LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 December 2013

Ignorant

Assalamualaikum...

Kenapalah dalam dunia ni, kena ada orang yang ignorant ni? Boleh tak pi main jauh-jauh?

Menyemak betullah. Haishhhhhhh....




Monday 16 December 2013

Hilang

Assalamualaikum...

Kehilangan orang yang tersayang dalam hidup kita, bukanlah satu benda yang mudah. Tak kisahlah sape pun orang tu. Clash dengan pakwe pun seminggu menangis tak sudah-sudah, lagilah kalau orang yang kita sayang tu, yang dah tentu-tentu darah daging kita, tinggalkan kita forever and ever.

Mama ingat lagi, masa lepas arwah abah baru meninggal. Arwah abah masa hayat dia, suka lah sangat keluar, masuk, keluar masuk rumah tu. Kejap dia keluar, kejap lagi balik pulak. Pastu kang, keluar balik. Kat porch rumah tu, ada penutup longkang, yang everytime abah keluar masuk tu, memang gedegang-gedegung bunyi dia. Bila abah dah meninggal, dua-tiga hari yang pertama tu, memanglah terasa macam abah ada jek dalam rumah tu. Bila ada motor datang, gedegang bunyi penutup longkang tu, memang seriesly dalam kepala dok ingat "oh, abah dah balik". Bila berkumpul ramai-ramai, rasa macam abah sebenarnya ada, tapi dia pi kedai.

Mak-mak ni, dia paling takut hilang anak dia. Betul, tak percaya pi lah tanya mana-mana mak pun. Walaupun anak dia tu, umur dah separuh abad pun, dia lebih rela dia mati dulu daripada anak dia tinggalkan dia (read: mati dulu).

Sedih, memang sedih. Tapi kalau boleh datang kerja, dah ok sangatlah tu. Hehehehe...

Maybe sebab mama pun dah tau, memang ada yang tak kena, and mama dah betul-betul mentally prepared, alhamdulillah, mama ok jek. Mental tu yang penting, kalau dok layan sangat emosi hilang anak, kang meroyan, dah satu hal pulak.

So far, alhamdulillah, mama ok-ok aje.

Hemmm...lama lagilah nak dapat AH#3 nih ha. March 2015 ok! Hehehehe...

Buat abang-abang AH#3, sabo lah ye. Perut mama belum ada baby girl lagi. Lamaaaaa lagi perut mama nak gemuk, lamaaaaa lagi mama nak kena pi potong perut kat spital.

Buat Mrs. Kecik, and Mrs. Ako, meh le kita pregnant sesama. Tapi, bagilah aku dulu, eh? Hehehehehe.

Apa-apa pun, mama bagi can korang-korang Farah, Yana and Apes lepas dulu lah. Jangan risau. Hahahahahaha.

Sementara tu, mama layan baby boy mama ni lah dulu.

Dia fefeeling dia baby. 


Tuesday 10 December 2013

3 minggu

Assalamualaikum..

Dalam setahun, ada lebih kurang 52 minggu. Macam banyak. Eh, memang banyak pun.

Tapi... 3 minggu jek masa mama kat kampung MAMA. Depends on berapa kali mama balik. Setahun, paling kurang 2 kali mesti balik. Selalunya bulan 5 and raya. And every time balik, mesti nak lepak seminggu kat kampung. So, kalau 2 kali, means 2 minggu. Kalau 3 kali, 3 minggu lah, cenggitu.

Lagi 49 minggu mama kat Melaka ni lah ha. Itu punnnnn ada lagi orang nak berkira dengan mama.


Friday 6 December 2013

2 kali.


Assalamualaikum...

Masih bukan rezeki mama. Mama miscarriage, buat kali keduanya. Hari ni dah masuk hari ke-6. 






Friday 22 November 2013

Nasi Ayam Makcik DS

Assalamualaikum...

Sejak pregnant ni, selera makan lain macam sikit rasanya. Most of the time, asyiklah tak tau nak makan apa, nak makan kat mana. Pun jadi masalah. Semua makanan yang boleh difikirkan, semua macam bagi rasa something kat tekak mama. Makan kat luar bolehlah nak mengada-ngada, kan. Kalau dah balik rumah, laratlah pulak orang nak layan. So, selalunya kalau balik keje tu, apa yang MIL masak tu, mama telankan aje. Kadang kembang tekak jugak, tapi telan ajelah. Hehehehe...

Sejak pregnant ni jugak, dia punya teringin tu boleh tahan. Susah tau jadi ibu mengandung ni, kadang-kadang macam-macam nak makan, asal disebut, semualah dia teringin nak makan. Pastu, pandailah kata baby nak makan, padahal maknye yang mengada-ngada. Hehehehe...

Bayangkanlah, dalam banyak-banyak mende yang boleh dimakan, kenapa nasi ayam makcik DS (dewan selera) jugak yang mama teringin nak makan hah?Hadoiila... Dah lah teringin awal minggu, nak tunggu weekend kemain berjejes-jejes air liur rasanya. Nasib baiklah weekend tu takde program yang kacau daun plan mama. Jadinya...

Ayam yang hitam bukan kerana hangus. 

Perlu ke bagi resipi? Sebab mama fefeeling semua orang pun akan teringin macam mama, mama bagilah jugak. Hehehehe...

Nasi tu masaklah ikut sedap tekak masing-masing. Untuk ayam, perap dengan bawang putih, bawang merah, halia, kicap pekat, gula, garam secukup rasa and blend. Ayam tu hitam bukan sebab hangus eh, tapi sebab kicap pekat tu. Kalau tak suka sebab legap sangat ayamnya, boleh jek guna kicap biasa. Tadek masala. ;P 

Masa sekolah dulu, nasi ayam makcik DS ni favourite no 1 mama lah. Kadang-kadang, kalau weekend tak turun makan, bila dapat tau hari tu makan nasi ayam, ralatnya rasa, alahaiiii..tapi tetaplah malas nak menapak pi DS tu, kan.

Mama dulu, sekolah mama dalam kem polis. Asrama kitorang tu ialah rumah-rumah polis tu. Canggih hoih. Hehehehe... Tapi takdelah tv, peti ais semua. Kalau nak semua tu, ko balik duduk rumah jelah, tak payah duduk asrama. Yang tak syoknya, kawasan akademik dengan kawasan asrama ni jauhnya mak aiiii... kalau tak salah mama, 700m kot. Mama tak tau exact jauh dia berapa, sebab mama rasa jauh bebeno. Itu stok kalau ko tertinggal homework ke, memang main redha jelah kena marah dengan cikgu kat kelas. Hahahaha. Sebab tu kalau weekeend, klu takde prep pagi, memang tak jejaklah DS tu. Kalau pi pun, sebab nak dating. Hahahaha...gatai.

Nasiblah tak teringin nak makan dalam tray. Kalau tak, haruuuu...

Oh, baru ingat. Ada lagi makanan makcik DS yang mama teringin, tapi belum sempat masak lagi.

Hebat, kan kuasa makcik DS. Dah 10 tahun pun, masih terasa-terasa lagi kat tekak.

Tuesday 19 November 2013

Banyak hal

Assalamualaikum...

Terkejut sekejap. Rupa-rupanya, last post mama was 30 Oct hari tu. Punyalah lama... rasa macam baru ja lagi. Hehehehe..

Itulah,orang berblog, awak pun menggedik nak berblog jugak. Orang bukan main rajin update, awak apa ada? Hehehehe...

Maafkan saya...

Banyak cerita sebenarnya, tapi semua main monolog dalam hati jekla eh.
hikhikihik....

Nanti-nantilah, eh?

Wednesday 30 October 2013

Isteri dan Suami

Assalamualaikum...

Nak share sikittttt jek. Eh, eh...macam kena pulak dengan diri ini. Muahahahahaha...

