LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 27 July 2012

Pening!

Assalamualaikum...

Para lecturer yang muda-mudi macam mama ni, kena buat research untuk sahkan jawatan. Research tu jugak kena present and publish. Since sekarang ni syarat untuk research nan satu ni dah longgar sikit, makanya haruslah mama rebut peluang ni, kan?

#Ehsan Uncle G
Mama plan nak mem'paper'kan final year project mama dulu nun jek. Master's dissertation mama kurang confident sikit, sebab mama buat main tibai ikut dan jek.

Sekarang ni tengah pening berfikir nak hantar to which conference paper mama tu. Hehehehe... Papernya satu hapah pun tak buat lagi, dah pening-pening nak fikir tempat, kan? Gelabah betul. Hehehehe...

Papa pulak dah hari-hari dok berzikir kat telinga mama pasal conference ni. Sampai dah nak naik cair segala yang ada dalam telinga ni tau!

Pening-pening. Kerja yang dok ada ni pun tak habis-habis. Baru habis satu bundle ditanda, datang lagi 2 bundle. Macam mana tu? Celah mana lah mama nak buat paper ni? Nak jahit langsir lagi?

Bila? Bila? Bila?


Tension secara mendadak.

Thursday 26 July 2012

Duit oh Duit

Assalamualaikum...

Nampak beno mata duitannya kan? Hehehehehe...

Baru semalam gaji mama masuk, and semalamlah jugak habis settle semua duit-duit itu. Oh, my! Dapat jek gaji, mama terus keluarkan semua, tolak sana-tolak sini tinggallah beberapa ringgit jek untuk yippie-yippie.

Dalam pada tinggal beberapa ringgit jek tu, sempatlah jugak mama sambar 3-4 helai baju untuk anak-anak melaram raya nanti. Mak bapaknya usah ditanya, pakai saja yang mana ada. Giteww... Lupa pulak nak ambil gambar baju depa.  (^.~). Tapi baju jelah, seluar jeans segala-mala, belum lagi. Tunggu bonus, kekdahnya. Hikhikhik...

Cakap pasal baju anak-anak ni kan mama sesungguhnya sangatlah gusar. Baju Adam sekejap bebenor dah sendat, sarung nangka lagi elok rupanya. Cepat sungguhlah budak-budak ni membesar. Kena pulak maknya cerewet ya rabbi, tapi kedekut tahi hidung masin. Kuikuikui... Baju nak kualiti tiptop, tapi nak yang murah-murah jek harga. Pakai duduk rumah sajork, katanya. Mana nak dapat, kan?

Alhamdulillah, semalam kerajaan dah umumkan yang kakitangannya yang setia separuh mati ni akan dapat bonus setengah bulan gaji. Syukur. Semoga Allah banyakkan lagi rezeki kerajaan. Boleh? Hehehehe... Seriously, sejak mama mendengar khabar-khabar angin sepoi-sepoi bahasa kata akan dapat bonus, mama dah menaruh harapan. Kalaulah tiba-tiba kerajaan kata "Eh, mana ada. Sapa yang pandai-pandai kata nak bagi bonus ni?", maka akan jadilah drama menangis berbaldi-baldi. Mau tak menangis, semua benda nak ditimpapkan atas bonus yang seciput tu. Hehehe...

Berganda-ganda syukur and supriseee bila tiba-tiba tadi ada insan yang sungguh baik hati bagi duit komisen buku. Hari tu dah dapat, ni dapat lagi? Zakat kah? Hehehehe...Sem depan haruslah mama mengorder banyak lagi kan? (Dasar mata $$$) Hehehehehe...

Komisen. 
"Eleh, ingatkan banyak sangatlah tadi". 

Jadilah,kan. Siapa lah yang tiba-tiba nak bagi, saja-saja. Nak harapkan jatuh dari langit? Boleh harap jelah, moga-moga ada. Sekurang-kurangnya dapatlah beli nasi kerabu 3 bungkus,habuan berbuka kan papa kan? Hehehehehe...


Tuesday 24 July 2012

It's his day!

Assalamualaikum...

