LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 6 December 2018

In My Definition of ... Lamb Madghout

Assalamualaikum.

Mama sebenarnya not a big fan of nasi arab. Percaya tak, mama tak pernah masak nasi arab. Kat ofis ni kadang-kadang ada jugak diorang open order rempah nasi arah, entahlah kenapa mama tak pernah teringin nak try jugak.

10 tahun lepas, masa di UTM, mama pernah berjiran dengan a couple from Yemen ni named Ehab (suami) and Marwa (isteri). Suami dia buat master kat situ, isteri dia ikut jela. Isteri dia ni umur lebih kurang baya mama, tapi tak berpelajaran tinggi, so taktau speaks English. Yang mama ni pulak, nama je Islam, Arabic sepatah haram pun tak boleh nak cakap. So, bayangkanlah macam mana kami dua orang bersembang. Macam ayam dengan itik uolsss. Keluar segala bunyi haiwan, bahasa isyarat segala. Hahaha. Yang peliknya,  klik pulak tu kitorang dua orang. Kalau time husband dia ada, okla, dia boleh tolong translatekan.

Pernah sekali, masa mama pergi rumah diorang, mama dipelawa untuk makan. Macam pelik sikit ar, nasi, lauk semua berlonggok dalam dulang. Pastu rasa dia pun macam tak berapa nak kena sangat kat tekak, tapi makan jugaklah uolss. Masa tu, nasi arab belum in lagi. Orang pun tak kenal lagi  nasi arab tu apa.

source: nasi arab
Fast forward 10 tahun kemudian, mama bekenalan pulak dengan madghout ni. Compared to nasi arab, madghout ni adalah lebih kuat rasa rempah dia. Sapa yang suka berempah-berempah ni, dia insyaAllah akan suka nasi ni.


source: lamb madghout
So, in my own definition, here there were on last 12 Ramadhan- lamb madghout, served with salsa.

LAMB MADGHOUT


Bahan-bahan:
500g lamb- dibersihkan dan ditoskan
3 cawan beras - dibersihkan dan ditoskan
1 labu bawang besar -dikisar*
2 ulas bawang putih - dikisar*
1/2 inci halia - dikisar*
1 biji tomato - dibelah 4
1 sudu besar rempah beriyani*
1 sudu besar rempah kari daging*
A dash of serbuk paprika*
A dash of serbuk lada hitam*
A dash of serbuk lada putih*
1 cawan susu cair
Garam, gula secukup rasa

Untuk menumis:
Minyak sapi / butter 
2 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 inci halia diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Untuk hiasan:
Daun ketumbar - dicincang kasar


Cara-cara:
1- Semua bahan * dan lamb disatukan ke dalam periuk tekanan dan disesuaikan rasa gula dan garam. Masak selama 15 minit. 
2- Selepas 15 minit, keluarkan lamb dan ketepikan. (Biarkan jus yang keluar ketika masak lamb tadi di dalam periuk) 
3- Masukkan beras, susu cair dan sedikit air kedalam periuk tekanan tadi. (Sukat air dan susu mengikut cara biasa masak nasi). 
4- Perlahankan api dan biarkan penutup periuk dibuka. 
5- Dalam periuk yang berlainan, panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumisan hingga kekuningan dan naik bau.
6- Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk dan masukkan tomato. 
7- Sesuaikan rasa gula dan garam pada nasi. 
8- Pasangkan penutup pada periuk dan masak selama 5 minit menggunakan api perlahan. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Berhati-hati ketika mengendalikan periuk tekanan (pressure cooker). Pastikan periuk dan masakan telah sejuk (tahap kepanasan periuk dah berkurang) sebelum membuka penutup periuk. Tekanan yang inggi didalam periuk akan meletuskan masakan yang berada didalam periuk. Sangat berbahaya especially bila melibatkan masakan berkuah. Kuah dia panas oiiii. Mau melecur kulit. Kena kat muka kan lagi parah. 
#2- Masak guna pressure cooker sangat-sangat menjimatkan masa. Mama guna pressure cooker manual ajerrw, yang canggih pun ada, tapi simpan dalam lemari. Sayang nak guna. Hakhakhak.  
#3- Salsa guna resipi ni










Wednesday 5 December 2018

In My Definition of ... Kari Udang Tanpa Santan

Assalamualaikum.

