LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 31 October 2012

Obsessive Compulsive

Assalamualaikum...

Gila lama mama tak membebel kat sini. Ada yang mencari-cari ke? #perasan. Apakah obsessive compulsive ni? Canggih beno lah bunyinya. Takpe, takpe. Go check by yourself. :)

Minggu lepas, eh... bukan, minggu sebelum raya haji adalah minggu yang sangat hectic. Sangat! Paper masuk menderu-deru, sampaikan rasa nak kench pun takdan, (tapi tetaplah dan pi Jusco, kan... Hehehehe...). Punyalah banyak kerja, tapi mama idakle boleh mengomplen, sebab itu semua rejeki. Syukurlah ada, kan. Tetaplah mama stress, sampai ke tahap merosakkan harta benda sendiri.

Itulah kan, nama jek cerdik pandai, belajar tinggi bertingkat-tingkat, tapi stress pun tak reti nak manage. Aiyyooo...!

Kadang-kadang mama agak pelik dengan diri sendiri. Dah lama dah, sejak dahulu-kala lagi. Bila mama nak exam atau test, time-time tu jugaklah mama menjadi sangat rajin. Dan-dan tu jugaklah mama nak kemas rumah, nak lap dapur sampai merelip lip lap, lip lap. Aish, banyaklah lagi yang mama nak buat. Padahal patutnya mama pergi study, mengadap buku.

Samalah jugak kekdahnya sekarang ni. Mama tahu dah mama ada segunung kertas nak kena mark, tetaplah mama nak jadi ibu serta isteri mithali lagi diberkati, kan. Tiba-tiba mendapat wahyu, pagi-pagi sebelum pergi kerja siap melipat baju. Apekah?


Lipat, lipat. Susun cantik-cantik. 
Kalau time tak buzy tu, hujung minggulah baru mama berkenan nak pandang kain-kain yang setimbun ni. Adoiiyaiii...

Time buzy ni jugaklah tiba-tiba menjadi rajin nak try resipi itu, ini. Padahal, kat belakang kepala ni dok fikirkan ke kertas yang menunggu tu. 

Puding roti berlauk. Baru try.

Melayan budak suka makan nasi goreng.

Dah tau buzy kan, buatlah cara buzy mengejar masa. Ini tak, macamkan banyak pulak masa, melenggang-lenggok keluar masuk dapur. Kelentang-kelentung mengerjakan entah apa-apa kat dapur tu. 

Apakah ini semua? Adakah itu ialah panic attack? Ataupun just satu cara mama nak mennyah-kaukan stress (tanpa mama sedari). Oh, tidakle mama tahu. Apa-apa pun, sesungguhnya mama sangatlah perlukan sesuatu aktiviti untuk menchannelkan semua negative energy yang berlebihan sudah dalam diri ini. Sesuatu yang bagus, yang tidak akan mengakibatkan sebarang damage. 

Oh, ye! Mama rasa kan, mama sangat obses dengan susun-menyusun barang. Sangat! Kadang-kadang, benda-benda macam ni pun boleh membuatkan mama stress. Macam entah hape-hape, kan?

Susun-susun.
Ini adalah yang terjadi bila mama pergi shopping. Mama akan susun barang cantik-cantik kat cashier tu. Patutnya, lambakkan jek kan? Biarlah cashier tu terkontang-kanting. :)

Pantry kecik kami.
Oh yes! Semua barang harus disusun sebegini rupa mengikut spesifikasi mama. Spec orang lain semua tak boleh pakai. #gila kejam. 

Nasiblah kat shopping complex tu dia dah susun cantik-cantik, kalau tak mahulah agaknya mama tolong susunkan, ye dak?








No comments:

Post a Comment