This day, 28 years ago, he was born. Mind you ha..., even though he looks like he is in his mid 30s, he is just 28. Hehehehe...

As today is his special day, mama nak lah buat satu entry, specially for the birthday boy. (^,^)


Papa ketika masih muda belia. 

Tauliah Palapes 2005

Papa tauliah Palapes 2005

Purak-purak.




Baru kahwin.

On BFF wedding

Time konvo. Papa jek konvo bawa anak. Orang lain bujang hu-ha, hu-ha.



Hasil selepas bertahun-tahun kahwin.

Melihatkan keadaan papa hari ni, no one could tell that, once upon a time papa was a keding one. Peoples would say that "Pandai ko jaga", hakikatnya ?? Hehehehe... Papa menjaga diri sendiri jek, ye dak? 

If I were ask, of course I would say that I want my guy back, but hey, I have more to love what! Hehehehe...


Bercintan-cintun.
#I want this guy back, plsssssss...

Dear Allah,

Today is my love special day. He turned 28 today. Please grant him a very good health so that he can live longer and be with me for the rest of my life. Please forgive him for the things he did wrong, and please blessed him, for the good deeds he did.

He sacrified a lot in his life. Please repay him prosperously here and hereafter. He brings me joy that I never have enough. Please give him never ending happiness, here and hereafter.

I love him no matter what.

HAPPY BIRTHDAY, PAPA!

We really love you.

Monday 23 July 2012

Berbuka

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, dah hari ketiga dah pun kita berpuasa, kan? Cepat sungguh masa berlalu. Ada ke yang tak puasa hari ni?

First day puasa, berbuka secara berjemaah dirumah MIL. Makan biasa-biasa jek, macam hari-hari tak puasa jugak. Papa buat ayam bakar, and MIL goreng mee.

Macam ni lah ayam panggang papa. #Gambar recycle.

MIL and FIL sangat bersederhana bila berbuka. Jarang nak ada 5,6 macam jenis lauk, apatah lagi nak penuh satu meja makan tu dengan makanan. Jangan kat Kedah nun, masa arwah abah ada, segala bagai makanan ada. Kuih sampai 4,5 jenis. Meriah betul. Kadang-kadang tu, sampai terbuang makanan. Sayang, kan?

Masa mula-mula kahwin dengan papa, rasa macam canggung sikit tengok makanan tak berapa banyak, lama-kelamaan dah biasa. Berpada-pada lah, kan. Banyak mana lah sangat nak makan time berbuka ni.

Hari kedua puasa (semalam), mama and papa decided untuk berbuka secara duet saja dirumah sendiri. Kesian pulak kat MIL nak terkocoh-kocoh masak. Invite jugak FIL and MIL berbuka kat rumah kami, tapi katanya dah masak. Dalam kelam-kabut tu, sempat jugaklah pi rumah depa hantar kuih. **Menantu syurga kah? Hehehehehe...

Mama gigih sungguh masak pecal leleh, gara-gara tak puas makan ayam penyet hari tu. Erk..releven, tapi tak significant. Apalah yang mama merepek ni?? Adoiiyai...


Siap ada kuih lagi, you! Buat sendiri tau!Gigih tak, gigih tak?? :D


2 thumbs up for kuih keria, malangnya karipap were fail. Dah lama beno mama tak buat karipap. Patutnya mama ikut jeklah stail mama selalu buat, kononnya nak buat cara lain, dah ke hampeh jadinya. 

What to eat today? Mihun goreng can ar? Oh... Keria balls as the kuih ( dapat ilham masa jalan-jalan blog orang).


Selamat berbuka!



Friday 20 July 2012

Ramadhan Datang

Assalamualaikum...

We have been waiting for this for so long, and alhamdulillah (and insyaallah), the day is finally come. Esok semua umat Islam akan berpuasa. Yippieee...


Ramadhan tahun ni, mama harap dapat melatih and membentuk mama menjadi seorang insan dan hamba-Nya yang lebih baik. Semoga Allah mempermudahkan urusan mama, insyaAllah.


