LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 19 October 2019

In My Definition of ... My Special Spaghetti

Assalamualaikum.

Tak taulah hantu apa yang merasuk mama masa tu, tiba-tiba datang angin nak bereksperimen di dapur. Ni cerita lama dah ni. Entah bulan lepas ke 2 bulan lepas ke ni. Tiba-tiba tekak teringin nak makan western style, tak padan dengan muka jawa. Taste international sangat, uolsss. Hahahaha. 


Menu sihat katanya, padahal pemalas. Nak cover le tu. Hehehe. Iye korang, sumpah senang gila. Nak beli salmon tu lagi lama dari nak masak dia, tau tak. Mama ni kalau yang leceh-leceh, mana mau nya. 
  
SPAGHETTI WITH GRILLED SALMON 

Bahan-bahan:
1 genggam spaghetti - direbus dan diketepikan
1 keping salmon
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Sedikit sos tiram
Sedikit paprika
Sedikit gula perang
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 ulas bawang putih - dicincang
2-3 biji cherry tomato
2 biji button mushroom - dihiris nipis
Sedikit parsley - dicincang halus
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Marinate seketika salmon dengan bawang putih, lada hitam, sos tiram, paprika, gula perang dan garam. 
2- Panaskan minyak dan grilled salmon hingga masak dan garing.
3- Dalam pan yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. 
4- Masukkan tomato dan cendawan. Masak hingga layu. 
5- Masukkan sedikit sos tiram dan gaul rata.
6- Masukkan spaghetti dan kacau rata




Friday 18 October 2019

In My Definition of ... Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum.

Sardin ni antara favourite food mama, especially sambal sardin. Hari-hari makan pun takpe. Anak mama yang suka tu ha, Angah. Kalau buat sambal sardin ni, memang banyak dia makan nasi. Dia tu dah lah picker eater. Kalau dia makan banyak tu, memang mama suka sangatlah. 



Ni menu left-over sebenarnya. Nasi lebih, sardin lebih. Nak buang tu rasa sayang and macam membazirlah pulak. Tak baik membazir, ye kawan-kawan. Merajuk rezeki tu nanti, tau le korang. Hehehe. So, jadilah nasi goreng ni ha. 

NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan:
1 cawan nasi - gaul dengan sedikit garam
2 ulas bawang merah = ditumbuk
2 biji cili kering - direndam hingga kembang dan ditumbuk
Sardin - dihancurkan
Fishball -dihiris (optional)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing. 
2- Masukkan fishball dan gaul rata. 
3- Masukkan nasi dan gaut hingga sekata. 
4- Siap dan sedia untuk dihidang. 



Thursday 17 October 2019

In My Definition of ... Mee Rebus Haji Wahid

Assalamualaikum.

Amboiiiiiii. Lamanya mama hibernating ye? Hehehe. Minta maafle kome-kome sekalian. I had too much to tell you, yet too lazy even to move a finger. What to do. Aiyyo! Hihihi.

Setelah lama bermalas-malasan, akhirnya mama berjaya jugak untuk masuk dapur. Itu pun sebab rasa eager sangat nak try satu resipi baru yang dishare kat facebook. Mama punya eargerness untuk try something new ni selalunya memuncak bila ada orang nak datang rumah atau pun ada aktiviti makan-makan sesama adik-beradik. Biasalah, mama kan suka nak show-off gitu, so mestilah setiap kali tu nak hidang different and new kind of menu. Barulah orang tau kita pandai masak, kannnnn? Kahkahakah. 


Mama masak ni pun sebab Kakngah datang tidur kat rumah. Dia dengan husband dia nak bawak anak-naak jalan Melaka sebelum diorang start buzy bulan depan, katanya. Sebab diorang sampai malam, so mama just masak mee ni lah ha untuk dinner. Mama kan sejenis confident masih belasah jalan terus aje walaupun baru nak test resipi ni. Hahaha. Untungnya mama ni, dapat adik-adik ipar yang mama masak apa pun, diorang makan bertambah-tambah. Orang lain dah complain macam-macam, tapi diorang ok memanjang kalau tanya. Hahaha. 


Actually, mee rebus ni, especially Haji Wahid style, memanglah papa tersangat favourite. Orang JB taulah mee rebus Haji Wahid tu macam mana. Ada orang panggil mee rebus jawa. Along panggil mee kari. Apo-apo yolah. Resipi asal kredit to Dr. Chaku.

MEE REBUS HAJI WAHID

Bahan-bahan:

KUAH
500g keledek merah - direbus dan dilenyek/blend
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar udang kering - direndam seketika
1 sudu besar taucu
Sedikit daging - dicincang
Sedikit Gula merah 
Sedikit pes asam jawa
Sedikit kicap manis
Kulit kayu manis dan bunga lawang untuk menumis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air

Cara-cara:
1- Blend udang kering dan taucu hingga halus dan ketepikan. 
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis (kulit kayu manis dan bunga lawang) hingga naik bau. 
2- Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak.
3- Masukkan daging dan sedikit air. Kacau rata. 
4- Masukkan taucu dan udang kering. Kacau lagi. 
5- Masukkan keledek yang dilenyek/blend halus.
6- Perasakan dengan garam, gula merah, dan pes asam jawa.
7- Tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. 
8- Renjiskan sedikit kicap manis. 
9- Biarkan kuah mereneh hingga daging empuk dan kuah mencapai konsistensi yang dikuai. 
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

COMPLEMENT
 1 bungkus mee kuning - dicelur
Segenggam taugeh - dicelur
1 biji lada besar hijau - dihiris kasar
1 ketul tauhu- digoreng dan dihiris
1 keping fishcake - digoreng dan dihiris
Telur - direbus
Daun bawang (optional)
Bawang goreng (optional)

Cara-cara:
1- Masukkan mee dan taugeh ke dalam mangkuk.
2- Curahkan kuah. 
3- Hias atas dengan telur rebus, tauhu goreng dan fishcake.
4- Taburkan cili potong, daun bawang dan bawang goreng. 

p/s:
#1- Cili kisar mama dah siap-siap blend dengan bawang. So, masa masak ni mama dah tak tambah lagi bawang. 
#2- Mama tak letak halia and lengkuas. 
#3- Taucu tu kalau letak 2 sudu besar lagi sedap kot? 
#4- Daging tu boleh je ganti dengan haiwan-haiwan lain. 
#5- Sebabkan mama nak cepat itu hari, air panas yang dah celur mee tu mama tuang je dalam bekas untuk celur taugeh. Biar kejap dalam 2-3 minit, dah angkat. Sebab taugeh memang nak kena celur kejap je kan?