LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 January 2012

Blogwalking--> Kerja Bertangguh

Assalamualaikum...

Mama rasa mama ni dah addicted to blogwalking. Hahahaha... Asal on internet jek, mesti nak blogwalking. Serious cerita, mama boleh spend the whole day duduk depan laptop jalan-jalan blog orang. Kesudahannya, banyak kerja bertangguh. Sebab apa, sebab kerja tak jalan la. Kalau dah mata, tangan, semua concentrate kat blog orang, macam mana nak buat kerja, kan.

Dah dua minggu dah mama rasa. Test1 students Statistics mama satu kelas pun tak habis marking lagi. Orang lain dah lama return.

Kemon, bak kata Adam. Hahaha. Entah mana dia dengar tak tahu lah. Hahaha..

Mama, go go go!

Kawan Papa

Assalamualaikum...

Ahad lepas, kami sefamily telah berkesempatan (chewah...macam lah buzy bebenor..hehehe) menghadiri majlis kahwin kawan papa, Mat Z nama glamour dia. Glamour sangat, you!

;P

Apa yang membuatkan kami, papa lah terutamanya, nak sangat pergi wedding si Mat Z ni ialah ramai PIC papa masa study kat UTM dulu akan turun. Mostly mereka-mereka ni kerja kat KL. Melaka - KL jauh mana lah sangat, kan. Kentut pun dengar. Hehehe...

Didi and Inspektor Sahab, Fazrul.

Papa and PIC nya.

Mungkin Adam tersalah orang?



Pengantin yang sungguh biru.


Time bergambar ni, ada lagi 3,4 orang kawan-kawan papa yang baru datang and tengah makan. Ramai kan yang datang?

Seriously, papa ( and mama jugak) dah sangat lama tak jumpa insan-insan bertuah ni. Last jumpa sama ada the very last day atau time konvo. Papa and PICnya ni tak konvo serentak. Kalau tak salah mama, 3 ke 4 sem of convo adalah jugak kot. Dah berapa tahun lepas dah tu. Daripada Adam kecil lagi, sampai sekarang Hakimi pun dah agak besar. Hehehe

Papa adalah insan pertama yang kahwin dalam ramai-ramai ni. But still, ada juga yang masih bujang trang tang-tang. Tak tau lah siapa pulak yang akan menyusul selepas Mat Z.

Semoga Mat Z and isteri akan kekal bahagia hingga ke syurga. Aminnn...


Friday 27 January 2012

Lulus

Assalamualaikum...

Yeayyyyyy....
Berita paling gumbira hari ini adalah.... (drum rolllllll)

....mama lulus induksi!

Yabedabeduu!!

Selesai sudah satu perkara. Dua perkara masih menunggu. Bak kata kawan mama, momentum tak ada. Tu yang sampai sekarang macam seru tak sampai-sampai tu.

Tapi, tak apa. Kita bersuka-suka dulu hari ni untuk perkara yang sangat menggembirakan ni.







Daaa~

Tuesday 17 January 2012

Memori Induksi

Assalamualaikum...

Mama tak pernah pun share gambar-gambar yang diambil masa kat induksi hari tu, kan? So, kali ni mama nak sharelah gambar-gambar yang berkaitan. Semuanya ialah gambar yang ditag oleh kawan-kawan seinduksi.


Sukaneka:
Release tension dengar ceramahs.



Dinner: Group 3 and Group 7
Geng Baju Hitam ialah geng yang buat persembahan.

Moment terakhir sebelum balik, melantak durian. Mama kelahatan sangat over disitu. 
Ada banyak lagi gambar lain, tapi mama malas nak korek kat FB. 
Harap maklum. Sekian, terima kasih.

:D



Serious Kelakar

 Assalamualaikum...

Mama nak share satu post yang pada pendapat mama tersangatlah kelakarnya. Tak sangka, ada jugak sisi-sisi kelakar si Samy Vellu ni. Papa kata, benda ni dah lama dah, mama nak share jugak. Sila gelak kuat-kuat kalau anda rasa Samy Vellu ni kelakar.


AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." 
Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" 
Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari."
 Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." 
Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Kredit to FB Media Malaysia


Friday 13 January 2012

Adik Si Booolat

Assalamualaikum...

Jom layan gambars budak bulat kesayangan mama.





Asyik makan je.





Adik and nenek berjimba di PD

Seronok sangat mama snap gambar dia.



Abang Adam is 4


Assalamualaikum...

Happy Birthday Sayang Mama, Muhammad Adam Hafiey.

Mama, papa, adik and all love you soooo much.
Membesarlah bagai juara!










Wednesday 11 January 2012

Rabu Yang Panjang

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari Rabu. Rasanya macam baru semalam jek Isnin. Betul-betul terbang masa ni. Hehehehehe...

Hari ni mama rasa macam lambat lah pulak masa berjalan. Penat dah mama berjalan-jalan di blog orang, apa yang ditunggu tak kunjung-kunjung tiba lagi. Chewahhh... macam tunggu pakwe. Upssss.... no, no, no. Mama tak layan skandals-skandals ni, hokeh.

:D

Kelas mama hari ni ada satu jek, tapi nak menunggunya.. Ya Rabbi.. bercinta. Mana taknya, kelas pukul 430 petang baru nak start. Orang lain dah seronok dah balik rumah bergolek sakan depan tv, mama baru terkedek-kedek nak start kelas. Dah dua kali mama tewas dengan godaan hati sendiri untuk cancel kelas. Tapi betul, last week mama memang rasa sakit kepala sangat-sangat. Tak tipu, betul-betul. Hari ni mama tak boleh cancel lah, sebab dah janji dengan students nak buat revisions. Esok pagi-pagi pukul 10.30 ada test. Mama confident tahap tertinggi kelas kang mesti tak berapa nak ada soalan. Tau dah. Students tiap-tiap sem macam tu. Bila dah test, dah dapat result, baru tau rupanya depa ni masa dalam kelas satu hapah pun tak paham. Tapi, kata-kata orang putih, "Don't judge a book by it's cover". So, lets not judge them. Wait for their result then. Ok,ok... fine.

Tiba-tiba hari ni mama telah menjadi orang yang sangat penting. Gayanya macam mama lah pulak ketua untuk  Program Pelajar Sekolah ni. Semuanya (mama rasa) gara-gara Kak Baiti tak datang masa meeting last week, and mama pulak yang kena ganti dia mengupdate progress. Dah lah tak tau apa-apa. Tu dia la, hari tu baik no komplen kata boss tak bagi peluang lah, apa lah. Bila dah dibagi peluang, terketar-ketar. Hahahaha... Only if I know... Seriously, hari ni, mama rasa kalau dari awal-awal kita diappoint menjadi ketua adalah lebih senang dan bagus daripada menjadi ketua terjun. Yelah, kalau kita ni ketua, mesti the whole process kita tau, cerita dia kita dah hafal. Ni tiba-tiba kena terjun jadi ketua, memang nampaklah sangat ketidakboleharapannya disitu. Cerita memang tak tau langsunglah, zero. Sinopsis pun baca tak habis. Hahahahaha. Memang mangkuk. Kalau students tau, confirm sahih kena booooo panjang. Hahahahaha.

Mama sedih jugak sebenarnya bila Program Pelajar Sekolah ni tak dapat sambutan sekolah-sekolah menengah area Melaka ni. Daripada entah berapa puluh sekolah yang dijemput, hanya dua sekolah saja yang betul-betul bersungguh nak join. Maksud betul-betu bersungguh nak join ni ialah depa confirmkan kejoinan depa tu dengan hantar faks nama students. Out of 250 targetted students, only 25 students yang shortlisted. Tak kecewa ke? Alasan sekolah, sebab they all tengah kelam kabut nak sort off so many things since sekolah baru buka. Betul jugak, kan. Mana depa nak cekau student yang berpotensi kalau dapat notis 3 hari. Mama rasa the main'est' reason depa tak mau join is UiTM tak provide transportation. Cikgu pengiring malas nak angkut students depa naik kereta. Tapi ni pendapat mama lah. Kang salah, dah jadi fitnah pulak. Jenuh pulak mama nak pi mintak maaf.