And today, i was suprised by an email (by Miss DJ, actually who knew that from email) that one of our friend masa induksi tahun lepas has passed away. Innalillahiwainnailaihirojiun. My heart goes to his family. Semoga Allah menempatkan allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman.

Tuesday 17 July 2012

Puasa dan Lapar

Assalamualaikum...

Ramadhan is just around the corner. In less than 72 hours, Insyaallah, kita semua akan berpuasa. Dah habis ke ganti puasa tahun lepas? Tahun-tahun lepas? Last-last minute ni  ada yang nak marathon habiskan puasa ganti. Oh, mama dah 2 tahun berturut-turut puasa penuh. Best,kan? (^.^)

Tahun lepas, 20 hari berpuasa, mama dapat turunkan berat berkilo-kilo jugak. Tapi 2 hari raya, dah dapat balik berat asal. Adoiii...

Tahun ni, mama berazam untuk turunkan berat sekarang ke berat sebelum bersalinkan Adam dulu, iaitu 56kg. Harap-harap, dapatlah hendaknya. 

Disebabkan mama baru habis kelas and kelaparan,ni yang mama dapat.
Roti john-student jual.
Tiba-tiba rasa macam nak buat roti john pulak, kan balik nanti.

Monday 16 July 2012

Mengeja

Assalamualaikum...



i..a..o..i mina... MINA

Asyik-asyik itu ajelah yang diejanya. Tak habis-habis dengan mina dia. Oh, by the way, mina tu sebenarnya ialah Ribena. Hehehehe

Eja "MILO"
i..a..o..i milo... MILO

Eja "ADIK"
i..a..o..i baby... BABY

Eja "KERETA"
i..a..o..i kite... KETE


Adoi!!
Tepuk dahi mama dengar Adam mengeja. Hehehehe...

Friday 13 July 2012

Meniru

Assalamualaikum...

Memang sungguhlah bagai dikata (amboih...bahasa A Samad Said ni..), kids are like sponge. They tends to absorb everything they see. 

Mama sesungguhnya setuju. Tak payah nak tengok jauh-jauhlah, kat rumah mama tu dah ada dua orang yang suka sangat meniru, especially all the cartoons or any tv programs they watched.

Sekarang ni, tengah galak bersiaran (ke ulangan hah?) kat astero TVIQ, "Oh My English!". Masa promo dia sebelum ni mama tengok macam best, tapi biasalah, indah khabar daripada rupa. Walaupun tak sebest mana, at least, you learned lah. 




Dua beradik kat rumah tu pun bukan mainlah dok "Oh My English". Yang tak tahan tu, si adik siap tutup mulut sambil cakap entah apa-apa. Mama tak faham. Hehehe... Tau ada bunyi jek, butir dia tak tahu apa. ;D

Agak-agak ada rasa nak cubit-cubit tak
kalau Adik yang buat macam ni?
Yang abang pulak, sikit-sikit " O ma yeish". Al maklumlah, orang pelat. Hehehehe...

Tu baru satu, belum lagi kalau si Adam tu dok ikutlah apa yang Spongebob buat, dahlah Spongebob ni kadang-kadang pun tak mendidik sangat. 

Tau tak Adik panggil semua jenis kartun as "Bob"? Obviouslylah, "Bob" is referred to Spongebob, since Adam sukaaa sangat tengok cerita Spongebob, makanya Adik pun mendapatlah pendedahan awal. 

Adam jugak suka tengok Pingu. Canggih kot Adam ni, layan Pingu kat youtube. Hehehehe...sekarang ni kat tv memang dah tak ada dah cerita ni. Bila dah asyik sangat dengan Pingu ni, dibantainya ikut cakap macam Pingu. Bila mama marah sebab tak faham dia cakap apa, nanti Adam akan cakap "Adam cakap Pingu". Adoii..

Sekarang ni, dua beradik ni tengah gila tengok Oggy and the Cockroaches. Adik siap boleh gelak besar lagi time tengok cerita ni. Kelakar sangatlah gamaknya tu!


