burned.

#2- Sedikit info yang mama dapat while searching:
Butterscotch and caramel are both cooked sugars, but regular caramel is made with melted granulated sugar and butterscotch with brown sugar. Butter and cream are usually added to make a caramel or butterscotch sauce, the pourable format most people with a pulse enjoy over vanilla ice cream.-Smithen kitchen, 2013


No comments:

Post a Comment