LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 29 March 2021

In My Definition of ... Egg Tofu Brocoli

 Assalamualaikum. 


Rasa macam tak banyak mama share sayur-sayur eh? Nampak sangat kurang masak sayur. Hehehe. Sayur hari ni senang yo masak eh, kalau mama yang masak mana maunya yang susah-susah. Jangan risau le. 


Hari ni kita masak brokoli ye anak-anak. Anak mama yang paling kecik suka nau makan brokoli. Agaknya kat sekolah pun itu yang cikgu selalu hidangkan ke dia agaknya. 

Dish ni simple, bahan mudah, masak mudah tapi hasil confirm sampai jilat pinggan punya. Iye, betul. Korang ingat mama suka sangat membongak ke? (Memang pun. Hahaha). 

Meh le menerai. Kalau jadi, tagla mama sikit. Kalau tak jadi, korang buat diam sudehhhh. Hihihi. 

EGG TOFU BROCOLLI
Bahan-bahan:
3 tiub egg tofu 
1 jambak brokoli
1 biji bawang besar - dihiris biasa
2 ulas bawang putih - dicincang 
1 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit air (jika perlu)
Garam secukup rasa 

Cara-cara:
1- Tofu dipotong bulat dan digoreng. Ketepikan seketika. 
2- Timus bwang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
3- Masukkan brocolli dan sedikit air. Kacau rata. 
4- Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam. Kacau rata. 
5- Masukkan egg tofu yang telah digoreng tadi. Kacau lagi. 
6- Tambah lagi sedikit air dan adjust rasa (jika perlu) 
7- Padam api dan siap untuk dihidang. 


p/s:
#1- Mama punya ni mama pergi frozenkan, tu pasal dia jadi macam flakey macam tu. Kalau tak, dia smooth and silky cantik je. 




Friday 26 March 2021

In My Definition of ... Laksa Kedah

 Assalamualaikum. 


Eh korang tau tak banyaknyalah jenis laksa ni. Boleh kata, every state ada depa punya own laksa. And masing-masing ada ciri unique pada laksa depa, walaupun kuah depa semua ada rasa yang hampir sama, iaitu rasa ikan. Mama ingatkan bila orang dok sebut-sebut laksa penang or laksa utara tu, ingatkan sama lah dengan apa yang mama selalu makan dari kecik, rupa-rupanya ...

And utara tu, which state yang depa try to refer sebenarnya? Sebab utara ni ada 4 states kot. Perlis, Kedah, Penang and Perak. So which one is which? 

Nak lagi paham, boleh usha kat sini. Mama pun lepas tengok ni baru tau. Boleh imagine tak betapa innocent dan noob nya mama dalam arena laksa ni. Hahaha. Tapi logikla, mama bukan hantu laksa pun. 

Disebabkan mama not really into laksa, so sepanjang nak masuk 15 tahun dah kahwin ni, sekali pun mama tak pernah try masak laksa. Bukan tak reti, reti je. Kalau tak tau sangat pun, apa masalahnya, Uncle G kan ada. Entah macam mana, satu hari tu teringinlah pulak. Bukan teringin nak makan laksa, tapi teringin nak masak laksa, pasal nampak ikan selayang gemuk-gemuk. Balik tu, keletang-keletung ... pooof ... jadilah my first ever laksa kedah.




Bila dah buat tu, teruslah kita pun bagi sana, bagi sini, bagilah semua orang pakat rasa laksa kita kannn. Hidden agenda dia sebenarnya nak habaq kata laksa pun kita pandai masak aihhh. Hahaha. Lepas tu, masak laksa ni dah jadi macam acara mingguan, setiap minggu masak, sampailah mama dah malas. Hahaha. 

 

Setakat ni, most adik-beradik MIL semua pakat rasa dah laksa mama. As expected, semua puji cakap sedap. Eh, mestilah. Kalau tak sedap, mama makan je sorang-sorang kat rumah. Hahahaha. Kalau tak, takdelah ada yang bagi statement "Semua Noni masak sedap". Adehhhh... lambung tak jatuhlah orang kata. Hahaha. 