Pagi-pagi masa mama tengah kelam-kabut nak bersiap pergi kerja, mama biar depa layan cerita ni lah dulu, barulah mama boleh bersiap dengan tenang. Hehehehe...


Wednesday 11 July 2012

Mertua VS Menantu

Assalamualaikum...

Apakah sejak zaman batu lagi mertua and menantu perempuan memang tak sebulu? Seriously, mana-mana pun, even dalam cerekarama sekali pun, selalulah kisah mertua vs menantu ni dipaparkan.

Syukur alhamdulillah, Allah bagi mama mertua dari syurga. Yes, they are really sent from the heaven.



Being my MIL, beliau ni memanglah suka bertanya. Boleh buat naik angin.
"Cukup tak masak nasi ni 8 pot?"
"Ayam ni nak potong berapa?"
bla..bla..bla...

Kadang-kadang, mama malas nak layan, mama jawab endah tak endah "Ikut mak lah". Beliau yang nak masak, kan. Awat yang nak tanya macam-macam ni?

Selepas 6 tahun mama kahwin dengan papa, and lebih khusus lagi, 2 tahun hidup bertangga dengan MIL and FIL, mama rasa mama dah semakin faham rentak depa and mama try untuk berlapang dada dengan depa (especially dengan MIL).

Manalah nak cari mertua yang nak masakkan ko makanan hari-hari? Dahlah tu, anak-anak ko pulak, bukan main banyak songehnya. Nak makan nasi gorenglah, nak makan kari lah, keropok lekorlah, walhal lauk dah macam nak kenduri dah punya banyak MIL ko masak. MIL and FIL pulak ikutkan jek peel si cucu ni, gigihlah masak jugak apa yang si cucu tu nak, asalkan si cucu bermakan, katanya.

Mama ingat lagi, masa mama pregnantkan Adam dulu, mama was craving for MIL's cooking. Bukan mak sendiri punya tau, tapi MIL's. Masa pregnantkan Adik pun sama, mama tak selera makan, sampaikan FIL pergilah minta mangga muda kat rumah jiran semata-mata sebab mama bertanya. And every now and then, MIL buatkan kerabu mangga untuk mama, sebab dia tau tu sajalah yang boleh bukak selera mama.

Bab makan ni, tak payah ceritalah, memang berjela-jela storynya nanti. Tak ke ko terharu bila dengar MIL and FIL ko suruh anak dia (anak dia sendiri, ok...) tinggalkan sikit makanan untuk menantu dia. Walhal, kalau habis pun, bukannya lah mama ni nak meraung pi batu belah batu bertangkup pun. Esok-esok ada lagi.

Dulu, masa mama masuk wad sebab nak bersalinkan Adam ( tapi tak jadi), depalah yang pertama sampai, and mama menangis masa depa datang visit mama kat wad. Serious masa tu rasa macam sadis sangat. Masa mama nak bersalinkan Adik pun, depa siap tunggu kat labour room. Depalah the first two yang dengar first cry Adik.

Mama seorang yang sangat cerewet. Banyaklah hal yang tak kena, tapi sejak mama try untuk berlapang dada ni, mama rasa lebih tenang. Semua kebaikan, jasa and penat lelah depa clear terpampang didepan mata mama. And mama lebih hormat and lebih berlemah-lembut dengan depa.

Let alone depa pakaikan baju tak matching dengan seluar kat anak-anak, let alone si abang terpakai baju si adik, sebab atuk nenek dah konpius tu baju siapa, let alone semua small matters ni, sebabnya sehari suntuk, time ko kat tempat kerja (buat taik mata, jalan-jalan blog orang, jalan-jalan ukur jalan, dan yang sewaktu dengannya), depa ni bersengkang-mata jaga anak-anak ko yang lasak tak ingat.

Biarlah dapur dia tak tersusun, nak ambil pinggan pun susah, sebabnya bila ko balik jek dari kerja, ko cuma perlu ceduk nasi ke pinggan jek.
Biarlah dia sidai baju tungging terbalik, sebabnya baju anak-anak ko pun dia yang tolong cuci.
Biarlah, biarlah, biarlah.