Sebelum semua ni hilang tanpa jejak dari ngatan mama, baiklah mama lekas-lekas update resipi sini. Hehehe. Apa nak kata, makin hari makin tua, macam tu lah.  


Kari tanpa santan ni sama sedap je dengan kari ada santan. Pada mama lah. Cuma tulah, ada sesetengah orang dia rasa macam macam rasa rempah tu macam kuat sangat kalau tak letak santan. Again, it's individu preferrencelah,kan. Kalau suka bersantan, tambah jelah santan nya. 

Mama sebab kadang-kadang, takde stok santan (walaupun santan segera melambak kat pasaran nun), tapi tekak nak makan kari. Itu yang menjadi kari tanpa santan ni. 

Sedap, kan tengok gambar ni. Insyaallah, tak rugi try resipi mama. Resipi mama selalu simple-simple je, sesuailah dengan tahap kerajinan mama ni. Hehehe.

KARI UDANG TANPA SANTAN


Bahan-bahan:
15-20 ekor Udang - dibersihkan
4 batang kacang panjang - dipatahkan
2 sudu besar serbuk kari - dijadikan pes
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci Halia*
1 keping asam keping
Sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angakt dan ketepikan. 
2- Bahan bertanda * - separuh dihiris nipis dan separuh dikisar. Bahan dikisar dicampurkan dengan serbuk kari dan dijadikan pes.
3- Tumis bahan hiris dan daun kari hingga naik bau. 
4- Masukkan pes kari. Kacau hingga garing, pecah minyak dan naik bau. 
5- Masukkan udang dan kacang panjang. 
6- Tambahkan sedikit air. 
7- Sesuaikan rasa garam. 
8- Biarkan menggelegak seketika, padamkan api dan SIAP!
9- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Kari tak pernah tak win kalau masa makan, kawankan dengan sambal belacan, ulam and ikan kering. Pergh!! Memang tak kenallah apa itu diet. Hehehe



Tuesday 4 December 2018

In My Definition of ... Korean Spicy Chicken

Assalamualaikum.

Hari ni, masih berkenaan sambutan birthday kakak tu hari, mama nak share resipi ayam goreng Korean style yang howwt sekarang ni. 

Well, apa nak dikata, mama pun terkena jugak tempias k-pop ni, walapun umur macam dah tak berapa nak sesuai, tapi tetapppp. Gittew. Hehehe. 



Rupanya, takdelah susah mana pun nak membuat ayam goreng ni ha. Tak perlu pun sampai nak pergi ke Korea semata-mata nak makan ayam guring. Tapi kalau  dah terpergi, ayam goreng dia must try lah. Baru esok-esok dah balik, boleh replicate balik resipi dia. Resipi mama hari ni adalah berdasarkan citarasa tekak mama yang sebelum ni haram tak pernah rasa pun ayam goreng ala Korea ni. Sendiri first time masak, sendiri first time rasa. Sedap hohoi. Tapi pedas dia tak menahan lah. Entah apsal cili kering kat rumah ni mama terbeli yang pedas. 

KOREAN SPICY CHICKEN

Bahan-bahan:
20 ketul chicken wing - dipotong menjadi drummet
2-3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu teh minyak bijan
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit bijan untuk hiasan 

Cara-cara:
1- Ayam dibersihkan dan ditoskan. 
2- Satukan 1 sudu besar bahan kisar (bawang putih + halia), serbuk lada hitam, serbuk lada putih, sos tiram, garam, dan semua tepung. 
3- Perapkan ayam semua bahan (2) tadi selama 30 minit. 
4- Goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikn. 
5- Ketepikan minyak gorengan ayam, dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar minyak untuk menumis. 
6- Tumis bahan kisar hingga naik bau. 
7- Masukkan cii kisar. Masak hingga cili garing. 
8- Masukkan sos cili, sos tiram, dan kacau.
9- Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering. 
10- Perasakan dengan gula dan garam. 
11- Masukkan minyak bijan dan gaul seketika.
12- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Sedap buat ratah masa panas-panas. Walaupun pedas sampai keluar air hingus segala, still rasa macam tak boleh stop makan. 
#2- Mama perasan yang all the Chinese, Korean and macam-macam lagi jenis cooking in that continent, their cooking mesti nak ada minyak bijan.  