Ebit LewSaya bila tengok isteri asyik mual, alahan yang agak berat, tiada selera makan dan lemah kerana mengandung. Saya bertambah sayang isteri saya kerana Allah, terlalu banyak korban dia demi untuk melahirkan seorang anak. Begitulah korban seorang ibu kita dan isteri kita. Isteri kita jaga lagi anak kita di rumah. Apa hadiah kita kepada mereka? Kita tidak didik mereka dengan agama dan kasih sayang. Kita tidak didik mereka seperti Nabi saw dan sahabah didik isteri mereka. Kita berkasar dan marah mereka? Kita tak faham kesusahan mereka? kita lupakan korban mereka? Kita arah mereka macam mereka milik kita. Mana ada milik kita. Mereka milik Allah. Kita milik Allah. Mereka amanah Allah kepada kita. Mereka yang mengandung telah berkorban begitu besar sehingga ia dicatat dalam Al-Quran tentang korbannya seorang wanita yang mengandung. Bila kita tenung mereka dengan sayang. Bantulah mereka. Jika orang lain susah kita cepat kasihan. Isteri kita tanggung berat dan beban yang besar. Janganlah jadi zalim pada merekaSetiap urat yang yang sakit diberi pahala dan diampunkan dosanya. Setiap letih,sakit, pening, loya, sakit badan, setiap kesusahannya diberi pahala, diampunkan dosa, dinaikkan darjat di sisi Allah, dan diampunkan dosa mereka.Kesusahan seorang ibu mengandung untuk bergerak, uruskan rumah, untuk ke bilik air, untuk solat, untuk uruskan rumatangga semuanya sedang dihitung oleh Allah. Setiap kebaikan pasti Allah balas dengan kebaikan. Ya Allah tingginya kemuliaan yang kau beri pada seorang wanita. ya Allah jadikanlah setiap kesusahan wanita Islam yang mengandung dan bersalin dalam dunia menjadi asbab hidayah buat setiap manusia di seluruh dunia seluruh alam sampai kiamat - ebit lew yang dhaif dan berdosa.

Ehemmm... kepada yang berkenaanlah.


Monday 28 October 2013

Hai lah anak!

Assalamualaikum...

Adam sekarang kalau bercakap, dah macam nenek-nenek sangat. Hehehehe... iyelah, kalau dah sehari 8-9 jam ko mengadap atuk, nenek jek, kan.

Bila mama cakap mama sakit perut, dia cakap
"Oo...baby kecik dalam perut mama tu, dia lada-lada (ngada-ngada) eh?"
Terkesima mama sekejap. Hehehehehe...




Tahu pulak dia perut mama ada baby kecik, kan. Entah sapa la yang bagi tau dia. Mama dengan papa memang la takde bagitau. Adam ni dia sukaaaa sangat baby, nak baby perempuan pulak tu. Mama tanya dia, nanti kalau ada baby perempuan, Adam nak buat apa?Dia kata:
"Nanti letakla bunga tu kat kepala dia".
"Nanti dia pakaila topi tido"

Nampak tak macam mana dia nak menggayakan adik dia nanti?
Ni semua Asyraff punya pasal.Asyraff ni kawan sekolah dia. Mama tak taulah apa yang Adam ni jaki sangat dengan si Asyraff ni. Asyraff tu ada baby 2, dia pun nak baby 2. Itu yang dia suruh mama pergi beli tu. Mama lagi suka kalau boleh beli-beli jek. ;P

Hari tu, mama cakap, mama nak pergi duduk kat hospitallah.
"Oh, mama nak pergi keluarkan baby kecik eh?"
Terkejut mama.

Thursday 24 October 2013

Suprise 2

Assalamualaikum...

2 hari lepas, mama paksa papa bawak mama pi scan. Nak jugak-jugak scan, sbb nak tau rupa macam mana yang kat dalam ni. Macam hari tu jugak ke hape.

So, hasilnya...


Sama jugak macam hari tu, nampak sac jek, baby kat dalam tak nampak. Actually, bukanlah fizikal tu dah nampak macam real baby pun lagi, cuma seketul benda dalam sac tu. Dr. kata mungkin sebab awal lagi (mama baru 6 weeks +), sebab tu tak nampak lagi kot. Dalam 2 minggu lagi, boleh try repeat scan. Masa tu, dah boleh nampak heart beat baby.

Masa nak tunggu turn nak scan tu, mama pergi toilet jap. Tengok-tengok ada spotting sikit. Berderau rasanya. Sebab yang hari tu pun macam ni la, mula-mula sikit, pastu makin banyak pulak. Syukurlah kali ni sikit yang itu jek. Malam sampai ke pagi, sampai lah ke hari ni, dah takde spotting. Alhamdulillah. Selagi tak cecah 8 weeks, mama masih tak boleh nak seronok-seronok sangat. Sebab hari tu, 8 weeks masa mama miscarriage tu. Takut kecewa macam hari tu. Mama amik masa sebulan jugak tau lepas tu nak back to normal. Kat mulut cakap "takde rezeki", tapi dalam hati Allah jelah yang tau.

Oh, kes mama hari tu namanya blighted ovum. Bahasa kampung untuk orang yang non-medical ni selalu doktor-doktor. sebut "tak jadi". Masa mama explain kat Dr. ni dia macam blur, siap "ha?" Bila mama sebut blighted, baru dia faham. Dia kata, tak boleh nak cakap sama ada yang ini pun blighted jugak ke tak, sebab tak nampak.

Bila pregnant time dah tua ni (mama masa pregnantkan Adam umur 21, Adik 24, masih muda belia-badan boleh tahan berdaya saing lagi), rasanya alahai... macam nak melepek jelah sepanjang hari. Now, dah mula rasa loya-loya, tapi belum muntah-muntah lagilah. Macam dah pregnant sulung pulak. Padahal yang sulung dulu, rileks jek. Siap makan macam jin, sampai MIL pun tegur. Since last pregnancy (yang blighted tu), sembelit boleh tahan, padahal sebelum pregnant elok jek lawas. Sekarang ni macam dah kacau-bilau dah perut mama ni. Kalau tak sembelit, mesti cirit-birit. Semalam tak terkira rasanya mama berulang pi toilet. Alhamdulillah, hari ni dah ok.

Oh, ye. Masa scan tu hari, tiba-tiba Dr. bagitau ni...


Hah! Right ovarian cyst. Ketaq lutut sat. 3cm.

Nak dapat sorang pun susahnya Allah jelah yang tau.

Sabar lah, Sabariah!

Monday 21 October 2013

Rajin, tak rajin

Assalamualaikum...

Mama kalau bab makan, insyaAllahlah tak cerewet. Bagilah apa pun, semua mama makan. Kalau sedap, makan banyak. Kalau tak sedap, makan sikit. Giteww... hehehehehe. Tapi sejak dua menjak pregnant ni, makan nak yang pedas aje. Dah pedas, nak yang cukup masam manis masin pulak tu. Aiiii... apekah ini?

Mama ni kalau kat rumah tu, idakle rajin bebenor nak masak. Mama selalunya jadi rajin kalau ada apa-apa yang mama terasa nak makan. Nampak tak? Main ikut sedap tekak sendiri jek. Hehehehe...

Dalam rajin tak rajin tu, rupa-rupanya boleh tahan rajin jugak mama ni. Hahahaha... Tak percaya?

Ayam Masak Merah
Mama tambah peanut butter, sedap jugak. (Ikut tekak mamalah. Hehehehehe...)


Kek Kurma


Masak Lemak Cili Api Daging and kentang
Ni mama masak masa supervisor papa datang rumah hari tu. 


Pavlova
Ni tak kira, sebab bukan mama yang buat. Hari tu, adik mama yang bongsu datang rumah, tetiba pulak teringin nak buat pavlova. Dia la yang teringin, mama ikut jugak. Adik and abang kata, ni kek happy birthday to you abang. Iyolah, anak. Hehehehe...


Enathlah hape nama mende halah ni. Sandwich jek pown. 

Mee kari. 
Kali pertama and terakhir mama buat mee kari was masa birthday adik, 2 tahun lepas. 2 tahun, woi. Lama kot. 

Apekah ini?
Hehehehe... ni semua adalah side dishes nasi kerabu yang mama buat masa raya haji tu hari. Alah, raya haji jek pun, sapelah sangat nak datang rumah, kan? 

Nasi kerabu ni lecehnya ya ampun. Tapi bila dah siap, sedap jek. Resipi yang berbaloi-baloi. Tapi, buat masa sekarang ni, mama tak boleh membayangkan lagi dah nasi kerabu. Maafkan saya, sindrom ibu mengandung ;P

Paling seronok bab masak ni, kalau anak-anak pulun habis. Bak kata papa "Masakan emak, memanglah sedap, biorlah tak jadi pun, anak-anak tetaplah menjilat jari". Yang tak jadi tu, donut yang mama buat semalamlah, hahahahahaha. Buat malu jek, nasib baik anak-anak belum pandai mengomen. Ni semua salah yis yang dah masuk angin. Ciss betul.