Walau Adik dan Adam kurus kering sekali pun dalam jagaan atuk dan nenek, mama tak akan sesekali menuding jari, salahkan depa, sebab mama and papa pun takkan dapat buat macam mana atuk and nenek buat.


Semoga Allah panjangkan umur both MIL and FIL, so that kami-kami dapat berbakti kepada depa. Amin...

Tuesday 10 July 2012

BFF

Assalamualaikum...

Since past few months, mama berada dalam kondisi risau, tapi buat-buat tak tahu, and wondering jugak why oh why my BFF tidak kunjung tiba. Kalau mama memang menunggu sesuatu, maka wajarlah agaknya mama bergumbira melompat bintang bagai. Since I'm not, and of course there is no such a way for me to expect, makanya kerisauan lah mama ni.

Heee... mesti ada yang tak faham kan?

Last mama met with the BFF adalah masa umur adik 7 months. Now, adik dah 1 tahun 5 bulan. Even if mama pregnant sekali pun, mama should dah terberanak dah by now. 10 bulan beb! Bayangkanlah selama 10 bulan tu your body tak keluarkan apa yang sepatutnya dikeluarkan, tak ke macam something wrong somewhere tu?

2,3 hari ni mama rasa mama harus bergumbiralah, walaupun masa the very first day tu mama macam cuak jugak, takut keciwa dipenghujung hari. Hehehehe... Keciwa weh...Mama tak rasa ada orang lain yang happier than I am meeting with the BFF. Hehehe...

Mama tak boleh nak ber'experimental design' sangat, sebab for both keadaan ( masa Adam and Adik), lain-lain kekdahnya. Walaupun masa Adam dulu mama bf jugak, tapi masa tu jugak mama on contraceptive. So, macam mana keadaan sekali pun, you will have your BFF jugak ( walaupun tak nak, especially time puasa).

Sekarang ni, mama tak ambil sebarang contraseptive (mama off sebab pil tu meng"low"kan milk production). Mama nak buat cara yang lain, katanya kena tunggu "that time" jugak, sebab "time" tu servix lembut. Tunggu punya tunggu, 10bulan sudahhh...

Yang tak bestnya, tak dapatlah mama nak puasa penuh lagi... Huwaaaa ... Kena tunggu pregnant lagi lah nampak gayanya.

No wonderlah orang kata breastfeed baby is one way of family planning jugak. (^^,)



Lompat bintang.

Monday 9 July 2012

Abang la...

Assalamualaikum...



"Baby, duduk diam-diam, nanti Adam Hafiey marah"
"Bukan Adam Hafiey la, Abang"
"Bukan, Adam Hafiey"
"Dengan baby, abang kena cakap abang la"
"Adam Hafiey" Marah.


Aiyyo.. Ini macam punya orang pun ada ke?Hehehe...




Adik

Assalamualaikum...



"Adik sayang siapa?"
"Mamm.. ma". Tangan tunjuk mama.
"Adik sayang mama ke papa?"
"Mamm.. ma"
"Adik sayang papa ke mama?"
"Mamm.. ma"

:D

Tengah makan.
"Adik tak nak dah?"
Geleng. 
"Dah kenyang ke?"
Angguk.
"Kenyang macam mana?"
Sendawa.

 Hari ni, umur adik genap 1 tahun 5 bulan. Maknanya tinggal lagi more or less 7 months untuk mama bf adik. Alhamdulillah. Walaupun adik baru setahun jagung, tapi akal macam orang dah bertahun-tahun. Yang paling tak tahan, apa abang dia buat, mesti dia pun nak buat jugak. 


Abang berguling, dia pun berguling. Abang lompat, dia lompat. Adik, adik...


Adik anak manja mama. Sikit-sikit "mamm ma", sikit-sikit "mamm ma". Agaknya sebab suka sangat sebut "mamm ma", dah habis satu rumah dipanggilnya "mamm ma". Atuk, nenek, papa, semuanya "mamm ma". Nasib baiklah dia tahu "abb ba", which is abang dia. 

Ada orang tu nak tumbuh gigi lagi, you!

Friday 6 July 2012

Rukun Negara

Assalamualaikum...