Monday 3 December 2018

In My Definition of ... Orange Cake

Assalamualaikum.

Mama kena simpan resipi ni cepat-cepat kat sini, or else, memang mama akan lupa terus. Hehehe. Disebabkan kekangan masa (sibuk dengan kerja, and so on) tapi still mama nak bake a cake jugak masa birthday kaka k tu hari, so terpaksalah cari resipi yang simple-simple aje. Bahan pun takmaulah yang avantgarde sangat, sebab $$$ pun tak berapa nak ada. Hahaha. Selak-selak buku resipi, jumpalah resipi simple ya amat ni ha. Sedang helok, bahan pun semua dok ada dah dirumah.

Nak jadikan cerita, masa mama dah masukkan kek ni dalam oven, dah 10-12 minit baked macam tu, tiba-tiba papa kata, apsal  berasap ni oven mama, memang macam tu ke? Ah, dah sudah. Jahanam dah ke oven tu? Bila check, rupanya, sebab suhu tinggi (200+C kot macam tu) pastu kek pulak dok kat rack paling atas, memang hangus lah ceritanya. Nasiblah masa tu baru lagi. Bila mama check balik kat oven tu, rupa-rupanya budak-budak ni (Tak tau lah kakak ke angah ke) dah pergi pulas habis tombol  temperature, pastu yag grill tu pandai-pandai pulak da tukar atas saja, tu yang jadi macam tu. Nasib baik cepat perasan, so kek tu dapatlah diselamatkan walaupun 1/10 yang kat atas tu kena buanglah, sebab dah hangus sikit.

Disebabkan time tu jugak mama ada 1001 kerja yang mama nak kena buat, and semua list tu dok dalam kepala je, tersalah loyanglah pulak. Plan asalnya, icecream cake tu nak buat base dia kek orange, kek coklat as sliced cake, tapi since tersalah loyang, then plan pun tukar lah.

Oklah, moh kita salin resepi ye?

ORANGE SLICED CAKE WITH CREAM,
LEMON CURD AND  SALTED CARAMEL DRIZZL


Bahan-bahan:

Kek

1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
 sudu besar oren sunquick (lebih pun boleh)
1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum*-ayak
1 sudu besar baking powder*-ayak
1 sudu teh esen vanilla

*mama gantikan dengan 2 cawan tepung naik sendiri.

Cara-cara:
1- Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan gaul rata.
3- Masukkan pati oren, susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
4- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga sebati.
5- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 40-45 minit.
6- Sejukkan di atas wire rack sebelum dipotong. 


Krim
1/2 cawan unsalted butter
1/2 kotak whipped cream
1/2 cawan ising sugar
1-2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1- Pukul whipped cream hingga kembang dan kental. Ketepikan.
2- Dalam bekas yang berasingan, pukul butter dan ising sugar hingga kembang.
3- Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Gaul rata.
4- Masukkan whipped cream yang telah dipukul kembang sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga semua sebati.
5- Masukkan ke dalam piping beg dan pipingkan ke atas kek setelah kek betul-betul sejuk.
6- Sejukkan kek yang telah dipipekan dengan cream ke dalam chiller. 





Thursday 8 November 2018

Kakak turned 4!

Assalamualaikum.

Punyalah lama mama tak membebel kat sini. Dok lalu pi, lalu mai tapi tak dapat seru nak dok beletiaq sini. Hahaha.

Kali ni mama nak cerita pasal anak dara mama nan sorang, yang celebrate birthday dia baru-baru ni.

Masa bulan 8 tu hari, mama and papa adalah organize satu birthday party untuk adik. Sejak dari tu, si kakak ni dah macam dapat idea how she wants her birthday to be celebrated. Mama dengan papa ni, time adik tu memang korek tabung jugaklah ceritanya (mama je yang korek tabung), iyelah, anak tu sekali jek berumur setahun, katanya, itu yang kemain lagi celebrate tuh.