Monday 14 October 2013

Suprise

Assalamualaikum...


Lagi sekali. Alhamdulillah. Hopefully, kali ni tak macam last time.


Wednesday 18 September 2013

Ayam Blackpepper Melets Mama

Assalamualaikum...

Kihkihkih...nama lauk tak boleh blah. Ni semua gara-gara ada orang minta resepi kat mama. Terus eksyen, kan. Nampak sangat mama masak sedap. Hikhikhik...

Oh, hai mcna! :) *lambai-lambai. (Percayalah, saya bukan sebegini hover orangnya. ai is pemalu) :P 





Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar cili kisar (dikisar dgn bawang merah + bawang putih)
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1/2 inci halia, ditumbuk 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak 
Segenggam lada hitam,ditumbuk
Garam secukup rasa


Sos:
Air perapan ayam
Susu segar (1 botol kecil)
Cendawan shitake, dihiris
Bawang besar, didadu
1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air

Cara penyediaan:
1. Semua bahan ayam disatukan dan ayam diperap. (Lagi lama lagi sedap).
2. Bungkus ayam dengan aluminium foil sebelum dibakar (supaya ayam maintain moist ) dan bakar pada suhu 170C selama 50-60 minit. 
3. Bahan perapan ayam tadi jangan dibuang. Boleh buat sos ayam tadi. 
4. Tumis bawang. Apabila bawang dah kekuningan, masukkan cendawan. Sautee sampai cendawan pun kekuningan. 
5. Masukkan air lebihan perapan ayam tadi. Kacau seketika.
6. Masukkan susu segar dan air bancuhan tepung tadi. 
7. Boleh tambah blackpepper lagi kalau suka.
8. Agak-agak kuah dah mendidih dan pekat, boleh padamkan api. 

*Masin, manis, pedas-sesuaikan sesedap rasa. *Bila ayam dah masak, akan ada air yang keluar. Boleh masukkan air tadi dalam sos. Didihkan sekejap (taknak didihkan pun takpe), dah boleh dihidang. :)

Selamat mencuba!!!

#Resipi asal, kredit to Kakngah. 






Tuesday 17 September 2013

Cik ni nak kan pe?

Assalamualaikum...



Sejak dah tak nenen ni, badan dah susut. Sedehhh lah mama tengok anak mama tak booolat dah. :( Adik tak minum susu botol macam abang, tak biasa kot tu yang dia tak berapa nak sangat tu. So, sekarang ni kalau agak-agak time susu dia, dia akan minta "nak air lo". Tapi tulah, dia punya  minum tu alahaiiii...sikitttt, sikitttt.

Adik ni, paling kelakar kalau dapat pen dengan kertas kat dia. Kang mula lah, "Cik ni nak kan pe?" Amik orderlah konon. 68 kali dia tanya, okeh. Entah mana dia tengok pun tak tahulah. Kitorang ni bukan kaki makan kedai pun. Papa malas nak makan luar sebab anak-anak dia "baik" belaka.  Hehehe...

Masa maksu dia ada last week, adalah sekali tu, time dia nak amik order, mama cakaplah taknak makanlah, dah kenyang (malas nak layan sebenornyeeee..hehehehe), boleh pulak dia meraung eh... "cik ni nak kan pe?" sambil meraung. Tu pun bolehhh?


Thursday 12 September 2013

Seronok, dua ronok

Assalamualaikum...

Sejak-sejak ada rumah berlaman ni, macam seronok pulak berkebun. Dulu, masa muda belia sikit (sekarang pun masih muda... ahaks!), time mak ajak tolong dia berkebun, paling malas sekali rasanya. Allergic lah kononnya. KONON jelah. Hehehehe... Eh, tapi betul tau. Kalau mama tolong cabut-cabut rumput, nanti mesti tangan mama naik biji-biji yang gatal tu. Peliknya sekarang ni takde pulak tangan mama naik gatal-gatal gitu.

Bukan nak makan sangat pun, saja suka-suka tanam. Sebenarnya, mama seronok nak tuai hasil dia jek. Tapi tu lah, kalau dah tak ditanam, manalah nak datang hasilnya, kan? So, nak taknak, terpaksalah tanam. Hehehehe...


Pokok terung ni ada 2 pokok, mama jumpa dia tumbuh kat tepi longkang, so mama alih dia ke garden bed. So, alhamdulillah. Hidup jugaklah pokok ni. In fact, dah dapat hasil dah pun.


Banyak ke? 
Mama tak tau nak masak apa mende alah ni, so mama bagi kat MIL jek. Banyak jugak sebenarnya. Now tunggu dia keluarkan hasil lagi. Eh, jap-jap. Tau tak apa nama terung ni? Kalau kat kampung dulu, budak-budak laki selalu buat jadi peluru pistol. 


Pokok bendi ni antara yang pertama ditanam. Daripada sepeket benih yang mama tabur, sebijik jek yang menjadi. Jadilah kan. Bukannya nak jual sayur. Hehehehe... Again, hasil diserahkan kepada MIL. 


Kailan ni mama semai masa lagi 2,3 hari nak balik raya hari tu. Masa kat kampung tu macam tawakal jek takut benih bercambah kang, takde sapa nak siram, mati kering pulak semuanya nanti. Sampai jek dari kampung, terus tengok pokok. Mangaihh...semanggggat. Hehehe... Merimbun dalam pasu kecik tu. Mau tak merimbun, dah ko tuang sepeket benih dia dalam tu. Hehehehe. Disebabkan kerisauan tentang persaingan antara pokok-pokok ni, mama alih ke garden bed. Selesa sikit dia nak membesar, ye dak? ;P

Oh, MIL pun dah apply konsep garden bed ni kat rumah dia. Nak tanam apa, mak? "Yang ko tanam aritu, nanti bawaklah sepokok dua mak nak tanam." Mata keatas sekejap. Hahahaha. Takpelah mak, sok-sok saya bagi, 15 pokok terus. ;P 



Paling mama seronok dua ronok sekarang ni, pokok limau purut mama dah membesar. Daun pun dah makin banyak. Kalau tak, sedehhhh. 3 helai jek daun dia. Nak amik buat masak pun tak sampai hati. Kang habis semua. Hahahaha... 

Mama dapat tips masa balik raya hari tu lah, daripada sedara yang taklah sedara sangat. Sedara yang taklah sedara sangat ni dia kerja dengan peladang ke pertanian entah. Semua dia tau tapi teori jelah. Hahahaha. Mama tengok yang dok bercucuk-tanam kat rumah dia tu, husband dia. Hehehehe. For an organic pesticide, dia kata, boleh guna serbuk cili + air, pastu spraylah ke pokok yang banyak nor binatang tu. Mama pun trylah, sebab kat rumah mama ni, rupa-rupanya banyak sangat...

ulat bulu!!

Hari tu, masa alihkan kailan dari pasu kecik tu pun, punyalah beribu sesalan ulat dalam tu. Menyesal pulak tak amik gambar, mesti korang geli. Mama kewllll jek, tak geli pown. ;P

Mama ni yelah dok salahkan ladybird, dok kitai mama punya daun. Yelah, dah asal mama tengok, dia jek ada kat situ. Hehehehehe...Sorry.

Lepas sembur air lada tu, dan-dan esoknya mama tengok keluar pucuk baru kat pokok limau purut, pokok bendi yang dah ala-ala tu pun, berbuah lagi. Pokok terung tu pun, terus keluar bunga. Ajaib, kan? Tak pernah ku tahu. Hehehehe.... 

Oh, nak balik dah. Mau beli serbuk lada lagi. Hehehehe...

Eh, nanti mama ingat nak jual sayur pulak. Amacam? Ada bran ke nak beli sayur mama? Don't worry, insyaAllah organic semuanya. ;P


Tuesday 10 September 2013

Dilemma tak habis-habis

Assalamualaikum...

Tiba-tiba weekend ni akan menjadi terlalu sibuk..eh, weekend lepas-lepas pun sibuk jugak. Hehehehe...
Mama ni asal ada orang emel minta jadi AJK, semua mama main taram letak nama, SKT punya pasal kan.. Tau-tau dah bertindan pulak. Hadoyaiiii... takpe, takpe. Gagahlah jugak settlekan dua-dua sekaligus, SKT punya pasal. ;P

Since Rabu minggu lepas, adik dah tak nenen sangat dah, sebab nenen mama "darah". Mama kalau boleh memang taknaklah guna trick darah ni, nanti habis merah sana-sini kena pewarna tu, tapi ni dah tahap terpaksa gila dah ni. Bukan setakat melecet  lagi dah, dah siap dengan luka segala nenen mama ni. Nak menangis rasanya masa dia hisap tu. Nasib baik jalan jugak trick ni. Ni dah last resort dah.