LAKSA KEDAH MAMA STYLE


Bahan-bahan:
1 bungkus laksa segera Cap Kunci - dicelur dan diketepikan. 
1kg ikan selayang - dibersihkan 
10 biji cili kering - direndam air panas*
5 biji cili bangla - optional*
3 biji bawang besar (size M)*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan *
2 kuntum bunga kantan
Beberapa keping asam keping
Daun kesom sebanyaknya
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Rebus ikan dengan beberapa keping asam keping dan garam selama 10-15 minit.
2- Padamkan api dan asingkan isi dan tulang ikan. 
3- Tapis air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk yang lebih besar untuk masak kuah.
4- Blend semua bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk. Masak atas api sederhana. 
4- Blend semua isi ikan dan masukkan ke dalam periuk.  
5- Blend semua tulang ikan dan tapiskan ke dalam periuk. (Ulang 2-3 kali)
6- Masukkan daun kesum, asam keping, bunga kantan dan sedikit garam. Masak hingga kuah mendidih. 
7- Sebelum padamkan api, sesuaikan rasa masam dan masin kuah. Tambah garam / asam keping ikut kesesuaian. 
8- Jika semua dah ok, padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

Hiasan:
Telur rebus
Hirisan cili api
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun selom

p/s:
#1- Nak siapkan kuah ni lama sebenarnya kat nak prep bahan tu, especially nak blend ikan tu. Masaknya, sekejap je. 
#2- Terpaling sedap bila kuah dibiarkan overnight. Kalau terus makan tu, sedap jugak, tapi lagi padepowww kalau makan petang-petang sikit atau esoknya. (Kalau nak makan pagi, masaklah malam sebelumnya kuah tu)
#3- Mama suka kuah yang rich dengan aroma daun kesom and bunga kantan, so masa blend cili tu, mama blend sekali batang daun keson and batang bunga kantan tu sikit. 
#4- Kalau korang jenis suka kuah tu ada isi ikan chunky-chunky sikit, maybe boleh asingkan sikit isi ikan masa nak blend tu, korang mash guna garfu je. Mama kan OCD, so semua mama blend halus. Masa first time tu siap tapis lagi. Boleh bayangkan tak betapa smooth-and-silky nya kuah tu. Bila biar, kuah jadi pekat gila. Ramai komen bab ni. (Maybe depa jenis suka kuah pekat kot no) 




 

In My Definition of ... Siakap Stim Limau

Assalamualaikum. 

Ini bila kala masak pun tak ingat dah, tapi ni mesti time MIL datang rumah. Mama selalu masak beriya siap garnished bagai ni bila MIL datang je. Hahahaha. Dasar suka nak berkompang dia pandai masak. Hahahaha. 



Dulu-dulu, siakap ni orang have-have je boleh makan. Orang standard macam kita ni, bila beli ikan siakap tu dia kenduri sekampung. Tapi padanla, dulu kalau beli tengoklah size dia berapa besar. Sekarang ni, hari-hari makan siakap sampai rupa pun dah takde beza denga siakap tu. 

Siakap stim ni senang kerja gaissss. Kalau nak buat masak lain-lain nak kena goreng dulu la, tumis dulu lah. Ah, taknak-taknak. Kerja leceh. 

Moh kita masak?

SIAKAP STIM PALING SIMPLE DIDONIAAA


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - ddibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris biasa*
2 ulas bawang putih - dicincang halus*
1 inci halia - dipotong panjang*
1 sudu makan lime powder 
Sedikit sos tiram
Sedikit lada putih
Sedikit fish sauce
Daun ketumbar secukupnya
Garam,gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Perapkan seketika ikan dengan sedikit garam, sos tiram dan lada putih. 
2- Susun ikan dalam beklas yang sesuai. 
3- Taburkan bahan-bahan yang bertanda * dan akar ketumbar
4- Kukus ikan selama 15 minit atau hingga ikan masak. 
5- Bancuh lime powder, fish sauce dan sedikit gula dengan sedikit ( 2 sudu besar air) dan tuangkan ke atas ikan. 
6- Padamkan api dan tabur daun ketumbar yang dihiris kasar. 



 

Tuesday 23 March 2021

In My Definition of ... Siakap Kengsom

Assalamualaikum.

Mama tengah puasa ni sebenarnya, tapi kan bila mengingatkan betapa sedapnya kengsom ni, dengan masam manis masin dia semua cukup, ya Allah, tak sedar dah meleleh air liur ni ha. Hahaha. Teruk betholll perangai. Macam budak baru belajar puasa. 