Since then, hari-hari jugaklah kakak dok tanya, bila birthday kakak. Budak bila dah besar, dia memang pandai minta macam-macam. Masa ni, dia cakap dia nak kek elsa la, bila pergi makan kat luar, dia cakap, nanti birthday kakak kat sini kan mamaMemang dia betul-betul expect yang mama papa akan celebrate macam adik. Minta maaflah, kakak. Untuk kakak kali ni, mama papa hanya mampu buat kat rumah je. 

Kali ni memang buat kecil-kecilan je. Just jemput ibu (pengasuh) sefamily, nenek and maksu je (nenek and maksu, macam biasa).  


Finally, the day has come and mama-papa berjaya jugak merealisasikan birthday dia. Bak kata makngah dia, mama memang all out untuk birthday party dia ni. Kek birthday pun buat sendiri lah ceritanya.

Sandwich ice-cream cake
Kali ni kek ice-cream jugak, cumanya up sikitlah, sebab ada kek. Rupa pun jauh lebih cantik dari kek aiskrim dua tahun lepas. Yela, mak hang pun skill dah bertambah baik, takkan nak dok takat tu ja, ye dak?

Menu-menu lain malam tu:


1- Korean Spicy Fried Chicken
Takde resipi khusus, sebab mama browse through banyak sumber resipi and rmama tengok semua macam sama lebih kurang je, so mama pakai resipi mama jelah. 

Walaupun mama layan k-pop, and minat jugaklah korean food ni, tapi ayam goreng dia ni tak pernah lagilah mama try kat mana-mama. Masa tengah dok mencari resipi tu lah baru mama perasan ayng mende halah ni dah lama dah mama pernah masak, cumanya time tu dia belum viral la. Tak percaya ke? Cumanya masa ni mama panggil dia sweet-sour. Idakle sama sebijik cara memasaknya, tapi adele lebeh kurang.  

2- Orange Slice Cake
Sliced orange layered cake with cream, yellowish lemon drizzle, salty caramel drizzle and candied lemon peel. 

Pergh! Description macam masuk masterchef. Hehehe. Masa Along tengok mama dok piping kek tu dia dok sebut-sebut, Masterchef Noraini. Hihihi. That's how my kid sees me. Auwww. 

3- Steamboat
First time buat sendiri. Makan selalu lah. Risau jugak takut tetamu tak reti nak makan. Rupanya ibu, ayah and anak-anak diorang lagi advance. Memang Korea di hatilah ceritanya. Hehehe.

Cari jugak perencah asam pedas yang ada diorang tunjukkan kat FB konon best kalau buat steamboat tu, tapi nan hado. 

Lesson learned sini, sup tu (tak kisahlah sup kosong ke, tomyam ke, whatever) kena masak dulu proper. Mama sebab main lebur je kat situ, so rasa memang ada kurang sikitla.  

This one, i called my signature dish. Hahaha. Boleh gitu? Mama ni ada satu perangai yang bila buat makan-makan kat rumah, menu setiap kali tu nak tukar-tukar. Seboleh-bolehnya menu takmau repeat. Bukan apa, barulah boleh show-off kat orang kata mama ni pandai masak,kan. You name it, petik jari i boleh buat, gitchuu. Puiii. Perangai sangat. Hahaha. 

5- Crispy Chicken Wrap
Ok, disebabkan yang menge-wrap tu bukan mama, hence the tak-semenggah look. #doneverify. Perlu ke nak verify? Hahaha.

It was a very tiring day, but it was most satisfying to see my little girl smiling ear to ear. 

My dear girl kakak, 
i wish you the best-est things in the world for you. 
You're my precious.

As a conclusion, 
See his face?

When he decided to be clingy on the day i'm buzy like @$%!. 



Friday 8 June 2018

In My Definition of ... Mee Hailam

Assalamualaikum.

Tau tak, mee hailam ni sebenarnya mama masak masa bulan puasa tahun lepas? Hahaha. Setahun okey baru dapat post. Astaga mama! Pasai pa jadi macam ni, taktau. (Orang Kedah memang banyak dia taktau) 

  

Biasalah, time bulan puasa, tengoklah makanan apa pun, semua teringin. Air paip pun rasa sedap, uolss. Ni kes teringin la ni, apa lagi. Mama ingat lagi, masa masak ni, kitorang berbuka kat rumah MIL. 