Kesian, agaknya rindu sangat nak nenen, esoknya terus badan membahang macam nak demam. Ni yang mama lemahhhhh ni. Sebab risau dia demam, malam tu bagi lah jugak. Esoknya terus baik, dah tak demam dah. Haih lah....

Mama bajet susu dah sikit, tu pasal dia bukan main sedut lagi. Tu yang sampai melecet bagai tu. Maunya susu tak sikit, saiko kot mama la ni. Asyik tensen memanjang time anak mintak susu. Daripada boleh dapat pahala bergodang-godang susukan anak, silap-silap tak dapat langsung. Punyalah tak ikhlas. Adik ni pantang tengok mama baring. Asal mama baring jek, kang datanglah dia mengendeng. Kalau mama tengah buat kerja pun, peduli apa dia kalau dah time tu dia nak nenen. Datang jek dia selak baju. Dilemma betul tau adik ni.

Adik ni dia dah biasa, bila nak tidur jek nak nenen. Ubat tidur dia lah tu, gamaknya. Bila dah tak dapat nenen ni, dia punya lah gelisah masa nak tidur tu. Pusing sana, pusing sini. Tak tentu arah dah gayanya. Mata dah pejam dah tapi. Hehehe.. Ada satu malam tu, dia terpusing-pusing tak boleh tidur, dah nak naik baran dah dia, mama pujuk nak peluk, dah peluk terus lena sampai siang. Walaupun dia tengah resah tak boleh tidur, takde pulak dia sebut-sebut nak nenen. Nak buat drama iar mata ke, kan.

Now, dah 2 malam dah, mama sedar tengah malam, rasa dia tengah hisap nenen. Acanerrr tu? Siang memang dah tak mintak dah, time nak tidur pun takde dah, tapi tengah-tengah malam pulak. Tapi sekali tu jeklah. Harap--harap cepatlah susu mama kering. Hehehehehe... In the mean time, kenalah mama bear with the pain.

*nangessss

Wednesday 4 September 2013

Kemaruk

Assalamualaikum..

Kemaruk teruk sangat dah mama ni. Kemaruk anak perempuan. Hehehe...


Beli baju baby girl. Hahahaha... Beli sampai 4 pasang okeh. Perangsang kononnya. Over sangat nih. Jangankan kata nak pregnant, period pun belum. Hehehehe... acaner tu?

Yang buat mama terover sangat ni, adik ipar mama yang kawen tu hari, Adi, si pakcik Adam tu, is expecting a baby girl. Tu yang Mokdenya yang terlebih semangat tu. Baru anak sedara okeh, mama dah rambang mata. Tak tau nak pilih yang mama. ;P Kalau anak sendiri?

Eh, tapi baju yang sampai 4 pasang mama beli ni, mama nak bagi 1 jek. Hahahaha. Yang lain nak simpan. Kedekut ke?

Mama ni dari belum pregnant sampai dah miscarriage, walaupun belum pregnant semula lagi, tetaplah asyik dok pikir nama anak. Hahaha. Tapi asyiklah nama lelaki jek yang keluar. Tiba-tiba rasa macam limited sangat nama-nama yang ada. Hehehehe.

Ok, mama dah set timing baru untuk pregnant semula. Lepas dah kira-kira, ianya adalah bulan 10, which is bulan depan. Wehuuuuu.. Tak sabaq. Doa-doakanlah kali ni mama berjaya, hehehe...kalau boleh bior kembar terus. Perempuan tau. ;P

Monday 26 August 2013

Surat Untuk Papa

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, anak bujang #1 main bagi-bagi surat pulak kat papa dia. Almaklumlah, orang dah pandai tulis.



Dah lah cakap bahasa rahsia. Gila Nazi Jerman pun tak boleh translate nih. Hehehehehe. Cer teka apa dia nak bagi tau papa dia sebenarnya? Hehehehe...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Kita nak makan ayam", katanya.

Alahai anak. Awak cakap jelah, tak payah tulis surat pun takpe. Hehehehe...

Wednesday 21 August 2013

Hari-hari Hari Raya

Assalamualaikum...

Betul lah, kan? Selagi tak habis sebulan, hari-hari hari raya, lah. Hehehehehe...

Kalau kat rumah tu, asal mengemas sikit jek, nanti mulalah ada yang bertanya, "Oooo... esok kita nak raya eh?". Iyelah, sayang. Esok raya. Iyekan aje. Kang panjang pulak dia punya goreng-pisang. Hehehehe...

Adam ni kalau main goreng-pisang, sure takkan kalah punya. Punyalah banyak soalan dia. Leteeeeeeh nak menjawab. Hahahahaha.

Pagi ni dia request nak pakai baju melayu lah pulak. Cikgu suruh pakai baju sekolah, katanya. Entah iye, entah tidak. Tapi mama and papa ikutkan jeklah. Apa ada halllllll. ;P. Tapi papa lah yang kena iron baju melayu Adam pagi tadi. Hehehehe.


Budak yang beriya peace tu, bangun-bangun melalak. Ingatkan kenapa, rupanya nak pakai baju melayu sesama dengan abang. Hadoiii... Dengan tak mandinya, pakailah jugak dia baju melayu. Complete dengan songkok, okeh. Jangan main-main haaaa....Ni kat rumah nenek ni, silap-silap taknak tukar dia baju tu.

Mama ni entahlah pesal, punyalah kebengongan masa nak raya hari tu. Boleh pulak pergi beli butang baju melayu sampai 3 pasang, dah 2 hari beli baru sedar. Budak-budak ni punya, baju teluk belanga. Nak sumbat kat celah mana butang banyak-banyak tu. Nasib baiklah 3 pasang RM10 jek. Hehehehehe.

So, ada sesapa ke nak datang beraya? Sementara masih hari-hari hari raya ni? ;P

Tuesday 20 August 2013

Jauh

Assalamualaikum...

Mama ni bolehlah kalau nak diibaratkan tinggal di far-far away kingdom. Jauhnya perjalanan nak datang ke tempat kerja ni kena naik bukit, turun bukit, membelah hutan bagai, baru sampai (40 menet jek pownnnnn, bukannya 3 hari 3 malam).

Now dah mengantuk, siap boleh terlelap sambil beronline. Camno nak balik ni? Nak meredah hutan kembali?

Hadoiii...

Tuesday 13 August 2013

Raya's Disaster

Assalamualaikum...

Macam mana raya semorang? Best? Mama raya biasa-biasa jek, sama jek macam tahun-tahun yang lepas. Tak sempat jalan-jaaln raya ke mana pun. Papa dah menggelupur, raya kedua dah nak balik Melaka. Lapar ketupat dengan kuah kacang sangat agaknya. Ntah pape.

Masa nak balik raya tu hari, mama rasa excited sangat nih. Ntah apsal. Terfikir jugak, entah ni kali terakhir mama nak jumpa sapalah ni agaknya. Betul, mama selalu ada instinct macam ni. Masa very last time mama jumpa arwah abah pun, macam tu jugaklah perasaannya.

Nasib baiklah dalam excited-excited nak balik kampung tu, tak terlupa nak collect baju raya jejaka-jejaka tu. Dah terlajak dah sebenornya, tapi patah balik. Gilalah, kalau tertinggal baju raya diorang, bocor poket nak membeli baru. Nasib baik.

Mama tak taulah macam mana makcik tailor tu jahit. Baju melayu papa, tangan dia dah jadi tiga suku. Nasib baik boleh cover, dapat lipat sampai kesiku.  Dah rupa apa dah baju melayu ko pakai berlipat. Padahal dah elok bagi baju melayu contoh. Baju contoh pun bukan baju zaman sekolah, baju raya tahun lepas jek pun, dia jugak yang buat. Alaaaaahaiii...

Mama balik kampung 2 hari, terus dapat penyakit. Mula-mula sakit tekak. Sebab rasa macam biasa, buat tak tahu jelah. Nanti dia balik sendirilah, kononnya. Japgi, bukan makin baik, makin teruk adalah. Batuk punyalah tak boleh menahan, sampai hilang suara. Tensen mama. Eloklah mama takde suara, bercakap pulak dengan orang yang dah macam separa pekak. Dah nak kena cakap kuat-kuat. Bila dah cakap kuat-kuat, terkokol-kokol batuk.

