LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 31 October 2012

Obsessive Compulsive

Assalamualaikum...

Gila lama mama tak membebel kat sini. Ada yang mencari-cari ke? #perasan. Apakah obsessive compulsive ni? Canggih beno lah bunyinya. Takpe, takpe. Go check by yourself. :)

Minggu lepas, eh... bukan, minggu sebelum raya haji adalah minggu yang sangat hectic. Sangat! Paper masuk menderu-deru, sampaikan rasa nak kench pun takdan, (tapi tetaplah dan pi Jusco, kan... Hehehehe...). Punyalah banyak kerja, tapi mama idakle boleh mengomplen, sebab itu semua rejeki. Syukurlah ada, kan. Tetaplah mama stress, sampai ke tahap merosakkan harta benda sendiri.

Itulah kan, nama jek cerdik pandai, belajar tinggi bertingkat-tingkat, tapi stress pun tak reti nak manage. Aiyyooo...!

Kadang-kadang mama agak pelik dengan diri sendiri. Dah lama dah, sejak dahulu-kala lagi. Bila mama nak exam atau test, time-time tu jugaklah mama menjadi sangat rajin. Dan-dan tu jugaklah mama nak kemas rumah, nak lap dapur sampai merelip lip lap, lip lap. Aish, banyaklah lagi yang mama nak buat. Padahal patutnya mama pergi study, mengadap buku.

Samalah jugak kekdahnya sekarang ni. Mama tahu dah mama ada segunung kertas nak kena mark, tetaplah mama nak jadi ibu serta isteri mithali lagi diberkati, kan. Tiba-tiba mendapat wahyu, pagi-pagi sebelum pergi kerja siap melipat baju. Apekah?


Lipat, lipat. Susun cantik-cantik. 
Kalau time tak buzy tu, hujung minggulah baru mama berkenan nak pandang kain-kain yang setimbun ni. Adoiiyaiii...

Time buzy ni jugaklah tiba-tiba menjadi rajin nak try resipi itu, ini. Padahal, kat belakang kepala ni dok fikirkan ke kertas yang menunggu tu. 

Puding roti berlauk. Baru try.

Melayan budak suka makan nasi goreng.

Dah tau buzy kan, buatlah cara buzy mengejar masa. Ini tak, macamkan banyak pulak masa, melenggang-lenggok keluar masuk dapur. Kelentang-kelentung mengerjakan entah apa-apa kat dapur tu. 

Apakah ini semua? Adakah itu ialah panic attack? Ataupun just satu cara mama nak mennyah-kaukan stress (tanpa mama sedari). Oh, tidakle mama tahu. Apa-apa pun, sesungguhnya mama sangatlah perlukan sesuatu aktiviti untuk menchannelkan semua negative energy yang berlebihan sudah dalam diri ini. Sesuatu yang bagus, yang tidak akan mengakibatkan sebarang damage. 

Oh, ye! Mama rasa kan, mama sangat obses dengan susun-menyusun barang. Sangat! Kadang-kadang, benda-benda macam ni pun boleh membuatkan mama stress. Macam entah hape-hape, kan?

Susun-susun.
Ini adalah yang terjadi bila mama pergi shopping. Mama akan susun barang cantik-cantik kat cashier tu. Patutnya, lambakkan jek kan? Biarlah cashier tu terkontang-kanting. :)

Pantry kecik kami.
Oh yes! Semua barang harus disusun sebegini rupa mengikut spesifikasi mama. Spec orang lain semua tak boleh pakai. #gila kejam. 

Nasiblah kat shopping complex tu dia dah susun cantik-cantik, kalau tak mahulah agaknya mama tolong susunkan, ye dak?








Thursday 18 October 2012

Bengang dan Bangang

Assalamualaikum...

Hari ni pagi-pagi mama dah mengamuk. Bangang betul! Mama memang tengah bengang sangat ni.

Wednesday 17 October 2012

Adam & Sukaneka

Assalamualaikum...