MEE HAILAM

Bahan-bahan:
1 peket me kuning (450g) - dicelur
1 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2-3 biji cili api*
2-3 kuntum fresh mushroom - didadu
1 biji tomato - didadu
2 keping fishcake - dihiris nipis
6 biji fishball - dibelah dua
Segenggam udang
2 pokok sawi - dipotong kasar
1/2 batang carrot - dipotong mancis
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Bahan * dicincang kasar. 
2- Tumis bahan cincang hingga naik bau. 
3- Masukkan udang, fishcake dan fishball. Kacau rata. 
4- Masukkan tomato, carrot dan batang sawi. Kacau hingga sedikit layu. 
5- Masukkan sedikit air. Biarkan hingga mendidih. 
6- Masukkan  sos tiram, sos cili dan sedikit kicap. Kacau lagi. 
7- Sesuaikan dengan garam dan gula. 
8- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s: 
#1- Kalau masak ni ada anak kecik sekali nak makan, boleh omit cili api tu. Nak tambah pedas, boleh buat cili +kicap cair. Time nak makan, ko curahlah berapa banyak cili ko nak, sampai berasap bontot pun takde sapa nak marah. Hehehe. 
#2- Fresh mushroom ganti dengan oyster mushroom pun boleh, takde masalah. 






Wednesday 6 June 2018

In My Definition of ... Aneka Sambal Belacan


Assalamualaikum.

Bulan-bulan puasa ni kan, selalunya tekak lebih berselera dengan lauk-lauk kampung, lagi-lagi sambal belacan. Hari-hari makan sambal belacan pun takpe. Dah dapat sambal belacan depan mata, silap-silap beriyani power lalu pun tak layan dah ni. 

MIL sangat suka kalau mama buat sambal belacan, be it sambal belacan jenis apa pun. Kata dia nak mintak mama buatkan tu  jaranglah, tapi bila mama dah buat, boleh nampaklah dia punya pulun tu macam mana. Hehehe. Well, it's air tangan, guys. (Riak, hahaha). 

Sini mama share resipi sambal belacan yang ada dalam koleksi mama. Basic sambal adalah sama untuk setiap jenis sambal yang mama share sini. 

SAMBAL BELACAN BASIC


Bahan-bahan:
2 biji cili hidup
3 biji cili api bangla
1 inci belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit jus limau nipis/air asam jawa

Cara-cara:
1- Tumbuk halus semua bahan, kecuali jus limau nipis.
2- Setelah semua bahan halus, masukkan jus limau dan gaul rata. 
3- Sedia untuk dihidangkan. 


KOLEKSI SAMBAL BEST

1- Sambal kacang

Bahan-bahan:
Basic sambal
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2-3 sudu kacan tanah - toasted & ditumbuk 
Sedikit gula merah (bagi color lebih gelap)

Cara-cara:
-Gaul  rata semua bahan sebelum dihidang. 


2- Sambal Ikan Rebus

Bahan-bahan:
Basic sambal
1/2 biji tomato - diotong kasar & ditumbuk
1 ekor ikan kembung - direbus & diambil isi

Cara-cara:
-Gaul  rata semua bahan sebelum dihidang. 


3- Sambal Ayaq Mata
Sambal ayaq mata


4- Sambal Buah Kuinin/Bacang

Bahan-bahan:
Basic sambal
1/2 biji buah bacang/kuinin

Cara-cara:


-Gaul  rata semua bahan sebelum dihidang. 


5- Sambal Tempoyak

Bahan-bahan:
Basic sambal
1 sudu besar tempoyak 

Cara-cara:
-Gaul  rata semua bahan sebelum dihidang. 


5- Sambal Buah Binjai

Bahan-bahan:
Basic sambal
1/2 biji buah binjai

Cara-cara:
-Gaul  rata semua bahan sebelum dihidang. 

p/s:
#1- Disertakan kamus buah-buah exotic (agaknyalah) diatas.
Buah bacang

Buah kuinin
 
Buah binjai







  



Tuesday 5 June 2018

In My Definition of ... Masak Lemak Cili Api Tulang

Assalamualaikum.

Tualng lembu, selama mama hidup ni, balik-balik memang masak sup ajelah. First round memanglah sedap, tapi bila dah masuk ke round-round seterusnya, dah hambar. Hehehe. Kena pulak tekak jawa, kalau tak pedas, tak berapa nak lalu kat tekak, dah kena buat sambal pulak. Kan banyak kerja tu. 