A day before raya, hari mantai tu, masa nak mandi mama tengok ada blood spot. Alamak...dah kenapa pulak ni. Perut pun dah mula rasa tak sedap masa tu. Pergi klinik, Dr. cakap ni mungkin thretened abortion. Mungkin sebab batuk. Body dah bagi alarm suruh hati-hati. Dr. pesan balik rest and jangan buat kerja-kerja berat. Ni satu masalah. Apa sebenarnya definition kerja berat ni? Adakah angkat meja, pindah perabot segala? Kalau kerja berat cenggitu, memang takdelah mama buat. Kerja-kerja dapur tu biasalah. Ke maksud Dr. tu, mama kena duduk goyang kaki saja? Owh...how i wish!

Malam tu, mama tengok darah makin banyak walaupun dah makan ubat. Mama cakap kat papa, macam takde harapan jek. Walaupun mama nampak rileks jek, tapi sedih kot weh. Menangis jugaklah mama malam tu. Esok pagi bangun tengok memang makin banyak darah. Batuk pun makin menjadi-jadi. Naik cramp perut asyik batuk jek. Lepas sembahyang raya, ziarah kubur abah, singgah raya rumah paklang. Masa kat rumah paklang pergi toilet, tengok dah lencun pad mama, siap boleh bocor. Habis baju raya. Perut punya sakit, macam period pain. Masa tengah baung air, tiba-tiba rasa ada macam 2 ketul benda keluar. Mama tengok-tengok jugak, tapi tak nampak. Tau jelah toilet kat kampung, gelap. Nak korek, geli plak mama. Kalau toilet rumah sendiri, harus mama seluk toilet bowl tu. Elok jek lepas dah keluar mende tu, sakit yang macam period pain tu pun dah takde. Pelik. Hilang macam tu jek. Hemmm...dah macam ni, dah tau dah. Memang baby mama dah takdelah. Pergi klinik, satu hapah pun tak bukak. Yelah, raya kan.

Semalam, dah hari ke-5, baru dapat jumpa Dr. Dr. dah scan, alhamdulillah dalam dah clean. Kalau tak clean, ada yang tertinggal, kena buat D&C. Mungkin sebab mama baru 8weeks, so dia macam period jek. Dr. yang mama jumpa before tu pun cakap, 8 weeks tak perlu pun buat D&C ni, sebab next period, dia akan cuci semua. Dr. semalam mama jumpa dia kata, memang baby tak jadi. So, bukan sebab batuk, or jalan jauh, or buat kerja berat, or whatsoever. Kalau mama duduk saja, goyang kaki pun, mama akan miscarriage jugak, sebab baby tak jadi. Sebab tu kot, masa scan 2 minggu lepas Dr. kata nampak sac jek. Ketul kat dalam dia tak nampak.

Takpelah, nak buat macam mana. Takde rezeki. Boleh usaha lagi. ( Tapi timing dah lariiiiiiii...huwaaaaaaaa).

Persoalannya sekarang ialah, orang kalau miscarriage ni macam mana? Yelah, nak kena terbaring macam tengah sakit tenat ke? Kena buat-buat muka sakit ke?

Pelik, pelik. Sebab ada orang-orang yang kata mama nampak relax jek. Perlu sampai meroyan ke?

Tapi kan, trend sekarang ke kalau asal pregnant jek nak bleeding?

Mama bleeding (tapi dah lost trs), DJ bleeding, Yana pun bleeding jugek. Adoihhh...


Thursday 1 August 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum...

Minggu ni adalah minggu terakhir bekerja sebelum bercuti raya. Mama dapat cuti seminggu jek. Raya ke-5 dah naik kerja. Sekolah cuti 2 minggu, kan? Since dah dekat benor nak cuti ni, makanya hari-harilah kita mengcountdown..Hehehehe. Tak taulah kenapa, tahun ni macam terlebih excited pulok. Takkan sebab pregnant kot? Hahahaha...

Mula-mula plan nak balik weekend, tapi tu lah. Jem tak? Last year balik raya, kitorang balik raya ke-2. Masa tu MIL ada buat kenduri sikit, so after kenduri, pukul 2 cenggitu baru gerak balik Kedah. Sekali, hambeekkk. Jem gila masa kat Sungkai. Naik bosan tunggu kereta nak jalan. Masa tu, adalah bijak sikit, so exit kat Sungkai, singgah makan KFC dulu, then baru gerak balik. Dari Sungkai tu, kitorang ikut jalan lama jek, tak naik highway pun, sebab tak berani. Kang sangkut jem lagi. Kalau tak salah mama, kitorang naik highway balik masa kat Ipoh. Masa gerak dari Melaka, kitorang konvoi dengan Kakngah, masa kat Sungkai pun masih konvoi lagi. Sampai kat mana ntah, dah lost dah diorang. Terus bawak haluan masing-masing jek. Punyalah jem, pukul 12 tengahmalam, baru sampai kat Sg. Perak. Itu pun, jem jugak lagi. Sg. Perak tu memang penuh, melimpah-limpah. Papa berhenti tidur kejap, last-last pukul 3 pagi jugak baru kitorang sampai Kedah. Kakngah, pukul 12 dah selamat sampai dah. Sebab Abang Ngah ikut Grik. Rasa macam tobat dah nak balik time-time camni. Sebelum-sebelum ni, kitorang selalu balik awal. 2,3 hari before raya, orang belum cuti lagi, kitorang dah selamat dah sampai. Hehehehe...

Pagi tadi, lepas sahur, mama kemas-kemas barang. Tak sikitlah, banyak jugak. Kitorang kalau balik tu, kalau boleh rumah tu pun nak ikat, bawak balik sekali. Bila mama cakap nak bawak balik macam-macam, papa tanya, "Kita beli lori ke?" Hehehehe... Cinabeng sangat perli macam tu, kan. Boleh pulak masa mama tengah packing tu, papa pasang lagu raya. Pukul 630 pagi, pasang kuat-kuat pulak tu. Marah jiran sebelah plak kang. Terus mama rasa cam, deng!Ke-excited-an menjadi-jadi.

Rasa macam esok dah nak challo... ;P

Friday 26 July 2013

Weng

Assalamualaikum...

Sejak bangun sahur pagi tadi, mama masih belum lelapkan mata. Tak taulah sebab tu ke kepala mama rasa macam bengong jek sekarang ni. Weng semacam jek. Since dari rumah lagi dah rasa weng cenggini, mama pun bawak siap-siap bekal air. Dah nama pun puasa kan, so satu hapah makanan pun takde dalam bilik ofis ni. Air setitik pun takde. Tu yang terpaksa bawak dari rumah. Sekarang ni mama dah selamat tak puasa. Hehehehe... Ibu mengandung ada keringanan dalam bab puasa ni, kan?

Bulan puasa kali ni memang lainlah daripada yang lepas-lepas. Mungkin sebab pregnant jugak. Masa adik dulu pun ada jugak terkena bulan puasa masa tengah pregnant. Tapi masa tu adik dah 4 bulan lebih. Dah bolehlah nak kata besar. Ni kecikkkkkkkk nau lagi.

Sepanjang bulan puasa ni, asyiklah mama ni sakit perut aje. Hari tu ada sekali, dah dekat nak buka, 2 kali mengulang keluar masuk toilet. Lepas tu, dalam minggu yang sama, kena cherry-berry pulak. Padahal makan makanan homemade jek pun kot. Tu pun boleh sakit perut. Makan yang beli kat bazar, elok jek.

Mama ni kan boleh tahan jugak kuat makan. Bagilah apa saja, insyaAllah, habis jua dimakan. Hahahaha... kalau sambal tu, cannot resist sangat. Memang terliur habis. Semalam, MIL ada masak sambal ayam, baru suapan pertama, dah rasa macam nak termuntah. Adoilahhh...

Betullah orang-orang selalu kata, mengandung ni simptom dia takkan sama. Dah 3 kali dah kot, kali ni rasa macam lembik nau. Pastu kan, sekarang ni rasa sangatlah malas sekali. Masa adik dulu, rajinlah jugak. Masa Adam pun takde lah semalas gini. Ke kalau malas-malas ni petanda anak perempuan? Hoih... tak boleh malas-malas. Sok betul dapat perempuan, jadi pemalas pulak anak dara mama. Nehiiii... kabhi nehiiiii.

