LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 11 January 2012

Rabu Yang Panjang

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari Rabu. Rasanya macam baru semalam jek Isnin. Betul-betul terbang masa ni. Hehehehehe...

Hari ni mama rasa macam lambat lah pulak masa berjalan. Penat dah mama berjalan-jalan di blog orang, apa yang ditunggu tak kunjung-kunjung tiba lagi. Chewahhh... macam tunggu pakwe. Upssss.... no, no, no. Mama tak layan skandals-skandals ni, hokeh.

:D

Kelas mama hari ni ada satu jek, tapi nak menunggunya.. Ya Rabbi.. bercinta. Mana taknya, kelas pukul 430 petang baru nak start. Orang lain dah seronok dah balik rumah bergolek sakan depan tv, mama baru terkedek-kedek nak start kelas. Dah dua kali mama tewas dengan godaan hati sendiri untuk cancel kelas. Tapi betul, last week mama memang rasa sakit kepala sangat-sangat. Tak tipu, betul-betul. Hari ni mama tak boleh cancel lah, sebab dah janji dengan students nak buat revisions. Esok pagi-pagi pukul 10.30 ada test. Mama confident tahap tertinggi kelas kang mesti tak berapa nak ada soalan. Tau dah. Students tiap-tiap sem macam tu. Bila dah test, dah dapat result, baru tau rupanya depa ni masa dalam kelas satu hapah pun tak paham. Tapi, kata-kata orang putih, "Don't judge a book by it's cover". So, lets not judge them. Wait for their result then. Ok,ok... fine.

Tiba-tiba hari ni mama telah menjadi orang yang sangat penting. Gayanya macam mama lah pulak ketua untuk  Program Pelajar Sekolah ni. Semuanya (mama rasa) gara-gara Kak Baiti tak datang masa meeting last week, and mama pulak yang kena ganti dia mengupdate progress. Dah lah tak tau apa-apa. Tu dia la, hari tu baik no komplen kata boss tak bagi peluang lah, apa lah. Bila dah dibagi peluang, terketar-ketar. Hahahaha... Only if I know... Seriously, hari ni, mama rasa kalau dari awal-awal kita diappoint menjadi ketua adalah lebih senang dan bagus daripada menjadi ketua terjun. Yelah, kalau kita ni ketua, mesti the whole process kita tau, cerita dia kita dah hafal. Ni tiba-tiba kena terjun jadi ketua, memang nampaklah sangat ketidakboleharapannya disitu. Cerita memang tak tau langsunglah, zero. Sinopsis pun baca tak habis. Hahahahaha. Memang mangkuk. Kalau students tau, confirm sahih kena booooo panjang. Hahahahaha.

Mama sedih jugak sebenarnya bila Program Pelajar Sekolah ni tak dapat sambutan sekolah-sekolah menengah area Melaka ni. Daripada entah berapa puluh sekolah yang dijemput, hanya dua sekolah saja yang betul-betul bersungguh nak join. Maksud betul-betu bersungguh nak join ni ialah depa confirmkan kejoinan depa tu dengan hantar faks nama students. Out of 250 targetted students, only 25 students yang shortlisted. Tak kecewa ke? Alasan sekolah, sebab they all tengah kelam kabut nak sort off so many things since sekolah baru buka. Betul jugak, kan. Mana depa nak cekau student yang berpotensi kalau dapat notis 3 hari. Mama rasa the main'est' reason depa tak mau join is UiTM tak provide transportation. Cikgu pengiring malas nak angkut students depa naik kereta. Tapi ni pendapat mama lah. Kang salah, dah jadi fitnah pulak. Jenuh pulak mama nak pi mintak maaf.

Untuk tampung bilangan students yang ciput ni, ketua projek and the big boss minta mama buat surat jemputan and invite semua anak-anak staff. Very last minute punya kerja ni. Syukran jazilan Ya Allah, mama dah pun settlekan kerja yang paling penting ni. Nak jaga nama kot, nanti kat SKT depa komen kata tak reti-reti buat kerja pulak. Hehehehe...

Esok, lusa mau senang-senang saja.

No comments:

Post a Comment