Disebabkan nak ciptakan satu kelainan, nak makan tulang, tapi nak yang pedas-pedas, maka jadilah masak lemak cili api ni ha. Cara mama masak masak lemak cili api ni sama je, yang lain haiwan korban dia tu je. hehehe. 


MASAK LEMAK CILI API TULANG LEMBU


Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu - dibersihkan
1 kotak santan
2-3 biji cili padi bangla*
1 labu bawang besar (M)*
2 ulas bawang putih (M)*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit - diracik halus
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Semua bahan * ditumbuk halus. 
2- Masukkan bahan tumbuk, serai, tulang, asam keping dan sedikit garam ke dalam pressure cooker. 
3- Masukkan sedikit air (ngam-ngan hingga tenggelam semua tulang) dan rebus selama 10 minit. 
4- Masukkan santan dan kacau agar santan tidak bergumpal. 
5- Perasakan dengan garam.
6- Taburkan daun kunyit dan padamkan api. 
7- Sedia untuk dihidang.





Monday 4 June 2018

In My Definition of ... Lamb Chop

Assalamualaikum.

Dah agak lama jugaklah mama stick to this recipe bila sampai masa nak makan kambing. Hehehe. Resipi ni memang worth to try. Resipi asal credit to habang KHM, Gigih oiii mama cari link kat fb dia. Jenuh scroll 2 tahun punya gambar. Adoiiiila. 


Menarik, kan? Menarik, kan? Ni fusion nama dia. Menu western yang diadaptasikan dengan citarasa tekak jawa kita. As usual, walaupun resipi orang tu dah cukup baik, mama mestilah nak memandai-mandai lagi. Hehehe. 

Moh cekidaut resipi.

LAMB CHOP

Bahan-bahan:
1 kg kambing - dibersihkan
2 batang serai
1 sudu cili kisar
1 sudu rempah kari
1 sudu lada hitam (biji)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram
Garam
Gula merah

Cara-cara:

DAGING KAMBING
1- Semua bahan diblend halus dengan sedikit minyak dan sedikit air.
2- Adjustkan rasa dan perap kambing selama yang boleh.
3- Masak selama 45 minit (style abang KHM). 
4- Masak cara mama: High-pressure selama 15-20 minit, 
air-fried (high heat 200C) selama 8-10 minit.   

BLACKPEPPER SAUCE
1- Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau hingga jadi roux. 
2- Masukkan lebihan perapan & air daging yang keluar masa masak tadi. 
3- Kacau hingga kuah memekat. 
4- Tambah sos blackpepper (kalau ada), serbuk blackpepper, serbuk white pepper.
5- Adjust rasa dan padamkan api. 
6- Jika kuah terlebih pekat, tambahkan sedikit air/chicken stock/brown stock (air rebusan daging).

p/s:
#1- Sebelum air-fried kan, mama suka celup dulu kambing dalam kuah, then baru air-fried. Nanti dia caramelised, sedap hohoiiii. 
#2- Masa nak hidang/makan, curahkan selambak lagi kuah. Punya nikmat makan, sampai orang yang kata tak makan kambing pun makan bertambah-tambah. Hehehe. 


In My Definition of ... Nasi Ulam

Assalamualaikum.

Amboiii. Lamanya berehat. Hahaha.

Dulu-dulu, masa kecik-kecik, bila bulan puasa, mesti abah akan request mak untuk buat nasi ulam. As a budak kecik,  mestilah mama tak suka, apa ni, nasi campur macam-macam, kan. Bila dah besar (read: tua) tiba-tiba tekak terasa nak makan. Disebabkan ramai adik-beradik balik rumah MIL baru-baru ni, so that'sit, jomlah kita buat.


First time sebenarnya try buat ni, after sooooooooooooo many years tak makan.

Ulam-ulaman yang terlibat.
Next time, kalau nak buat lagi, kena banyakkan lagi ulam tu, pastu kena lebihkan ikan masin, mungkin boleh tambahkan telur masin. 

So, resipi, jom?