Oh, family semua dah tahu now yang mama is preggie. Tak boleh pakai betullah janji papa ni. Nasib baiklah PIL tak cakap apa-apa pasal wean off ni. Eh, MIL ada tanya papa kata, tapi tengah berusahalah ni, kan.

Thursday 25 July 2013

Tak menyabaq

Assalamualaikum...

Bukan main menyanyi-nyanyi lagi student depan bilik mama ni. Lagu raya pulak tu. Tak sabor-sabor nak raya leww tu.. hehehehehe..

Semalam free sikit, ada 1 kelas jek, so pagi-pagi morning mama menapakkan diri pergi klinik, buat buku pink. Mama pergi awal, bajet konon-konon pukul 9 cenggitu dah boleh chow chin-chau lah. Sekali, huh... hambek kawww! Pukul 1130 baru setel. #jam hokehh. Nasib baiklah mama ialah seorang yang kewl (sangatttttt... mata keatas sangat-sangat), maka tak adalah insiden keluar asap bagai. Hehehehe... Kebetulan semalam ada Dr, then dapatlah terus jumpa Dr. and scan. Mama ni kan penyokong tegar kerajaan, so haruslah mama pi check-up dekat klinik kerajaan uolls. (Penyokong kuat konon, padahalll...). Misi kat depan kira mama dah pregnant +- 7w2d. Tapi bila scan, baru 6w4d camtu. Alaaaaaaa...baru 6 weeks ke? Lamenyeeeee lagiiiiiii...

Mama ni, anak dah nak masuk 3 dah pun, tapi ke-excited-an nak dapat baby lagi tu, macamkan baru nak dapat anak. Kalau boleh, tau-tau jek mengandung, terus nak bersalin. Gituh! Takmau dah tunggu-tunggu ni. Tak sabaq...Hehehehe...

Awat yang tak menyabaq sangat ni?


  

Anak-anak mama, masa kecil-kecil semua bulat-bulat belaka, lagi-lagi adik. Lahir-lahir jek pun dah besor. Budak-budak kecil ni syok kan kalau uli-uli. Picit-picit. Cium stok sedut-sedut punya. Tak mainlah setakat gitu-gitu jek. Hehehehe... Kalau yang bulat tu, lagilah seronok nak gomol, kan. 


Yang paling mama suka pasal baby ni kan is dia punya bau. Pergh... walaupun acem, tapi sedap. Hehehehe.. Cuba kalau bapak baby yang masam macam tu, ko berani nak pergi cium? Siap tahan nafas lagi ada, kan? kan? 




Haishhhh...mama tengok gambar adik ni, rasa makin tak sabor pulak. Tolonglah baby AH#3, cepatlah awak membesar ye. :)

Sekarang ni, dah makin besor, dah tak bulat dah macam dulu. Dah ligat, manalah nak jadi lemak kat badan tu, walaupun makan boleh tahan.


Balik Kedah tu hari, dapat upah belantarung sebelah muka. Masa kena ni, adik bawah jagaan papa. Cuba kalau masa tu bawah jagaan mama, tak terpekik papa tu, tak tahulah. Masa papa dukung adik lepas dia jatuh tu, mama diam jek. Nak terpekik-terlolong pun, bukan boleh putar balik masa tu. Tapi mama asyik sebut jeklah lepas tu. Hahahaha... Banyak kali jugaklah mama dok sebut, "tu kalau mama tu, dah kena la tu... blablabla..." hahahaha...agak-agak, tension tak orang tu? hehehehehe...

Abang ngah botak.

Nampak kurus, kan? Ni gambar pagi tadi. Semalam atuk bawa adik potong rambut, dibotakkan as requested by mama. Hihihihi...comel apa botak. Nenek kata, tak cantiklah adik botak. Memanglah tak cantik, dah selalu tengok ada rambut. 


Tuesday 23 July 2013

Ada cara lain tak?

Assalamualaikum...

Mama sekarang ni tengah kusut, tengah serabut. Mama nak adik weaning, tapi macam-macam cara dah mama buat, tetaplah tak berjaya.

Last time balik Kedah, maklang bagi akar seruntun. (Orang kedah panggil akar seruntun, nama universalnya mama taktau). Potong sikit, getah dia sapu kat nipple. Sekali, dua kali. Ok, nampak macam nak berjaya dah. Lepas tu, dah macam tak lut dah mamat tu. Walaupun mama dah sapu getah akar seruntun tu, dia selamber jek hisap jugak. Akar seruntun ni dia pahit. Hujung-hujung nanti rasa pahit yang melekat kat tekak.

Bila akar seruntun tak berjaya, mama try asam jawa pulak. Kali pertama, dengan jayanya. Dia reject terus. Geli kot. Hahahaha... Ingatkan akan berjaya terus. Masuk kali kedua, kali ketiga, dia buat perangai pulak bila tak bagi. Adik ni dia drama lebih. Kalau menagis, mesti nak berguling-guling, nak hentak sana, hentak sini. Pastu, datang kat mama, pukul-pukul mama. Mama kalau setakat ko nak guling, ko guling 18kali pun mama tak kesah. Tapi kalau dah sampai mama pun dapat sakit, ko dah kenapa, kan. Tu yang mama tak tahan, terus bagi jugak nenen.

Mama beli pulak biji sawi kat senseh. Alah, kalau orang bisul, letak mene alah tu, nanti bisul cepat kecut. Pernah tengok tak? Bukan biji sawi yang buat masak tu. Itu lain. Mula-mula letak, as usual, berjayalah. Masa tu, mama kelentong dia kata ulat gigit sebab dia main pasir, tak nak cuci tangan. Pastu pegang-pegang nenen pulak. Mama ingat kali ni success betullah. Tapi dia punya marah "Mama no letak. Baby kata mama no letak" hoihhh... tak menahan. Dia punya determine nak nenen tu sanggup dia kopek satu-satu biji sawi yang melekat tu sampai bersih. Hadoihlah.

Dah berkali-kali dah mama bercakap dengan dia, mama dah macam sampai tahap merayu-rayu dah. Explain yang dia nak dapat baby dah, dah besar, nak sekolah, blablabla. Macam-macam. Dia dengar, tapi no effect. Sekarang ni, mama hanya mampu berdoa jelah. Mama nak weaning sebab mama dah tak larat. Sejak pregnant ni, mama rasa macam sesak nafas setiap kali adik nenen hempap-hempap perut mama. Padahal dulu lek jek.

Ya Allah, permudahkanlah urusan yang satu ini.

Memalukan

Assalamualaikum...

Disebabkan sehari-harian mama hanya menapau apa yang MIL masak, hari Sabtu hari tu, dengan berbesar hati, mama and papa pun ajaklah MIL, FIL and Nurul datang berbuka kat rumah kami. So, meriahlah petang tu. Penuh semeja. Penuh dengan orang, penuh dengan makanan.

Semangatlah mama masak. Dengan kailan goreng ikan masinlah, sambal sotonglah, asam rebus tempoyaklah. Dengan mihun goreng lagi.

Masa pergi pasar pagi tu (takdelah pagi mana, pukul 11 dah kot), mama tengok ada jual cendol. Mama sauk sebungkus. Ni cendol kosong, balik sendiri bikin punya. Dah beli cendol, terus berpikir, nak beli susu ke santan? Hemm... kalau mama, memang mama prefer susu, tapi bila mengingatkan komen papa "mama ni suka sangat makanan bersusu", mama assume mungkin orang lain tak berapa gemor. Baiklah ikut selera majoriti, kan. Last-last mama pi lah beli santan. Santan sekarang kan mahal, kan? Mama beli RM4 tau, punyalah nak bagi lemak berkrim cendol tu kan.

Dah dekat nak berbuka, mama pun buatlah apa yang patut. Tengok cendol bukan main mengiurkan dah rasanya. Tiba time berbuka, amik kauuuuuuu. Santan aku masam. Dah terus buang jek 1 jag cendol. Santan kalau masam sikit-sikit beranilah lagi nak telan. Ini masam tahap... tak tau nak cakap macam mana. Mama minum seteguk dua, terus rasa nak muntah. Sebabkan awak tu tuan rumah, takkan nak berlari pi membluwekk pulak kan. Kontrol. Sampai dah nak tidur, baru hilang dia punya mual tu.