Ahad lepas, tadika Adam telah pun mengadakan satu acara sukaneka, yang mana dengan jayanya di Pengkalan Balak. Rupanya, Pengkalan Balak ni idakle jauh mana dengan tempat kerja mama ni. Kisahnya, kan.

Berkumpul pukul 7.30pagi di tadika. Ok, fine. Weolss sekeluarga terlewat. Semua gara-gara budak kecik yang banyak songeh tu. Tak nak mandilah, dah mandi tak nak pakai baju pulak. Grrrr... Adik!

Budak-budak excited naik bas.

Terlalu excited sampai tak boleh duduk diam-diam.

Ini budak bikin lambat sajork. 
Since boleh opt untuk naik bas or bawak kereta sendiri, mama and papa decide untuk bagi Adam naik bas, ditemani pakciknya. Kebetulan pakcik balik and pakcik ok jek nak ikut. Bila tengok abang dah naik bas, adik pun menggelupur nak ikut sama, so  dengan mama sekali lah naik bas.



Ramai jugak sebenarnya parents yang join. Semua ambil kesempatan sambil anak buat aktiviti, sambil-sambillah bercuti-cuti, konsepnyalah. 






Eh, layankan gambar ajelah. 












Group juara. Good job lah, sayang!


Yang paling sebok sekali, harap maklum sajalah. 






Kelaparan dan kehausan macamkan dia yang bersukaneka segala. Hehehe... 

Oh, ye! Disebabkan konsepnya ialah berpicnic sambil-sambilan, mama pun merajinkan diri menyingsing lengan didapur. Antara yang termampu mama sediakan...

Sandwich telur and sardin. Papa tolong isi inti, gulung adn wrap. 

Nasi goreng

Puding roti.

Acar ikan masin.

yang paling best....

Cabutan bertuah, yo!





Tuesday 16 October 2012

Komitmen Penyimpanan

Assalamualaikum...

Berkat membeli rumah barangkali, telah menjadikan mama seorang yang komited sungguh untuk menyimpan.

Menabung.

Sejak dari azali, mama tak pernah berjaya saving. Kalau ada pun mungkinlah bertahan hingga hampir-hampir hujung bulan. Sebab hujung bulan dah sengkek habis, habislah segala simpanan bawah tilam, bawah bantal semua dikorek. (Gila ortodoks simpan duit bawah bantal and tilam, kan? Hehehehehe...)

Disebabkan takut tak dapat masuk rumah on time sebab takde duit nak pasang grill bagai, mama pun mempaksakan diri mengikat perut demi savings. Walaupun huge amount of savings mama tu datangnya daripada personal loan yang mama pernah buat dulu, mama tetaplah berbangga dengan diri mama sebab dapat kawal diri daripada menghabiskan semuanya. Hehehehe...

Amount yang mama target awal-awal dulu dah sikit lagi nak dicapai, and now mama naikkan sikit target tu. Insyaallah, dengan semua rezeki dari langit yang mama akan dapat tak lama lagi, cukuplah sudah. Mama rasa by that time, mama dah boleh senyum ear-to-ear and bolehlah bernafas dengan leganya.


Oh, rezeki punya hal, mama kena kerja cepat-cepat.
Bergerakkkk.

Logic

Assalamualaikum...

Masa mama mula-mula dapat workload semester break yang lepas, ketaq lutut jugak bila mama kena ajar logic ni. Masa tu mama memang mengeluh jugaklah kan, awatlah depa bagi orang yang tak logic macam mama ni ajar logic. Takut ke laut jek semua students nanti. Ni semua kes tak faham hapah masa belajar logic dolu-dolu. Hehehehe...

Bila dah mengajar, eh... macam seronok pulak, kan. Especially part proving. Sumpah, mama suka proving. Hehehehe... Sukalah sebab dapat buat. Cuba kalau student tanya tak dapat buat, tak merah muka menahan malu tak tahulah kan.