NASI ULAM


Bahan-bahan:
3-4 cawan nasi putih, disejukkan
2 ketul ikan tenggiri masin- digoreng, diasingkan tulang dan dihancurkan
2 kuntum bunga kantan
3 batang serai
3 helai daun kunyit
3-4 helai daun limau purut
Sengenggam daun kesum
2 labu bawang besar
Ulam-ulaman pilihan

Cara-cara:
1- Semua tumbuhan diracik halus ala bunga rampai.
2- Semua bahan disatukan dalam bekas dan digaul rata. 
3- Adjust rasa (tambah garam jika kurang masin, etc)
4- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Hari tu mma guna ikan kembung masin. Dah letak 5 ekor pun still kurang rasa lagi. Next time memang kena guna ikan tenggiri masam tu. 
#2- Boleh makan dengan lauk-pauk macam nasi biasa. 


  

Tuesday 10 April 2018

In My Definition of ... Ayam Masak Halia

Assalamualaikum.

Sementara belum start puasa lagi ni, gigihlah mama meng-up resipi campak-campak cara mama. Mudah-mudahan ada yang tertarik dan menerai. Harap-harap kalau tak banyak, dapat sikit bantu korang-korang pun jadi lah. 

Pernah along tanya mama, kenapa mama asyik ambil gambar makanan? Mama cakap, nanti bila along dah kahwin, bolehlah jadi rujukan untuk isteri along. Along nak makan apa, yang macam mama pernah masakkan untuk along, nanti along tunjukkan jelah kat isteri along. Hahaha. Aje gila mama along ni, anak baru darjah 4 dah cakap pasal kahwin. Hahahaha. 

By the way, ayam halia ni pada mama adalah senang ya amat nak sediakan. Cong ceng, cong ceng, tak sampai 15 minit dah siap. Kira kalau bulan puasa tu, kalau sampai rumah pukul 7 pun masih sempat lagi lah nak siapkan lauk untuk berbuka tu. Tapi kerja kena pantas le, yong. Kalau dah kau kopek bawang pun dekat 10 minit, lepas tarawih ajelah kau makan. Hehehehe


AYAM HALIA

Bahan-bahan:
1 keping dada ayam - dibersihkan dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar (size S) - dihiris
2 inci halia - dihiris memanjang
1 biji cili hidup - dihiris
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada putih
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris hingga naik bau.
2- Masukkan ayam dan kacau rata. 
3- Masukkan sos tiram, Kacau lagi.
4- Tabur rata lada putih, dan perasakan dengan garam. Kacau rata. 
5- Padam kan api. Sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Disebabkan guna isi dada aya je semata, jadinya masa nak memasak tu sekejap je. 
#2- Dada aya tukar dengan isi peha/ thigh pun sedap jugak. Tapi kena debone dulu la, baru syok makan (and cepat masak).
#3- Dah nama pun ayam masak halia, makanya memang selambaklah halia dalam tu. Kena selak-selak halia baru jumpa ayam, gitu. 

Thursday 5 April 2018

In My Definition of ... No-bake Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum.

Entah apa gila, tetiba 2 minggu berturut-turut meng-cheesecake. Kalau masing-masing selim melim takpe lah nak melantak lemak-lemak gini, ini lemak yang ada pun dah tak larat nak membawa, lagi ada hati menambah lemak. Ewwww. 


Since sebelum tu dah buat oreo cheese cake, ni time try yang lain le pulak. Ni bukan apa, saja nak menunjuk kononnya diri tu berkemahiran. Puiiii. Hahaha. 

Nasib baik cari-cari blueberry jumpa jugak. Takdelah kempunan blueberry cheesecake nya. Kalau tak, mungkin kena mengadap batu belah batu bertangkup. Hahaha. 

Macam biasa, no-bake menjadi pilihan hati, sebab i is "rajin". Sapa yang "rajin" macam i, elok sangatlah follow resipi ni. Confirm lepas tu mak mertua puji melambung-lambung kalau hidangkan kek ni kat dia. Hewhewhew. 