Ya Allah, malunya mama sebagai tuan rumah. Nak angkat muka pandang FIL and MIL pun tak sanggup rasanya.  Kesian sangat kat depa. Tak pasal-pasal dapat sakit perut. Agak-agak, serik tak depa nak datang makan kat rumah mama lagi?

Lain kali, taknak dah mama beli santan kat orang tu lagi. Aritu, terkena dah sekali. Masak nasik lemak, separuh hari dah basi nasinya. Boikottt!


Thursday 18 July 2013

Bertuah


Assalamualaikum...

Hari ni dah hari ke 9 kita puasa, kan? Cepat sangat neh masa berjalan. Rasa macam baru sambut puasa semalam .Acehh... Hehehehehe

Sepanjang 9 hari ni, baru sehari yang mama betul-betul masak untuk berbuka. Itu pun masa first day puasa, Melaka kan cuti. Tu yang dapat masak. Yang lagi 8 hari, semua rumah MIL mari.

Menu iftar Day 1

Menu iftar semalam.


Mama ni beriyalah dalam kepala ni dok pikir, "oh, balik kang nak masak ini, ini, dan ini".

Jap gi, sampai rumah MIL, terus hilang semua. MIL ni dia sengaja tau. Dia masak banyak-banyak, pastu nanti kalau kita cakap taknak, nanti dia cakaplah dia masak banyak. Takde sapa nak makan. Terpaksalah ambil. Punyalah bertuah, sampaikan nasi pun kitorang tapau. Hahahaha...Tak taulah sapa yang bertuah ni, kitorang ke MIL ke yang bertuah. Hahahaha...

2,3 hari ni mama dah mula rasa tak selera nak makan. Nak makan yang masam-masam jek. Mama bajet, dah anak ketiga kot, takde lah nak mual ke mabuk ke. Tapi tulah, mual takde, tapi asal tengok lauk jek, mati selera.

Hari tu MIL ada masak singgang ikan. Mama pun ambil jelah sikit, konon nak jaga hati dia kan. Dah dia offer, kita ambil jelah. Bila time berbuka, hoih...yang itu pulak paling tersedap sekali mama rasa. Bertambahlah nasi masa berbuka tu. Padahal masa mula-mula makan tu, rasa macam nak terkeluar balik jek. Nasib baik tak jual mahal, kan masa MIL offer tu. Hihihihihih....

Entah apa lah MIL masak hari ni. ;P


Thursday 11 July 2013

Confirm

Assalamualaikum...


Nampak tak dua line tu? Tak nampak eh? Meh, close-up sikit...


The 3rd AH is on the way, yaww!

Alhamdulillah, and tahniah kepada diri sendiri. Hehehehehe...

Suka, tapi... Adik dok nenen lagi, rasa macam dah habis cara dah nak weaning. Ni kang, mulalah segala pantang-larang tok nenek keluar ni. Ni yang mama malas ni. Adoiiiila. 

Harap-harap, dapat geng sendirilah pulak lepas ni. Hehehehehe


Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Alhamdulillah, jumpa lagi dengan Ramadhan kali ni. Harap-harap berterusan diberi kesempatan.

Semoga Ramadhan kali ni dapat jadi satu titik permulaan untuk kearah yang lebih baik, insyaAllah.

Selamat Berpuasa, semua!

Tuesday 2 July 2013

Makan-makan, jadi baby.

Assalamualaikum...

Adam: Papa, baby tu kena makan eh?
Adam: Oooo... dia makan-makan, pastu jadi baby eh?

Ya Allah, innocentnya lah hai budak ni. Iyekan jelah. Kang lagi panjang pulak dia punya soal-jawab. Hehehehe... Dia punya wondering tu, sampai dah nak tido pun dia boleh dok pikir lagi. Tu yang keluar segala fahaman dia tu.

Pakcik dia kan dah nak dapat baby. Tu yang tiba-tiba jek tu. Mama suruh tengok perut makcik, dia pi tengok perut pakcik. Pastu sendiri tertanya-tanya. Hahahaha...Yang pakcik tu pun, elok sangatlah tu. Perut mengalahkan bini dia yang mengandung. Dah Adam pi bantai tanya,  "Perut pakcik ada baby eh?".

Kalau tanya adik, "Adik nak baby girl ke boy?". "Boy" katanya. Iyelah tu. Boy tu macam mana rupa pun, entah tahu, entah idak. Last time tanya, kata nak girl. Mama confident, dia main sebut last word yang mama cakap jek. Hehehehe...


Wednesday 26 June 2013

Nak, beli lah. ;P

Assalamualaikum...

Mama sekarang ni tengah mengira-ngira masa, sempat ke idak nak masak untuk berbuka nanti. Kira dulu, buat ke tidak, wait and see sajalah. Hehehehehe... Mama tengah semangat ni, janganlah potong stim. ;P

Adalah berhari-hari yang lepas, mama buat samosa. Saja gatai, sebab kulit popia ada banyak sangat. Kalau tak diguna pakai, alamatnya ke tong sampahlah ia. So, disebabkan malam tu mama tak boleh tido sebab kopi punya pasal, mama pun menggentellah samosa, dengan ditemani Adam. (read: kacau)

Boleh pulak dia tanya "Mama buat kuih, kawan mama nak datang eh?"
Pandainya dia.... Nampak sangatlah mama ni buat kuih bila orang nak datang atau time rajin nak bagi orang jek, kan? Hehehehehehe... dah kalau mama nak buat, orang tu tak makan ini, orang ini tak makan itu. Putus semangat mama. Dah, beli jelah. (Alasang sangat neh... hehehehehe).


Inilah ropenye. Mama dapat rasa 2-3 ketul jek. Yang lain semua habis kat Adam. Adam ni susah benor nak makan kuih. Kalau dia makan banyak tu, maknanya kenalah dengan selera dia tu. Disebabkan macam sedap pulak samosa tu aritu, sampai sekarang ni asyiklah teringat-ingat.

Buat and frozen kan bebanyak. Ada sesapa nak?;P

Beli Baby

Assalamualaikum...

Satu hari, tengah meleset elok punya semorang, tiba-tiba papa cakap..

"Mama, Adam nak baby"

Tersengih-sengihlah mama dengan papa. Tiba-tiba jek budak ni. Ape ke hey nye...

"Asyraf ada baby 2, Adam ada baby 1. Mama beli la baby."

Oh, man! Kalaulah sesenang tu nak dapat baby. Sepuluh mama boleh beli Adam. Hehehehe...

Asyraf tu kawan gaduh dia kat sekolah. Hari-hari balik sekolah, ada jeklah cerita dia pasal si Asyraf tu. Asyraf buat itu, Asyraf buat ini. Kalau tanya, Adam dengan Asyraf, sapa lagi pandai. Of courselah, dia yang paling pandai, kan.

Tuesday 25 June 2013

To my suprise...

Assalamualaikum...

Pagi tadi timbang, dapat ni.

 

Rasa cam penimbang ni rosak jek. Ada satu hari tu mama timbang, dia keluar 54kg something. Suka sekejap. Timbang balik, rupanya 59kg. Pffffttt... Tapi hari ni timbang 16 kali pun sama jugak, betul la tu kan? Hehehehehe...Berbaloi-baloi lah puasa berhari-hari. Eh...

Iye kawan-kawan. Tahun lepas punya Ramadhan, mama ada tinggal 10 hari. Disebabkan tinggal lagi berapa hari jek nak Ramadhan, marilah kita pulun ganti puasa. Hari pertama puasa, mama lembik mengalahkan orang mabuk pregnant. Lagi nak dekat berbuka, lagi lembik. Sampai tahap nak bercakap pun tak larat dah. Teruk betul. 2,3 hari lepas tu, ok lah. 

Tak sabar nak habiskan lagi 2 hari puasa ganti ni. 

Friday 21 June 2013

Penangan Cuaca

Assalamuaalikum...

Bangun pagi-pagi, dah bau asap satu rumah. Alahailah.... Kembang-kempis, kembang-kempis hidung nak bernapas pun tak selesa. Sapa tak menahan ni, memang parahlah.

Silap-silap ni, penuh ER kat hospital dengan orang nak neb. Huhuhuhuhu...


Dah gaya abang-abang jek si kenit ni. Ni gambo semalam. Mak usu dia sekarang tengah praktikal, so hari-hari FIL akan hantar and jemput. Bila atuk nak gi jemput mak usu petang-petang, dapatlah adik pun ikut sekali. Janji dalam kereta, behave. Kalau tak, sumpah atuk dah taknak bawa. Hehehehe... 