Masalah adalah bila nak marking. Seriusly, makan banyak sangat masa, especially tang proving ni. Disebabkan ada banyak sangat rules and laws yang boleh diguna pakai, makanya jawapannya jugak adalah tidak unique. Maknanya, akan ada thousands set of answers yang mana semuanya adalah betul belaka. Kenalah belek satu-satu jawapannya.

Antara contoh jawapan, bertemankan table of laws.

Close up sikit...
Even mama punya cara kerja pun tak sama dengan answer scheme yang dibagi. Kadang-kadang mama tak terfikir pulak dengan cara-cara yang ada sesetengah students ni buat. How come depa boleh berfikir sampai macam tu? Betul pulak tu. 

Nak sambung marking. Mama try to be as effective as possible sebab mama ada segunung kinabalu kerja. Harap-harap mama tak lemas la dihimpit gunung itu. ;P

Monday 15 October 2012

Baton

Assalamualaikum...

Ikutkan trend 2 bulan lepas, sepatutnya by 11hb hari tu mama dah period. Tapi sampai hari ni, dah 15hb still tak kunjung tiba. Uiksss... dalam hati sedikit cuak.

Mama ni plan kononnya macam best kalau anak ketiga lahir bulan 3 since Adam lahir bulan 1 and Adik lahir bulan 2. Complicated sungguh!

Semalam bila mama tunjukkan perut mama yang nampak agak buncit pada mata kasar ni kat papa, papa tanya,  "Mama dah sambut baton ke?". Oh my!

Pregnant berganti-ganti??

Deep inside, mama suka kalau mama pregnant. Manalah tau tiba-tiba dapat gegirl pulak, kan. Tapi mama lebih banyak risau and not so excited atas banyak sebab.

Lega mama bila mama buat UPT kejap tadi, and it was negative. Fine, i'm not pregnant and tiba-tiba period mama menjadi seperti chipsmore pulak. Sekejap ada, sekejap takde. Ok, takpe.


Oh period, please be good to me in june.
Thank you!

Friday 12 October 2012

Hari Ini

Assalamualaikum...

Hari ni mama datang kerja berbodyguard. Tau apa dia buat kat ofis mama?

Mula-mula sampai kat ofis, dia macam bersemangat waja lagi. Meng-colour jeklah.


Colour-colour ...
... based on this book. 
Bila dah lama sikit, dah habis satu ofis ni dikecah-kecahkannya. Pening mama. Mama rasa Mrs. Kecik pun naik pening jugak. Hahahaha...

Dah agak-agak bosan sangat, mama bukakan dia youtube, layan cerita kartun. Entah apa-apa kartun dia tengok. 


Lagi layan bila ada cekedis.

Sambil-sambil layan youtube, eh, sempat jugak lagi dia meng-colour lagi. 


 


Finally...


Baru plan nak balik awal. Kenalah mama tunggu bodyguard mama ni bangun dulu. 






Monday 8 October 2012

Demam Berganti-ganti

Assalamualaikum...

Semalam mama kena jaga exam, 9 am sampai 12 tengahari. By the time mama nak balik jek, papa sms kata adik demam, mama kena balik cepat. Ok, fine. Patutlah mama kiri mama asyik berdenyut-denyut jek. Dua-dua anak mama ada episod sawan sebab demam melampau. Sebab tu, bila depa ni demam jek, semua dah naik seram. Takut-takut kalau kena sawan lagi.

Alhamdulillah, malam semalam, panas badan adik dah kurang. Tapi Adik tetaplah cengeng. Eh, betul ke ayat ni?



Buruk beno lah adik menangis cenggitu. Ni pagi tadi nangis kes nak ikut papa, tapi papa tak nak bawak sebab hujan rintik-rintik, air bergelora. :D

Mama syak adik ni nak tumbuh gigi banyak-banyak ni, tu pasal sampai demam. MIL kata, takut hantu orang cina belakang rumah yang mati tu kacau. ?????