                                                             

Berangan nak masak ni dah lama, beli nanas sampai dah berkali-kali, beli busuk, beli lagi busuk lagi. Busuk tu bukan sebab orang tu jual nanas tak bagus, tapi sebab mama kan "rajin". Masa membeli tu memang le kemain beriya, lepas tu dah balik, terperuklah nanas tu sampai busuk jadinya.  


Resipi macam biasa, mama took a quick glance kat Daridapur, pastu kita sesuaikanlah dengan tekak kita. Walaupun muka desa, tekak kita taste kayangan tau. Kahkahkah. Nak jugekkk. 


SIAKAP KENGSOM 


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dipotong ikut suka dan dibersihkan. 
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
2 biji cili hidup*
3-4 biji cili bangla*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 batang serai - diketuk
1/2 biji nanas - dipotong ikut suka
1 genggam bayam brazil
1 sudu kecil lime powder
Sedikit sos ikan
Garam, gula secukup rasa


Cara-cara:
1- Bahan * diblend halus. 
2- Masukkan bahan blend, serai dan sedikit air kedalam periuk. Masak seketika. 
3- Masukkan nanas dan ikan. Masak hingga mendidih. 
4- Masukkan sos ikan dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biarkan mereneh seketika. 
5- Masukkan bayam brazil, kacau seketika dan padamkan api bila bayam agak layu. 
6- Masukkan lime powder dan kacau lebih kurang. Biarkan sekejap. 
6- Padamkan api. Dah siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Kalau time-time takde selera tu, kengsom ni boleh jadi penaik selera. Silap-silap bertambah dua,tiga pinggan yang kengkonon kata takde selera tadi tu. Hihihihi. 
#2- A good alternative to tomyam. 

Saturday 20 March 2021

In My Definition of ... Kari Kepala Ikan Salmon

Assalamualaikum.

Rasa macam teringin pulak bila member cerita makan kari ikan salmon. Tak tau apa nak diexpect dengan salmon yang dikarikan. Yelah, salmon pun bukannya makan setiap hari, apatah lagi dikarikan pulak tu. 
 


Salmon ni sedap sebab dia berlemak. So, bila masak kari tu, sedapnya Ya Allah tak tau nak habaq. Serius guyssss sedap. Tapi macam biasa, kita karikan part kepala la. Tak sesuai pulak kepala nak grill kannn. Tak tau pulak kalau memang ada yang grill kepala salmon. 

Bila makan kari ni kan, tiba-tiba terimbau kenangan lama. Tiba-tiba kari ni rasa macam arwah mak punya. Bila masak dah mencapai level 'sama macam mak punya', mama rasa mama dah berjaya sangat dah tu. 

Mehlah korang sama-sama rasa kari arwah mak mama macam mana.


KARI KEPALA IKAN SALMON


Bahan-bahan:
1 bahagian kepala ikan salmon - dibersihkan
1 labu bawang besar - ditumbuk halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil halba campur
1/2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari ikan pedas
1 biji tomato - dibelah empat
1 keping asam keping
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara: 
1- Panaskan minyak dan tumis halba campur, kulit kayu manis dan daun kari hingga naik bau. 
2- Masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk dan tumis hingga garing.
3- Masukkan rempah kari, kacau sedikit dan masukkan sedikit air. 
4- Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak. 
5- Masukkan air dan masak lagi hingga pecah minyak lagi. (Ulang 3-4 kali). 
6- Masukkan ikan, asam keping dan tomato. 
7- Masukkan santan dan masak hingga mendidih dan pecah minyak. 
8- Perasakn dengan garam secukupnya. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama campurkan sikit minyak kelapa dengan minyak masak biasa masa nak menumis. Bau yang naik tu buat rasa rindu kampung. 
#2- Ikan tu jangan dikacau sangat-sangat. Tinggal tulang je karang sebab isi semua dah berderai. 
#3- Boleh masukkan apa-apa tumbuhan kesukaan. (Kalau nak masuk bendi, kena masukkan last sekali sebelum padamkan api ). Tomato tu je yang available dalam peti mama all the time. Hihihi. 
#4 - Kepala salmon boleh ganti dengan apa jua jenis jenis anggota haiwan lain. Tapi mesti haiwan sealam laaaaa. Kalau lembu/kambing/ayam lain sikit bahannya.