Selalunya, kalau Adam tak tidur awal, mama akan berpillow talk dengan dia. And, semalam suprisingly, dia ajar mama berikrar (lah pulak!). Adam bercakap masih pelat, nak-nak lagi words yang bukan selalu mama papa sebut. So, masa berikrar tu jenuh jugaklah mama meneka apa ke perkataan yang Adam cakap. Sampai naik  tensionlah kawan tu. Hehehehe...

Nasib baiklah mama ni boleh tahan terrer jugak main teka-teka dengan dia, kan...Hehehehe  (Tak nak dia marah, kenalah bagi faham). Mama pernahlah terdengar masa kat tadika Adam dulu, lepas baca doa belajar (ke sebelum ha?), depa kena berikrar bagai ni. Tu yang mama boleh agak dia ajar mama baca ikrar tu.

Tapi kan, Adam tak adalah pulak nak ajar mama all 5 Rukun negara tu. Dia ajar intro jek. Hahahaha... Tiba-tiba jek dah 'down'. Dia siap tunjuk gaya lagi you, sebab mama tak dapat tangkap apa ke kekdah yang disebutnya. Adam sangat suka bila mama dapat ikut (paham) apa yang dia cuba sampaikan, sebab tu seboleh-bolehnya mama tak nak spoilkan mood baik dia.
Mood tak baik. **sabar je lah.

Bila pagi ni mama cerita kat papa, barulah mama tahu, rupa-rupanya apa yang diikrarkan tu ialah Rukun Negara. Ok, fine. Pandai-pandai jek papa kata mama tak ingat rukun negara. Tolong sikit eh...

Oh, pagi tadi MIL and FIL cerita, Adam kata Adam sayang papa. Bila ditanya, Adam tak sayang mama ke?
"Mama, baby".

Walaupun Adik tu dah nak sama besar dah dengan si abang, tapi Adam tetaplah panggil dia baby. Hehehehe...Comel jek.

1Malaysia?

Semangggat

Assalamualaikum...

Ok, tajuk harus tak ada kena mengena dengan isi. Hehehehe...

Esok mama kerja lagi. Bukan kerja kena mengajar bagai pun, tapi ada bengkel. Seharian okey. Belum pergi lagi, dah rasa penatnya. Maknanya, dah dua minggu berturut-turutlah mama kerja 6 hari seminggu. Penat weh.

Mama ni doklah cerita-ceriti pasal rumah baru mama, bukan main kan. Tapi, tau tak sebenarnya rumah yang mama dok pi jenguk tiap-tiap minggu tu, bukan rumah mama?

Bukan rumah mama.
Sebenarnya, rumah mama adalah rumah yang sebelah tu ha. Rumah mama adalah rumah yang ke6. Padahal selama ni, mama dengan confident level setinggi candi Borobudur ingat yang rumah kami adalah rumah ke5. Aiyakk...

Ni mama boleh tahu pun semuanya adalah gara-gara surat yang dihantar oleh peguam untuk salinan mama. Kira punya kira, barulah tahu rupanya salah rumah. 

Setahun weh mama dok berulang tengok. Ok, memang harus kena gelak.

Hah, nak tahu tak? Line depan rumah mama ni kan rumah dia dah siap tau. Totally siap. Yang tak bestnya rumah tu (adalah dalam 3 rumah) dah dirasmikan oleh buruh-buruh rumah warga Indon. Rasalah tuan rumah, beli rumah mahai-mahai rumah dah tak exclussive. Muahahahaha...(gelak jahat!)

Dah kena rasmi.
Hari ni nak pi tengok rumah-yang betul- lagi. 



Monday 2 July 2012

6 Already?

Assalamualaikum...


We were both young when we were getting married. 6 years has passed. I wish I would have another thousands years to "raikan cinta" with you, papa.



Despite of all arguments, merajuk, marah, and any other thing that I could list off, I love you that I never can't live without you.


You are my other half, and I love you no matter what!




HAPPY 6th ANNIVERSARY, PAPA.

May our marriage be blessed by Allah till Jannah.