Weekend ni cadangnya nak pi cuci rumah ( dah nak masuk perabot...yehhhuuuuu!), tapi...eh...cuci dalam rumah jek, tak pe kan? Hehehehe... Dah start sem ni, memanglah kena pandai curi masa. Nak tunggu free, harapkan weekend jeklah. Tu pun kalau free. Kalau tiba-tiba ada program lain, camno?

Alamak!Dah kena pergi kelas.

Papai.


Tuesday 18 June 2013

Dah namanya adik-beradik

Assalamualaikum...

Lain anak, lain ragam. Memang betul sangatlah tu apa orang tua-tua kata. Mama ni baru anak dua, dah matcham-matcham peel dah mama dah tengok.

Ada masa-masa tertentu, Adam adalah sangat independent. Kalau nak diikutkan, dia boleh jek uruskan diri sendiri- pakai baju/seluar sendiri, cebok sendiri. Tapi disebabkan mengada-ngada yang terlebih, semua nak orang buatkan. Kalau dengan papa, mintak hampunlah. Berani ko nak mengada-ngada? Kalau dengan mama, takde dia kisah de kalau mama jadi tarzan sekali pun. Lantakle disitu, kekdahnya.

Adik pulak manja terlebih. Dia lagi rela tak ikut papa pergi jalan-jalan kalau mama tak ikut. Yang ini memang, asyiklah nak melekap kat mama. Semalam, nak nenen, tapi mama taknak bagi, bukan main marah lagi. Iyelah, orang dah nak tidur, tak dapat nenen, mana boleh lena. Entah macam mana dia boleh tidur mama pun taktau, sebab mama dah lelap dulu. Hahahaha...

Kat rumah tu, kalau datang entah angin apa, asyiklah bergaduh dua orang tu. Berebut mainan lah, apa lah. Rasa nak jek dihantukkan kepala dua-duanya sekali. Datang angin nak baik, eh,bukan mainlah baiknya. Terkekek-kekek gelak entah apa yang kelakar.

Yang pasti, dua-dua dah ada perangai jadi tuan director. Abang kan mentor adik, so adik follow jelah apa yang abang selalu buat. Kalau tengok cerita kartun dia, nanti dia suruhlah kita gelak. Boleh tak ko nak gelak, padahal ko tak rasa langsung nak gelak? Boleh tak? Kang tak layan kang, marah pulak. Macam-macam lagilah. Pening kepala.

Yang pastinya, dalam gaduh-tak gaduh tu, depa adalah BFF sangat.


Buktinya? Betapa abang rela pakaikan adik pampers walaupun diri sendiri pun togel. Hehehehehe... Ada hati. Mama is very the buzy uolsss. Tak menyempat nak pakaikan anak pampers. Hehehehehe...

Senangnya la hai. Double standard tau adik ni. Kalau mama nak pakaikan tu, melaung-laung nak suruh dia baring. Punyalah susah. Abang cakap rileks jek, "Baby pakai pampers. Baring.". Terus dan-dan tu dia pergi baring. Punyalah patuh. 



Hasilnya? Untuk first-timer, oklah tu. Adam pun happylah sebab mama-papa cakap dia pandai. 



Monday 17 June 2013

Masalahnya, masak ke?

Assalamualaikum...

Mama selalu peratikan,asal balik kampung jek, makcik-makcik yang hebat masak-masak ni, mesti akan take over dapur. Sama jugaklah sekarang ni, kalau Kakngah balik, mesti dialah chef kat dapur MIL tu. MIL? Sama ada dia jadi sous chef atau dia goyang kaki je. Hehehehehe...

Hari tu balik Kedah, mama kena take over dapur mak. Tak pasal-pasal, okeh. Papa kata, ingatkan balik kampung nak makan masakan mak puas-puas. Kalau dah mama jugak yang tukang masaknya, tak payah balik kampung, kat rumah pun boleh makan. Hah, gituh! Mama syak, mak mengambil kesempatan. Hahaha..
Tapi yang bestnya, papa kata adik mama, si Mat tu, kemain makan berselera pulak. Padahal hari sebelum tu kemain lagi dia kata tak selera nak makan. Sedap sangatlah tu kot mama masak. Haha... ok, tak kelakar.

Ni puasa dah nak dekat dah ni. Mama rasa-rasa macam nak buat jek menu collection untuk buka puasa, and of courselah menu tu semuanya ikut tekak mama, hehehehe... tapi masalahnya, bila yang nak masaknya? Dalam keadaan tak puasa macam sekarang ni pun, koman-koman sebulan adalah 5-6 hari jek yang mama betul-betul masak kat rumah. Nanti dah set menu baikkk punya, tapi sikit pun tak buat, rasa guilty pulak. Guilty tu satu hal, nak menahan perlian papa, dua hal.

"Buku resipi papa tengok dah nak penuh dah"-masaknye idak, ye?

Haihhh...
Ini pun masak-elah jugak sebenornye.


Gatai

Assalamualaikum...

Jumaat lepas, dengan gatainya mama pi suruh amoi kat kedai emas tu tindik telinga mama. Mama ni dah dekat 10 tahun dah rasanya tak pakai subang. Sejak buka, tak pernah bernafsu pun nak pakai balik subang tu. Entah macam mana, masa pi kedai tu, teringin pulak nak pakai subang balik.

Ini memang kes tak dak pasai, cari pasai. Dah tau telinga tak tahan subang murah, nak jugak pakai, khennn. Tanggung sajalah!


Now, kenalah bukak dulu subang ni. Biar telinga ni dah ok sikit, then baru cuba try test pakai balik. If ok, oklah. If not, hehehehehe... kenalah mintak papa belikan subang mahai (sikit). Hehehehe... 

Thursday 13 June 2013

Apecer?

Assalamualaikum...

Asal mengadap blog jek, blank. Time lain boleh pulak berkodi-kodi idea datang. Pakkal lah umah mama tu takde internet connection, kalau tak... muntohlah korang dengan entry entah hape-hape mama. Heheheheh...

Bulan 6 dah sekarang ni. 2,3 hari lagi cukuplah 2 bulan mama dapat kunci. 2 bulan hoi... apa cer umah tu? Dah masuk ke? Sabo, sabo...

Hari ni baru wireman tu datang nak pasang lampu segala. Harap-harap, hujung bulan ni dah dapat masuklah. Hehehehehe... Actually, kat taman tu dah ada dah orang dah masuk. Adalah dalam 4,5 buah rumah jugak rasanya. Tapi kan.... lorong rumah mama tu, kalau mama masuk ni, mama jek terkontang-kanting kat situ. Takuiiiiit hoi. Malam-malam memang seram habisla.


Sejak ada tanah sekangkang kera ni, mama minatlah pulak bertanam-tanam ni. So far, ini jelah yang ada kat kebun mama ni. 

Buah sulung :)

Pokok bendi mama ni adalah satu-satunya yang survived daripada sepeket benih yang mama semai. Gila. Alhamdulillah, dah keluar dah hasil dia. Hari tu, sebelum balik Kedah, keluar sebiji. Mama dah tuai. Mama bagi kat MIL. Hehehehe... Malu jek, bagi sebiji. Kurang-kurang, bagilah sebakul, kan. Semalam pergi, tengok ada lagi 2 biji, tapi dah tua. Takpelah, tu kita simpan buat benih. Untung-untung dapat 16 pokok. Boleh jual. Hewhewhew... Nafsu menanam rasa macam membuak-buak nih. ;P



Apalah mende alah ni, labu???

Entah hape ke nama mende alah ni, walk path? Sedari dapat kunci dulu, gitu jelah rupanya. Idak cantik-cantik sampai ke hari ni. Hai la... Macam ni lah kalau semua benda nak DIY. Dah tu, berdua jek terkonteng-konteng nak buat semua benda. 

Tension seh uruskan nak masuk rumah ni. Sampai menangislah mama punya tahap tension tu fikir pasal rumah ni. Urusan dengan TNB and Syarikat air takde apa, kejap jek dah ber-air and ber-api rumah tu. Yang paling masak-elah sekali gril lah. Dari hari kitorang deal dengan brader tu ke hari dia siap pasang kat rumah tu adalah 30+ hari. Gila lama. 

Harap-harap semuanya berjalan ikut apa yang dah dirancangkan. 
Penat dah ni.