NO-BAKE BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan-bahan:
Base:
1 peket digestive biscuits -  dihancurkan
1 peket nestum 3-in-1 perasa original
4 sudu besar mentega - dicairkan

Filling:
200g (1 tub) Cream cheese
200g (1 kotak kecil) Whipping cream - suhu sejuk
2 sudu besar Susu pekat manis
2 sudu besar Gula ising
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar gelatin + 1 sudu besar air suam - kacau hingga jadi pes & tak berketul

Hiasan:
1 pek fresh blueberry
3 sudu besar jem mixberries
1 sudu besar gula
1 sudu besar lemon juice
Sedikit bancuhan tepung jagung 

Cara-cara:
Base:
1- Satukan semua bahan dan tuangkan kedalam loyang. 
2- Tekankan adunan hingga menutupi keseluruhan permukaan loyang.
3- Sejukkan seketika.

Filling:
1- Pukul whipped cream hingga kental. 
2- Dalam bekas yang berlainan, pukul cream cheese dan semua bahan lain hingga kembang. 

Blueberry filling:
1- Satukan kesemua bahan (kecuali tepung jagung) dan renehkan dengan api kecil.
2- Sambil-sambil tu, sequeeze semua blueberry dan kacau rata. 
3- Ketepikan lebih kurang 4-5 sudu besar adunan. dan dibiarkan sejuk.
4- Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga adunan menjadi likat. 
5- Sejukkan. 

Assembling:
1- Adunan bluberry filling yang diasingkan dimasukkan ke dalam adunan cream cheese dan digaul rata. 
2- Masukkan adunan cheese ke atas lapisan base yang tadi. dan ratakan. 
3- Sejukkan selama 1-2 jam. 
4- Curahkan blueberry filling dan ratakan hingga menutupi seluruh permukaan kek. 
5- Sejukkan lagi hingga lapisan blueberry set. 
6- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
Lesson learned kali ni:
#1- Kena doublekan amount semua bahan sebab nipis pulekkk kek nya. Macam separuh je ketinggian kek ni dari kek SR. 
#2- Atau pun, guna acuan yang kecik sikit. 
#3- Lagi lama kek dichilledkan, kek akan jadi set elok. 



Wednesday 4 April 2018

In My Definition of ... Homemade Tomyum Paste

Assalamualaikum.

Tiba-tiba terasa nak buat pes tomyam sendiri. Browse resipi sana sikit, sini sikit, pastu memandai-mandai. Nasib baik menjadi. Hahaha. . Oh, baru ingat kenapa mama nak buat pes sendiri ni. Sebab nak elakkan MSG, kononnya lah. Sebab papa kata dia pening bila makan foods yang ada MSG. Pulak tu, si Along dah suka bebenor le pulak makan tomyam. Itu yang mama fikir, tak elok pulak kalau asyik makan yang ber MSG bagai kan. Sekurang-kurangnya, kita kontrol apa yang dimakan oleh keluarga kita di rumah. 


Dah dua kali  mama buat pes ni. Kali ke dua, buat lebih. Pastu simpan dalam freezer. Dah nak puasa ni, boleh buat lagi untuk stok. hihihi. Macam-macam boleh buat dengan pes ni. Hari tu, masak spageti, lumur kat ayam pastu gril pun sodap (mama dah buat), and macam-macam lagi lah senang ceritanya.

Grilled Tomyam Chicken
Dah kalau nama pun buat sendiri pesnya, kau nak lumur banyak mana pun takpe. Kalau yang beli tu mungkinlah agak mahal sikit, so nak guna pun macam kena jimat-jimat.

Moh nengok resipinye, ye.

HOMEMADE TOMYUM PASTE


Bahan-bahan:
1 cawan cili kering - direndam / direbus hingga kembang*
5-6 ulas bawang merah (gemok-gemok)*
3-4 ulas bawang putih (gemok-gemok)*
1 inci Halia*
1/2 inci Lengkuas*
3 helai daun limau purut - dibuang tulang tengah daun*
1 pokok daun ketumbar - dicuci bersih termasuk akarnya sekali*
1 cawan air asam jawa
2-3 sudu besar Sos ikan
2 sudu besar pes otak udang
2 sudu besar gula melaka
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
1- Semua bahan * dipotong kasar. 
2- Panaskan minyak dan tumis semua bahan * hingga naik bau.
3- Blend hingga semua betul-betul halus. 
4- Satukan bahan blend dengan semua bahan yang lain.
5- Masak dengan api kecil hingga naik minyak (Lebih kurang 30 minit).
6- Padamkan api dan sejukkan sebelum disimpan.