Untuk tampung bilangan students yang ciput ni, ketua projek and the big boss minta mama buat surat jemputan and invite semua anak-anak staff. Very last minute punya kerja ni. Syukran jazilan Ya Allah, mama dah pun settlekan kerja yang paling penting ni. Nak jaga nama kot, nanti kat SKT depa komen kata tak reti-reti buat kerja pulak. Hehehehe...

Esok, lusa mau senang-senang saja.

Thursday 5 January 2012

Dilemma

Assalamualaikum...

Mama sekarang ni betul-betul dalam dilemma. Sejak daripada semalam, mama rasa mual jek. Siap dengan sakit kepala lagi. Sebab sakit kepala and rasa macam nak muntah jek, kelas 430 petang semalam mama cancel. Kat rumah MIL masa jemput anak-anak mama tak makan pun. Ada ke orang yang masih berselera makan bila tekak meloya jek? Sampai rumah, mama mempaksakan diri muntah. Selagi tak muntah, memang meloya je lah.

No, no, no. Im not expecting any "orang baru", definitely. Banyak benda mama nak perform dulu, lepas semua dah settle, baru boleh pikirin pasal ni.

Gastrik ke? Migrain ke?

Aduiyaiiiii....

Wednesday 4 January 2012

Cara Rasulullah Menjaga Diri

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu, ols.. Jom kita share sikit apa mama jumpa hari ni. 



Agaknya bagaimana caranya Rasulullah menjaga kesihatan diri baginda?

Selalu bangun sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.



Aktif menjaga kebersihan  
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Tidak pernah makan berlebihan  
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


Gemar berjalan kaki  
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


Tidak pemarah
 Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


Optimis dan tidak putus asa  
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


Tidak pernah iri hati  
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. 

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

credit to: Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)



Tuesday 3 January 2012

Tahun Baru, Cabaran Serba Baru

Assalamualaikum...

Yeah, first entry mama ditahun baru. Sekejap saja rasanya, pejam celik, pejam celik 2011 dah bye-bye kita. Infacts, 2012 pun dah masuk hari ketiga dah. Time really flies.

Cuti sungguh mama last week. Tapi cuti yang sungguh tak produktif. Tiga harian mama, papa and anak-anak berkampung di rumah MIL. Pergi pagi, balik malam. Dapur berasap, tapi dirmah MIL lah. Hahaha. Dapur dirumah sendiri hanya sempat berasap diwaktu pagi.  Kerja-kerja lain semua buat-buat tak ingat.

;P

Seminggu dua ni mungkin akan hectic sikit. Malam ni mama kena mengajar budak-budak Klinik Matematik pulak. Kelas akan diadakan sampailah end of semester ni nanti. Adalah dalam 7-8 kali jugak rasanya. Ok, yang ni memang mama mensukarelakan diri, walaupun tak berapa nak suka. Hahahaha. Oh ye! Klinik Matematik ni akan diadakan setiap hari Selasa, pukul 8 malam and kelas adalah selama 2 jam. Maknanya by 10 pm, mama akan balik. Takutnya.. Huhuhuhu. Kenalah mama balik ambil papa kat rumah dulu.

Starting this Sabtu, sampai lah 15hb nanti (if im not mistaken), ada Karnival ICT pulak. Im so worry right now sebab im not doing anything. Sekolah yang harus dijemput pun belum dijemput lagi. I dont even know if the surat jemputan dah diedarkan ke belum. Haiyyooo... Mengikut fahaman mama yang tidak sefaham mana ni, senarai sekolah yang diemelkan untuk dijemput tu adalah untuk follow-up. Betul ke tidak ni?? Harus tanya ni, nanti kena marah tak pasal. Jumaat nanti ada meeting, and semua kerja-kerja dah harus settle supaya boleh bentang report tanpa ragu.

Huhuhu...